.

PAPAN KENYATAAN



  • PROGRAM-PROGRAM PAPISMA TERENGGANU




    Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda;
    “Barangsiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah Taala, maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkah mu dan ambillah tempat tinggalmu di dalam syurga.” (HR At-Tirmizi)

    Dari Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda :
    " Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin, suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat."(HR Muslim)

  • JUALAN BUKU


    Hubungi
    Dr. Zaihan Salleh (012-9850123)


  • Hubungi
    Dr. Khatijah Musa (019-9222057)

Tuesday, July 3, 2012

Ziarah Ukhuwah Dr. Azman

(Biro IT)

Khamis minggu lepas, 29 Jun 2012, PAPISMA Terengganu telah melaksanakan ziarah ukhuwah ke rumah Dr. Azman Abd. Aziz, ahli PAPISMA senior di Kuala Terengganu. Oleh kerana beliau agak jarang mengikuti program PAPISMA Terengganu sejak kebelakangan ini kerana kesibukan dan masalah lain, maka kami telah melakukan inisiatif melakukan ziarah ke rumah beliau.

Kami solat fardhu Isyak secara berjamaah dan seterusnya melakukan solat hajat semoga segala urusan hidup ini mendapat rahmat, berkat dan keampunan dari Allah SWT.

Seterusnya program ziarah itu juga diisi dengan tazkirah oleh naqib liqa', Al-Fadhil Ust. Ismail Dagang, namun oleh kerana musyaqah yang tidak dapat dielakkan, maka tazkirah dilakukan oleh adik-adik saja. Pun begitu, pengisian yang begitu mantap dan penuh pengajaran telah berjaya diberikan oleh tiga orang pentazkirah iaitu Dr. Ahmad Fardi, Dr. Tengku Abd Kadir dan Dr. Wan Mohd Ashraf. Masing-masing memberikan tiga tajuk berbeza iaitu kisah Syria dan pengalaman di sana, Israk dan Mikraj serta tafsir surah Al-Imran ayat 133-136.

Selepas itu, tuan rumah telah menjamu kami semua makan malam yang cukup menyelerakan. Terima kasih Dr. Azman. Mudah-mudahan Allah menggandakan rezekinya dan kami semua di dunia dan akhirat.

Beramah mesra sebelum solat Isyak.
Solat Isyak dan Hajat berjemaah.

Muslimatpun turut serta.
Dr. Wan Mohd Razin menyampaikan kata-kata aluan.
Dr. Azman (tuan rumah) memberikan sedikit ucapan aluan.
Dr. Ahmad Fardi sedang berkongsi pengalaman di Syria.





Sedang khusyuk mendengar tazkirah.
Menjamu selera.
Muslimat sedang mengambil hidangan.
Anak-anak tidak melepaskan peluang beramah mesra.
Berzikir selepas solat? Apa agaknya yang diperkatakan oleh sicilik ini...
Bubur kacang durian, nasi kuning ikan aye dan roti jala...
Meriahnya suasana di majlis barakah.
Dah makan... kalu jemput lagi kami akan datang lagi...
InsyaAllah PAPISMA Terengganu akan mempergiatkan lagi usaha-usaha seperti ini bagi mengeratkan ukhuwah. Hanya ukhuwah yang akan menguatkan persatuan kerana itulah saja modal bagi meneruskan kesinambungan gerakerja ke dalam masyarakat.