28 Sept. 2012 , Jumaat - PAPISMA Terengganu melalui SMART PAPISMA telah berjaya menganjurkan Program 2K dengan kerjasama AJK Surau Padang Tengir, Manir,. Kuala Terengganu , kira-kira 15 km dari Bandaraya Kuala Terengganu.
Program yang bermula pada pukul 8.30 pagi itu telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari penduduk kampung. Seramai 9 orang petugas SMART PAPISMA telah meringankan tulang menabur khidmat bakti pada hari yang mulia penghulu segala hari itu.
Seramai 104 orang telah didaftarkan untuk menerima rawatan termasuk lawatan ke rumah seorang yang uzur kerana penyakit kencing manis dan stroke.
Kali ini ceramah 2K telah disampaikan oleh Pengerusi PAPISMA Terengganu sendiri iaitu Dr. Md Arif Ibrahim yang bertajuk Gejala Sosial.
Sebaik tamat program pada pukul 11.35 pagi semua petugas telah dijamu nasi minyak gulai kawah istimewa Kg. Padang Tengir.
Sebelum program... Dr. Md Arif (kiri) dan Dr. Mohd Ilham sibuk meninjau persiapan yang disediakan. |
Lama tak posing... Kak Han di hadapan baner Kempen 2K SMART PAPISMA yang baru. |
Dr. Md Arif sedang memberi taklimat sebelum program bermula. |
Sebaik kaunter dibuka pendaftaran terus dilakukan. |
Dr. Md Arif dan Dr. Wan Mohd Razin yang sinonim dengan Program 2K sedang berbincang tentang persiapan ceramah. |
Dua orang serikandi PAPISMA Terengganu yang jarang terlepas baktinya untuk masyarakat... Kak Han (depan) dan Kak Zi. |
"Apa khabar pakcik?" Mungkin itulah sapaan Dr. Ilham kepada seorang penduduk yang akan diperiksanya. |
"Adik ni sihat... InsyaAllah belajar rajin-rajin ye..." Sambil merawat sambil menasihat. Ituah kelebihan seorang doktor. |
"Kejap makcik ye. saya ambik sekali lagi." Dr. Fadzilah, Setiausaha PAPISMA Terengganu sedang memeriksa pesakitnya. |
Serius... Mr. Husin sedang memeriksa seorang pesakit. |
MA Mohd Johari, suami Dr. Fadhillah turut bersama buat kali pertama. |
Dr. Wan Mohd Razin bertindak sebagai Pengerusi Majlis. |