Monday, May 19, 2014

PAPISMA TERENGGANU DIBARISI PEMIMPIN BARU

16 Mei, Jumaat - Alhamdulillah, PAPISMA Terengganu telahpun selesai mengadakan Mesyuarat Agung Dwi-Tahunannya hari ini. Mesyuarat Agung kali ini telah diadakan di Dewan Walit, Kg. Durian Mas Manir bermula kira-kira pukul 9.30 pagi sehingga 12.00 tengahari.

Mesyuarat yang dihadiri oleh lebih kurang 30 orang ahli PAPISMA Terengganu itu berjalan lancar dengan dipengerusikan oleh Timbalan Pengerusi Tetap, Dr. Roslan Yusof

Dr. Tg. Fakhruddin sedang memperngerusikan majlis.
Majlis telah dimulakan dengan ucapan Pengerusi Majlis, Dr. Tengku Fakhruddin seterusnya ucapan Pengerusi PAPISMA Terengganu yang lalu, Dr. Md Arif Ibrahim. Mantan Pengerusi itu telah menyampaikan ucapan yang penuh bersemangat dengan menyentuh sejarah pergerakan PAPISMA Terengganu, ke mana seharusnya PAPISMA memposisikan dirinya dalam masyarakat selepas ini dan pelbagai lagi isu yang disentuh.


Pengerusi yang lepas, Dr. Md Arif Ibrahim sedang berucap.
Antara ucapannya:
"Antara tujuan kita megimbau apa yg telah kita lakukan selama ini adalah utk menyedarkan kita..walaupun mungkin kita rasa banyak perkara yg telah dilakukan..namun sebenarnya masih banyak perkara yang belum dan boleh kita lakukan.

Kita tidak boleh terhad hanya kepada aktiviti khidmat kesihatan sahaja, tetapi sepatutnya kita boleh pergi menerokai ruang kerja dakwah yang lebih luas lagi. PAPISMA Terengganu boleh menganjurkan program-program seperti forum, diskusi ilmiah, ceramah dan lain-lain hingga ke peringkat nasional dengan topik dan isu yang pelbagai seperti isu-isu dalam fiqh perubatan, bahkan sepatutnya kitalah yg menjuarai isu-isu ini.

Para hadirin sedang khustuk mendengar amanat.
PAPISMA Terengganu boleh bekerjasama dgn badan-badan dan jabatan-jabatan tertentu untuk melakukan program-iprogram ini. Kita juga sepatutnya boleh memasuki universiti-universiti dan pusat pengajian tinggi dalam melaksanakan program-program yang dirancang.

Kita tinggalkan ruang kerja yg sangat luas dan cabaran ini kepada pimpinan baru yg akan dipilih sebentar lagi yang insyaAllah akan terdiri dari adik-adik kita selaku pimpinan pelapis PAPISMA Terengganu."

Dr. Ahmad Wazi sebagai Pengerusi SPR sedang
mengendalikan pemilihan JK baru. Kelihatan Dr. Tuan Fairuz
sedang sibuk mencatatkan sesuatu.
Beliau juga menyeru agar pemimpin muda tampil kehadapan untuk menggalas kepimpinan kerana mereka mempunyai bakat yang perlu diserlahkan setelah sekian lama terpendam semenjak dari alam universiti.


"Adik-adik sekalian, kalian adalah generasi yg hebat, kalian adalah generasi terlatih... kalian adalah pimpinan semasa berada di universiti. Ada yg pernah ketua dan pimpinan, ada yg berkemahiran dalam bidang dakwah dan tarbiah, ada yg berkemahiran dalam komunikasi, mahir dari sudut ekonomi dan lain-lain...

Pemilihan JK baru sedang berjalan.
Jadi, saya tidak nampak mengapa adik-adik tidak boleh mengambil alih pimpinan PAPISMA Terengganu untuk meneruskan kebolehan dan bakat yang dikurniakan oleh Allah kpd adik-adik sekalian..."

Seterusnya pemilihan jawatankuasa baru kali ini telah dikendalikan oleh Pengerusi SPR PAPISMA Terengganu, Dr. Ahmad Wazi.



Para peserta sedang menikmati jamuan setelah program
berakhir.
Berikut adalah senarai kepimpinan baru PAPISMA Terengganu bagi sesi 2014-2016.

Pengerusi : Dr. Mujahid
Timbalan Pengerusi : Dr. Wan Asyraf
Setiausaha : Sdr. Johari
Bendahari : Dr. Hazizul Helmy

AJK:
1. Dr. Tg Fakhruddin
2. Dr. Tuan Fairuz
3. Dr. Azhan
4. Dr. Wan Mohd Razin
5. Dr. Tg. Abd Kadir
6. Dr. Fairuz Khairunnisa
7. Dr. Fadhilah

Pengerusi Tetap : Dr. Hussain
Timbalan Pengerusi Tetap : Dr. Roslan.

Pos istimewa - Kepimpinan baru sedang mendengar taklimat
Dr. Md Arif dalam sesi penyerahan tugas.
Mudah-mudahan barisan kepimpinan baru akan mampu meimpin dan mencorakkan PAPISMA Terengganu kea arah PAPISMA yang lebih dinamik,

Amin...