Thursday, February 21, 2013

Kelas Fiqh Perubatan Bermula

BIRO IT 

Kuala Terengganu, Sabtu, 16 Feb 2013 - Satu lagi sejarah dicipta oleh PAPISMA Terengganu apabila berjaya menganjurkan Kuliah Fiqh Perubatan di sini bermula hari ini.

Kuliah ini merupakan kuliah bersiri setiap Sabtu, 3 minggu sekali bermula pukul 2.30 - 3.30 petang bertempat di dewan kuliah Masjid Bukit Besar, Pasir Panjang Kuala Terengganu. Tenaga pengajarnya ialah pensyarah yang tidak asing lagi iaitu Prof Madya Dr. Basri Ibrahim, pensyarah UNISZA.

Kuliah kali pertama ini telah berjaya menarik seramai 21 orang peserta terdiri dari ahli-ahli PAPISMA dan bukan ahli. Pendaftaran sebanyak RM50.00 dikenakan sekali sahaja dengan dibekalkan sebuah buku yang akan dijadikan teks kuliah iaitu Kaedah-Kaedah Syarak Berkaitan Isu-Isu Perubatan. Buku ini merupakan tulisan seorang ulama terkenal yang diterjemahkan oleh Prof Madya Dr. Basri Ibrahim sendiri.

Kuliah yang menyentuh pelbagai isu fiqh kontemporari itu disampaikan dengan cara yang sungguh menarik diselang-seli dengan jenaka yang menghiburkan. Mudah-mudahan dari masa ke semasa penyertaan akan bertambah insyaAllah.

Buku teks Kuliah Fiqh Perubatan
Khusyuk - Para peserta sedang khusyuk memberikan tumpuan.
Dr. Wan Razin sedang menyampaikan ucapan aluan.
Sebahagian peserta yang kelihatan cukup bersemangat untuk
menuntut ilmu.

7 comments:

Anonymous said...

Salam untuk semua.. Saya sgt bminat utk mgetahui ilmu fiqh perubatan. Bolehkah sy myertai kelas ini lagi krn sefaham sy ia telah pun dmulakan.. adakah ia tbuka utk semua jantina dan adakah ia memerlukan latar belakang akademik yg tinggi.. Apapun saya ucapkan tahniah krn mganjurkan kelas2 ilmiah seperti ini. Saya pcaya ramai warga Terengganu dahagakan pengetahuan bguna seperti ini. Ini sekaligus dapat memanfaatkan masa yg sebelum ini byk dhabiskan d kedai kopi. TAHNIAH & WASSALAM

papisma said...

Wslm...
Alhamdulillah jika saudara berminat. Ia terbuka kepada semua. Tidak ada syarat akademik untuk mengikutinya. Saudara boleh hadir dan bertanya soalan jika tidak memahaminya...

Ct Shahidah said...

assalamualaikum..sy sprti saudara/ri diatas mmpunayai pandangan yg sma.sy juga mminati ilmu fiqh prubatan..tapi maaf kalu sy trsilap..dlm pic juz tngk yg dh senior tp adakah trdpat gol2 muda yg mnyertai bengkel trsebut?

papisma said...

Wa'alaikumsalam Menjaga Hati,
sudah tentu pelbagai peringkat umur ada ketika itu. Buktinya pemuda berbaju coklat pada gambar atas sekali belum sampai 30 tahun. Kalau tak silap baru berusia awal 20-han.

Menuntut ilmu tidak mengira usia. Usia muda lebih digalakkan kerana mereka adalah pemimpin generasi akan datang.

Anonymous said...

Salam.. Boleh nyatakan kpd kami bilakah tarikh kuliah fiqh perubatan yg seterusnya? Dan no tel pihak yg tbabit utk mgesahkan kehadiran kami nanti pd tarikh tsebut. TERIMA KASIH & WASSALAM.

Anonymous said...

Salam warga papisma... Sy amat bharap pihak papisma dpt mberikan saya tarikh utk kuliah fiqh perubatan akan dtg n dgn siapa sy boleh bhubung. Krn sy fikir sy telah hadir pd hari yg tidak ada kelas..sy mgkin kurang jelas dgn info yg dbaca pd buletin pd peringkat awal. Wassalam

papisma said...

waalaikumussalam Anon March 12, 2013 at 1:39 AM,

Sebenarnya pada asasnya kuliah ini akan dianjurkan setiap 3 minggu, namun ia bergantung kepada kekosongan pihak Al-Fadhil Prof Madya Dr. Basri juga. Oleh itu saya nasihatkan tuan agar melihat pengumuman pada Papan Kenyataan di blog ini. Hanya inilah medium yang kami gunakan untuk memberitahu ahli-ahli kuliah semua.

Maaf atas segala kesulitan.