Oleh: Wartawan SMART
6 Disember 2024, Setiu
Alhamdulillah PAPISMA Terengganu telah menyerahkan bantuan banjir kepada penduduk sekitar Bandar Permaisuri, Terengganu, hari ini.
3 buah kampung telah terpilih untuk menerima serahan bantuan kali ini iaitu Kampung Seladang, Kampung Besut dan Kampung Ladang.
Sebanyak 100 buah rumah telah menerima bantuan ini dengan kerjasama pihak Khidmat Malaysia Setiu dan Pejabat DUN Permaisuri.
Untuk serahan bantuan kali ini:
Sebuah pacuan empat roda 4x4 dan 6 buah kereta telah digunakan 🚙
Barangan diserahkan:
🍔 130 pek makanan 'ready to eat'
📦 Pampers
🥛 Susu formula
🍶 Air mineral 18 kotak
Semoga bantuan ini dapat meringankan beban mangsa banjir yang terlibat.
Untuk menyumbang, boleh ke akaun berikut:
Maybank
563064122433 (SMART PAPISMA SERVIS)
Rujukan: #bencana2024
#PAPISMATerengganu
Alhamdulillah. Teruk juga keadaan rumah mangsa banjir di Setiu ini. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. |
"Mari ambe bawak!" Dr. Mujahid Sabri mewakili PAPISMA Terengganu begitu tangkas melakukan kerja amal di sini. |
"Moga dapat meringankan sedikit bebanan tuan rumah ini!" Tapi ambe bukan YB tu...😂 |
Ust. Abu Bakar, suami kepada Dr. Higrayati merupakan Ahli Bersekutu PAPISMA Terengganu (dua dari kiri) antara yang aktif membantu. |
"Lagi... lagi...!" |
"Makcik sihat ke dok ni?!" Mungkin itu yang ditanyakan oleh Dr. Raja Hashim (kanan) kepada tuan rumah ketika menyampaikan bantuan. |
"Insya Allah cukup...!" Dr. Raja Hashim berbincang sesuatu dengan Dr. Mujahid Sabri. Di belakangnya kelihatan Dr. Aliff (T-shirt hitam) turut mengambil perhatian. |
Santai... Bila lagi nak dapat pengalaman macam ni...😅 |
Muslimat Khidmat Malaysia Setiu turut aktif membantu. |
"Sama-sama!" Mungkin itulah jawapan ringkas Dr. Mujahid selepas menyerahkan bantuan. |
"Bagi molek tu... biar semua dapat!" Alhamdulillah 100 pek makanan dan lain-lain keperluan telah berjaya disampaikan kepada penduduk Setiu. |
Berita di FB:
#PAPISMA CAWANGAN TERENGGANU