Saturday, January 26, 2013

KEJOHANAN BADMINTON PAPISMA ZON PANTAI TIMUR


(Biro IT)

Kuala Terengganu, 24 Jan 2013 - Sempena Hari Keputeraan Baginda Nabi Muhammad SAW, PAPISMA Cawangan Terengganu dan Kelantan telah merintis usaha baru dalam merapatkan persahabatan di kalangan ahli-ahlinya melalui anjuran Kejohanan Badminton Zon Pantai Timur yang julung-julung kali diadakan.

Kejohanan ini telah diadakan di Kompleks Sukan Terengganu Equestrian Resort (TER) Kuala Ibai dan telah berjaya menarik penyertaan seramai 12 orang pemain bagi setiap pasukan. Pertandingan ini adalah bagi acara berpasukan dan semua acara adalah beregu. Ia menawarkan sebuah Piala Pusingan yang akan digunakan bagi kejohanan-kejohanan yang akan dianjurkan bagi tahun-tahun akan datang.


Kedua-dua pasukan telah beraksi dengan penuh semangat dengan mempamerkan kekuatan masing-masing. Namun kejohanan kali pertama ini telah dimenangi oleh pasukan PAPISMA Kelantan yang telah menewaskan pasukan PAPISMA Terengganu dengan 4-2.

Piala Pusingan telah disampaikan oleh Naib Presiden 2, Sdr. Azreen Mustafa.

Selesai pertandingan, semua pemain membersihkan diri di kompleks sukan tersebut dan sebahagiannya terus ke Masjid Terapung yang terletak bersebelahan TER itu bagi menunaikan solat Zohor berjemaah. Setelah itu semua pemain dan keluarga masing-masing telah dijamu dengan nasi ayam di sebuah restoran yang terkenal di Marang.

Berikut adalah beberapa aksi dan peristiwa yang sempat dirakam.

Piala Pusingan Kejohanan Badminton PAPISMA Zon Pantai Timur.

Tengku Ahmad Damitri dan Dr. Shaqil sedang beraksi.

Dr. Hashairi (kiri) berpasangan dengan Dr. Hasmezam.

Dr. Hazizul (kiri) berpasangan dengan Dr. Rohaizi.
 
Dr. Roslan dan Afif Afnan (14 y/o) junior Papisma menentang pasangan
star Papisma Kelantan.

Semangat sukan - Dr. Hashairi terduduk di lantai ketika cuba
mengembalikan bola.
Bersedia - Dr. Izzat (kiri) berpasangan dengan Dr. Ridzuan.
Sahabat dulu kini dan selamanya - Dr. Roslan (kiri) mewakili JK Penganjur
mempersilakan Dr. Hashairi untuk ucapan penutup.
Dr. Hashairi (kanan) sedang menyampaikan ucapan ringkas bagi mewakili
PAPISMA Kelantan.
Sebahagian pemain dan penyokong yang kelihatan.

Dr. Arif sedang menyampaikan ucapan sebagai mewakili tuan rumah.

Sebahagian pemain sedang berehat.
Para penyokong setia pasukan Kelantan.
Sdr. Azreen Mustafa sebagai salah seorang pemain yang mewakili
PAPISMA Kelantan.


Penyampaian Piala Pusingan oleh Naib Presiden 2 kepada ketua
Pasukan PAPISMA Kelantan, Dr. Hasmezam (kiri).

Pos istimewa mereka yang hadir sebagai pemain dan penyokong pada
hari ini...
Dr. Arif (kanan) sedang menerima cenderahati dari Pengerusi PAPISMA
Kelantan, Dr. Hashairi.
Sebahagian pemain Kelantan sedang menikmati hidangan tengahari.
Meriahnya suasana ini...
Sedang menjamu hidangan tengahari.
Dr. Al Arifin (kiri), Dr. Hashairi dan Tengku Ahmad Damitri bersama
keluarga masing-masing sedang menikmati hidangan tengahari.

Dr. Arif sedang menguruskan makanan tengahari.

Sdr. Azreen sedang melayan anaknya.


 





4 comments:

Anonymous said...

Salam...wujudnya PAPISMA ini sbgai satu badan NGO trutamanya dlm bkgsi ksedaran pentingnya mjaga kesihatan dkalangan masyarakat awam amat dialu-alukan. Cumanya saya bharap Papisma tdak akan dlabelkan sbgai pkritik dasar-dasar@ tindakan kerajaan sbgaimana kenyataan ddalarm buletin Papisma. Walaupun kenyataan ini sbenarnya 'terang lagilah bsuluh', kerajaan kita sangat 'profesional' untuk memikirkannya wpun sejenak. Apa pun syabas, Semoga segala aktiviti dan kisah-kisah benar yg cuba dsampaikan untuk masyarakat akan mjadi tarikan dan phatian dlm skala yg lebih besar skaligus mgajak rakyat kita bfikir ksihatan yg sempurna datang dr pemimpin dan kerajaan yg sempurna. Jd dmasa akan dtg pemimpin tdk perlu bsusahpayah myusun 10 jari minta ampun kpd rakyat. Kerana kebajikan rakyat sudah indah dpandang, tmasuklah dr prospektif antarabangsa. Semoga hujung jari yg hanya kbetulan melewati kamar Papisma ini sudah dpt bkongsi sesuatu dgn pbaca. Saya harap ruangan komen ini dpt dcelahi oleh ramai pmbaca. Wassalam

papisma said...

Terima kasih atas pesanan dan ingatan. Sebagai badan NGO, kita tetap melaksanakan amar makruf nahi mungkar kerana itulah kewajipan sebagai umat beriman. Salah tetap ditegur dan benar tetap dibela. Meskipun kelihatannya pahit untuk di luah, berat untuk diluah, namun demi mencari keredhaan Allah ia mungkin terpaksa dilakukan untuk mengelak kekeliruan. Sabda Rasulullah SAW: Ballighu 'anni walau ayah..(au kama qola) "Sampaikanlah walau satu ayat."

Anonymous said...

Salam kpd semua warga PAPISMA... Pilihanraya akan mjelang sdikit masa lagi ..sbgai sbuah badan NGO apakah psiapan-psiapan yg telah dbuat untuk mhadapi pilihanraya yg mana baik dperingkat dlm negara @ luar negara sudah sedia maklum bahawa pilihanraya dMALAYSIA kali ini sangat getir , memandangkan sebahagian besar rakyat sangat-sangat dahagakan peralihan kuasa. Sudilah kiranya pihak PAPISMA dpt bkongsi modus operandi mjelang pilihanraya dgn kami dluar Ini..Wassalam.

papisma said...

Alhamdulillah... kami tidak terlibat dengan politik. Kami hanya membantu masyarakat untuk meningkatkan tahap kesedaran mereka terhadap kesihatan. Namun kami sangat mengalu-alukan agar Malaysia sentiasa berubah ke arah yang lebih baik agar generasi akan datang dapat menikmati kesejahteraan di bumi Malaysia.