Sunday, November 10, 2024

DINNER BERSAMA UST. NADIR AL-NURI DAN MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN KE GAZA SEMPENA SETAHUN TAUFAN AL-AQSA

 Wartawan SMART

Sabtu, 9 Nov 2024


Ust. Nadir menerima mock cheque dari Mr. Hazizul
diiringi oleh Dr. MUjahid Fauzi, Naib Presiden 1
PAPISMA Malaysia dan Dr. Hakim
(Ketua Lajnah Syabab)
Kuala Terengganu - Petang tadi telah berlangsung Majlis Makan Malam Dan Penyerahan Sumbangan Ke Gaza bersama Al Fadhil Ust. Nadir Al-Nuri. Penyerahan 'mock cheque' itu telah disampaikan oleh Pengerusi PAPISMA Terengganu, Mr. Hazizul Helmy Ahmad kepada Ust. Nadir yang merupakan Pengerusi NGO Cinta Gaza Malaysia (CGM).

Dalam ucapan terima kasihnya, Ust. Nadir menceritakan bagaimana keadaan Gaza sekarang. Bumi Gaza hampir 80% telah ranap di bom oleh Yahudi Zionis Israel laknatullah. Sepanjang beliau menetap di Gaza sejak tahun 2013, telah 3 kali berlaku peperangan dengan Israel di sana tetapi kemusnahan kali ini merupakan satu kemusnahan yang tak pernah dibayangkan oleh kita yang berada di Malaysia. Namun para pejuang Gaza insyaAllah tak akan menyerah kalah. Zionis laknatullah cuba menghapuskan Hamas, namun Hamas telah menjadi satu ideologi yang terpasak kejap dalam diri setiap rakyat Gaza. Tak mungkin dapat dihapuskan. Semua itu berlaku kerana tarbiyah Hamas dan sistemnya yang mantap bermula dari kanak-kanak lagi. Sejak intifadah pertama tahun 1987, kanak-kanak Palestin menentang Israel menggunakan batu-batu, kini pada intifadah kedua tahun 2023, kanak-kanak itulah yang telah menjadi tunggak yang mengangkat senjata bagi membebaskan Palestin. Itulah kemantapan tarbiyah yang perlu kita contohi.

Bergambar kenangan bersama Ust. Nadir dan
seluruh ahli keluarganya.

Beliau mengajak kita semua untuk menjadikan perjuangan rakyat Palestin ini sebagai motivasi kepada kita. Jangan buat alasan untuk tarbiyah.

Seterusnya beliau juga mengimbau kenangan bersama PAPISMA Terengganu yang dulunya begitu dekat dan rapat dengan perjuangan Gaza melalui CGM dengan sumbangan-sumbangan yang diberikan. Pada ketika itu CGM masih belum dikenali. PAPISMA Terengganulah yang selalu membantu. Hari ini, nampaknya nama PAPISMA telah semakin hilang. Oleh itu kita perlu kembalikan semula nama ini sebagai NGO yang banyak berjasa kepada rakyat Palestin.

 Gambar-gambar menarik sekitar program dinner ini klik di sini.

Berita di FB PAPISMA Terengganu

Saturday, November 9, 2024

Riadah Ukhuwah PAPISMA Terengganu

Wartawan SMART

Jumaat, 8 Nov. 2024.

Pagi ini seawal 7 pagi, para peserta (volunteer) dijadualkan berkumpul di sekitar Bukit Besar Kuala Terengganu untuk program Riadah Ukhuwah Santai Papisma Terengganu kali pertama sesi 2024-2026. Awalnya seramai 11 orang peserta telah mendaftarkan diri. Namun ada beberapa peserta telah menarik diri kerana urusan yang tak dapat dielakkan.




"Kita merancang, Allah juga meancang dan perancangan Allahlah yang lebih baik" (Mafhum ayat Al-Quran). Hujan telah turun seawal sebelum waktu subuh sehingga pagi ini. Sahabat-sahabat Marang, Wakaf Tengah dan sekitar Bukit Besar memberi respon bahawa pagi ini masih hujan. Namun telah sedikit reda. Namun, oleh kerana ingin menjayakan program kali pertama ini, Pengerusi PAPISMA Terengganu, Mr. Hazizul Helmy 'nekad' untuk meneruskan program jika hujan renyai-renyai sahaja. "Kalau tak dapat riadah kita makan roti canai." Begitulah lebih kurang hantaran whatsapp pagi ini.

Dari kiri: Dr. Raja, Dr. Hakim, Mr. Fadhli Yazid, (T-Shirt Hijau?), Dr. Aliff, Sdr. Saifullah dan
Mr. Hazizul.

Akhirnya mereka berjaya meneruskan program dengan kehadiran yang tak penuh. Sahabat-sahabat senior tak dapat hadir. Hujan renyai-renyai tidak menghalang program yang telah beberapa hari dirancang. "Kalau sahabat Palestin tak berganjak dengan hujan peluru, hujan air ini apalah sangat." Mungkin itulah falsafah yang dijunjung.

Apa yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Antaranya jangan mudah menyerah denga cuaca yang kita tak boleh control. Kalau ada sokongan, teruskan dengan apa yang ada. Buat sampai Jadi. Barangkali itulah antara intipati dan kesan positif dari apa yang berlaku yang boleh dijadikan sumber motivasi dan pencetus kepada kelangsungan gerakerja yang lebih cemerlang.

Tonggak aktiviti riadah PAPISMA Terengganu. 
Dari kiri: Sdr. Saifullah, Mr. Hazizul dan Dr. Raja.


Sampai juga akhirnya... Alhamdulillah.





Kami telah sampai ke puncak!

Monday, October 28, 2024

PAPISMA Terengganu Di Majlis Hi-Tea Yayasan Amal Cawangan Terengganu

Oleh: Wartawan Smart PAPISMA

27 OKTOBER 2024 - PAPISMA Terengganu dengan diwakilkan Mr Hazizul Helmy dan Dr Aliff Muttaqin telah menghadiri majlis Hi Tea anjuran Yayasan Amal Malaysia (YAM) Cawangan Terengganu yang telah berlangsung pada petang 26 Oktober 2024 semalam.

Majlis bernuansa apresiasi ini turut melibatkan Unit transfusi Darah HSNZ Dan pengerusi 27 buah masjid di seluruh Terengganu yang terlibat dalam blood donation sepanjang Ramadhan 2024 yang lalu.

Di kesempatan ini, PAPISMA Terengganu mengucapkan terima kasih kepada semua Sahabat SMART PAPISMA Terengganu yang terlibat secara langsung & tidak langsung. 

Semoga hubungan antara PAPISMA Terengganu dan YAM Terengganu terus berjalan dengan baik, demi manfaat masyarakat. 

Together we serve community.

#PAPISMATerengganu
(credit FB Papisma Terengganu)




Mr. Hazizul Helmy (t-shirt hitam) menerima cenderahati dari wakil
Yayasan Amal Caw. Terengganu, Cikgu Li.

Bergambar kenang-kenangan.



Sunday, October 20, 2024

KEPIMPINAN BARU PAPISMA MALAYSIA SESI 2024-2026

 Wartawan Buletin


Alhamdulillah, 19/10/2024 telah mencatat sejarah tersendiri bagi PAPISMA Malaysia. Era pasca Covid-19 dan era teknologi baru ini memang sukar dijangka. Antaranya ialah dalam pemilihan kepimpinannya yang terbaru. Ia telah mencatatkan keputusan yang tidak dijangka. Hasilnya, para perwakilan telah melakukan perubahan kepemimpinan pada hari ini setelah beberapa jawatan tertingginya bertukar. Presiden sesi yang lalu iaitu Dato' Dr. Suhaini Kadiman yang merupakan Presiden Ke-4, yang telah menyandang jawatan itu selama 10 tahun (2014-2024), telah ditewaskan oleh Dr. Awisul Islah b. Ghazali yang merupakan penyandang sebelum ini melalui pertandingan tiga penjuru. Dengan kemenangan ini, beliau telah diisytiharkan sebagai Presiden Ke-5 dalam sejarah kepimpinan NGO itu.


Tahniah dan takziah diucapkan kepada barisan kepemimpinan baru bagi sesi 2024-2026. Mudah-mudah amanah ini dapat beliau tunaikan dengan cemerlang dan mendapat bimbingan Allah SWT. Tahniah juga kepada barisan kepemimpinan yang lalu kerana telah berjaya membawa banyak perubahan yang hampir tidak terbilang. Sehingga hari ini PAPISMA telah berdiri sama tinggi, malah dalam isu kesihatan ia lebih tinggi daripada NGO-NGO yang lebih senior daripadanya dan duduk sama rendah dengan mereka.

Sebahagian daripada jawatankuasa baru bagi
sesi 2024-2026.

Melalui perubahan kepemimpinan ini, sudah tentulah para perwakilan menghendaki suatu nafas baru dalam gerakerja PAPISMA. Meskipun Dr. Awisul Islah bukanlah presiden yang 'fresh', namun ahli-ahli melihat bahawa mantan Presiden Ke-3 itu merupakan pemimpin yang banyak idea dan disukai ramai. Beliau dilihat mudah didekati, mesra dan mudah dalam berkomunikasi. 


Walau apapun, kejayaan PAPISMA tetap memerlukan sokongan dan dokongan semua ahli. Ahli yang lama menasihati, yang baru pula mencetuskan idea-idea baru dan yang lain sama-sama berganding bahu melaksanakan apa yang dirancang. Apa yang penting ialah ukhuwah perlu terus diperkukuh, potensi diri perlu dicungkil, digilap dan  diperteguh, Insha Allah PAPISMA akan dapat berlayar megah dan membina empayar di mana saja ia berlabuh.

Berikut, disertakan ringkasan ucapan Presiden dalam MAP ke-15 (2022-2024) sebagai panduan dan munaqasah ahli. 

Perwakilan MAP muslimin sedang khusyuk
mengikuti perjalanan mesyuarat agung.

1.0 Pendahuluan:

- Ucapan dimulakan dengan ucapan syukur kepada Allah SWT, diikuti dengan salam dan selamat datang kepada perwakilan yang hadir.

- Presiden menekankan kepentingan muhasabah dalam setiap Mesyuarat Agung untuk memastikan perjalanan PAPISMA tidak terhenti dan sentiasa memperbaiki diri.

- Menyentuh ayat Surah Al-Asr, beliau mengingatkan pentingnya amal soleh dan kesabaran dalam menjalankan tugas organisasi agar tidak tergolong dalam kalangan orang yang rugi.


2.0 PAPISMA 20 Tahun:

- Sejarah dan latar belakang:

  - PAPISMA bermula sebagai Siswazah Perubatan Islam (SPI) pada tahun 1994, sebuah gerakan kecil yang terhad kepada beberapa universiti di Pantai Timur. SPI dibentuk untuk memastikan pengamal perubatan Muslim dapat mengamalkan perintah syariat dalam bidang mereka.

  - Pada tahun 2004, SPI ditransformasikan menjadi PAPISMA yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan, dengan matlamat untuk memperkukuhkan struktur organisasi serta memperluaskan pergerakan ke seluruh Malaysia.

  - Fasa perkembangan dan cabaran:

  - Sepanjang tempoh 20 tahun, PAPISMA telah berkembang melalui pelbagai cabaran. Tragedi 2014 menjadi titik penting yang memperkukuh perpaduan dan ukhuwah dalam organisasi.

  - Selepas 2014, PAPISMA memperkenalkan pendekatan yang lebih eksklusif untuk memastikan hala tuju organisasi lebih teratur dan tersusun. Walaupun era media sosial telah mengubah cara organisasi bergerak, PAPISMA berjaya menyesuaikan diri dan menambah ahli di seluruh Malaysia, dengan 13 cawangan di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

  - Kekuatan keahlian:

  - Kini, PAPISMA mempunyai 1900 ahli, dengan 75% daripada mereka adalah pegawai dan pakar perubatan, manakala 25% lagi datang dari pelbagai bidang berkaitan kesihatan. Peningkatan keahlian mencatat purata 6% setiap tahun sejak 2018.

  - Ahli PAPISMA bukan hanya aktif dalam bidang perubatan, tetapi juga menjawat jawatan penting di sektor awam dan swasta, serta terlibat dalam bidang pendidikan dan penyelidikan.

Perwakilan muslimat yang turut serta mengambil 
bahagian secara aktif.

3.0 Cabaran Terkini:

- Landskap politik semasa:

  - Selepas PRU-14, PAPISMA mendapat manfaat daripada landskap politik yang menyokong, namun cabaran besar timbul selepas PRU-15 apabila keadaan politik berubah. Perubahan ini memerlukan PAPISMA mencari cara baharu untuk berperanan dalam masyarakat dan menyumbang kepada kesejahteraan umum.

  - SG4 (Selangor, Kedah, Kelantan, Terengganu) menjadi tumpuan utama PAPISMA kerana negeri-negeri ini mempunyai populasi Muslim yang besar, namun masih menghadapi cabaran kesihatan yang ketara.

  - Potensi baru:

  - PAPISMA harus mengatasi rasa inferiority dan yakin dengan keupayaannya. 



Fokus kini perlu beralih kepada membangunkan masyarakat secara lebih sistematik, menggunakan pendekatan berasaskan pemerkasaan dan bukan sekadar kebajikan.

  - Aktiviti kemasyarakatan harus melibatkan agen-agen masyarakat tempatan untuk memastikan perubahan yang berkekalan.

Perwakilan dari Terengganu bergambar
kenangan dengan mantan Presiden dan
 Timbalan Presiden.

4.0 Masa Depan yang Terancang:

- Penglibatan dalam kesihatan negara:

  - PAPISMA merancang untuk lebih aktif dalam memberikan sumbangan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui pelbagai kempen kesedaran kesihatan. Sebagai NGO yang berteraskan Islam dan perubatan, PAPISMA berperanan memberikan pandangan dan cadangan yang selari dengan syariat Islam.

  - PAPISMA juga perlu menjadi pemerhati aktif untuk menganalisis keberkesanan polisi kesihatan yang dilaksanakan, memastikan bahawa setiap dasar yang diperkenalkan memenuhi kehendak masyarakat dan prinsip Islam.

- Hubungan strategik:

  - Hubungan dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan, seperti JAKIM, Majlis Fatwa Kebangsaan, Universiti Awam, dan Jabatan Standard Malaysia, perlu diperkukuhkan untuk meningkatkan pengaruh PAPISMA dalam isu kesihatan dan kebajikan masyarakat.

5.0 Pelan Strategik 2025-2030:

- Tiga Tindakan Utama:

  1. Pemikiran dinamik dan inovatif: Ahli PAPISMA perlu diasuh untuk mempunyai pemikiran yang inovatif dan berasaskan nilai-nilai Islam, berupaya memberikan respons intelektual terhadap masalah dan cabaran yang timbul. 

  2. Pembangunan sumber manusia: Ahli PAPISMA adalah aset terpenting organisasi. Oleh itu, penting untuk memfokuskan kepada pembinaan keupayaan ahli melalui program kepimpinan dan pendidikan dalaman agar mereka berkualiti tinggi dalam sahsiah dan kemahiran.

  3. Analisis sentimen masyarakat: PAPISMA perlu membina pangkalan data untuk mengukur keberkesanan aktiviti melalui analisis sentimen masyarakat, bagi memastikan setiap program memenuhi keperluan rakyat dan membawa impak positif.

- Visi jangka panjang:

  - Menjelang 2030, PAPISMA berhasrat menjadi NGO kesihatan yang unggul, dengan kepimpinan yang inovatif, program yang berkualiti, serta jaringan hubungan yang kukuh di peringkat nasional dan antarabangsa.

6.0 Akhir Bicara:

- Presiden menekankan bahawa walaupun PAPISMA baru berusia 20 tahun, ia telah mencapai banyak kejayaan namun tetap perlu terus bermuhasabah. PAPISMA perlu menetapkan piawaian yang tinggi, berdasarkan prinsip Islam untuk mencapai kecemerlangan.

- Dalam penutup, Presiden menyampaikan pantun yang menggambarkan harapan agar PAPISMA terus maju ke hadapan dengan penuh keyakinan dan komitmen dalam menjalankan amanah demi kebaikan masyarakat dan negara.

Burung Nuri sehebat Burung Merpati
Terbangnya tinggi jauh melayang
Bila diri ingin mengubat kegusaran hati
Tartilnya pada ayat-ayat Yang Maha Penyayang.

Burung Pekaka terbang melayang
Mencari makan di atas papan
Separuh hari PAPISMA berbincang
Memberi kekuatan Terus Maju Kehadapan.

Burung Kedidi ke sana ke mari
Hinggap sebentar di dahan yang tinggi
Kasih sayang persaudaraan Islam amatlah suci
Keampunan Ilahi balasan yang dicari.

Burung Enggang amatlah hebat
Makanannya duku di Pulau Pangkor
Jangan canggong, percayalah sahabat
Usaha dahulu insyaAllah hasilnya tersohor.

(Ringkasan ini menggabungkan elemen-elemen utama daripada ucapan Presiden dengan lebih perincian mengenai cabaran, strategi, serta visi masa depan PAPISMA, sesuai dengan perjalanan dan aspirasi pertubuhan.)


Push-Up Arrow