.

PAPAN KENYATAAN



  • PROGRAM-PROGRAM PAPISMA TERENGGANU




    Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda;
    “Barangsiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah Taala, maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkah mu dan ambillah tempat tinggalmu di dalam syurga.” (HR At-Tirmizi)

    Dari Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda :
    " Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin, suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat."(HR Muslim)

  • JUALAN BUKU


    Hubungi
    Dr. Zaihan Salleh (012-9850123)


  • Hubungi
    Dr. Khatijah Musa (019-9222057)

Tuesday, July 9, 2013

RAMADHAN BULAN PERJUANGAN

Dr. Md Arif Ibrahim
(Pengerusi PAPISMA Terengganu)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Rabb semesta alam. Salawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat Baginda SAW serta para tabi’in dan para pejuang risalah Rasul di sepanjang zaman.

Saat tulisan ringkas ini ditulis, Ramadhan sudah dirasai ketibaannya. Khutbah Jumaat dan kuliah-kuliah agama selepas Maghrib kebanyakannya membicarakan soal puasa di bulan Ramadhan, kelebihan-kelebihan dan hikmah-hikmahnya yang besar yang sepatutnya direbut secara bersungguh-sungguh oleh setiap mu’min yang berkesempatan untuk bersama Ramadhan kali ini. Amatlah rugi sekiranya kita terlepas dari jaminan-jaminan serta janji-janji Allah untuk diberi kepada hambaNya yang menunaikan puasa secara bersungguh-sungguh.

Jika boleh diibaratkan Ramadhan sebagai sebuah universiti, maka ianya mempunyai sukatan pendidikan yang sangat rapi tetapi memberi markah yang cukup tinggi walaupun dengan praktikal yang sedikit yang dilakukan oleh para siswazah universiti Ramadhan. Universiti Ramadhan menawarkan tiga sijil yang tidak ternilai ketinggiannya. Sijil pertama iaitu rahmat Allah akan diberi kepada para siswazah yang lulus di peringkat awalnya. Sijil yang kedua pula iaitu keampunan yang akan diberi kepada para siswazah yang lulus cemerlang di peringkat pertengahannya, sementara sijil ketiga iaitu pembebasan dari Neraka akan dikurniakan kepada para siswazah yang lulus cemerlang hingga ke akhir semester pengajian.

Akhirnya, ijazah yang ditungu-tunggu oleh para siswazah di Universiti Ramadhan iaitu Ijazah TAQWA yang hanya akan dimiliki oleh siswazah yang benar-benar berjaya dengan menguasai dan mempraktikkan silibus atau sukatan pendidikan di universiti ini.

Ramadhan juga merupakan bulan perjuangan. Sejarah Islam membuktikan kejayaan-kejayaan yang besar dalam menyebarkan dan memperjuangkan Islam berlaku di bulan Ramadhan. Peperangan Badar berlaku pada hari Jumaat, 2 Ramadhan di tahun kedua Hijrah sementara Fathul Makkah berlaku pada 10 Ramadhan tahun kelapan Hijrah yang disusuli dengan peristiwa Khalid Al Walid r.a. meruntuhkan berhala Al Uzza yang berlaku 5 hari sebelum berakhir Ramadhan di tahun ke sembilan hijrah.

Peristiwa perjalanan Rasulullah SAW ke Tabuk yang memberi kegerunan kepada kerajaan Rom ketika itu, juga berlaku di bulan Ramadhan, di mana Baginda telah sampai ke Tabuk pada 26 Ramadhan tahun ke sembilan Hijrah. Di bulan Ramadhan jugalah Islam sampai ke Yaman. Bahkan di bulan inilah berlakunya penyerahan kota Taif kepada Islam, di samping peristiwa pembukaan Andalus, peperangan Zallaqah dimana Sultan Dinasti Murabit, Yusuf bin Tasyifin berjaya mengalahkan tentera Kristian pimpinan Al Fonso IV dan peperangan Yakhliz yang menjadi kebanggaan umat Islam tatkala tentera Islam Daulah Uthmaniyah berjaya mengalahkan tentera Rusia yang mengancam kerajaan Islam.

Kita juga jangan lupa dengan peristiwa perang Yom Kippur yang berlaku pada 10 Ramadhan 1390 Hijrah bersamaan 6 – 22 atau 24 Oktober 1973 bilamana tentera Islam pakatan Mesir dan Syria telah berjaya menawan Garis Bar Lev yang dibina Israel dengan peruntukan yang besar setelah mereka memenangi perang enam hari itu pada tahun 1967, dalam keadaan kubu tersebut didakwa kebal dan mustahil untuk ditawan, tetapi ianya berlaku di bulan Ramadhan juga.

Apabila memahami rentetan kejayaan perjuangan Islam yang telah berlaku di dalam bulan yang mulia ini, maka mungkin inilah hikmah di sebalik isu yang sedang berlaku di Mesir sekarang ini, yang bermula di ambang Ramadhan sehingga masuk ke bulan Ramadhan.  Adakah akan berlaku sekali lagi kejayaan perjuangan Islam di Mesir yang memang sentiasa digeruni oleh musuh-musuh Islam terutamanya Israel? Marilah kita sama-sama berdoa dan berqunut nazilah mudah-mudahan Allah menjadikan bulan ini sebagai bulan kemenangan kepada masa depan Islam di Mesir.

