Wednesday, November 22, 2017

Himpunan Keluarga PAPISMA Terengganu (HIKMAT 2017)


UNIT IT


Signboard Hari Keluarga sedang digantung di tapak sukaneka.
Tahun 2017 merupakan tahun sibuk yang agak luar biasa bagi PAPISMA Terengganu. Berbagai program peringkat negeri (cawangan), program peringkat kebangsaan malah program peringkat antarabangsa seperti Konferens Nusantara Ke-2 telah diadakan di Terengganu dan PAPISMA Terengganu diamanahkan sebagai tuan rumah. Pun begitu, Alhamdulillah, dengan masa sedikit yang terluang, PAPISMA Terengganu telah berjaya memanfaatkannya untuk program dalaman iaitu Himpunan Keluarga PAPISMA Terengganu atau ringkasnya HIKMAT 2017 pada 10 dan 11 November baru-baru ini.

Hebatnya ialah...  AJK HIKMAT 2017 ini hanya sempat dibentuk kira-kira dua minggu sebelum program. Ia di ketuai oleh Sdr. Saifullah Osman yang merupakan Pakar Pemakanan HSNZ. Penyertaan dibuka serta merta dan Alhamdulillah telah mendapat penyertaan dari 31 buah keluarga. Berikut adalah senarai AJK yang telah mengendalikan HIKMAT 2017 dengan jayanya:

Penasihat:
1- Dr. Mujahid Fauzi  - Pengerusi PAPISMA Terengganu
2- Sdr. Mohd Johari Yusof - SU PAPISMA Terengganu

Pengarah:
Sdr. Saifullah Osman

Timb Pengarah:
Dr. Azhan Hamdan

S.U dan Bendahari:
1- Dr. Sharif Ahmad
2- Dr. Syuhaimi Zakaria

AJK Penginapan/Pendaftaran/Makanan:
1- Sdr. Wan Shafiq

AJK Pengisian dan Game:
1- Dr. Raja Hashim
2- Dr. Fatin Hasifah
3- Sdr. Shahril

AJK Multimedia/Teknikal:
1- Dr. Aminuddin
2- Dr. Hani

AJK Cenderahati:
1- Dr. Syukriyah


HIKMAT 2017 telah memilih tema "Erat Ukhuwah Teguh Istiqamah" yang bertepatan dengan aspirasi dan inspirasi PAPISMA Terengganu tahun ini. Segala cabaran dalam perjuangan hanya akan dapat di atasi melalui ukhuwah yang erat dari kalangan mereka yang istiqamah terhadap keyakinan dan fikrah yang benar. Dengan ukhuwah dan keyakinan yang benar, semua mehnah mampu dihadapi dalam menjayakan dakwah "bil hal" melalui gerakerja PAPISMA sebagai NGO Kebajikan ini.

Pandangan hadapan UBR.
Sesudah solat Jumaat, para peserta bergegas dari seluruh negeri Terengganu untuk ke tapak program. Kali ini diadakan di Ulek Beach Resort (UBR), Dungun, Terengganu. Sebuah resort yang sederhana besar, sesuai untuk keluarga PAPISMA Terengganu dengan kehadiran yang sederhana juga. Ia terletak di tepi pantai berhampiran dengan UITM Dungun yang dihiasi pemandangan yang cukup indah dan menawan. Tak puas rasanya mata ini menikmatinya.

Check-in bermula pukul 3 petang, namun ada yang tiba lebih awal. Antaranya Pengarah Program, Sdr. Saifullah yang hadir bersama Setiausahanya, Dr. Sharif Ahmad serta beberapa keluarga PAPISMA yang lain. Mereka telah check-in di bilik-bilik yang telah 'available' lebih awal.

Kira-kira pukul 5.15 pm, program dimulakan dengan medical talk oleh penaja yang menaja sebahagian program HIKMAT 2017 ini iaitu Solehring. Solehring merupakan sebuah syarikat yang membekalkan peralatan untuk berkhatan. Sebahagian yang hadir sempat melakukan sesi praktikal bagaimana melakukan khatan yang sangat pantas menggunakan Solehring device itu. Suatu masa nanti, PAPISMA mungkin perlu bekerjasama dengan Solehring untuk program khatan mega memandangkan device yang diciptanya sangat mudah digunakan.

Berseronok sambil bertaaruf.
Seterusnya, program santai menanti waktu Maghrib...

Jom kita nikmati detik-detik pengalaman itu...

Bagi yang mempunyai anak-anak kecil, mereka memlih untuk bermain kolam yang terletak di antara chalet penginapan dan dewan... cukup eksklusif. Sambil memerhatikan anak-anak bergembira dan bermain air, ibubapa yang menemani dapat bertaaruf dan berbual mesra.

Rekreasi petang... bersama jaguh-jaguh bola pantai.
Bagi yang meminati aktiviti riadah, mereka tak melepaskan peluang untuk bermain bolasepak pantai. Padang bola tersebut terletak betul-betul berhadapan UBR dengan dipisahkan oleh jalanraya utama ke UITM Dungun. Perlawanan telah berlangsung dengan begitu sengit di antara dua team 'profesional' PAPISMA terengganu yang hebat-hebat... Terserlahlah bakat-bakat terpendam yang selama ini tersembunyi di sebalik sthethoscope ☺. Akhirnya perlawanan seri 5-5 dan ditentukan dengan sepakan penalti... Penjaring terbanyak tak lain tak bukan ialah bekas pemain 'profesional' kampus yang menyandang johan sebanyak 5 tahun berturut-turut... Tanyalah yang hadir pasti tahu... Hehehe... Jangan marah yer...

Istiqamah - Kuliah Maghrib bersama Ust. Wan Hassan.
Pada sebelah malamnya, solat Maghrib telah diadakan di sebelah kolam renang. Suatu momen yang cukup indah... Sungguh khusyuk berjemaah dengan berpayungkan awan... Cuaca yang sejuk dengan hembusan angin laut yang dingin menambahkan lagi rasa tawadhu' dah kehambaan...

Selepas solat Magrib berjemaah, para peserta dihidangkan pula dengan kuliah Maghrib yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ust. Wan Hassan, seorang ketua dan pembimbing masyarakat yang disegani di sekitar daerah Dungun. Beliau menyampaikan tazkirah yang bertajuk Istiqamah dengan pengisian yang cukup mantap dan berkesan. Ianya dirakam sepenuhnya dalam FB secret group PAPISMA Terengganu. Siapa nak dengar boleh PM admin ye...


Tepat azan kedengaran dari di masjid berdekatan, kuliah diakhiri dan para peserta seterusnya menunaikan solat Isyak berjemaah. Namun kali ini solat jemaah diadakan di dalam dewan kerana hujan telah turun renyai-renyai. Maklumlah ketika ini adalah musim tengkujuh. Sesudah itu, para peserta menikmati makan malam (dinner) yang telahpun tersedia bermula pukul 8 malam.

Dinner di UBR boleh dikatakan antara yang terbaik. Rasanya cukup enak dan menyelerakan. Kuantitinya cukup bagi menampung para peserta yang ingin menambah makanan 2 - 3 kali. Barbeque-nya pula sangat enak kerana sos barbeque-nya sangat sedap pernah dihidangkan... Apa lagi...menambah-nambahlah... sampai berat perut makan terlebih dos..☺

Jadual terakhir untuk malam itu adalah Mesyuarat Agung Tahunan. Mesyuarat agung kali ini di adakan dengan cara yang santai tetapi memenuhi peraturan mesyuarat. Pelbagai aktiviti dibentangkan dan dibincangkan... Perbincangan paling hangat ialah berkenaan kewangan. Bendahari PAPISMA Terengganu, Dr. Syuhaimi Zakaria terpaksa berhempas pulas menjawab persoalan yang dikemukakan.

Kira-kira pukul 11.30 malam, mesyuarat diakhiri dengan tasbih kaffarah dan surah Al-Asr.

Kuliah Subuh bersama Al-Fadhil Dr. Md. Arif.
Hari kedua di UBR dimulakan dengan solat Subuh berjemaah. Solat subuh diadakan di dalam dewan sebagaimna solat Isyak malam tadi. Selesai solat Subuh sesi tazkirah ringkas telah disampaikan oleh tak lain dan tak bukan bekas penceramah tersohor zaman kampus tahun 90-an dahulu iaitu Dr. Md Arif Ibrahim yang juga mantan Pengerusi PAPISMA Terengganu. Beliau yang juga baru balik menunaikan haji banyak membawakan kisah-kisah menarik yang memberi pengajaran berguna untuk para peserta. Ternyata bakat ceramahnya masih berbisa... ❤

Seterusnya peserta bersarapan pagi bermula pada pukul 7.30 pagi. dan sukaneka dijadualkan bermula pada pukul 8.30 pagi.


Sukaneka... "Nanti abang lari laju-laju biar sampai dulu tau".
Sukaneka kali ini sangat menghiburkan. Terutama kepada anak-anak dan para ibubapa yang mempunyai anak-anak kecil. Tahun ini majoriti ibubapa membawa anak-anak kecil yang layak untuk turut serta dalam sukaneka. Berbagai telatah yang mencuit hati dapat dilihat dan sebahagiannya terakam di dalam album HIKMAT 2017 di bawah. Siapa yang menggondol begitu banyak hadiah bagi sukaneka kanak-kanak tahun ini? Tak lain tak bukan ialah keluarga Mr. Hussain.... yeayyy!!! Tahniah!☺

Namun bukan sahaja anak-anak kecil yang dapat bersukaneka, ibubapa juga dapat bersukaneka... Apa lagi... Masing-masing mengeluarkan segala bakat dan kebolehan untuk melepasi segala cabaran. Tapak gajah, mengail, boling pasir, tiup belon, belon air terbang dan tarik tali. (Sorry penganjur, penulis beri nama sendiri aje... hehe). Maklumlah... dah 2 tahun tak bersukaneka...☺ Kali terakhir PAPISMA Terengganu mengadakan Hari Keluarga ialah pada tahun 2015 di Sutra Beach Resort, Merang, Setiu. Acara yang paling menarik tahun ini ialah acara tarik tali... Acara sengit yang cukup dramatik pernah dicatatkan dan pemenangnya telah dianugerahkan sebagai The Badang Of The Year... clap...clap... clap... ☺... Yang tewas boleh cuba lagi tahun depan... Make sure kalian berlatih sebelum turun bagi mencabar Badang ye... hehe...

Kira-kira pukul 11 pagi sukaneka tamat. Para peserta terus memasuki dewan bagi acara penyampaian hadiah. Majlis penyampaian hadiah berakhir kira-kira pukul 12 tengahari.

Pukul 1 tengahari, para peserta check-out selepas menikmati hidangan makan tengahari yang menyelerakan.

Tak sabar rasanya menantikan HIKMAT yang seterusnya... ☺

Sekian terima kasih...

ALBUM HIKMAT 2017
Hari Pertama
Sukaneka
Penyampaian Hadiah
Gambar Kenangan Beramai-Ramai
Video Klip

No comments: