Monday, February 24, 2014

NICE 2013 MENGGAMIT MEMORI

BIRO IT

Hampir 6 bulan berlalu.... namun NICE 2013 begitu menggamit memori. Bermula dari mendapatkan penyertaan dan seterusnya membuat persiapan tatakala melalui bulan Ramadhan adalah suatu yang sungguh mencabar kerana mood Ramadhan sangat membataskan aktiviti biasa seperti mesyuarat dan sebagainya. Apatah lagi menganjurkan program pada bulan Syawal juga tidak kurang hebat cabarannya kerana suasana Aidilfitri yang belum habis lagi...

Namun, jika tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya... itulah antara kata-kata motivasi orang-orang dulu agar kita terus berusaha dengan sedaya upaya dan selebihnya serahkan urusan itu kepada Allah SWT.

NICE kali ini diadakan pada 29 - 31 Ogos 2013. Bertempat di Scout Inn Resort Kuala Terengganu. Bersebelahan dengan pagar Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu. Jaraknya kira-kira 1 km dari balai ketibaan.

NICE kali ini tidak dapat disertai oleh banyak universiti luar negara kerana ada yang baru habis cuti dan masih ada yang belum bercuti. Majoriti penyertaan adalah dari Mesir, India dan Jordan. Itupun hanya dapat diputuskan di saat-saat akhir malah ada pendaftaran yang terpaksa diterima secara 'walk-in' memandangkan kami ingin meraikan adik-adik bagi memberikan manfaat semaksima mungkin kepada mereka.

Kelihatan seorang peserta sedang mendaftar
dengan diperhatikan oleh Kak Zie (Dr. Nor Haizi).
Sehingga masa pendaftaran berakhir, seramai 130 orang peserta berjaya didaftarkan sehingga pukul 6 petang. Maksima pendaftaran yang boleh diterima ialah seramai 60 orang peserta lelaki dan 110 orang peserta perempuan.

Dengan kehadiran seramai itu, ia agak melegakan pihak penganjur. Sedang-sedang molek kata orang Terengganu.

Kira-kira pukul 3.30 petang majlis dimulakan dengan acara pertama ialah perasmian yang dilakukan oleh Al-Fadhil Ust. Hishamuddin Abd. Karim.
Dr. Hamdi sedang bersedia untuk merakamkan
aktiviti-aktiviti sepanjang program.
En. Johari, Setiausaha NICE 2013 sedang
mempengerusikan Majlis Perasmian.
Doa dibaca oleh En. Mohd Syawal salah seorang
AJK NICE.

Ucapan alu-aluan sedang diberikan oleh Pengerusi
PAPISMA Terengganu merangkap Pengarah
NICE 2013 Dr. Md. Arif Ibrahim.

Para peserta yang baru tiba memenuhi Dewan
Kuliah 1, Scout Inn bagi mendengar amanat
yang akan diberikan.

Al-Fadhil Ust. Hishamuddin Abd. Karim sedang
menyampaikan amanat dan seterusnya merasmikan
NICE 2013.


Dr. Hazizul Helmy sedang memberikan taklimat
penempatan kepada para peserta.
Ketua Fasilitator, Dr. Wan Ashraf
sedang menyampaikan taklimat program sepanjang
Program NICE 2013.

Para AJK juga turut sama mendengar yang
disampaikan dengan khusyuk.


Selesai perasmian, para peserta dibahagikan kepada 6 kumpulan kecil. Di dalam kumpulan inilah mereka akan melakukan aktiviti berkumpulan sepanjang program berlangsung. Antara aktiviti yang perlu mereka lakukan ialah aktiviti team building, persembahan kumpulan dan log book. Dari sinilah mereka akan lebih kenal mengenali dan mejalin persahabatan sesama sendiri dari universiti yang berlainan. Team building akan mengajar mereka bekerja dalam kumpulan dan mencungkil bakat kepimpinan dalam diri mereka. Persembahan kumpulan akan menyerlahkan lagi bakat berkomunikasi dan kreativiti. Manakala log book memastikan objektif program dapat digarap oleh setiap peserta di mana secara tidak langsung mereka perlu memberikan kerjasama dan tumpuan terhadap aktiviti dan pengisian yang diberikan sepanjang program untuk kebaikan dan kegunaan mereka apabila keluar dari kampus nanti.

Dr. Hamdi dan Dr. Baihaqi sedang mengendalikan
sesi taaruf.


Dr. Wan Ashraf sedang menerangkan sesuatu.

Dr. Hazizul Helmy dengan kumpulannya.

En. Syawal juga turut sama turun tangan bagi
melicinkan sesi penting ini.

Kelihatan Dr. Tengku Kadir juga melibatkan diri
sebagai fasci.

Dr. Shima - juga antara think tank fascilitator
NICE 2013.

Sesi taaruf dan ice breaking tamat diikuti dengan aktiviti kendiri sebelum mereka makan malam bermula pukul 6.30 petang. Antara Maghrib dan Isyak hari pertama para peserta diberi rehat kerana ada di antara mereka yang baru sampai.

