(Penulis Papisma)
Semakin hari kita melihat suasana Malaysia semakin mencemskan. Keadaan di Malaysia meskipun diberitakan sebagai antara negara yang paling aman di dunia, sangat menggerunkan kepada rakyatnya sendiri. Kalau dibandingkan dengan negara Israel yang maha zalim itu, kerajaan mereka sangat membela rakyatnya. Sanggup menggadaikan nyawa anggota keselamatannya demi nyawa seorang rakyat biasa. Tetapi isu Lahad Datu hari ini seolah-olah pasukan keselamatan dan rakyat sendiri telah menjadi mangsa korban.
Isu ini bukan isu politik. Papisma juga tidak berminat untuk terlibat dengan mainan politik. Namun isu ini merentasi sempadan politik. Ini isu keselamatan dan isu kemanusiaan.
Kenapa saya mengatakan pasukan keselamatan dan rakyat sendiri menjadi mangsa korban? Ini kerana banyak keraguan dan bukti seolah-olah isu ini hanya isu yang diada-adakan menjelang pilihanraya untuk mengalih perhatian terhadap isu besar iaitu isu pemberian kad pengenalan percuma kepada warga asing di Sabah yang berlaku pada tahun 1990-an. Isu pemberian IC ini terlalu jelas termasuk kemenangan petisyen pilihanraya kecil Likas pada tahun 1999 yang membatalkan kemenangan BN. Oleh kerana banyak juga keraguan dan mengaitkan isu Lahad Datu ini sebagai isu rekaan, ertinya selagi pihak kerajaan tidak menjawab isu ini dengan telus dan berintegriti, anggapan bahawa rakyat Malaysia yang terkorban dalam kes itu adalah kerana digadaikan oleh pihak kerajaan adalah suatu yang berasas.
Banyak perkara yang meragukan masih belum dijelaskan oleh kerajaan. Perkara yang meragukan ini semakin mengelirukan apabila dilihat kembali sejarah bahawa kerajaan Malaysia telah mendakwa bahawa peristiwa berdarah Memali pada 19 November 1985 itu adalah isu penderhakaan kepada negara. Akhirnya kerajaan menumpahkan darah rakyatnya sendiri. Kira-kira 3500 anggota keselamatan telah menyerang Kampung Memali sehingga mengorbankan 14 orang penduduk kampung termasuk pemimpinnya Ust. Ibrahim b. Mahmud (Ust. Ibrahim Libya). Namun sehingga hari ini kerajaan tidak dapat membuktikan bahawa mereka adalah penderhaka lebih-lebih lagi Sultan Kedah yang masih memerintah sehingga hari ini telah berkenan mencemar duli menziarahi pusaranya.
Begitu juga isu rompakan bersenjata kumpulan Al-Maunah di Sauk, Gerik pada tahun 2000 dahulu. Cukup mengelirukan dan tidak difahami oleh ramai rakyat Malaysia. Para pesalahnya ada yang dikenakan hukuman gantung sampai mati dan sebahagian besarnya pula dipenjarakan sepanjang hayat. Namun bukti rompakan sangat kabur dan tidak mudah diterima akal.
Kini peristiwa Lahad Datu pula berlaku dengan penuh teka-teki yang sukar difahami. Sehingga hari ini telah mengorbankan 10 orang anggota keselamatan dan tragedi ini masih belum berakhir. Kerajaan masih berahsia meskipun Dato' Seri Najib, Perdana Menteri Malaysia telahpun melawat ke tempat kejadian. Suatu perkara yang jarang-jarang berlaku di mana seorang Perdana Menteri telah pergi ke tempat pergolakan ketika ia sedang bergolak. Seharusnya seorang PM hanya perlu datang ketika semua telah selesai dan aman.
Semua persoalan berkaitan isu keselamatan masih belum dijelaskan dengan telus dan berintegriti. Sejarah telah merakamkan segalanya dan dapat dibaca oleh generasi kini dan akan datang.
Isu keselamatan adalah isu utama sesebuah negara. Jika negara tidak selamat, bermakna ia tidak sesuai untuk diduduki. Jika sebuah kerajaan gagal menjamin keselamatn negaranya, maka menjadi tanggungjawab rakyat menukar kerajaan yang ada.
Masih banyak isu-isu yang melanda negara yang Papisma sendiri menunggu jawapannya. Isu kehilangan dua buah enjin jet F-5E yang bernilai RM300,000 sebuah semasa di dalam kawalan keselamatan, isu rasuah kapal selam Scorpene dan kematian model Mongolia, Altantuya Sharibuu yang kini menjadi hangat kembali dengan kehadiran semula PI Balasubramaniam dan Deepak Jaikishan yang dikaitkan dengan PM. Isu dakwaan konspirasi Liwat II yang melibatkan Anwar Ibrahim yang juga dikaitkan dengan PM dan berbagai-bagai isu lagi. Ini semua sangat mencemaskan.
Setakat manakah kerajaan melakukan pembersihan terhadap aduan yang lengkap dengan bukti-bukti itu? Apakah si pengadu yang berniat jahat atau kerajaan yang berbohong? Ironinya jika pengadu yang berniat jahat, mengapa belum ada pengadu yang dipenjarakan kerana membuat dakwaan palsu?
Apabila PM dikaitkan, ia merupakan isu yang sangat berat. Rakyat perlu mendapat penjelasan segera apatah lagi PRU sudah hampir untuk berlangsung. Rakyat perlu memilih siapakah yang paling sesuai untuk menjadi pemerintah yang boleh dijadikan tempat berlindung. Papisma berharap tidak berlaku lagi penyelewengan fakta sebagaimana isu Memali dan lain-lain isu kerana negara yang terbina atas asas pembohongan pasti akan menuju kehancuran.
Justeru sebarang dakwaan dan isu yang dikaitkan dengan kerajaan,
rakyat ingin melihat kerajaan membersihkan namanya. Bukan membuat
penafian di televisyen dan akhbar semata-mata tanpa mengemukakan bukti
yang jelas dan telus. Kami sayangkan kerajaan yang bersih dan beramanah.
1 comment:
Salam kasih sayang utk semua. Syabas kepada penulis . Saya amat bharap lebih ramai rakyat malaysia yg cintakan negara ini myedari kelibat kerajaan yg memerintah sekarang ini resah yg megila dan seperti gila demi myatakan cinta 1Malaysia tapi penuh kepalsuan dan penipuan. Kasihan kepada rakyat yg dtipu ini. Dan tahniah kepada yg celik demokrasi sebenar. Perisikan ketenteraan myatakan si penipu akan tumbang, jd marilah kita rakyat malaysia yg sayangkan negara bdoa dgn sesungguh hati. Berita ini akan mjadi suatu keindahan kerana ia benar benar tjadi . Ayuh semua kita. Sudah tiba masa kita ganyang pemerintahan yg kotor dan zalim ini dgn undian JOM TUKAR KERAJAAN.Semoga jenama HERMES dbeli dgn duit halal bukan dr tabungan dlm perut ibunda.. sesungguhny Allah lebih myanyangi org org yg mgunakan akal yg dberi utk dguna kearah kesejahteraan dan kebaikan, bukan mcacatkannya. Wassalam
Post a Comment