Sunday, June 18, 2017

SEMARAK KASIH RAMADHAN (MEKAR)

Biro IT

Jumaat 2 Jun 2017 -  Papisma Terengganu melalui SMART PAPISMA telah merakamkan sejarah tersendiri apabila menganjurkan program yang dinamakan sebagai Semarak Kasih Ramadhan (MEKAR 1.0) di Kg. Lerek, Hulu Terengganu baru-baru ini.

Sepanduk program yang digantung seminggu lebih awal.
MEKAR adalah program pengkayaan kepada Program SMART Papisma yang diadakan pada bulan yang barakah iaitu Ramadhan. MEKAR 1.0 adalah program pertama yang dianjurkan sempena Ramadhan 1438H di sebuah kampung yang jauh terpencil yang terletak kira-kira 50 km dari Kuala Terengganu.

Program ini telah diketuai oleh Dr. Azhan Hamdan yang dibantu oleh seramai 22 orang Pegawai Perubatan dan Paramedik PAPISMA Terengganu. Ia dibiayai oleh dana yang dikutip dari sumbangan ahli-ahli PAPISMA Terengganu sendiri.

Penetapan Kg. Lerek dibuat kerana kawasan ini merupakan kawasan yang jauh di pedalaman yang mempunyai ramai peduduk miskin dan susah. Jadi, dengan sedikit sumbangan Ramadhan ini diharapkan dapat meringankan bebanan sara hidup dan menggembirakan hati-hati mereka.
Prof. Harmy bergambar di samping papantanda masjid.

Kerjasama penduduk yang diketuai oleh Imam Masjid Kg. Lerek dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), telah berjaya menjadikan program berjalan lancar. Antara program yang diadakan ialah ceramah kesihatan, pemeriksaan kesihatan dan perubatan, lawatan doktor ke rumah penduduk yang sakit, pemberian sumbangan Ramadhan, berbuka puasa bersama penduduk kampung dan berakhir dengan solat maghrib berjemaah.

Program bermula sebaik saja selepas solat Asar berjemaah di masjid Kg. Lerek. Oleh kerana tapak program adalah di perkarangan masjid, ia memudahkan dan lebih melancarkan perjalanan program. Sambutan penduduk adalah di luar jangkaan di mana seramai lebih 100 orang telah menerima pemeriksaan oleh para doktor yang bertugas dan seramai 24 buah rumah telah berjaya dilawati dan mendapat pemeriksaan dan rawatan yang semuanya diberikan secara percuma.

Pengerusi JKKK Kg. Lerek sedang menyampaikan sumbangan.
Seramai 60 keluarga telah menerima sumbangan Ramadhan berupa beras dan bahan-bahan makanan asasi telah disampaikan oleh Pengerusi JKKK Kg. Lerek sendiri.

Pengerusi JKKK dan Tuan Imam ketika ditemui melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga dan terima kasih kepada PAPISMA Terengganu atas program dan sumbangan yang diberikan.

Mengulas tentang kejayaan MEKAR 1.0, penasihat program, Dr. Md. Arif Ibrahim melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga di atas kejayaan program itu. Semua yang disusun berjalan lancar adalah atas kerjasama yang cukup profesional dan baik dari pihak masjid dan JKKK sendiri. Di samping kerjasama yang cukup baik dan berkesan dari ahli-ahli PAPISMA Terengganu.

Pengarah program, Dr. Azhan pula menyifatkan bahawa kejayaan MEKAR 1.0 adalah bermula dari kefahaman masing-masing atas peri pentingnya ukhuwah, penyusunan dan kerjasama dalam sesebuah organisasi. Tanpa salah satu daripadanya nescaya tidak akan berjaya. Beliau merakamkan syukur dan jutaan terima kasih kepada seluruh yang terlibat. Moga kejayaan MEKAR 1.0 akan menjadi pemangkin kepada program yang seumpama ini pada masa akan datang. Yang pasti Kg. Lerek akan terpahat dalam sejarah Papisma Terengganu.

Berikut adalah beberapa rakaman peristiwa MEKAR 1.0 di Kg. Lerek.

Dr. Azhan (Pengarah Program) dan Mr. Fadli Yazid
(antara yang sampai awal) sedang menyiapkan
ubat-ubatan.
Menanti solat asar.  Kelihatan Dr. Arif dan Dr. Razin
sedang bersedia untuk solat asar.
Jom! Kami sudah bersedia. Antara petugas MEKAR 1.0
yang turut hadir bagi menginfaqkan tenaga.
Sebahagian dari sumbangan PAPISMA Terengganu
sedia untuk diagih-agihkan.
Kaum ibu sibuk dengan persiapan menyediakan juadah
berbuka di bahagian belakang masjid.
Sebahagian lauk-pauk yang disediakan.
Tukang masak bersama periuk dan kuali besar yang
digunakan untuk memasak juadah berbuka puasa.
Sdr. Saifullah sedang melakukan pendaftaran.
    
Dr, Md Arif sebagai pengerusi majlis sedang
memulakan ucapan alu-aluan bagi memulakan
majlis.

Dr. Razin sedang menyampaikan ceramah kesihatan.


Jangan gaduh... sabar... sabar... ๐Ÿ˜„ Dr. Azhan sedang
memberi taklimat kepada petugas lawatan ke rumah
peskit, Dr. Sobrie.

"Mana ubat ni?..." Mr. Yazid sedang mencari ubat untuk
dibeikan kepasa seorang pesakit.

"Kalau pakcik tak tahan, pakcik kena buka pose..."
Nampak serius benar Prof. Harmy tu.

Dr. Fatin sedang memeriksa seorang penduduk.

Dr. Raja Hashim sedang mengukur tekanan darah pesakit.

"Jap pakcik eh... nampak normal pose pose ni." Dr. Razin
sedang membuat pemeriksaan gula dalam darah.

"Macam tak boleh guna je alat ni!" ๐Ÿ˜†
Dr. Mujahid sedang bersedia memeriksa pesakit.

Penasihat Smart Papisma dan Pengerusi Papisma
Terengganu sedang diberi taklimat oleh seorang
petugas.

"Jom rempit."
Sebahagian sumbangan terpaksa dihantar menggunakan
motorsikal. Dr. Farizi bersama seorang penduduk.

Para pengunjung sedang khusyu' mendengar taklimat.

Tidak mahu ketinggalan. Seorang penduduk masih
sanggup hadir meskipun membawa anak kecil yang
tidur.

Posing kenang-kenangan.. Dari kiri: Dr. Azhan, Sdr.
Saifullah (Pakar Pemakanan), Dr. Mujahid, Dr. Arif dan
Dr. Aminuddin.

Snap lensa! Kelihatan seorang tokoh masyarakat juga
turut hadir menyaksikan program yang sedang berjalan.

Prof. Harmy juga turut sama menyampaikan sumbangan.

Sempat bergambar beramai-ramai sebelum berbuka puasa.
Menanti berbuka.
Menunggu berbuka puasa sambil menghayati tazkirah
oleh Al-Fadhil Ust. Kamar (di belakang Dr. Arif).
Sebahagian penduduk kampung yang turut sama
berbuka puasa bersama-sama.
Sambil berbincang-bincang santai...
Sabar ye... ๐Ÿ˜ƒ



No comments: