Sunday, March 17, 2013

Kuliah Fiqh Perubatan Kali Ke-2

Biro IT 

Kuliah Fiqh Perubatan kali ke-2 telah berjaya dianjurkan seperti biasa semalam di tempat yang sama. Kupasan yang diberikan oleh Al-Fadhil Ust. Dr. Basri Ibrahim sangat menarik merangkumi banyak aspek kehidupan bukan setakat berkaitan perubatan dan kesihatan. Beliau juga banyak memberikan kaedah-kaedah fiqh terhadap permasalahan semasa termasuk isu pencerobohan di Lahad Datu.


Ceramah yang disampaikan dengan penuh informasi dan diselang-seli oleh jenaka itu menjadikan para peserta tidak kering gusi pada waktu tengahari yang kebiasaannya amat sesuai untuk melelapkan mata.

Antara isu yang disentuh pada kali ini ialah asal hukum berubat dan bahan yang digunakan sebagai ubat adalah harus serta asal hukum yang memudaratkan adalah haram. Beliau juga menyentuh persoalan istihalah serta penggunaan bahan najis dalam ubat-ubatan dan bahan kegunaan harian, masalah pemindahan rahim, haid semasa mengandung, tayammum untuk masalah luka, jamak sebagai suatu sunah dan aplikasinya di dalam pekerjaan sebagai pegawai perubatan dan masalah kehidupan yang lain, kesilapan memahami hadis berkenaan habbatussawda' dan banyak lagi.

Semua persoalan para peserta telah dijawab dengan ringkas dan padat. InsyaAllah, pastinya para pelajar semua akan tertunggu-tunggu kuliah ke-3 akan datang yang akan dijadualkan pada 6 April 2013.

Bagi mereka yang belum pernah hadir, ayuh sertainya kerana kesempatan ini tidak selalu datang. Banyak persoalan yang kita boleh dikemukakan dan insyaAllah mudah-mudahan permasalahan fiqh dalam kehidupan kita tidak lagi menjadi beban. Apa yang penting kita semakin terasa bahawa Islam ini cukup indah dan mudah untuk diamalkan.

1 comment:

Anonymous said...

Salam warga papisma..sedih saya tak dpt hadir semalam. Sedangkan inilah kelas yg sy nanti nantikan. Semoga sy dberikan ruang masa oleh Allah utk kelas 6hb April nanti, kpd yg menimba ilmu dharap.tidak msia siakannya dan semoga anda semua didlm keberkatan dan keredaan Nya. Wassalam