Saturday, May 29, 2010

Perpisahan Yang Menyentuh Perasaan

(Biro IT)

Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan. Ia adalah sunnatullah yang telah dilumrahi sejak berzaman. Sudah tentu di dalamnya mengandungi erti yang besar bagi mematangkan emosi dan menguatkan keyakinan seorang mukmin bahawa di dunia ini tidak ada yang kekal.

Petang ini, 29 Mei 2010 satu kenangan telah diukirkan oleh PAPISMA Terengganu apabila ia akan ditinggalkan oleh tenaga-tenaga utamanya untuk jangkawaktu yang hanya Allah saja yang tahu. Bukan seorang tetapi 5 orang secara serentak. Satu majlis perpisahan telah diatur oleh kepimpinan yang tinggal bagi meraikan pemergian mereka di restoran Paradise Deluxe, Jln. Pasir Panjang dalam suasana tenang dan sederhana.

Sementara menunggu ketibaan para jemputan, masing-masing pun buatlah kerja sendiri bagi memenuhi masa yang terluang...
(Dari kiri: Dr. Roslan, Dr. Hazizul Helmy, Dr. Ahmad dan En. Hasbi. Berdiri: Dr. Arif dan Dr. Razin)

Para isteri juga memenuhkan masa dengan perkara yang bermanfaat... bersembang...
(Kelihatan dari kiri isteri Dr. Wazi, Dr. Ummi dan Dr. Nor Haizi (membelakangkan kamera) dan anak-anak).

"Haa... posing depan kamerapun perkara bermanfaat jugak yer..."
Dr. Norhaizi (isteri Pengerusi PAPISMA Terengganu, Dr. Md. Arif) dengan anak-anaknya. Meskipun masih dalam pantang, namun kerana ukhuwah dan persahabatan, tetap bersama kerana mungkin inilah saat terkahir dapat bertemu.

Bertanding lawan SMS nampak gayanya ni... Begitulah bila bertemu, penat berbual, main SMS...
(Dari kiri: Dr. Norhashimah, Dr. Che Faridah, Ust. Alias (suami Dr. Che Faridah) dan anak mereka).

Salah seorang yang diraikan, Dr. Shafinaz Salehen (kanan) dan suaminya. Seorang yang cukup komited dengan PAPISMA sejak sebelum penubuhan organisasinya di Terengganu. Beliaulah yang turun naik pejabat untuk menguruskan khidmat kesihatan dan sekali-sekala ke Kuala Lumpur untuk bermesyuarat mewakili PAPISMA. Setelah penubuhan organisasi PAPISMA, beliau telah dipilih menjadi Setiausaha selama dua tahun (satu penggal) sebelum terpaksa menolak jawatan kerana melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dalam bidang Internal Medicine dan bertukar ke Pulau Pinang tak lama lagi. Mudah-mudahan beliau akan terus sukses membina karier dan terus istiqamah bersama PAPISMA di sana.

Majlis dimulakan dengan dipengerusikan oleh Dr. Wan Mohd. Razin.

Dr. Ahmad Wazi, salah seorang yang diraikan sedang menyampaikan ucapan. Beliau adalah Pakar Perubatan yang baru sahaja bertukar ke Kuala Terengganu dan telah sempat memegang jawatan Pengerusi SPR PAPISMA Terengganu. Hasil kreativitinya, AGM PAPISMA Terengganu telah berjalan dengan lancar dan cukup menarik. Beliau telah ditukarkan ke Kemaman, sebuah daerah meskipun masih di dalam negeri Terengganu, namun kedudukannya yang lebih kurang sama jauhnya dengan Kota Baru itu menyukarkannya untuk terus menabur bakti berkhidmat untuk PAPISMA Terengganu. Mudah-mudahan beliau akan terus istiqamah bersama PAPISMA di Kemaman nanti.

Mendengar ucapan yang disampaikan oleh yang diraikan. Sambil-sambil tu posing ye... Adik nak ambik gambar ni... Background tu abaikan ye. Ini bukan Majlis Hari Guru. Dewan yang sama. Majlis tu barangkali bermula malam ini.

Seterusnya Dr. Shafinaz menyampaikan ucapannya dengan perasaan sayu dan syahdu. Hampir mengalirkan air mata. Namun, kerana perpisahan itu suatu yang pasti bagi manusia, kita perlu tabah dalam menghadapinya.

Khusyuk mendengar ucapan... "Koho-koholah isi nasi ni..." Dr. Md. Arif sedang menceduk nasi ke dalam pinggan. Sebelah kiri sekali ialah Ust. Ismail Dagang, Naqib Usrah PAPISMA Terengganu.

"Lambat wei... makan dululah..." Anak sulung Dr. Md. Arif tak sabar-sabar nak makan nampaknya. Hehe..

Patutlah tak sabar. Ni haa menunya. Kerapu masak masam manis (ke masak apa tu?), daging masak kicap, tom yam, telur bungkus, ayam goreng kerabu (hehe... saja bagi nama ni) dan kailan goreng pedas.

"Terimalah cenderahati dari kami ni." Hilanglah sedikit rasa sedih bila terima cenderahati... Dr. Ahmad Wazi sedang menerima cenderahati dari PAPISMA Terengganu yang disampaikan oleh Ust. Ismail Dagang.

"Ingat-ingatlah kami di sini ye..". Dr. Shafinaz menerima cenderahati yang juga disampaikan oleh Ust. Ismail Dagang.

"Seronok jugak dapat cenderahati ye!" Ustazah Sumayah (isteri Dr. Salman), kiri dan isteri Dr. Ahmad Wazi.

"Kalau nak jadi Pengerusi PAPISMA Terengganu, kena pandai bersilat.." Hehe... seriusnya Dr. Arif berbincang dengan Dr. Salman sebelum menjamu selera.

Tidak kelihatan dalam gambar meskipun hadir ialah Presiden PAPISMA Pusat, Dr. Suhazeli dan isteri, Dr. Khatijah Musa. Beliau sampai lewat kerana kesesakan jalanraya. Biro IT tak sempat (tak ingat sebenarnya) nak snap gambar beliau kerana tanganpun dah pegang lauk, perutpun dah kenyang...

Tiga orang lagi yang diraikan tidak dapat hadir ialah Dr. Ahmad Faizal Shamsuddin, Pengerusi SMART Papisma dan isteri Dr. Zafferina Abdul Ghaffar kerana telah berada di Selangor, serta Pn. Siti Nurul Ain yang bertugas pada sukan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) yang sedang berlangsung.

Dr. Ahmad Faizal merupakan orang yang bertanggungjawab mengideakan penubuhan SMART PAPISMA sebagai ganti kepada Biro Khidmat Kesihatan. Oleh kerana beliau adalah ketua biro tersebut, maka beliau telah dilantik sebagai ketua SMART PAPISMA. Beliau seorang yang sangat ringan tulang dan sentiasa berada bersama masyarakat pada hujung minggu jika tidak on-call. Isterinya pula seorang yang sangat komited berjuang bersama PAPISMA Terengganu.


Pn. Nurul Ain pula adalah bekas Bendahari PAPISMA Terengganu selama dua tahun (satu penggal). Meskipun beliau seorang Pegawai Pemakanan, namun beliau tidak kekok untuk bersama-sama berkhidmat dalam khidmat kesihatan yang dianjurkan. Beliau sentiasa berada bersama-sama dengan pegawai-pegawai perubatan dan banyak kerja-kerja yang dapat dilakukan bagi membantu kelancaran khidmat kesihatan yang dilaksanakan. Oleh kerana kebolehannya dalam hal pengurusan, beliau telah dipilih sebagai Setiausaha PAPISMA Terengganu dalam AGM yang lalu. Namun Allah menentukan yang lepas dan akan datang. Beliau telah ditukarkan ke Negeri Sembilan untuk menyambung tugas dan khidmat kepada masyarakat di sana.

Ada beberapa orang lagi ahli PAPISMA yang pihak PAPISMA tidak sempat mengadakan apa-apa majlis untuk mereka, kami pohon maaf atas kelemahan dan kami juga sentiasa mengingati mereka sebagai orang yang sangat berjasa kepada pertubuhan dan Islam. Mudah-mudahan mereka akan kekal bersama-sama perjuangan PAPISMA walau di mana mereka ditugaskan. Kalau rindu-rindu, jenguklah blog Buletin Papisma ni iaitu media informasi PAPISMA Terengganu yang sama-sama kita bangunkan.


Friday, May 28, 2010

SMART PAPISMA Terus Melangkah

(Biro IT)

Alhamdulillah, hari ini Jumaat, 28 Mei 2010 Kempen Kesedaran Kesihatan (Kempen 2K) oleh SMART PAPISMA telah berlangsung di Dewan Serbaguna Kondo Rakyat, Kuala Ibai dari pukul 8.20 hingga 11.30 pagi. Kempen 2K ini telah dihadiri oleh kira-kira 85 orang penduduk bagi mendapatkan rawatan saringan dan kaunseling kesihatan.

Seramai 8 orang pegawai perubatan dan pergigian PAPISMA telah berkhidmat dengan dibantu oleh 2 orang pegawai pemasaran dari syarikat ubat Servier yang juga bertindak sebagai penaja. Kempen 2K kali ini diadakan dengan ringkas tetapi padat yang dimulakan dengan tazkirah ringkas dan seterusnya Ceramah Kesedaran Kesihatan oleh Dr. Md. Arif Ibrahim yang juga merupakan Pengerusi Papisma Terengganu.

Poster Kempen 2K yang digantung di luar dewan.

Dr. Md. Arif sedang menyampaikan tazkirah dan ceramah 2K.

Kelihatan sebahagian peserta yang hadir di awal pagi bagi mendengar tazkirah dan ceramah 2K.

Khusyuk... Tanpa melepaskan peluang, Dr. Zaihan (Ummi) dan Dr. Nor Husna turut mendengar ceramah yang disampaikan.

"Mana orang ni?" Barangkali itulah yang sedang diperkatakan oleh dua orang doktor ni.

Dr. Roslan sedang mempengerusikan majlis sambil menjemput Pengerusi Rukun Tetangga.

Pengerusi Rukun Tetangga, En. Mohd. Nor Botok yang bertindak membuat jemputan dan menyediakan tempat Kempen 2K kali ini sedang menerima cenderahati.

Majlis diteruskan dengan program saringan kesihatan bagi darah tinggi, kencing manis dan kaunseling kesihatan bagi yang memerlukan. Penduduk Kondo Rakyat ini tidak hadir serentak pada kali ini barangkali kerana waktu pagi hujung minggu (Jumaat), kebanyakan penduduk selalunya melakukan rutin harian agak lewat.

Dr. Norhashimah, Penolong Setiausaha Papisma Terengganu sedang melakukan pemeriksaan.

"Kalau nak makan ubat ni, kena telah elok-elok ye kak. Nanti tercekik!" Hehe... sampai terpegun kakak tu mendengar nasihat Dr. Nor Husna.

"Tunggu kak ye... ni nak baiki glucometer tak tubek nombor ni.." Dr. Rosniza sedang memberikan kaunseling kepada dua orang pengunjung.

"Gula 9 mmol/L, ubat jangan tinggal ye. Banyakkan makan sayur..." Mungkin itulah yang diperkatakan oleh Dr. Che Faridah, antara ahli senior yang cukup komited dengan program.

"Lepas cek gula ni kena cek mata pulak ye..." Hehe... Pakar mata HSNZ, Dr. Nor Higrayati juga turut sama terlibat kali ini.

Sesudah pemeriksaan selesai para petugas PAPISMA dijamu dengan nasi lemak, mee goreng dan air kopi bagi menghilangkan lelah.

"Next program Servier kena sponsor la lagi. Barulah ringan sikit beban kami..." Dr. Che Faridah dan Dr. Nor Higrayati sedang berbincang dengan wakil Servier sambil menikmati juadah yang disediakan.

Dr. Roslan sedang berbual-bual dengan Pengerusi Rukun Tetangga Kondo Rakyat.

Pos istimewa para petugas Kempen 2K kali ini. Kombinasi antara pegawai perubatan kerajaan dan swasta, senior dan junior serta pakar-pakar di dalam PAPISMA menghasilkan gerakerja yang tersusun dan mantap.

"Dah habis yer... tunggulah kalau ada rezeki, kami sponsor lagi..." Wajah ceria dua orang pegawai pemasaran Servier yang banyak memberikan perkhidmatan kepada klinik-klinik swasta.


Wednesday, May 26, 2010

Vest SMART PAPISMA Dirasmikan

(Biro IT)

Alhamdulillah. Setelah beberapa siri mesyuarat dan brain storming dilakukan, beberapa rekabentuk logo dibincangkan, akhirnya siaplah vest rasmi SMART PAPISMA.
Pandangan depan

Pandangan belakang

InsyaAllah, vest ini akan digunakan dalam siri Kempen Kesedaran Kesihatan bersama PAPISMA Terengganu ke-2 yang akan berlangsung di Flat Kondo Rakyat, Kuala Ibai, pada 28/5/2010 (Jumaat) bermula 8.20 - 11.30 pagi.

