.

.

PAPAN KENYATAAN


  • PROGRAM-PROGRAM PAPISMA TERENGGANU AKAN DIMAKLUMKAN DI SINI

    1. Trip ke Kenyir akan diadakan pada: 20-21 Julai 2018 (Jumaat - Sabtu)
    Hubungi: Sdr. Johari (019-9859593)



    ******************************
  • Sunday, September 23, 2018

    Terengganu HOPE 1.0


    Oleh: Dr. Raja Hashim


           Buat julung kalinya program House Officer Preparatory Course (HOPE) telah berjaya diadakan di negeri Terengganu. Program ini dianjurkan oleh Papisma Cawangan Terengganu yang berkolaborasi dengan Kerajaan Negeri Terengganu yang dinamakan sebagai HOPE 1.0. Ia telah diadakan pada 21 - 22 September 2018 bertempat di Marina Resort, Pulau Duyung, Kuala Terengganu. Dr Azhan adalah insan yang terpilih untuk mengarahkan program ini untuk menjadi kenyataan

       
    Sambutan yang amat menggalakan telah diterima daripada graduan lulusan Sains Perubatan dalam dan luar negara. Penyertaannya hampir mencecah 100 orang meskipun hanya selepas dua hari program ini diiklankan di media sosial. Peserta yang hadir adalah dari seluruh Malaysia.

         Program dimulakan dengan pendaftaran pada pukul 2 petang, 21 September 2018, dengan Majlis Perasmian dimulakan pada pukul 4 petang oleh Al Fadhil Ust Kamaruzaman iaitu Pengarah Institut Modal Terengganu Sejahtera (IMITS).

       Seterusnya slot pertama diisi oleh Dr. Suhazeli seorang pakar perubatan keluarga yang tidak asing di Malaysia mahupun di luar negara. Beliau berkongsi berkenaan Career For Ummah. Penulis tidak sempat bersama dalam slot ini kerana sedang mengadakan perbincangan bersama rakan-rakan untuk program keesokkan hari.

     
    Pada malam tersebut, forum yang sangat bermanfaat telah diadakan dengan dihadiri oleh 3 orang ahli panel iaitu Dr. Saifurrahman, Dr. Sh. Azizah dan juga Mr. Hussain. Di dalam forum tersebut peserta ditekankan berkenaan ATTITUDE untuk menjadi seorang doktor yang kompeten.

       Hari ke dua bermula seawal 8 pagi dengan sesi kuliah pendek bersama pakar-pakar berbeza bidang. Kemudian program diisi dengan slot dalam kumpulan di mana peserta di bahagikan kepada 8 kumpulan.slot ini mempunyai 8 stesyen merangkumi stesyen arterial blood gas (ABG), radiology, catheterization, coping with stress, iv cannulation, basic life support (BLS), clerking skill dan electrocardiogram (ECG).


         Penulis sangat teruja dalam slot ini kerana setiap stesen dikendalikan oleh seorang pakar ataupun konsultan sambil dibantu oleh 2 orang pegawai perubatan yang memberikan ilmu dan berkongsi pengalaman secara sukarela.

     Program berlansung sehingga pukul 4 petang dan semua peserta berpeluang untuk mengikuti setiap stesyen untuk mendapat input serta bersoal jawab bersama fasilitator bagi setiap stesyen. Walaupun jadual sangat padat, peserta menunjukkan semangat yang membara untuk terus bersama-sama sehingga ke akhir program.


         Setelah sesi muhasabah dan sedikit maklum balas dari peserta ..tibalah saat penghujung bagi program dua hari satu malam ini ..sesi terakhir dan ditunggu-tunggu oleh semua peserta dan urusetia adalah sesi bergambar...hehehe



      Semoga berjumpa lagi untuk HOPE 2.0 akan datang.


    No comments: