.

.

PAPAN KENYATAAN


  • PROGRAM-PROGRAM PAPISMA TERENGGANU AKAN DIMAKLUMKAN DI SINI

    1. PAPISMA Terengganu akan menghantar seramai 8 orang wakil ke AGM PAPISMA Malaysia pada 14/7/2017 (Sabtu).

    2. Trip ke Kenyir akan diadakan pada: 20-21 Julai 2018 (Jumaat - Sabtu)
    Hubungi: Sdr. Johari (019-9859593)
  • Saturday, August 27, 2016

    RIADAH PAPISMA TERENGGANU DIHIDUPKAN SEMULA

    Setelah lebih dua tahun sepi, akhirnya ahli jawatankuasa baru yang dipilih dalam pemilihan jawatankuasa yang lepas berjaya mengadakan riadah berkala sebagaimana sebelum ini.

    Jumaat malam yang lalu (19 Ogos 2016), sebahagian ahli-ahli papisma telah berkumpul di Kompleks Sukan, Terengganu Equestrian Resort (TER) untuk bermain badminton. Ada yang hadir walaupun passive call.

    InsyaAllah program ini akan dapat menguatkan lagi ukhuwah sesama ahli PAPISMA Terengganu.

    Dr. Roslan (servis) dan Dr. Sharif (dua dari kanan) bersama
    adik-adik.

    Mr. Hussain (t-shirt putih) antara peserta riadhah yang paling
    istiqamah sejak dahulu


    Monday, August 15, 2016

    KONFERENS NUSANTARA KE KUALA TERENGGANU

    12 Ogos, Jumaat - PAPISMA Terengganu akan menjadi tuan rumah untuk Konferens Nusantara 2.0 (KN 2.0) yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan September atau Oktober 2017. Sebagaimana Konferens Nusantara 1.0 (KN 1.0) yang telah dianjurkan di Kota Bharu tahun lepas, tahun depan KN 2.0 juga akan diadakan selama 3 hari.

    Sebagaimana KN 1.0 telah berjaya menarik penyertaan seramai hampir 250 orang yang terdiri dari penjawat awam, swasta dan orang awam dalam dan luar negara, KN 2.0 akan menyasarkan penyertaan yang lebih ramai melalui tema Tibbun Nabawi dan Perubatan Moden.

    Penyerahan tugas telahpun dilakukan oleh Pengarah KN 1.0 iaitu Dr. Awisul Islah Ghazali kepada jawatankuasa baru di Kuala Terengganu hari ini. Rombongan Jawatankuasa KN1.0 seramai empat orang iaitu Dr. Azaharim Omar, Dr. Razlina, Dr. Nurul Shahida yang datang dari Kota Bharu manakala Dr. Awisul Islah sendiri bertolak dari Taiping, Perak.

    Dr. Awisul bersama jawatankuasa penganjuran KN 2.0.

    Mesyuarat penyerahan tugas yang diadakan dengan lancar di Dewan Walit, Kg. Durian Mas Manir.

    Perlantikan jawatan utama bagi jawatankuasa baru juga telah dilakukan. Berikut adalah jawatankuasa KN 2.0 yang telah dilantik:
    Penaung:
    Pengarah MAIDAM

    Penasihat:
    Dato' Dr. Suhaini Kadiman
    (Presiden PAPISMA Malaysia)

    Pengarah:
    Dr. Awisul Islah Ghazali.

    Timb. Pengarah:
    Dr. Zuraizi Jaafar

    Setiausaha:
    Dr. Salman Amiruddin

    Pen. Setiausaha:
    Dr. Syuhaimi Zakaria

    Bendahari:
    Dr. Mujahid Fauzi Sulong.

    Komiti Saintifik:
    Ketua: Dr. Zuraizi Jaafar
    AJK Komiti:
    Prof. Dr. Harmy Mohamed Yusoff
    Dr. Wan Mohd. Razin Wan Hassan
    Dr. Termizy Hassan
    Dr. Aniza

    Jawatankuasa yang lain juga dibincangkan, namun akan dikemaskini di dlam mesyuarat peringkat perlaksanaannya nanti.