Bagi pihak kepimpinan PAPISMA Terengganu, kami amat-amat mengharapkan kerjasama semua ahli untuk menjayakannya kempen ini demi dakwah Islam melalui bidang kebajikan kesihatan ini.

Friday, May 21, 2010

Perbetulkan Niat Solat Kita

(Cucu Tok Adam)

Saya berpeluang mendengar ceramah yang disampaikan oleh ulama tersohor Malaysia, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Nik Mat berkenaan niat sembahyang yang selalu disusahkan oleh kita. Saya sendiri selalu terpaksa mengangkat takbir dua kali atau tiga kali akibat sederetan ayat yang disangka niat itu tidak bersekali dengan perkataan "Allahu Akbar" dalam takbiratulihram.

Saya juga kesian dengan seorang jemaah di sebuah masjid di sini yang selalu mengangkat takbir berulang-ulang sehingga imam ruku'. Peliknya bila imam ruku' dia boleh pulak sempurnakan takbirnya. Sedangkan niat sembahyang itu cukup mudah jika mengikuti apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW. Ikutilah clip MP3 berikut... (Baca juga artikel berkaitan yang pernah dikeluarkan di blog ini. Klik)


Monday, May 3, 2010

PAPISMA Terengganu Semakin Pro Aktif

(Biro IT)

Kuala Terengganu, 30 April 2010 (Jumaat) - PAPISMA Terengganu melalui bironya SMART PAPISMA telah berjaya mengadakan satu aktiviti Kempen Kesedaran Kesihatan yang dianjurkan bersama Jawatankuasa Rukun Tetangga Flat Seri Kolam di sini dengan tajaan bersama syarikat ubat Servier. Kempen yang diadakan pada pukul 3 - 5 petang itu telah berjaya menarik kehadiran kira-kira 150 orang yang mendengar ceramah motivasi kesihatan dan pemeriksaan kesihatan yang disediakan.

Poster Kempen Kesedaran Kesihatan yang digantung di luar dewan orang ramai.

Pengerusi Rukun Tetangga sedang mengalu-alukan kehadiran para petugas PAPISMA dan masyarakat setempat.

Sebahagian peserta yang hadir terdiri dari pelbagai peringkat usia.

Dr. Md. Arif Ibrahim, selaku Pengerusi PAPISMA Terengganu sedang menyampaikan ucapan dan taklimat tentang perjalanan kempen.

Ceramah Motivasi Kesihatan; "Remaja Dan Gejala Sosial" disampaikan oleh Dr. Shamizi bt. Mohamed, Pegawai Perubatan O&G HSNZ (Hospital Sultanah Nur Zahirah), Kuala Terengganu.

Dr. Shamizi sedang menyampaikan ceramahnya.

Sebahagian peserta yang sedang mengikuti ceramah itu dengan penuh konsentrasi.

Termasuklah para petugas PAPISMA yang di antaranya merupakan pakar di HSNZ.

Beri tumpuan... Dari kiri En. Redzuan Mohd. Noor (Pegawai Sains UMT), Dr. Hazizul Helmy (Bendahari PAPISMA Terengganu) dan Dr. Roslan tidak melepaskan peluang turut mengikuti ceramah yang disampaikan.

Bersiap sedia... Dr. Mohd. Ilham (kiri) dan Dr. Tuan Mohd. Fairuz sedang sibuk menyediakan persiapan sebelum sesi seterusnya bermula.

Di bilik sebelah, adik-adik para doktor muda ini juga telah bersedia untuk memberikan berkhidmat.

Juga tidak ketinggalan Dr. Che Faridah yang mesra dengan panggilan Kak Long turut sama hadir bagi menjayakan kempen. Dua orang 'teruna' tu adalah wakil-wakil dari syarikat Servier.

Makanan dan minuman yang disediakan oleh JK Rukun Tetangga juga telah terhidang menunggu masa untuk dijamah.

Selesai ceramah kesihatan, Dr. Wan Mohd. Razin (Timbalan Pengerusi PAPISMA Terengganu) menyampaikan cenderahati kepada Pengerusi Rukun Tetangga sebelum beliau beredar untuk menjadi imam di Masjid Terapung, Kuala Ibai.

"Haah.. ayat Kursi. Balik gantung ye Ustaz!" Hehe...

Ole-ole untuk golongan kanak-kanak yang hadir juga disediakan. Barulah mereka seronok nak hadir ke program PAPISMA kan?

Borang pemeriksaan kesihatan (screening) yang disediakan oleh syarikat Servier. InsyaAllah PAPISMA juga akan menyediakan borangnya sendiri tak lama lagi.

Sesudah tamat ceramah kesihatan, apa lagi... para petugas PAPISMA pun kena serbu lah... Dr. Nadia dan Dr. Afifah sedang sibuk melayani pengunjung.

En. Redzuan juga tidak menang tangan membantu melakukan screening BMI dan body fat analysis.

"Hah... ukur sendirilah pakcik! Tak sempat dah petugas-petugas kami ni nampak gayanya..."

Para pengunjung juga tidak rugi apabila menghadiri ceramah kerana kuiz ada disediakan yang berkisar kepada isi-isi ceramah. Bagi mereka yang menumpukan perhatian kepada ceramah, ilmu dapat hadiahpun berpeluang untuk diraih. Sebanyak 20 hadiah telah sedia menanti... "Awat tak khabaq awal?.."

"Makcik tak dok darah tinggi ni. Darah rendah ada..." Hehe... mungkin itulah yang diberitahu oleh adik PAPISMA ni.

"Gula encik 10. Encik baru minum air sirap dan mee goreng ke?" Begitu serius Dr. Ilham menjalankan tugasnya.

Dr. Hazizul Helmy begitu serius memberikan tumpuan tatacara menggunakan alat glucometer yang desediakan. "Tak pernah jumpa alat canggih macam ni..." Hehe..

Suasana di sekitar pemeriksaan kesihatan yang sedang rancak berjalan.

Sebahagiannya pula tidak melepaskan peluang untuk memasuki acara kuiz.

"Sebelum dapat hadiah, sila perkenalkan diri dulu ya! Ahli PAPISMA seluruh Malaysia nak tahu.." Sempat lagi Dr. Nadia dan Dr. Afifah 'membuli' ya.

Cabutan bertuah pun disediakan. "Hah tengok nombor bertuah saya... 007. Hadiah kena BMW James Bond ya!" Hehehe...

"Cepat ambik hadiah ni atau saya bawak balik semula..." Memang berbakat adik-adik ni untuk jadi DJ. Bukan setakat doktor yang bertugas di hospital. Nilah masanya menunjukkan bakat.

"Eh ni bukan doktor yang rawat mak saya ke?.." Doktor PAPISMA ni memang ada di mana-mana je yer...

"Kalau makcik nak selalu duduk hospital, makan jangan pantang ye..." Serious Dr. Roslan menasihati seorang pengunjung...

"Ambik tekanan darah kakak 'slow-slow' sikit ye... bekas patah ni.." Hehehe..

Pemeriksaan kesihatan diteruskan sehingga kira-kira pukul 5.00 petang. Kelihatan Dr. Shafinaz (kiri), Dr. Wan Mohd. Razin (baju biru) dan Dr. Roslan sedang melakukan pemeriksaan dan kaunseling.

"Ahh... habis dah.. Nak buat apa lagi ni Kak Long?" Mungkin itu yang diperkatakan oleh Dr. Hazizul kepada Dr. Che Faridah.

Menjamu makanan yang disediakan selepas menjalani pemeriksaan.

Menjamu selera melepaskan lelah... Dari kiri Dr. Mohd. Ilham Dr. Norhaizi (isteri Dr. Md. Arif), Dr. Zaihan (Kak Ummi), Dr. Hazizul dan Dr. Tuan Mohd. Fairuz.

Dr. Wan Mohd. Razin dan Dr. Md. Arif juga turut menjamu selera.

Dr. Afifah (kiri) dan Dr. Nadia.

Berdiri, Dr. Che Faridah (kiri) dan Dr. Shafinaz.

Alhamdulillah, program petang ini telah berjaya mencapai objektifnya. Semoga sumbangan yang PAPISMA Terengganu telah sumbangkan dapat memberi manfaat kepada penduduk sekitar kawasan ini terutama dalam menambahkan pengetahuan tentang gejala sosial yang berkaitan dengan penyakit.