Alhamdulillah Papisma Terengganu berjaya
mengadakan Kempen 2K (Kesedaran Kesihatan) di Dewan Sivik Kg. Tanjung
Paya Kuala Terengganu semalam, 7 Mac 2014 bermula pukul 8.30 hingga 11.30 pagi.
Kampung ini merupakan kampung
warisan Melayu di Bandaraya Kuala Terengganu yang agak mundur meskipun
dikelilingi oleh pembangunan yang pesat dan pelbagai projek yang
bertaraf mega seperti pembangunan bandar baru Tanjung, Draw Bridge,
Pangsapuri Icon Residence, Pusat Sukan Monsoon Cup dan lain-lain lagi pembangunan.
Seramai
8 orang petugas SMART PAPISMA telah bertugas iaitu Dr. Md Arif, Dr.
Roslan, Dr. Razin, Dr. Hazizul, Dr. Tg. Kadir, Dr. Razmi, Dr. Farizi dan
isteri.
Program pemeriksaan kesihatan fan ceramah
kesihatan telah diadakan di Dewan Sivik Tanjung Paya yang dihadiri okeh
Pengerusi JKK dan YBM Dato' Raja Bahrin.
Lebih kurang 70
orang telah mebdaftarkan diri untuk menerima rawatan dan mendengar
ceramah kesihatan yang disampaikan oleh pakar perubatan Hospital
Sultanaha Nur Zahurah Kuala Terengganu.
Pengerusi
JKK mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak PAPISMA Terengganu
atas keprihatinan kepada masyarakat. Moga program seperti ini dapat
diteruskan pada masa akan datang.
Di bawah adalah sebahagian gambar yang sempat dirakam semasa program.
Dr. Arif sedang menyediakan ubat.
Dr. Razmi sedang berbincang dengan pesakit.
Isteri Dr. Farizi sedang memeriksa pesakit.
Kelihatan Dr. Tg Kadir, Dr. Hazizul dan Dr. Farizi sedang bersedia
untuk berkhidmat
untuk berkhidmat
Dr. Razin sedang menyampaikan ceramah.