.

.

PAPAN KENYATAAN


  • PROGRAM-PROGRAM PAPISMA TERENGGANU AKAN DIMAKLUMKAN DI SINI

    1. PAPISMA Terengganu akan menghantar seramai 8 orang wakil ke AGM PAPISMA Malaysia pada 14/7/2017 (Sabtu).

    2. Trip ke Kenyir akan diadakan pada: 20-21 Julai 2018 (Jumaat - Sabtu)
    Hubungi: Sdr. Johari (019-9859593)
  • Thursday, September 12, 2013

    Liqa' Syawal 1434H

    Biro IT

    Alhamdulillah pada 29 Syawal 1434H bersamaan 5 September yang lalu PAPISMA Terengganu berjaya mengadakan liqa bulanan setelah ditangguhkan sepanjang bulan Ramadhan.

    Pada kali ini lebih 20 orang ahli telah hadir yang melibatkan lebih 10 buah keluarga.

    Naqib Liqa' iaitu Ust. Ismail Dagang telah mengupas isu-isu penting berkaitan isu-isu semasa yang wajib difahami oleh umat Islam agar kita tidak mudah dikelirukan termasuk isu-isu Mesir, Syria, Syiah dan sebaginay.

    Majlis diakhiri dengan jamuan yang disediakan oleh tuan rumah Dr. Wan Mohd Razin.

    Majlis dimulakan dengan ucapan Pengerusi PAPISMA
    Terengganu, Dr. Md Arif Ibrahim

    Kelihatan ahli-ahli muslimat PAPISMA Terenganu yang turut
    hadir.
    Khusyuk mendengar taklimat perkembangan aktiviti PAPISMA
    Terengganu.


    "Kita akan mengadakan aktiviti ke kawasan orang asli.."
    Itulah antara isi ucapan Dr. Md Arif Ibrahim.


    Tuan Hj. Sabri, suami kepada Dr. Azlin sedang memberikan
    taklimat berkaitan skim pencen dan skim KWSP.
    "Kita mulakan majlis kita dengan bacaan surah Al-Fatihah"
    Tuan rumah membuka majlis sebaik sahaja naqib sampai.
    Khusyuk mendengar pengisian yang disampaikan.

    "Sarah dengar sama ye..." Si kecil anak ke-5 Dr. Wan Razin
    turut sama berliqa'...



    Al-Fadhil Ust. Ismail sedang memberikan tazkirahnya.

    Anak sulung Abang Lan / Kak Han tidak melepaskan peluang
     untuk turut sama kerana sedang bercuti.


    Sambil menjamu selera sambil berkongsi pendapat dan
    pengalaman.


    Pihak muslimat tidak melepaskan peluang untuk liqa'
    liqa' sambil makan...

    ...sebagaimana muslimin juga...

    Bercerita dengan penuh perasaan...

    Majlis liqa' di telah berakhir kira-kira pukul 11.15 malam.