Saturday, August 27, 2016

RIADAH PAPISMA TERENGGANU DIHIDUPKAN SEMULA

Setelah lebih dua tahun sepi, akhirnya ahli jawatankuasa baru yang dipilih dalam pemilihan jawatankuasa yang lepas berjaya mengadakan riadah berkala sebagaimana sebelum ini.

Jumaat malam yang lalu (19 Ogos 2016), sebahagian ahli-ahli papisma telah berkumpul di Kompleks Sukan, Terengganu Equestrian Resort (TER) untuk bermain badminton. Ada yang hadir walaupun passive call.

InsyaAllah program ini akan dapat menguatkan lagi ukhuwah sesama ahli PAPISMA Terengganu.

Dr. Roslan (servis) dan Dr. Sharif (dua dari kanan) bersama
adik-adik.

Mr. Hussain (t-shirt putih) antara peserta riadhah yang paling
istiqamah sejak dahulu


Monday, August 15, 2016

KONFERENS NUSANTARA KE KUALA TERENGGANU

12 Ogos, Jumaat - PAPISMA Terengganu akan menjadi tuan rumah untuk Konferens Nusantara 2.0 (KN 2.0) yang dijadualkan akan berlangsung pada bulan September atau Oktober 2017. Sebagaimana Konferens Nusantara 1.0 (KN 1.0) yang telah dianjurkan di Kota Bharu tahun lepas, tahun depan KN 2.0 juga akan diadakan selama 3 hari.

Sebagaimana KN 1.0 telah berjaya menarik penyertaan seramai hampir 250 orang yang terdiri dari penjawat awam, swasta dan orang awam dalam dan luar negara, KN 2.0 akan menyasarkan penyertaan yang lebih ramai melalui tema Tibbun Nabawi dan Perubatan Moden.

Penyerahan tugas telahpun dilakukan oleh Pengarah KN 1.0 iaitu Dr. Awisul Islah Ghazali kepada jawatankuasa baru di Kuala Terengganu hari ini. Rombongan Jawatankuasa KN1.0 seramai empat orang iaitu Dr. Azaharim Omar, Dr. Razlina, Dr. Nurul Shahida yang datang dari Kota Bharu manakala Dr. Awisul Islah sendiri bertolak dari Taiping, Perak.

Dr. Awisul bersama jawatankuasa penganjuran KN 2.0.

Mesyuarat penyerahan tugas yang diadakan dengan lancar di Dewan Walit, Kg. Durian Mas Manir.

Perlantikan jawatan utama bagi jawatankuasa baru juga telah dilakukan. Berikut adalah jawatankuasa KN 2.0 yang telah dilantik:
Penaung:
Pengarah MAIDAM

Penasihat:
Dato' Dr. Suhaini Kadiman
(Presiden PAPISMA Malaysia)

Pengarah:
Dr. Awisul Islah Ghazali.

Timb. Pengarah:
Dr. Zuraizi Jaafar

Setiausaha:
Dr. Salman Amiruddin

Pen. Setiausaha:
Dr. Syuhaimi Zakaria

Bendahari:
Dr. Mujahid Fauzi Sulong.

Komiti Saintifik:
Ketua: Dr. Zuraizi Jaafar
AJK Komiti:
Prof. Dr. Harmy Mohamed Yusoff
Dr. Wan Mohd. Razin Wan Hassan
Dr. Termizy Hassan
Dr. Aniza

Jawatankuasa yang lain juga dibincangkan, namun akan dikemaskini di dlam mesyuarat peringkat perlaksanaannya nanti.



Saturday, July 23, 2016

FANPAGE PAPISMA TERENGGANU DILANCARKAN

23 Julai, 2016 - Alhamdulillah. Hari ini tercipta sejarah apabila fanpage PAPISMA Terengganu telah dilancarkan oleh Unit IT bagi merancakkan lagi penyebaran berita dan komunikasi.

Fanpage tersebut boleh klik pada image di bawah.

Ayuh! Like laju-laju supaya tak ketinggalan segala berita dan perkembangannya...


Thursday, July 21, 2016

ANDA MASIH BINGUNG DENGAN ISU VAKSIN?

JANGAN BACA JIKA ANDA RASA WABAK DIPHTERIA YANG MEMBUNUH ITU HANYA REKAAN SEMATA
pesanan ikhlas dari Koperasi Amal Medik

Dipheteria. Penyakit yang secara teorinya hampir tiada kembali mengancam kita dan meragut nyawa. Ia kembali kerana kealpaan kita terhadap vaksin!

Bayangkan, selepas wabak ini mula merebak, berduyun-duyun orang berjumpa para doktor kerana hendak "menebus hutang" vaksin yang terlepas.

Namun masih ada yang belum bertindak kerana masih teragak-agak. Mungkin kerana masih banyak salah tanggap dan mitos menghantui fikiran masyarakat kita.

Adakah anda masih belum berani bertindak? Bertindaklah sekarang untuk mendapatkan maklumat vaksin ini!

Janganlah buang masa yang merisikokan nyawa! Bacalah segera Buku " Vaksin dan Bayi Anda: Mitos vs Realiti terbitan dan edaran oleh KOPERASI AMAL MEDIK

Kami beri diskaun bagi memastikan anda tidak beralasan lagi untuk memilikinya, dan insan sekeliling akan beroleh manfaat yang tidak ternilai harganya.

VAKSIN UNTUK BAYI ANDA: Mitos vs Realiti

RM 15 SAHAJA sebuah Diskaun khas (asal RM18)

Ingin jimat lagi???
Beli 10 buah buku pada RM 12 SAHAJA untuk sebuah buku (RM 12x10)

Hubungi Setiausaha Koperasi Amal Medik, Saudara Mohd Azreen di talian 014-8390426 (Call / SMS / Whatsapp) bagi mendapatkan buku "best seller" hari ini!

Harga istimewa ini hanyalah sehingga 3 Ogos 2016!


Selepas 3 Ogos 2016, sila berhubung dengan 
Dr. Khatijah Musa (019-9222057) / Dr. Suhazeli Abdullah (019-9563653)

Wednesday, July 20, 2016

AGM DAN SAMBUTAN AIDILFITRI 2016 PAPISMA TERENGGANU

(Jabatan IT)

15 Julai 2016 (Jumaat) - PAPISMA Terengganu berjaya mengadakan Mesyuarat Agung  tahunan  (AGM) yang ke-9 di Dewan Walit, Kg. Durian Mas, Manir, Kuala Terengganu. Mesyuarat kali ini telah diadakan bersama dengan sambutan Aidilfitri 1437H.


Suasana mesyuarat agung yang berorientasikan majlis di
negeri Jepun.
Tahun ini merupakan tahun pemilihan. Keseluruhan jawatan telah dipertandingkan dan menyaksikan ramai muka-muka baru yang berjaya memegang jawatan termasuk Timbalan Pengerusi. Walaubagaimanapun penyandang Pengerusi, Dr. Mujahid Fauzi b. Sulong terus kekal mempertahankan jawatannya setelah pertandingan satu lawan satu.


Prof Dr. Harmy sedang menyampaikan ucapan penangguhan.
Timbalan Pengerusi baru kali ini disandang oleh Dr. Zuraizi b. Jaafar, seorang Pakar Kanak-Kanak (Paediatrician) di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. 


Dr. Zuraizi Jaafar, Timbalan Pengerusi yang
baru sedang memperkenalkan diri.
Mereka yang memenangi pertandingan kali ini terdiri dari pelbagai bidang termasuk pakar, pegawai perubatan kerajaan, pegawai perubatan swasta, pegawai pergigian dan medical assistant. Gabungan ini menunjukkan Papisma Terengganu lebih bersedia untuk mendepani cabaran yang lebih global dalam gerakan organisasinya.



Antara yang akan ditekankan ialah tentang ukhuwah kerana peningkatan jumlah ahli yang sekaligus meningkatkan jurang usia antara ahli-ahli senior dan junior. Tanpa program ukhuwah yang lebih kerap dan tersusun ia akan membantutkan aktiviti dan program-program yang akan disusun.


Dr. Mujahid Fauzi sedang menyampaikan amanat. Kelihatan
Pengerusi Tetap, Mr. Husain sedang khusyuk mendengarkan.
Setelah tamat AGM seluruh hadirin telah menjamu selera dengan juadah hariraya yang telah disediakan oleh pihak penganjur iaitu Papisma Terengganu sendiri.

Dalam ucapan penggulungan, Dr. Mujahid telah melahirkan rasa gembiranya dengan sambutan ahli-ahli pada AGM kali ini dan beliau dengan penuh semangat akan melakukan beberapa perubahan dalam gerakerjanya yang akan datang.

Mesyuarat ditangguhkan dengan tasbih kaffarah dan surah Al 'Asr.