Wednesday, July 20, 2016

AGM DAN SAMBUTAN AIDILFITRI 2016 PAPISMA TERENGGANU

(Jabatan IT)

15 Julai 2016 (Jumaat) - PAPISMA Terengganu berjaya mengadakan Mesyuarat Agung  tahunan  (AGM) yang ke-9 di Dewan Walit, Kg. Durian Mas, Manir, Kuala Terengganu. Mesyuarat kali ini telah diadakan bersama dengan sambutan Aidilfitri 1437H.


Suasana mesyuarat agung yang berorientasikan majlis di
negeri Jepun.
Tahun ini merupakan tahun pemilihan. Keseluruhan jawatan telah dipertandingkan dan menyaksikan ramai muka-muka baru yang berjaya memegang jawatan termasuk Timbalan Pengerusi. Walaubagaimanapun penyandang Pengerusi, Dr. Mujahid Fauzi b. Sulong terus kekal mempertahankan jawatannya setelah pertandingan satu lawan satu.


Prof Dr. Harmy sedang menyampaikan ucapan penangguhan.
Timbalan Pengerusi baru kali ini disandang oleh Dr. Zuraizi b. Jaafar, seorang Pakar Kanak-Kanak (Paediatrician) di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. 


Dr. Zuraizi Jaafar, Timbalan Pengerusi yang
baru sedang memperkenalkan diri.
Mereka yang memenangi pertandingan kali ini terdiri dari pelbagai bidang termasuk pakar, pegawai perubatan kerajaan, pegawai perubatan swasta, pegawai pergigian dan medical assistant. Gabungan ini menunjukkan Papisma Terengganu lebih bersedia untuk mendepani cabaran yang lebih global dalam gerakan organisasinya.



Antara yang akan ditekankan ialah tentang ukhuwah kerana peningkatan jumlah ahli yang sekaligus meningkatkan jurang usia antara ahli-ahli senior dan junior. Tanpa program ukhuwah yang lebih kerap dan tersusun ia akan membantutkan aktiviti dan program-program yang akan disusun.


Dr. Mujahid Fauzi sedang menyampaikan amanat. Kelihatan
Pengerusi Tetap, Mr. Husain sedang khusyuk mendengarkan.
Setelah tamat AGM seluruh hadirin telah menjamu selera dengan juadah hariraya yang telah disediakan oleh pihak penganjur iaitu Papisma Terengganu sendiri.

Dalam ucapan penggulungan, Dr. Mujahid telah melahirkan rasa gembiranya dengan sambutan ahli-ahli pada AGM kali ini dan beliau dengan penuh semangat akan melakukan beberapa perubahan dalam gerakerjanya yang akan datang.

Mesyuarat ditangguhkan dengan tasbih kaffarah dan surah Al 'Asr.

No comments: