.

PAPAN KENYATAAN



  • PROGRAM-PROGRAM PAPISMA TERENGGANU




    Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda;
    “Barangsiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah Taala, maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkah mu dan ambillah tempat tinggalmu di dalam syurga.” (HR At-Tirmizi)

    Dari Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda :
    " Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin, suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat."(HR Muslim)

  • JUALAN BUKU


    Hubungi
    Dr. Zaihan Salleh (012-9850123)


  • Hubungi
    Dr. Khatijah Musa (019-9222057)

Friday, July 21, 2017

Majlis Sambutan 'Idulfitri PAPISMA Terengganu 1438H (2017)

Wartawan IT

20 Julai 2017

Alhamdulillah, sambutan 'Idulfitri 1438H yang diadakan di kediaman Dr. Syuhaimi Zakaria, Bendahari PAPISMA Terengganu sangat meriah dengan kehadiran kira-kira 100 orang termasuk kanak-kanak.

Program sambutan ini telah dipengerusikan oleh Dr. Raja Hashim sebagai Pengarah, dibantu oleh Dr. Azhan, Dr. Wan Mohd Razin, Dr. Aminuddin dan sahabat-sahabat lain sebagai AJK. Meskipun dengan aktiviti yang sangat padat kerana pada tahun ini PAPISMA Terengganu akan menjadi tuan rumah kepada beberapa program besar termasuk di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, namun dengan semangat ukhuwah dan kerjasama ahli-ahli, majlis ini tetap berjalan dengan jayanya.

Tahniah Pengarah dan semua AJK-nya!

Bermula sebelum Asar lagi tuan rumah telah menyiapkan tempat bagi majlis ini. Pelbagai menu telah ditempah khas deperti Nasi Maqlubah, aiskrim, kambing bakar (menggantikan kambing golek), kuih-muih dan beberapa hidangan potluck yang dibawa oleh para peserta.


Ust. Kamaruzaman (kiri) sedang menyampaikan tazkirah.

Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran Al-Fadhil Ust. Kamaruzaman Abdullah yang dijemput khas bagi memberikan pengisisan rohani sempena Syawal yang mulia. Antara pengisian yang menarik ialah apabila Al-Fadhil Ustaz telah membawakan satu hadis, iaitu:

"Wahai sekalian manusia, sebarkan salam di antara kalian, saling memberi makan, sambung silaturahim dan shalat tahajud di malam hari ketika manusia sedang tidur, kalian semua akan masuk surga dengan selamat." ( HR Ibnu Majah -Sahih)

Jadi majlis sambutan hari ini sangat bermakna kerana meskipun nampak sederhana, tetapi hakikatnya ialah ia menuruti sunnah iaitu menyambung silaturrahim, saling mengucapkan salam dan memberi makan yang boleh membawa ke syurga, ujarnya.

Ucapan yang paling afdhal diucapkan di dalam bulan Syawal ialah "taqabballallahu minna waminkum" iaitu suatu doa agar Allah SWT menerima amalan Ramadhan kita yang lalu. Katanya, Rasulullah berdoa selama 6 bulan selepas Ramadhan memohon agar amalan Ramadhan diterima Allah. Sedangkan kita hanya setakat bulan Syawal saja. Malah, sebahagian kita hanya berdoa hanya sehari atau tidak beramal langsung, tambahnya kecewa.


Hadirin memegang poster dengan penuh semangat tanda
sokongan yang padu kepada Konferens Nusantara.
Selesai mendengar tazkirah sambil menjamu selera, majlis diteruskan dengan sesi bergambar beramai-ramai dengan memegang poster Konferens Nusantara sebagai simbol bahawa PAPISMA Terengganu akan memberikan sokongan dan dokongan yang semaksima mungkin.

Selesai sesi fotografi, sebahagian peserta yang baru sampai dipersilakan untuk meneruskan menjamu selera, sebahagiannya bersiap-siap untuk solat fardhu Maghrib.

Selesai solat Maghrib, sesi penerangan konferens nusantara disampaikan oleh Dr. Zuraizi yang merupakan Timbalan Pengerusi PAPISMA Terengganu merangkap Timbalan Pengerusi Konferens Nusantara.

Video teaser Konferens Nusantara juga ditayangkan bagi memberikan lebih semangat kepada ahli-ahli PAPISMA Terengganu. Video ini telah dicipta oleh AJK Unit IT iaitu Dr. Aminuddin (hadir). Tahniah dan jazakallahu khairan katsira Amin... Video yang menarik... Insha Allah video ini akan di upload ke Youtube untuk diviralkan.

Selesai sesi penerangan, sebahagian peserta menunggu untuk solat Isyak berjemaah dan sebahagian lagi pulang ke rumah masing-masing.

Mudah-mudahan majlis kali ini mendapat rahmat dan barakah dari Allah SWT.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar Majlis Sambutan 'Idulfitri PAPISMA Terengganu.(KLIK)

No comments: