Biro IT
Alhmdulillah, setelah berehat sepanjang Ramadhan 1434H, SMART PAPISMA kembali berkhidmat untuk masyarakat pada 23 Ogos 2013 bersamaan 16 Syawal 1434H (2 hari lepas). Kali ini SMART PAPISMA telah mengadakan aktiviti di Kg. Kesom, kira-kira 20 km dari pusat Bandaraya Kuala Terengganu dalam suasana dan mood Syawal yang masih terasa.
Seramai 8 orang ahli PAPISMA Terengganu telah meluangkan masa untuk menjayakan program kali ini yang dihadiri oleh lebih 100 orang penduduk setempat.
Program kali ini mengikut format SMART seperti biasa iaitu ceramah 2K (Kesedaran Kesihatan), pemeriksaan & rawatan perubatan percuma serta lawatan ke rumah pesakit yang uzur. Ceramah kesihatan telah disampaikan oleh Dr. Wan Mohd Razin, Pakar Perubatan Sakit Dalam, Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu yang dengan topik Kencing Manis.
Berikut adalah beberapa gambar sempena program tersebut.
|
Dr. Wan Mohd Razin sedang menyampaikan ceramah 2K. |
|
Kak Han sedang memeriksa seorang pengunjung. |
|
Dr. Karimah sedang memberikan kaunseling. |
|
Dr. Wan Ashraf sedang menasihati seorang pengunjung. |
|
En. Mohd Shawal sedang melakukan screening. |
|
Hidangan hari raya sudah tersedia untuk para pengunjung. |
|
Masing-masing khusyuk dengan pengisian yang disampaikan. |