Saturday, September 22, 2012

PAPISMA Terengganu Berkhidmat Di Marang

(Biro IT)
21 September 2012, Jumaat - Alhamdulillah PAPISMA Terengganu telah berjaya menyumbangkan khidmat baktinya hari ini kepada lebih 98 orang di perkarangan surau Sg. Kerak, Marang.

Seramai sembilan orang petugas SMART PAPISMA telah meringankan tulang untuk berbakti kepada masyarakat setempat. Sambutan daripada masyarakat setempat yang terdiri dari pelbagai peringkat taraf hidup dan pekerjaan itu sangat menggalakkan.

Pengerusi surau berkenaan yang menyampaikan ucapan aluan berintisarikan konsep kebajikan sangat berbangga kerana para doktor sanggup memilih tempat ini di antara puluhan tempat lagi yang menjadi alternatif.

Ceramah 2K (Kesedaran Kesihatan) telah disampaikan oleh Dr. Norhigrayati, Pakar Mata dari Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang bertajuk Kesihatan Mata.

Selesai program kira-kira pukul 11.40 pagi, semua petugas telah dijamu dengan pelbagai jenis juadah.

Dr. Roslan sedang memeriksa tahap gula seorang penduduk.
Dr. Md Arif sedang berjenaka sebelum memeriksa seorang penduduk.
Menunggu giliran. Meja pemeriksaan kelihatan diserbu para penduduk untuk
mendapatkan pemeriksaan.
Dalam kesibukan kelihatan Dr. Hazizul Helmy yang sudah biasa dengan program
ini kelihatan tenang melayani pesakit.
Dr. Ilham sedang memeriksa tekanan darah seorang pesakit.
Dr. Wan Mohd Ashraf sedang memriksa tahap gula seorang penduduk.
Berkerusi rodapun datang untuk mendapatkan perkhidmatan. Dr. Norhigrayati
turut sama memeriksa pesakit sebelum memberikan ceramah.
Dr. Nor Haizi bertugas sebagai pegawai farmasi hari ini...
Ceramah 2K telah dijalankan di dalam surau memandangkan suasana di luar tidak
begitu sesuai... Dr. Md Arif sedang mempengerusikan majlis.
Pengerusi surau, YBhg Tuan Haji Harun sedang menyampaikan ucapan aluan.
Dr. Norhigrayati sedang menyampaikan ceramahnya.
Sebahagian hadirin yang masih setia menanti... sebahagian yang lain telahpun
balik kerana keprluan masing-masing.
Menjamu selera. Para petugas termasuk para penduduk yang hadir telah di
jamu dengan nasi dan kuih-muih.
  
Semoga khidmat yang sedikit ini akan mendatangkan manfaat kepada masyarakat setempat dalam menambahkan ilmu dan kesedaran agar mereka dapat bersama memainkan peranan dan tanggungjawab terhadap kesihatan yang merupakan nikmat terbesar kepada jasmani manusia.

Bagi para petugas PAPISMA Terengganu, pastinya mereka merasakan suatu kepuasan apabila dapat berkhidmat kepada masyarakat yang merupakan amal jariah dan menyebarkan ilmu kesihatan yang akan menjadi bekal amalan sehingga hari akhirat. Hanya keikhlasan yang akan menggerakkan aktiviti seumpama ini dan mudah-mudahan Allah akan menerima amalan kita semua.

No comments: