Tuesday, December 29, 2009

PAPISMA Menuju Anjakan Baru

(Dr. Roslan b. Yusof)

Wisma Belia Kuala Lumpur, 26-27 Dis 2009 - Satu hari satu malam bermuhasabah, berbincang, ber'muqabalah, membentangkan segala masalah dan memerah otak dalam bengkel yang disertai oleh 40 orang termasuk para pimpinan dan ahli-ahli yang dipilih dalam program yang dikenali dengan nama "PAPISMA: The Way Forward" memberikan satu pengalaman baru dalam PAPISMA. Dengan agenda yang cukup padat ditambah pula dengan suntikan externel experts akhirnya membuka ruang minda bagi PAPISMA untuk menyedari bahawa ia perlukan suatu resolusi dan pelan tindakan bagi membentuk satu curve baru dalam gerakan itu untuk 5 hingga 10 tahun akan datang.

Presiden Papisma memulakan dengan ucapan aluan dan pembentangan pertama

...diikuti oleh Timbalan Presiden

... Dr. Azaharim

Dr. Aznizah... dan seterusnya...

Para peserta mendengar dengan penuh tumpuanterhadap pembentangan termasuk tiga orang experties luar itu.

Dengan permulaan yang cukup hangat melalui pandangan dan hujah oleh tiga orang external experts itu yang dimulakan dengan Prof. Dr. Abu Hasan Hasbullah seterusnya disambung oleh Dr. Zulkifley Ahmad dan Dr. Mujahid bin Yusof, PAPISMA terpaksa akur serta menerima akan kelemahan dan kedhaifannya dalam mendepani arus perubahan di abad yang pantas bergerak dan serba canggih seperti hari ini.

Lontaran komen yang lantang khususnya dari Prof. Dr. Abu Hasan seperti "primitifnya organisasi-organisasi Islam", "PAPISMA nak jadi apa?", "makalahpun sangat daif" dan sebagainya cukup mengejutkan minda dan perasaan para peserta dari lamunan yang panjang. Tamparan seperti ini sangat perlu untuk menyedarkan kita semua bahawa PAPISMA tidak boleh lagi bertindak dan bergerak seperti dulu. Segalanya perlu dirancangkan dengan teliti dan segala gerak kerja perlu menggunakan sistem yang terkini bagi menjimatkan masa, tenaga dan kos seperti kutipan yuran secara standing instruction sebaik saja pendaftaran dibuat, pendaftaran secara online, database keahlian yang updated bagi memudahkan pemantauan demography ahli dari segi jumlah, jantina, speciality di setiap kawasan, dan sebagainya.

Prof. Dr. Abu Hasan besedia untuk membuat komen.

diikuti oleh Dr. Zulkifley ...

Para peserta khusyuk mendengar kritikan dan mencatit isi-isi yang dilontarkan.

... giliran Dr. Mujahid pula memberikan lontaran idea dan pandangan.

Falsafah yang jelas
Falsafah yang jelas akan menentukan halatuju yang tepat dalam gerak kerja PAPISMA. Tanpa kejelasan falsafah, apa saja organisasi akan terumbang-ambing dengan aktiviti yang tidak terfokus ke mana-mana. Akhirnya disibukkan dengan aktiviti tetapi sebenarnya tidak membantu mencapai objektif penubuhan, melakukan kerja yang telah dilakukan oleh orang lain, akhirnya bukan saja masyarakat keliru, ahli sendiripun keliru apa kesudahannya dengan organisasi seperti ini.

Khusyuk luar biasa... antara aksi peserta bengkel...

Objektif PAPISMA perlu spesifik
Menurut Prof. Dr. Abu Hasan, objektif dalam PAPISMA ini masih abstract. Ia perlu dijelaskan secara tepat apa yang ingin dicapai, bila dan sebagainya. Sekiranya tiada objektif yang spesifik maka perancangan tidak dapat dilakukan dengan baik. Menurut Dr. Zulkifley, we need to develop proper human resource planning. Sekiranya PAPISMA tidak mempunyai objektif untuk mewujudkan kepakaran yang seimbang dalam setiap bidang, pasti perancangan dan perlaksanaan untuk itu akan gagal. Persoalannya, untuk apa PAPISMA perlu mewujudkan kepakaran yang seimbang? Semua kita mempunyai jawapannya tersendiri, namun kepelbagaian jawapan itu pastinya perlu disatukan dan diselaraskan melalui objektif baru PAPISMA yang akan dirangka.

3 orang peserta muslimat yang mewakili PAPISMA Terengganu

PAPISMA perlu berbeza dengan yang lain
Dr. Zulkifley menegaskan perlunya PAPISMA menjelaskan 'definisinya' ...what you are... dan perlunya PAPISMA berbeza dengan orang lain ...something that contrast you. Ini akan mengelakkan PAPISMA dari menjadi seperti generic drug. Iaitu melakukan sesuatu yang telah dilakukan oleh orang lain, seolah-olah meniru orang lain. Tidak salah tetapi ia tidak menjadikan PAPISMA sebuah organisasi yang utama (main) dalam masyarakat. Dr. Mujahid pula menekankan perlunya PAPISMA menjadi arkitek yang merancang dan bertindak mengikut perancangannya, tidak seperti ahli bomba yang bertindak hanya atas sebab yang telah berlaku.

Presiden dan Timbalannya sedang menikmati hidangan sambil ditemani oleh wakil PAPISMA Terengganu.

Perubahan mindset adalah sangat kritikal dan dituntut
Dr. Zulkifley juga menegaskan bahawa mindset kita perlu diubah. Kita bukan lagi mahasiswa. Dalam gerak kerja, kita bukan lagi terikat dengan mana-mana organisasi. Kita adalah profesional dalam bidang kita iaitu bidang perubatan dan kesihatan. Malah kita mempunyai kelebihan pada ramainya jumlah kepakaran yang sanggup berkorban untuk meninggikan Islam. Tanpa perubahan mindset, pemikiran kita tidak mampu terbebas dari pelbagai perasaan 'takut' dan negatif lainnya yang akan menjadikan gerak kerja PAPISMA terus bersifat jumud, reaktif, tertutup dan tidak mampu terkedepan bagi menembusi setiap lapisan masyarakat. Sedangkan profesional perubatan dan kesihatan ini merupakan kelompok manusia yang paling banyak berkhidmat untuk masyarakat.

Wakil-Wakil PAPISMA Selatan, Tengah dan Utara.

Social Islamic Welfare adalah bidang terbesar untuk diterokai
Tanpa kita sedari, di hadapan kita, di dalam bidang dan jangkauan kita sendiri terdapat suatu bidang yang belum diterokai iaitu Social Islamic Welfare, iaitu suatu kerja kebajikan kepada masyarakat daif yang bermasalah untuk mendapatkan rawatan. Prof. Dr. Abu Hasan memberikan contoh seperti menyediakan pengangkutan kepada masyarakat yang jauh di pedalaman untuk keluar mendapatkan rawatan dengan mengenakan bayaran yang berpatutan. Begitu juga PAPISMA boleh berfungsi sebagai tempat bagi media mendapatkan tenaga kepakaran bagi mengisi slot-slot mereka seperti TV dan radio. Semua ini sedang dilaksanakan oleh Centrum, sebuah NGO yang diketuai sendiri oleh beliau. Manakala Dr. Zulkifley pula menekankan alangkah baiknya jika PAPISMA menjadi badan NGO yang menjadi juara dalam menangani masalah kehidupan orang asli di Malaysia.

Wakil-wakil PAPISMA Kelantan

Juga wakil Kelantan...

Itulah apa yang mereka nampak tentang PAPISMA. Itulah harapan mereka kepada PAPISMA. Realitinya, itulah juga yang perlu dilakukan oleh PAPISMA agar terus segar dan 'hidup' untuk menjadi wadah bagi ahlinya menabur bakti dan bagi masyarakat menghirup sedikit nikmat kehidupan di bumi Malaysia yang masih serba kekurangan ini.

Pada sebelah malamnya, Dr. Mujahid terus bersama para peserta bengkel sebagai moderator dalam proses merangka Goals Setting dalam usaha membentuk satu gerakan baru dalam PAPISMA. Maka terhasillah sebahagian dari resolusi PAPISMA di mana PAPISMA adalah sebuah non-profit, non-government organisation (NGO) yang memperjuangkan kebajikan kesihatan bagi golongan yang memerlukan bantuan di mana setiap gerak kerja yang dilakukan akhirnya Islam akan mendapat manfaatnya. Ia adalah satu falsafah yang penting dan akan menjadi prinsip dan membentuk jatidiri ahli-ahli PAPISMA. "Dalam satu hadis, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam menyebut maksudnya: 3 orang akan masuk syurga dengan satu balingan tombak, pembuat tombak, pembeli tombak dan orang yang membaling tombak dalam medan jihad. Ertinya, semua orang yang melakukan kerja-kerja untuk Islam akan mendapat manfaat dari hasil kerjanya." Pesan Dr. Mujahid.

.... dan dari Kelantan juga...

Perbahasan hangat terus berlarutan sehingga pukul 12 malam dan apa yang menariknya, Dr. Mujahid, terus bersama menghayati perbahasan dan sekali-sekala mencelah untuk membetulkan kesilapan dan salah faham. Beliau betul-betul moderator yang baik dan berpengalaman.

Perlunya F Team dan P Team dalam PAPISMA
Untuk menentukan survival dan kecemerlangan dalam gerakan PAPISMA, Future Team (F Team) perlu dibentuk segera di samping memperkasakan Present Team (P Team) untuk melaksanakan Operational Goals PAPISMA. (Suatu terminology yang agak baru didengari bagi mereka yang tidak terlibat dalam pengurusan kepimpinan. InsyaAllah, ianya telah difahami dan dihadam dengan baik oleh para pimpinan dan peserta dalam bengkel tersebut). F Team inilah yang sentiasa berfikir untuk masa depan dan berupaya membentuk new curve dalam gerakan PAPISMA. Itulah antara intipati yang penting dari apa yang disampaikan oleh Dr. Mujahid pada malam itu.

Pos istimewa penulis bersama Dr. Mujahid, Presiden dan Timbalan Presiden.

Koperasi sebagai sumber ekonomi
Bagi memperkasakan gerak kerja PAPISMA, ia perlukan dana kewangan yang kukuh. PAPISMA sendiri merupakan sebuah non-profit NGO tidak dibenarkan berniaga. Oleh itu, koperasi adalah jalan terbaik untuk menjana kewangan. Ia perlu digerakkan sehabis daya dan ahli-ahli perlu memberikan sokongan semaksima mungkin. Alhamdulillah, atas usaha gigih yang dilakukan oleh Ahli Jawatankuasa Penaja yang terdiri dari wakil-wakil PAPISMA Kelantan, Koperasi Amalmedik telah berjaya didaftarkan. Kini dalam rangka mengumpul dana yang mencukupi untuk memulakan projek ekonomi. Kerajaan sendiri memperuntukkan satu dana yang besar bagi membantu koperasi. Namun, ia perlukan jumlah kutipan yang mencukupi untuk membuat permohonan. Dan dana itu adalah dari poket ahli-ahli PAPISMA. Ia bukan semata-mata pengorbanan, tetapi ia adalah pelaburan yang boleh memberikan pulangan. Ahli-ahli PAPISMA tidak perlu bimbang dengan duit yang dilaburkan. Mereka perlu faham tentang pentingnya pelaburan mereka untuk membantu PAPISMA. Secara tersiratnya mereka sedang membantu Islam... dan hakikat sebenarnya pula adalah bagi diri sendiri untuk akhirat yang kekal abadi. Itulah keunikan PAPISMA dan ahli-ahlinya. Berbanding dengan para pelabur, bebanan yang lebih berat adalah kepada pengendali koperasi itu sendiri di mana mereka perlu membuat kajian yang teliti dan mengambil langkah yang berhati-hati sebelum memasuki satu-satu bidang perniagaan dalam mencairkan wang koperasi.

Sesungguhnya ia kenangan yang sukar untuk dilupakan....

GMC akan diperkasakan untuk menjadi Hospital Islam PAPISMA
Dalam sesi muqabalah di saat-saat akhir yang penuh emosi, para hadirin telah diberitahu tentang sejarah penubuhan GMC. Ia adalah sejarah yang tersembunyi yang telah menimbulkan berbagai persepsi di kalangan mereka yang cakna dan sayangkan PAPISMA. Sejarah yang tidak diketahui ini hampir-hampir membawa keruntuhan pada suatu peluang yang cukup besar dalam GMC. Ianya telah berakhir dan tidak perlu diungkit lagi. Apa yang berlaku mengandungi hikmah yang besar di sisi Allah. Apa yang dilakukan oleh sebahagian sahabat empat tahun dulu dengan mengambil-alih GMC merupakan pengorbanan juga. Mudah-mudahan Allah menerima pengorbanan mereka semua dengan ganjaran yang terbaik. Kini semua ahli PAPISMA cukup berlapang dada bagi merealisasikan penubuhan hospital Islam dengan menjadikan GMC sebagai asasnya. Ya! Hospital Islam adalah impian sejak lebih lima belas tahun yang lalu, jauh sebelum PAPISMA ditubuhkan, sebelum SPI (Siswazah Perubatan & Paramedik Islam) diinstitusikan malah sebelum adanya ISP (Ikatan Siswa/i Perubatan & Paramedik) itu sendiri. Hospital Islam jugalah yang menjadi aspirasi yang mempertautkan sahabat-sahabat sejak di bangku mahasiswa. Di kampus USMKK sendiri kertas kerja asasnya telah dibentangkan oleh pimpinannya seawal tahun 1993.

Adalah menjadi kesilapan jika mengabaikan suatu aspirasi yang menjadi motivasi sejak sekian lama itu. Barangkali selepas ini, aspirasi ini akan melonjakkan kembali semangat ahli-ahli dalam gerakan baru PAPISMA. Tidak keterlaluan juga jika kita menjangkakan bahawa Hospital Islam lebih mudah untuk diperkatakan dan menjadi 'sales point' bagi menarik ahli baru dan menggerakkan ahli-ahli lama untuk kembali aktif.

Program kebajikan ahli perlu dititikberatkan
Salah satu yang telah dibengkelkan ialah berkaitan dengan kebajikan. Banyak masalah yang telah dikenalpasti dan aktiviti yang dicadangkan. Kebajikan ini sememangnya perlu diutamakan. Meskipun kita mempunyai Output Goals, kita juga mempunyai kewajipan yang tidak sedikit untuk memastikan program untuk ahli diperkasakan. Ukhuwah dan kasih sayang adalah tiang seri yang mendokong kejayaan PAPISMA.

Pandangan saya - banyaknya idea perlu disatukan dan diberi keutamaan
Perbincangan dalam bengkel Strategic Planning pada hari itu menghasilkan cadangan dan perancangan yang cukup banyak. Tidak kurang dari 5 cadangan telah dibentangkan oleh setiap bidang yang ditetapkan. Dengan kapasiti PAPISMA pada hari ini, saya melihat ianya agak sukar untuk dilaksanakan serentak meskipun baru mendapat suntikan semangat dari bengkel yang diadakan. Jadi, saya mencadangkan agar pihak pimpinan perlu meneliti keutamaan yang perlu didahulukan. Utamakan perkara yang besar dan utama. Kita perlu mengambil iktibar dari pengalaman-pengalaman yang lalu di mana kita juga ingin melaksanakan program yang banyak akhirnya semua tidak terlaksana. Sesuaikan perlaksanaan aktiviti dengan Formal Goals. Saya cukup terkesan dengan kenyataan Dr. Mujahid dalam slaidnya, "Formal Goals vs Operational Goals: when constrain occurs and priorities define, operational goal decides". Lebih kurang maksudnya, dalam kita berusaha mencapai matlamat utama (Formal Goals), bila menghadapi masalah / halangan, kita perlu menentukan keutamaan. Pada ketika ini, keupayaan kita untuk melakukan aktivitilah (Operational Goals) yang akan menentukan mana satu aktiviti yang perlu didahulukan. Ya! Kita telah melalui banyak pengalaman. Dahulupun kita banyak goals yang ingin kita capai, namun ketiadaan penumpuan (fokus), akhirnya kita masih belum melakukan apa-apa aktiviti yang proaktif untuk masyarakat. Pandangan ini bukan bererti takut dan mahu lari dari masalah, tetapi biarlah ada sedikit fokus dan penumpuan.

5 tiang bagi kejayaan sesebuah organisasi
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Prof. Dr. Abu Hasan Hasbullah, untk memastikan kejayaan sesebuah organisasi, mereka perlu mempunyai lima tiang asas:
1. Falsafah yang jelas.
2. Objektif yang kualitatif - spesifik dan mempunyai masa tertentu untuk mencapainya.
3. Struktur organisasi.
4. Mapping / Demography yang seimbang.
5. Strategic Planning.

Sebagai penutup, saya quote sebuah hadis yang dibacakan oleh Dr. Zulkifley Ahmad yang bermaksud:
"Zaman akan pantas berubah. Manusia yang bijak adalah mereka yang memahami dan memimpin perubahan".

Tahniah yang tidak terhingga kepada pimpinan PAPISMA 2008/10 yang diketuai oleh Dr. Suhazeli Abdullah dan Pengarah Program Dr. Wan Shah Jihan Wan Din dan seluruh AJK-nya yang telah bertungkus-lumus bekerja tidak mengenal penat dalam menjayakan program yang sangat penting ini. Terima kasih kerana menjemput kami yang kerdil ini kerana melaluinya kami juga berpeluang menyumbang untuk Islam dan belajar ilmu yang tidak diperolehi di universiti. Mudah-mudahan usaha kita semua akan mendapat ganjaran dari Allah dengan ganjaran yang sebaik-baiknya.









Monday, December 14, 2009

Takaful Amalmedic boleh jadi Takaful For All

(Dr. Roslan Yusof)

"Salam Akhi. Roadtax Serena nak mati esoklah. Tak sempat nak renew."

Itulah lebih kurang SMS yang saya hantar kira-kira pukul 8.30 malam kepada seorang sahabat pada 8 Dis 2009 sebelum roadtax kereta Serena saya tamat pada 9 Disember 2009 baru-baru ini. SMS itu adalah kepada sahabat yang meminjam 2nd car saya kerana masalah peribadi. Jadi, saya ingat saya perlukan kereta itu kalau tak sempat renew roadtax Serena ni...

Musim cuti sekolah penggal ke-tiga ini memang ramai yang berkhatan. Klinik saya juga tidak ketinggalan. Sesi pagi 8 orang, maksimum 9 orang dan petang 3 orang. Masa memang penuh dan memenatkan. Tak sempat nak renew roadtax. Apatah lagi biasanya saya akan call seorang sahabat untuk renew roadtax, dia akan datang dan uruskan semuanya. Tapi sekarang sahabat itu telah berpindah ke Kemaman sedangkan saya di Kuala Terengganu.

Sayapun terfikir Takaful Amalmedic. Memang sebelum itu saya telah beberapa kali SMS kepada En. Lizam, Pengurus Agensi tu... tapi masa yang tidak mengizinkan menyebabkan sehingga last minute, saya belum dapat menghantarkan butir-butir yang diminta. Quotation untuk takaful itupun En. Lizam telah emel kepada saya dan saya telah maklum akan harga dan sebagainya.

Kali ini saya terpaksa menggunakan khidmat Takaful Amalmedic. Biarlah lambat sikit. Kalau tak sempat renew, saya akan menggunakan motorsikal untuk pergi kerja. Itulah bisikan hati kecil saya. Bukan di sini tiada agen takaful. Boleh dikatakan setiap satu hingga tiga kilometer akan ada agen takaful, termasuklah Takaful Ikhlas. Tapi saya kurang berkenan untuk mendapatkan khidmat mereka secara walk-in kerana sebab-sebab peribadi.

Jadi, pada 8 Disember, kira-kira pukul 5.30 petang, sayapun telefon En. Lizam untuk memberitahu beberapa perkara yang diperlukan dan semua itu terdapat dalam geran kereta. SMSpun boleh, tapi saya telefon sebab dah tak ada masa dan saya perlu cepat. En. Lizam kata once saya masuk duit, dia akan proses.

SMS saya kepada akhi tadi adalah sebaik sahaja saya sampai di klinik pada malam tu, takut-takut saya tak sempat membaharui roadtax kereta saya dan dia dapat memulangkan kereta itu untuk sementara waktu. Tapi message itu tidak berjawab... Selepas kerja, saya terus bank-in jumlah yang ditetapkan ke Takaful Amalmedic iaitu pada pukul 11.28 pm dan terus SMS En. Lizam. En. Lizam reply SMS saya dengan mengatakan dia akan terus memproses insuran kereta saya dan saya perlu ambil roadtax tu di Agensi Takaful Ikhlas di Kuala Terengganu, esok.

Keesokannya, 9 Disember kira-kira pukul 10.30 am, sedang saya mengkhatankan seorang kanak-kanak, saya menerima satu panggilan telefon yang tiada dalam database handset saya. Rupa-rupanya dari Agensi Takaful Ikhlas Kuala Terengganu yang mengatakan mereka akan hantar roadtax tu ke klinik. Wow! ianya cukup impressive! Saya tak sangka sepantas dan secekap itu pengurusan Takaful Amalmedic itu sehingga roadtax itu sampai ke tangan hanya berurusan secara on-line. Par excellent! Saya tidak tahu perkembangan syarikat-syarikat takaful di Malaysia hari ini, tapi Takaful Amalmedik dapat membuat urusan sehingga tengah malam. Sudah tentu khidmat ini tidak terdapat di mana-mana Agensi Takaful seluruh Malaysia!

Kira-kira pukul 1 tengahari, akhi tadi membalas SMS saya yang menyatakan persetujuannya untuk memulangkan kereta saya. Sayapun membalas SMS-nya dengan mengatakan saya berjaya memperbaharui roadtax Serena saya.

Apa yang lebih menarik lagi ialah harganya cukup murah. Below market price! Harap-harap En. Lizam tidak tersalah kira. Sebab sehingga hari ini, saya telah confirm market price untuk insurans kereta saya di sini dengan jumlah sum insured yang sama, harga melalui Takaful Amalmedic adalah RM250.00 lebih murah berbanding dengan Agensi Takaful Ikhlas sendiri, di mana saya expect ianya sepatutnya lebih mahal kerana urusan transportation.

Saya ingin menganugerahkan Takaful Amalmedic sebagai Agensi Takaful For All... hehe.. anugerah baru ni... atas faktor-faktor di bawah:
1. Mudah - hanya melalui SMS dan online banking, semuanya selesai. Sesuai untuk sesiapa saja yang sibuk apatah lagi para doktor.
2. Pantas - tak sampai 12 jam, roadtax telah siap. Tak perlu beratur dan terlibat dengan kesesakan lalulintas.
3. Bila-bila masa - saya dapat berurusan sehingga lewat malam. Awal pagi tak tahulah... mungkin tahun depan saya akan cuba berurusan pukul 1 pagi... huhu...
4. Lebih murah - sum insured RM100k dapat murah RM250.00 tu macam bonus tu! Harap Takaful Amalmedi jangan sampai gulung tikar ye...
5. Lebih pantas dari reply SMS seorang sahabat...

Oleh itu, tidak kira siapa anda, ahli Papisma atau bukan ahli Papisma, tidak kira di mana anda berada, InsyaAllah Takaful Amalmedic adalah pilihan anda... Haa... ni bukan kes dapat bonus RM250 ye. Tapi ikhlas dari hati seorang pemerhati takaful.


Sunday, December 13, 2009

Program Berkhatan Papisma 2009 Menutup Tirai

(Biro IT)

Setelah 4 minggu berturut-turut dengan aktiviti hujung minggu (Jumaat) yang penuh, termasuk berkhatan dan korban, dua hari lalu (11/12/2009) merupakan hari terakhir program Berkhatan Papisma Terengganu untuk tahun 2009 ini. Oleh kerana kesibukan yang tidak dapat dielakkan, Buletin Papisma Terengganu kali ini memaparkan laporan bergambar dua program berkhatan sekaligus iaitu program di Madrasah Al-Ansar, Kg. Basong, Hulu Terengganu dan Madrasah Wan Esah, Kg. Panji Kuala Terengganu.

Alhamdulillah, meskipun dengan kesibukan on-call bagi para doktor kerajaan, dan lain-lain aktiviti pada cuti sekolah ini, namun sekalung tahniah diucapkan kepada mereka yang masih sanggup meringankan tulang untuk menjayakan aktiviti tetap hujung tahun bersama masyarakat ini.

Ada yang 'pasive call', ada yang 'post call', dan ada yang terpaksa membatalkan 'janji' bersama keluarga untuk bermain kolam renang, semata-mata kerja amal kerana Allah untuk membantu penduduk kampung dan memasyarakatkan Papisma.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar Program Berkhatan di Madrasah Al-Ansar, Kg. Basong.

Para ibubapa peserta sedang mendaftarkan anak-anak mereka.


Meja pendaftaran juga dibuka.

Para petugas bantuan berkhatan terdiri dari penduduk kampung sedang bersedia untuk melakukan tugas.

Peralatan dan kelengkapan berkhatan sudah dibuka dan sedia untuk digunakan.

Doa dibaca oleh Tuan Imam sebelum berkhatan dimulakan.

Doa diaminkan... mudah-mudahan urusan berkhatan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.

Dr. Rosli sedang mengkhatankan seorang peserta secara solo... "Dorsal slit ke guillotine method tu Li?"

"Jaga-jaga! Jangan tersilap cucuk ye..." Dr. Faiz dibantu oleh Dr. Tuan Mohd. Fairuz, sedang mengkhatankan seorang peserta.

"Lepas ke tak lepas ni..." Dr. Roslan sedang mengkhatankan seorang peserta secara solo juga...

Para petugas sedang berehat sementara menunggu peralatan yang sudah digunakan untuk dibasuh.

"Makan dulu...!"Makananpun ada disediakan bagi para doktor dan petugas.


Seramai 15 orang telah berjaya dikhatankan, Alhamdulillah. Pada asalnya, pendaftaran kira-kira 30 orang, tetapi mereka terpaksa membatalkannya kerana banjir yang melanda daerah ini yang telah memutuskan lalulintas dari Kuala Berang ke sini. Jadi, petugas Papismapun dikurangkan last minute. Program selesai kira-kira pukul 12.30 tengahari dan para petugas Papisma Terengganu telah menunaikan solat Jumaat di Masjid Kg. Basong.

Berikut ini pula adalah gambar-gambar di sekitar program berkhatan di Madrasah Wan Esah, Kg. Panji.

Sebelum pukul 8 pagi lagi kanak-kanak ini telah sampai dengan begitu bersemangat untuk menyertai program berkhatan.

"Tak takut ke Dik?""Eh... Apa nak takut? Doktor-doktor Papisma buat tak sakit!" Hehe... barangkali itulah jawapan dari mulut anak-anak itu...

Pada pukul 8.30 pagi, bahagian pendaftaranpun dah boleh rileks... Semua dah siap mendaftar.

Sebelum perasmian, adik-adik dari Madrasah...(tak ingat) telah menghiburkan para peserta dan ibubapa dengan alunan nasyid-nasyid arab dan qasidah. Pada masa yang sama program berkhatan telahpun bermula di bahagian atas madrasah.

Para ibubapa dan peserta khusyu' menikmati alunan nasyid.

"Alamak! Awat rendah sangat meja ni! Sakit pinggang la..." Dr. Azmi, senior GP dalam Papisma yang cukup setia dengan program berkhatan, sedang mengkhatankan seorang peserta secara solo.

Dr. Yusof sedang membantu MA Muin.

"Cepat-cepat secure bleeding ni..." Dr. Faiz dan Dr. Tuan Mohd. Fairuz secara bergilir-gilir mengkhatankan peserta.

"Selesa jugak meja rendah ni ya.."Tenaga pengkhatan 'profesional' dari Ajil, En. Zukri dan En. Zainal yang menjadi tenaga tetap Program Berkhatan Papisma.

"Cucuk macam ni ya..." Jangan serious sangat Li.. hehe... Dr. Rosli (post call ni) dibantu oleh Dr. Hazizul Helmy.

"Sekali cucuk terus hilang sakit tau. Ready...!" En. Zumaini dan rakannya juga begitu setia dengan program berkhatan anjuran Papisma. Terima kasih ya...

Alhamdulillah, seramai 41 kanak-kanak telah berjaya dikhatankan. Sepanjang program berjalan, suasana dipenuhi dengan alunan ayat-ayat suci al-Quran dan nasyid yang berselang-seli sehingga menenggelamkan jeritan kanak-kanak yang menangis kerana ketakutan.

Program selesai kira-kira pukul 12.30 pm dan para petugas telah dijamu dengan nasi minyak oleh pihak penganjur sebelum pulang.