Selepas solat Isyak, sesi seterusnya dimulakan. Kali ini ialah sesi ceramah agama yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ust. Kamaruzaman Abdullah. Seorang aktivis masyarakat, mudir dan pengerusi Madrasah Al-Ansar di Hulu Terengganu yang menempatkan anak-anak yang diajar ilmu agama dan hafazan Al-quran.

Seorang peserta dipilih untuk mempengerusikan majlis.

Ust. Kamaruzaman sedang menyampaikan ceramahnya.

sempat bergambar dengan Ust. Kamaruzaman selesai program.

AJK NICE sedang menyusun sejadah untuk digunakan bagi
qiamullail, solat subuh dan kuliah subuh.

Sama-sama berwirid sesudah menunaikan qiamullail berjemaah.

Khusyuk mendengar kuliah subuh.

Penyampai kuliah merupakan salah seorang selebriti TV...
Al-Fadhil Ust. Syed Abd Kadir Al-Jofri.


Amboi... sedapnya makan.... Kelihatan penceramah ditemani oleh
Dr. Suhazeli dan Dr. Md Arif.

Para peserta sedang sarapan bersama-sama.

Pos istimewa... AJK NICE 13 bersama Al-Fadhil Ust dan sebahagian peserta.
Sesudah bersarapan pagi, para peserta diprogramkan untuk melakukan aktiviti outdoor. Pelbagai acara disusun bagi membolehkan setiap aktiviti dapat membentuk individu yang berfikir, menilai, mencerna maklumat dan mengungkapkannya dalam bentuk gerakerja yang inovatif dan kreatif. Semangat kerjasama dan keupayaan memimpin dan mentaati kepemimpinan semuanya diuji dan dinilai. Peristiwa itu ada dirakamkan dalam video yang diedarkan kepada para peserta selepas selesai program.

Berikut adalah beberapa peristiwa yang sempat dirakam pada malam terakhir itu.

Amanat Presiden... Dr. Awisul sedang memberikan sedikit tazkirah dan nasihat
kepada para peserta sebelum penceramah sampai.

Salah seorang peserta sedang mempengerusikan majlis pada kuliah Maghrib.


Peserta perempuan sedang khusyuk mendengar kuliah Maggrib.
Sebaik selesai solat Isyak berjemaah, acara terakhir program dimulakan. Iaitu acara persembahan yang akan menilai sejauh mana keupayaan para peserta dalam mencapai objektif yang digariskan khususnya kerjasama berkumpulan dan keupayaan kepimpinan...

Dr. Tg Abdul Kadir sedang mengendalikan sesi ini. Disebelahnya kelihatan
para hakim yang akan menilai persembahan kumpulan.

Dr. Tuan Fairuz, Dr. Wan Ashraf dan En. Johari telah dilantik sebagai hakim.







Tersenyum Kak Han melihat telatah para peserta yang ternya cukup kreatif,
hebat dan berbakat... amat sukar untuk menghakimi bakat-bakat mereka.

Add caption








Akhirnya juara kumpulan telah dimenangi oleh Kumpulan 4 yang mempersembahkan drama di Medan Raba'ah. Tahniah kepada semua peserta yang cukup bersemangat. Sesungguhnya anda semua sangat berbakat! Anda semua adalah pemimpin PAPISMA masa depan dan juga bakal menjadi pemimpin negara...

Keesokannya qiamullail diadakan sebagaimana semalam. Juga dipimpin oleh imam yang sama iaitu Al Fadhil Ust. Mustaqim Azmi yang memiliki suara merdu seperti Sheikh Abdul Rahman As Sudais. Sesudah itu kuliah Subuh disampaikan sebagaimana yang dijadualkan.

Al-Fadhil Ust. Ridzuan Hashim sedang menyampaikan kuliah Subuh.

Sebahagian para peserta perempuan yang mengikuti kuliah Subuh.

Acara terakhir adalah acara penutup NICE 13. Acara tersebut telah dirasmikan oleh Exco Hal Ehwal Pelajar PAPISMA, Dr. Syed Khaliq. Dalam sesi ini kelihatan lebih terserlah lagi keupayaan para peserta dam berhujah memberikan pandangan dan idea bagi meningkatkan lagi kualiti NICE pada masa akan datang. Sesungguhnya mereka begitu matang dan lantang... mereka mempunyai bakat sebagi seorang pemimpin... Moga mereka istiqamah dengan apa yang mereka perjuangkan kini...










Dr. Syed Abd Khaliq juga berkenan menyampaikan hadiah-hadiah kepada para pemenang pertandingan yang diadakan secara berkumpulan dalam dua hari ini.









Pameran buku-buku medik telah diadakan di bahagian tepi dewan oleh pihak
yang paling banyak melakukan sponsor iaitu Kedai Buku Amal Medik milik
Dr. Tuan Fairuz Tuan Ismail.


Pos istimewa para peserta sebelum pulang ke rumah masing-masing.

Sesungguhnya NICE 13 kali ini sangat menggamit memori. Dari jauh mereka datang... semata-mata ingin mendapatkan manfaat dari penganjurannya yang merupakan pembinaan ukhuwah dan kepimpinan serta mendapatkan maklumat yang lebih jelas tentang suasana kerja pada masa akan datang. Mudah-mudahan generasi ini akan terus maju dan berjaya... amin....