Tuesday, December 29, 2009

PAPISMA Menuju Anjakan Baru

(Dr. Roslan b. Yusof)

Wisma Belia Kuala Lumpur, 26-27 Dis 2009 - Satu hari satu malam bermuhasabah, berbincang, ber'muqabalah, membentangkan segala masalah dan memerah otak dalam bengkel yang disertai oleh 40 orang termasuk para pimpinan dan ahli-ahli yang dipilih dalam program yang dikenali dengan nama "PAPISMA: The Way Forward" memberikan satu pengalaman baru dalam PAPISMA. Dengan agenda yang cukup padat ditambah pula dengan suntikan externel experts akhirnya membuka ruang minda bagi PAPISMA untuk menyedari bahawa ia perlukan suatu resolusi dan pelan tindakan bagi membentuk satu curve baru dalam gerakan itu untuk 5 hingga 10 tahun akan datang.

Presiden Papisma memulakan dengan ucapan aluan dan pembentangan pertama

...diikuti oleh Timbalan Presiden

... Dr. Azaharim

Dr. Aznizah... dan seterusnya...

Para peserta mendengar dengan penuh tumpuanterhadap pembentangan termasuk tiga orang experties luar itu.

Dengan permulaan yang cukup hangat melalui pandangan dan hujah oleh tiga orang external experts itu yang dimulakan dengan Prof. Dr. Abu Hasan Hasbullah seterusnya disambung oleh Dr. Zulkifley Ahmad dan Dr. Mujahid bin Yusof, PAPISMA terpaksa akur serta menerima akan kelemahan dan kedhaifannya dalam mendepani arus perubahan di abad yang pantas bergerak dan serba canggih seperti hari ini.

Lontaran komen yang lantang khususnya dari Prof. Dr. Abu Hasan seperti "primitifnya organisasi-organisasi Islam", "PAPISMA nak jadi apa?", "makalahpun sangat daif" dan sebagainya cukup mengejutkan minda dan perasaan para peserta dari lamunan yang panjang. Tamparan seperti ini sangat perlu untuk menyedarkan kita semua bahawa PAPISMA tidak boleh lagi bertindak dan bergerak seperti dulu. Segalanya perlu dirancangkan dengan teliti dan segala gerak kerja perlu menggunakan sistem yang terkini bagi menjimatkan masa, tenaga dan kos seperti kutipan yuran secara standing instruction sebaik saja pendaftaran dibuat, pendaftaran secara online, database keahlian yang updated bagi memudahkan pemantauan demography ahli dari segi jumlah, jantina, speciality di setiap kawasan, dan sebagainya.

Prof. Dr. Abu Hasan besedia untuk membuat komen.

diikuti oleh Dr. Zulkifley ...

Para peserta khusyuk mendengar kritikan dan mencatit isi-isi yang dilontarkan.

... giliran Dr. Mujahid pula memberikan lontaran idea dan pandangan.

Falsafah yang jelas
Falsafah yang jelas akan menentukan halatuju yang tepat dalam gerak kerja PAPISMA. Tanpa kejelasan falsafah, apa saja organisasi akan terumbang-ambing dengan aktiviti yang tidak terfokus ke mana-mana. Akhirnya disibukkan dengan aktiviti tetapi sebenarnya tidak membantu mencapai objektif penubuhan, melakukan kerja yang telah dilakukan oleh orang lain, akhirnya bukan saja masyarakat keliru, ahli sendiripun keliru apa kesudahannya dengan organisasi seperti ini.

Khusyuk luar biasa... antara aksi peserta bengkel...

Objektif PAPISMA perlu spesifik
Menurut Prof. Dr. Abu Hasan, objektif dalam PAPISMA ini masih abstract. Ia perlu dijelaskan secara tepat apa yang ingin dicapai, bila dan sebagainya. Sekiranya tiada objektif yang spesifik maka perancangan tidak dapat dilakukan dengan baik. Menurut Dr. Zulkifley, we need to develop proper human resource planning. Sekiranya PAPISMA tidak mempunyai objektif untuk mewujudkan kepakaran yang seimbang dalam setiap bidang, pasti perancangan dan perlaksanaan untuk itu akan gagal. Persoalannya, untuk apa PAPISMA perlu mewujudkan kepakaran yang seimbang? Semua kita mempunyai jawapannya tersendiri, namun kepelbagaian jawapan itu pastinya perlu disatukan dan diselaraskan melalui objektif baru PAPISMA yang akan dirangka.

3 orang peserta muslimat yang mewakili PAPISMA Terengganu

PAPISMA perlu berbeza dengan yang lain
Dr. Zulkifley menegaskan perlunya PAPISMA menjelaskan 'definisinya' ...what you are... dan perlunya PAPISMA berbeza dengan orang lain ...something that contrast you. Ini akan mengelakkan PAPISMA dari menjadi seperti generic drug. Iaitu melakukan sesuatu yang telah dilakukan oleh orang lain, seolah-olah meniru orang lain. Tidak salah tetapi ia tidak menjadikan PAPISMA sebuah organisasi yang utama (main) dalam masyarakat. Dr. Mujahid pula menekankan perlunya PAPISMA menjadi arkitek yang merancang dan bertindak mengikut perancangannya, tidak seperti ahli bomba yang bertindak hanya atas sebab yang telah berlaku.

Presiden dan Timbalannya sedang menikmati hidangan sambil ditemani oleh wakil PAPISMA Terengganu.

Perubahan mindset adalah sangat kritikal dan dituntut
Dr. Zulkifley juga menegaskan bahawa mindset kita perlu diubah. Kita bukan lagi mahasiswa. Dalam gerak kerja, kita bukan lagi terikat dengan mana-mana organisasi. Kita adalah profesional dalam bidang kita iaitu bidang perubatan dan kesihatan. Malah kita mempunyai kelebihan pada ramainya jumlah kepakaran yang sanggup berkorban untuk meninggikan Islam. Tanpa perubahan mindset, pemikiran kita tidak mampu terbebas dari pelbagai perasaan 'takut' dan negatif lainnya yang akan menjadikan gerak kerja PAPISMA terus bersifat jumud, reaktif, tertutup dan tidak mampu terkedepan bagi menembusi setiap lapisan masyarakat. Sedangkan profesional perubatan dan kesihatan ini merupakan kelompok manusia yang paling banyak berkhidmat untuk masyarakat.

Wakil-Wakil PAPISMA Selatan, Tengah dan Utara.

Social Islamic Welfare adalah bidang terbesar untuk diterokai
Tanpa kita sedari, di hadapan kita, di dalam bidang dan jangkauan kita sendiri terdapat suatu bidang yang belum diterokai iaitu Social Islamic Welfare, iaitu suatu kerja kebajikan kepada masyarakat daif yang bermasalah untuk mendapatkan rawatan. Prof. Dr. Abu Hasan memberikan contoh seperti menyediakan pengangkutan kepada masyarakat yang jauh di pedalaman untuk keluar mendapatkan rawatan dengan mengenakan bayaran yang berpatutan. Begitu juga PAPISMA boleh berfungsi sebagai tempat bagi media mendapatkan tenaga kepakaran bagi mengisi slot-slot mereka seperti TV dan radio. Semua ini sedang dilaksanakan oleh Centrum, sebuah NGO yang diketuai sendiri oleh beliau. Manakala Dr. Zulkifley pula menekankan alangkah baiknya jika PAPISMA menjadi badan NGO yang menjadi juara dalam menangani masalah kehidupan orang asli di Malaysia.

Wakil-wakil PAPISMA Kelantan

Juga wakil Kelantan...

Itulah apa yang mereka nampak tentang PAPISMA. Itulah harapan mereka kepada PAPISMA. Realitinya, itulah juga yang perlu dilakukan oleh PAPISMA agar terus segar dan 'hidup' untuk menjadi wadah bagi ahlinya menabur bakti dan bagi masyarakat menghirup sedikit nikmat kehidupan di bumi Malaysia yang masih serba kekurangan ini.

Pada sebelah malamnya, Dr. Mujahid terus bersama para peserta bengkel sebagai moderator dalam proses merangka Goals Setting dalam usaha membentuk satu gerakan baru dalam PAPISMA. Maka terhasillah sebahagian dari resolusi PAPISMA di mana PAPISMA adalah sebuah non-profit, non-government organisation (NGO) yang memperjuangkan kebajikan kesihatan bagi golongan yang memerlukan bantuan di mana setiap gerak kerja yang dilakukan akhirnya Islam akan mendapat manfaatnya. Ia adalah satu falsafah yang penting dan akan menjadi prinsip dan membentuk jatidiri ahli-ahli PAPISMA. "Dalam satu hadis, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam menyebut maksudnya: 3 orang akan masuk syurga dengan satu balingan tombak, pembuat tombak, pembeli tombak dan orang yang membaling tombak dalam medan jihad. Ertinya, semua orang yang melakukan kerja-kerja untuk Islam akan mendapat manfaat dari hasil kerjanya." Pesan Dr. Mujahid.

.... dan dari Kelantan juga...

Perbahasan hangat terus berlarutan sehingga pukul 12 malam dan apa yang menariknya, Dr. Mujahid, terus bersama menghayati perbahasan dan sekali-sekala mencelah untuk membetulkan kesilapan dan salah faham. Beliau betul-betul moderator yang baik dan berpengalaman.

Perlunya F Team dan P Team dalam PAPISMA
Untuk menentukan survival dan kecemerlangan dalam gerakan PAPISMA, Future Team (F Team) perlu dibentuk segera di samping memperkasakan Present Team (P Team) untuk melaksanakan Operational Goals PAPISMA. (Suatu terminology yang agak baru didengari bagi mereka yang tidak terlibat dalam pengurusan kepimpinan. InsyaAllah, ianya telah difahami dan dihadam dengan baik oleh para pimpinan dan peserta dalam bengkel tersebut). F Team inilah yang sentiasa berfikir untuk masa depan dan berupaya membentuk new curve dalam gerakan PAPISMA. Itulah antara intipati yang penting dari apa yang disampaikan oleh Dr. Mujahid pada malam itu.

Pos istimewa penulis bersama Dr. Mujahid, Presiden dan Timbalan Presiden.

Koperasi sebagai sumber ekonomi
Bagi memperkasakan gerak kerja PAPISMA, ia perlukan dana kewangan yang kukuh. PAPISMA sendiri merupakan sebuah non-profit NGO tidak dibenarkan berniaga. Oleh itu, koperasi adalah jalan terbaik untuk menjana kewangan. Ia perlu digerakkan sehabis daya dan ahli-ahli perlu memberikan sokongan semaksima mungkin. Alhamdulillah, atas usaha gigih yang dilakukan oleh Ahli Jawatankuasa Penaja yang terdiri dari wakil-wakil PAPISMA Kelantan, Koperasi Amalmedik telah berjaya didaftarkan. Kini dalam rangka mengumpul dana yang mencukupi untuk memulakan projek ekonomi. Kerajaan sendiri memperuntukkan satu dana yang besar bagi membantu koperasi. Namun, ia perlukan jumlah kutipan yang mencukupi untuk membuat permohonan. Dan dana itu adalah dari poket ahli-ahli PAPISMA. Ia bukan semata-mata pengorbanan, tetapi ia adalah pelaburan yang boleh memberikan pulangan. Ahli-ahli PAPISMA tidak perlu bimbang dengan duit yang dilaburkan. Mereka perlu faham tentang pentingnya pelaburan mereka untuk membantu PAPISMA. Secara tersiratnya mereka sedang membantu Islam... dan hakikat sebenarnya pula adalah bagi diri sendiri untuk akhirat yang kekal abadi. Itulah keunikan PAPISMA dan ahli-ahlinya. Berbanding dengan para pelabur, bebanan yang lebih berat adalah kepada pengendali koperasi itu sendiri di mana mereka perlu membuat kajian yang teliti dan mengambil langkah yang berhati-hati sebelum memasuki satu-satu bidang perniagaan dalam mencairkan wang koperasi.

Sesungguhnya ia kenangan yang sukar untuk dilupakan....

GMC akan diperkasakan untuk menjadi Hospital Islam PAPISMA
Dalam sesi muqabalah di saat-saat akhir yang penuh emosi, para hadirin telah diberitahu tentang sejarah penubuhan GMC. Ia adalah sejarah yang tersembunyi yang telah menimbulkan berbagai persepsi di kalangan mereka yang cakna dan sayangkan PAPISMA. Sejarah yang tidak diketahui ini hampir-hampir membawa keruntuhan pada suatu peluang yang cukup besar dalam GMC. Ianya telah berakhir dan tidak perlu diungkit lagi. Apa yang berlaku mengandungi hikmah yang besar di sisi Allah. Apa yang dilakukan oleh sebahagian sahabat empat tahun dulu dengan mengambil-alih GMC merupakan pengorbanan juga. Mudah-mudahan Allah menerima pengorbanan mereka semua dengan ganjaran yang terbaik. Kini semua ahli PAPISMA cukup berlapang dada bagi merealisasikan penubuhan hospital Islam dengan menjadikan GMC sebagai asasnya. Ya! Hospital Islam adalah impian sejak lebih lima belas tahun yang lalu, jauh sebelum PAPISMA ditubuhkan, sebelum SPI (Siswazah Perubatan & Paramedik Islam) diinstitusikan malah sebelum adanya ISP (Ikatan Siswa/i Perubatan & Paramedik) itu sendiri. Hospital Islam jugalah yang menjadi aspirasi yang mempertautkan sahabat-sahabat sejak di bangku mahasiswa. Di kampus USMKK sendiri kertas kerja asasnya telah dibentangkan oleh pimpinannya seawal tahun 1993.

Adalah menjadi kesilapan jika mengabaikan suatu aspirasi yang menjadi motivasi sejak sekian lama itu. Barangkali selepas ini, aspirasi ini akan melonjakkan kembali semangat ahli-ahli dalam gerakan baru PAPISMA. Tidak keterlaluan juga jika kita menjangkakan bahawa Hospital Islam lebih mudah untuk diperkatakan dan menjadi 'sales point' bagi menarik ahli baru dan menggerakkan ahli-ahli lama untuk kembali aktif.

Program kebajikan ahli perlu dititikberatkan
Salah satu yang telah dibengkelkan ialah berkaitan dengan kebajikan. Banyak masalah yang telah dikenalpasti dan aktiviti yang dicadangkan. Kebajikan ini sememangnya perlu diutamakan. Meskipun kita mempunyai Output Goals, kita juga mempunyai kewajipan yang tidak sedikit untuk memastikan program untuk ahli diperkasakan. Ukhuwah dan kasih sayang adalah tiang seri yang mendokong kejayaan PAPISMA.

Pandangan saya - banyaknya idea perlu disatukan dan diberi keutamaan
Perbincangan dalam bengkel Strategic Planning pada hari itu menghasilkan cadangan dan perancangan yang cukup banyak. Tidak kurang dari 5 cadangan telah dibentangkan oleh setiap bidang yang ditetapkan. Dengan kapasiti PAPISMA pada hari ini, saya melihat ianya agak sukar untuk dilaksanakan serentak meskipun baru mendapat suntikan semangat dari bengkel yang diadakan. Jadi, saya mencadangkan agar pihak pimpinan perlu meneliti keutamaan yang perlu didahulukan. Utamakan perkara yang besar dan utama. Kita perlu mengambil iktibar dari pengalaman-pengalaman yang lalu di mana kita juga ingin melaksanakan program yang banyak akhirnya semua tidak terlaksana. Sesuaikan perlaksanaan aktiviti dengan Formal Goals. Saya cukup terkesan dengan kenyataan Dr. Mujahid dalam slaidnya, "Formal Goals vs Operational Goals: when constrain occurs and priorities define, operational goal decides". Lebih kurang maksudnya, dalam kita berusaha mencapai matlamat utama (Formal Goals), bila menghadapi masalah / halangan, kita perlu menentukan keutamaan. Pada ketika ini, keupayaan kita untuk melakukan aktivitilah (Operational Goals) yang akan menentukan mana satu aktiviti yang perlu didahulukan. Ya! Kita telah melalui banyak pengalaman. Dahulupun kita banyak goals yang ingin kita capai, namun ketiadaan penumpuan (fokus), akhirnya kita masih belum melakukan apa-apa aktiviti yang proaktif untuk masyarakat. Pandangan ini bukan bererti takut dan mahu lari dari masalah, tetapi biarlah ada sedikit fokus dan penumpuan.

5 tiang bagi kejayaan sesebuah organisasi
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Prof. Dr. Abu Hasan Hasbullah, untk memastikan kejayaan sesebuah organisasi, mereka perlu mempunyai lima tiang asas:
1. Falsafah yang jelas.
2. Objektif yang kualitatif - spesifik dan mempunyai masa tertentu untuk mencapainya.
3. Struktur organisasi.
4. Mapping / Demography yang seimbang.
5. Strategic Planning.

Sebagai penutup, saya quote sebuah hadis yang dibacakan oleh Dr. Zulkifley Ahmad yang bermaksud:
"Zaman akan pantas berubah. Manusia yang bijak adalah mereka yang memahami dan memimpin perubahan".

Tahniah yang tidak terhingga kepada pimpinan PAPISMA 2008/10 yang diketuai oleh Dr. Suhazeli Abdullah dan Pengarah Program Dr. Wan Shah Jihan Wan Din dan seluruh AJK-nya yang telah bertungkus-lumus bekerja tidak mengenal penat dalam menjayakan program yang sangat penting ini. Terima kasih kerana menjemput kami yang kerdil ini kerana melaluinya kami juga berpeluang menyumbang untuk Islam dan belajar ilmu yang tidak diperolehi di universiti. Mudah-mudahan usaha kita semua akan mendapat ganjaran dari Allah dengan ganjaran yang sebaik-baiknya.









No comments:

Push-Up Arrow