Melihat kepada sejarah yang telah disebutkan itu juga sekaligus menolak dakwaan sesetengah individu yang menganggap bahawa tidak harus berlaku sebarang bentuk pemilihan kepimpinan pada bulan Ramadhan dengan alasan menghormati bulan ibadah ini, bahkan sepatutnya umat Islam lebih cenderung dan yakin untuk memilih pemimpin yang lebih baik untuk membentuk kepimpinan yang bertaqwa, selaras dengan matlamat puasa yang terbesar iaitu untuk mencapai darjat Taqwa.

Akhir sekali, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa dan mudah-mudahan Allah memberikan kekuatan kepada kita semua untuk melakukan yang terbaik dalam semua perkara. Mudah-mudahan kita semua berjaya merebut natijah akhir dari puasa sebulan ini iaitu TAQWA. Amin.

Saturday, July 6, 2013

Khidmat Kesihatan Di Kg. Baru Serada

(Biro IT)

5 Julai, 2013 - Alhamdulillah, PAPISMA Terengganu meneruskan aktiviti khidmat masyarakat melalui pemeriksaan kesihatan dan rawatan percuma kepada penduduk Kg. Baru Serada, Kuala Terengganu.

Kali ini seramai lapan orang ahli PAPISMA telah memberikan tenaga mereka bagi menjayakan program tersebut. Program tersebut telah diberikan sambutan yang agak menggalakkan di mana kira-kira tujuh puluh orang telah menerima rawatan.

Program telah berakhir kira-kira pukul 11.15 pagi. Semua petugas telah dijamu dengan hidangan tengahari.

Banner yang dibuat sendiri oleh penduduk kampung.

Kelihatan Dr. Zaihan dan Dr. Md Arif sedang bersedia menerima
kedatangan pengunjung.

En. Mohd Shawal sedang bersedia bagi memulakan pemeriksaan.

Dr. Karimah juga turut serta.

Dr. Nor Haizi sedang sibuk melayani pesakit di meja farmasi.

Meja Pendaftaran.

Berehat... beberapa orang pengunjung yang sudah menerima
rawatan berehat di tangga masjid.

Nasihat ... Kak han sedang memberikan kaunseling kepada
seorang pengunjung.


InsyaAllah, bulan hadapan program seumpama ini akan dilaksanakan lagi meskipun pada bulan Ramadhan. semoga usaha sedikit ini akan dinilai oleh Allah SWT sebagai amal soleh. Amin.

Tuesday, July 2, 2013

Liqa' Dan Jamuan Mahabbah Di Dewan Walit

(Biro IT)

Alhamdulillah PAPISMA Terengganu berjaya mengadakan liqa' serta jamuan mahabbah PAPISMA Terengganu pada 27 Jun 2013 (Khamis) lepas. Majlis itu bermula dengan solat Isyak berjamaah yang diimami oleh Al-Fadhil Ust. Ismail Dagang.

Program tersebut juga telah mendapat sambutan yang menggalakkan di mana lebih 30 keluarga telah hadir bersama keluarga.

Berikut adalah bebrapa foto yang sempat dirakam sempena majlis tersebut.

Ust. Ismail Dagang sedang bersedia untuk memberi tazkirah.

Dr. Wan Mohd Razin (kanan) sedang mempengerusikan majlis.

Para peserta sedang khusyuk mendengar tazkirah.

Muka-muka baru dan lama serta anak-anak juga turut serta.

Sambil mendengar tazkirah sambil menjaga anak-anak.

Khusyuk ke muslimat kat belakang tu? Sibuk bermesyuarat? Hehe..

"Di Ambang Ramadhan" - Tajuk yang cukup menarik dikupas oleh
Ust. Ismail.

Masa menghilangkan mengantuk tiba. Jamuan nasi arab special!

Sedap tak Tuan Fairuz? Mungkin itu yang ditanya oleh mantan
Presiden Papisma, Dr. Suhazeli yang datang jauh dari Sabah.

Makan berjemaah tapi berselerak.... hehe...

Sambil makan sambil bercerita...

Dr. Termizy yang baru sampai dari Kelantan bersama isteri
Dr. Aniza dan anak-anak mereka juga sempat bersama.

Best! Best!... Muslimat makan berjemaah dengan kaum ibu
di belakang.

"Makan banyak sikit deh... banyak ni nak kena perabih..."
Sibuk benar Dr. Nor Haizi melayan 'tetamu'.

Meriah sekali-sekali dapat bersama. Tudung sedondon warna
merah tu rasanya macam kenal...hehe...

Aaahhh betul doh... Kak han sebagai tuan rumahpun tak
ketinggalan makan bersama.

Ust. Ismailpun terpaksa beratur? Inilah namanya pemimpin
berjiwa rakyat...hehe...

Ambik banyak sikit ust... memang sedap nasi arab kali ni...

Ni muslimin (ahli dan Ahli Bersekutu Papisma Terengganu) paling
senior...Mr. Husain (kiri) dan Ust. Alias suami K. Long
(ahli bersekutu).
Mudah-mudahan program yang sederhana dan ringkas ini akan mendapat rahmat dan berkat dari Allah SWT. InsyaAllah akan bertemu lagi di sini pada program Ramadhan akan datang.