Saturday, March 8, 2014

SMART Di Dewan Sivik Tanjung Paya

Alhamdulillah Papisma Terengganu berjaya mengadakan Kempen 2K (Kesedaran Kesihatan) di Dewan Sivik Kg. Tanjung Paya Kuala Terengganu semalam, 7 Mac 2014 bermula pukul 8.30 hingga 11.30 pagi.

Kampung ini merupakan kampung warisan Melayu di Bandaraya Kuala Terengganu yang agak mundur meskipun dikelilingi oleh pembangunan yang pesat dan pelbagai projek yang bertaraf mega seperti pembangunan bandar baru Tanjung, Draw Bridge, Pangsapuri Icon Residence, Pusat Sukan Monsoon Cup dan lain-lain lagi pembangunan.

Seramai 8 orang petugas SMART PAPISMA telah bertugas iaitu Dr. Md Arif, Dr. Roslan, Dr. Razin, Dr. Hazizul, Dr. Tg. Kadir, Dr. Razmi, Dr. Farizi dan isteri.

Program pemeriksaan kesihatan fan ceramah kesihatan telah diadakan di Dewan Sivik Tanjung Paya yang dihadiri okeh Pengerusi JKK dan YBM Dato' Raja Bahrin.

Lebih kurang 70 orang telah mebdaftarkan diri untuk menerima rawatan dan mendengar ceramah kesihatan yang disampaikan oleh pakar perubatan Hospital Sultanaha Nur Zahurah Kuala Terengganu.

Pengerusi JKK mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pihak PAPISMA Terengganu atas keprihatinan kepada masyarakat. Moga program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Di bawah adalah sebahagian gambar yang sempat dirakam semasa program.

Dr. Arif sedang menyediakan ubat.

Dr. Razmi sedang berbincang dengan pesakit.

Isteri Dr. Farizi sedang memeriksa pesakit.

Kelihatan Dr. Tg Kadir, Dr. Hazizul dan Dr. Farizi sedang bersedia
untuk berkhidmat

Dr. Razin sedang menyampaikan ceramah.