Tuesday, April 12, 2011

Siri 3 : Menggamit Memori Lalu - Pemenang Contest!

Assalamualaikum.

Genap 24 jam contest tergempar dibuka untuk semua ahli Papisma. Oleh kerana namanyapun contest tergempar, maka keputusan pemenangnya juga boleh jadi gempar!

Buletin Papisma Terengganu dengan ini mengambil keputusan untuk tidak memberikan banyak masa kepada ahli menyertai contest. Hanya dalam tempoh 24 jam contest ini dibuka. Makanya, mereka yang lambat membuka email atau blog akan terlepas peluang keemasan untuk mendapatkan hadiah misteri yang cukup menarik!

Dengan ini, ketua hakim Buletin Papisma Terengganu, Dr Roslan bin Yusof, akan mengumumkan nama pemenang bertuah yang telah terpilih!

Jeng, jeng, jeng.....

Pemenangnya adalah......saudara Ahmad Marzuki Omar! (

Tahniah Marzuki! Anda telah berjaya meneka dengan tepat 16 nama sahabat dari kesemua 21 nama.

Nak kenal kesemua mereka yang berwajah handsome dengan potongan badan yang cukup ideal ini?

Berdiri dari kiri :
Awisul Islah Ghazali, Ahmad Marzuki Omar, Mohd. Shukrimi Awang, Muhammad Hadhrami Muhammad Hussain, Ahmad Fuad, Shaharuddin Mohd Yusoff (Cha'a), Pengantin, Mohamad Paiman, Ishak Ibrahim, Termizy Hassan Mashat, Adik Pengantin, Wan Mohd Azizi dan Mohd Khairi Daud.

Duduk dari kiri :
Mohd Zamzuri Mohd Zain, Ayah Pengantin, Wan Zulkhalid Wan Abdul Rahman, Rashidi Ahmad, Nik Ahmad Zuki, Mohd Isa Bikin, Abd Razak, Salman, Mohd Fadhli Mohd Yusof dan Mazlan.

Jangan risau! Keputusan adalah muktamad kerana pengenalan diri mereka tidak memerlukan pengesahan DNA melalui kaedah pengambilan sample dari botol mineral, rambut atau tuala good morning. Malah mereka juga disahkan tiada memiliki jam omega yang boleh menimbulkan sebarang syak wasangka. Hehehe...

Hadiah misteri untuk pemenang akan disampaikan secara rasmi oleh pihak Buletin Papisma Terengganu kepada saudara Marzuki Omar pada Gala Night Konvensyen Kebangsaan Papisma Ke-9 di Bukit Keluang Beach Resort Besut nanti. Apa hadiahnya? Misteri tetap misteri...hehehe...

Buletin Papisma Terengganu dengan ini, sekali lagi ingin mengucapkan tahniah kepada pemenang bertuah kita kali ini. Bagi yang tidak berjaya, InsyaAllah boleh cuba lagi di lain contest.

Teruskan mengikuti perkembangan semasa di Blog Buletin Papisma Terengganu, tepat dan bermaklumat!

No comments: