23 Okt. 2012, Kuala Terengganu - PAPISMA Terengganu berjaya mengadakan sambutan ahli-ahli baru yang baru mendaftarkan diri di Hospital Sultanah Nur Zahirah, hari ini yang diadakan di Dewan Mesyuarat Klinik Ummi, Cabang Tiga Kuala Terengganu.
Program yang dilaksanakan dalam suasana santai dan mahabbah ini dimulakan dengan sesi taaruf. Seterusnya taklimat aktiviti yang disampaikan oleh Pengerusi PAPISMA Terengganu sendiri dan akhirnya sesi soal-jawab.
Sedikit cenderahati telah disampaikan oleh Setiausaha PAPISMA Terengganu sebagai penghargaan kepada adik-adik dan sebelum bersurai, mereka menjamu selera dengan sedikit jamuan yang disediakan.
Dr. Md Arif Ibrahim (kanan), Pengerusi PAPISMA Terengganu sedang berucap memulakan majlis. |
Kelihatan dua orang ahli baru yang sempat hadir iaitu dari kiri Dr. Sobri dan Dr. Mohd Hilmi. Manakala Mr. Husain sedang khusyuk mencatatkan sesuatu di handphone-nya. |
Kelihatan Dari kanan Dr. Wan Mohd Razin, Timbalan Pemgerusi PAPISMA Terengganu dan Dr. Tuan Mohd Fairuz, Pengerusi Kedai Buku Amalmedik, Malaysia. |
Tetap hadir... meskipun terpaksa membawa anak kecil, Dr. Tuan Norizan dan Dr. Wan Mohd Razin tetap hadir bagi meraikan adik-adik PAPISMA. |
Dr. Wan Mohd Razin sedang memperrkenalkan diri dalam sesi taaruf. |
Program ini diakhiri dengan kaffaratul majlis pada kira-kira pukul 11.15 malam.