Tuesday, May 22, 2012

Majlis Perpisahan Shima Dan Nazian

Biro IT

Kuala Terengganu, Ahad 20 Mei - Setiap pertemuan akan ada perpisahan. Itulah sunah kehidupan. Itu menandakan bahawa kita sebagai makhluk yang cukup lemah. Insan yang perlukan rahmat Allah setiap masa dalam meniti ranjau hidup sebelum bertemu Allah yang Maha Pencipta di alam yang kekal, akhirat.

Hari ini suasana sedih kembali menyelubungi PAPISMA Terengganu apabila tidak lama lagi akan ditinggalkan oleh orang-orang yang banyak berjasa di dalam membangunkan PAPISMA Terengganu yang boleh dikatakan bermula dari zero. Meskipun majlis sambutan kali ini dipenuhi hidangan ala arab yang cukup menyelerakan, namun suasana kesedihan barangkali sedikit sebanyak membatasi selera hadirin.

Majlis yang bermula pada pukul 6 petang itu adalah majlis perpisahan Setiausaha PAPISMA Terengganu, Dr. Norhasimah Ismail dan ahli PAPISMA Terengganu yang aktif, Dr. Nazian Yaacob kerana menyambung pelajaran ke peringkat master. Kedua-duanya akan melanjutkan pelajaran di bidang Perbidanan Dan Sakit Puan (Obstetric and Gynaecology). Dr. Norhasimah akan ditukarkan ke Kuantan manakala Dr. Nazian akan kembali bertugas di USM Kubang Kerian.

Dr. Norhasimah Ismail merupakan tokoh persatuan yang baru muncul. Bermula dari keaktifannya mengikuti setiap program PAPISMA Terengganu bermula pada tahun 2008. Beliau kemudian dilantik menganggotai AJK Biro Khidmat Kesihatan dan merupakan salah seorang yang memberikan idea sehingga tertubuhnya SMART PAPISMA di bawah Dr. Ahmad Faizal Shamsuddin yang juga sedang menyambung pengajiannya di bidang Psychiatric di Kuala Lumpur. Seterusnya dilantik sebagai Pemangku Penolong Setiausaha pada tahun 2010 dan tidak lama selepas itu menjadi Pemangku Setiausaha dan menjadi Setiausaha sehingga kini.

Dr. Nazian Yaacob pula baru bersama PAPISMA Terengganu selama kira-kira setahun. Namun selama bersama PAPISMA Terengganu, beliau jarang ketinggalan untuk bersama dalam program-program yang dianjurkan. Beliau tidak memegang apa-apa jawatan kerana kesibukannya dalam pengajian master di tahun pertama. Kini pemergiannya adalah untuk menyambung pengajian di tahun kedua.

Kami semua akan sentiasa mendoakan kalian akan berjaya dalam pelajaran dan seterusnya menjadi pakar O&G yang pastinya sentiasa dinanti-nanti oleh seluruh umat Islam untuk membantu mereka dalam masalah kesihatan yang berkaitan dengannya. InsyaAllah mereka akan kembali semula ke Terengganu apabila mempunyai peluang nanti.

Dr. Md Arif (kiri) dan Dr. Wan Mohd Razin (kanan) sedang bersedia untuk
menjamu selera.








Tak sabar ni...Dr. Mohd Ilham (kiri) dan Dr. Hazizul (dua dari kiri) serta
Dr. Ahmad Fardi (kanan) sedang menceduk Nasi Mandy.

"Terima kasih... kami dah ambik." Dr. Rusli (kiri) dan Mr. Husain (kanan)
antara tetamu yang hadir.

Tetamu muslimat yang hadir bersama anak-anak mereka.

"Nanti dulu... doa belum baca lagi ni..." Kak Han (kanan) dan Dr. Nazian di
sebelahnya sedang menanti acara dimulakan.
"Hari ni kita makan American style ye..." Dr. Arif memulakan acara sambil
hadirin menjamu selera.
"Boleh bawak balik ni!" Nampak bersemangat Dr. Wan Mohd Razin tu...
Masing-masing telah mula menjamah juadah.
"Cepat makan... Nak gharib doh ni..." Masing-masing makan dengan penuh
konsentrasi.
"Dah sehari tahan lapar ni...Makan ikan sajapun ok..." Dr. Tuan Mohd Fairuz
sedang menjamu selera.
"Kami dah kenyang... pingganpun dah kosong..." Dr. Roslan (kiri) bersama
Mr. Hisyam, mantan Pengerusi Papisma Kelantan. Kira wakil Kelantanlah
ni kot...
"Meskipun sedih, tapi saya gembira dan terharu dengan layanan PAPISMA
Terengganu sehingga saat ini..." Dr. Nazian menyampaikan ucapan rasmi
yang terakhir kali ini sebelum pergi meneruskan agenda kerjayanya.
"Terimalah sekadarnya sebagai kenangan..." Dr. Tuan Norizan
menyampaikan cenderahati mewakili PAPISMA Terengganu.
"InsyaAllah saya akan kembali lagi ke Terengganu..." Bersemangat
Dr. Norhasimah menyampaikan ucapannya sebagai perangsang
kepada pimpinan PAPISMA Terengganu bagi meneruskan perjuangan.

"InsyaAllah Shiem akan berjaya dan segera kembali semula ye..." Kak Han
menyampaikan cenderahati mewakili PAPISMA Terengganu.

Alhamdulillah majlis telah berjaya disempurnakan kira-kira pada pukul 7.00 malam. Mudah-mudahan pertemuan dan perpisahan kerana Allah itu akan menjadi saksi sebagai amal soleh mereka yang telah menghadirkan diri. Itulah keindahan Islam. Dalam ceria ada ganjaran. Dalam kerja ada ganjaran. Apatah lagi dalam perjuangan untuk menegakkan agama-Nya secara langsung... Kurniakan kepada kami semua kejayaan dunia dan akhirat ya Allah...

Saturday, May 12, 2012

PAPISMA terengganu Berbakti Kepada Masyarakat Kampung

Biro IT

 Kuala Terengganu, 11 Mei, Jumaat - Seramai 9 orang ahli PAPISMA Terengganu telah memberikan khidmat masyarakat dalam program yang dikendalikan oleh SMART PAPISMA. Program hari ini telah dilakukan di Kg. Teluk Menara, Manir yang terletak di tepi Sungai Terengganu, kira-kira 8 km dari sini.

Program yang dimulakan kira-kira pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.15 tengahari itu telah dikunjungi oleh seramai 78 orang penduduk setempat. Selain itu pihak PAPISMA Terengganu juga telah menziarahi 27 buah rumah pesakit yang tua dan uzur dalam usaha meringankan bebanan mereka dan memberikan khidmat nasihat dan pemeriksaan percuma kepada mereka. Selain itu, ceramah Kesedaran Kesihatan (2K) telah disampaikan oleh seorang Pakar Perubatan yang juga Timbalan Pengerusi PAPISMA Terengganu, Dr. Wan Mohd Razin b. Wan Hasan.

Sepanduk Kempen Kesedaran Kesihatan PAPISMA yang digantung di
simpang empat Pasar Manir jelas kelihatan.


Seawal 8.45 pagi pemeriksaan telah dimulakan. Kelihatan Dr. Ilham sedang
memberikan nasihat kepada seorang pengunjung.



"Kakak kena ambik ubat dah ni. Kalau tak mungkin akan membahayakan
kesihatan.." Mungkin itu yang sedang diucapkan oleh Dr. Nor Haizi.

Bahagian pendaftaran begitu sibuk mendaftarkan pengunjung yang ingin
mendapatkan rawatan.

"Kita tengok pulak tahap gula kakak ye.." Dr. Fadhilah yang belum pernah
missed dalam program 2K sedang memeriksa seorang pengunjung.

Dr. karimah, Pakar Sakit Puan juga begitu komited dengan program ini.
Al-Fadhil Ust. Hilmi sedang menyampaikan tazkirah bagi mengingatkan
pengunjung bahawa kesihatan adalah nikmat terbesar tubuh yang perlu
dijaga. Menjaga kesihatan juga adalah ibadah.
Dr. Wan Mohd Razin sedang bersedia untuk menyampaikan ceramah 2K.

"Ini ubat cacing ye makcik, bukan ubat demam..." Dr. Zaihan (Kak Ummi)
begitu sibuk sekali hari ini sambil ditemani dua orang anaknya yang setia.

Serius. Dr. Md Arif sedang membincangkan sesuatu dengan wakil penduduk
tentang program Lawatan Bakti yang akan dilakukan sebentar lagi.
Alhamdulillah, berkat kesungguhan semua yang terlibat, program hari ini telah berjaya dilaksanakan. InsyaAllah tiada sedikit kerugian bagi mereka yang telah meluangkan masa bagi menjayakannya. Masa yang diluangkan hari ini merupakan masa yang sangat berharga di sisi Allah sebagai bukti kesyukuran kita yang dikurniakan nikmat sihat dan nikmat ilmu, lantas kita menggunakannya untuk berbakti dijalannya.

Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda;
“Barangsiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah Taala, maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkah mu dan ambillah tempat tinggalmu di dalam syurga.” (HR At-Tirmizi)

Dari Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda :
" Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin, suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat."
(HR Muslim)


Wednesday, May 9, 2012

PAPISMA Terengganu Di Kelab Fajar

(Biro IT)
Kuala Terengganu 4 April 2012, Jumaat - PAPISMA Terengganu meneruskan khidmat amal bakti melalui Kempen 2K (Kesedaran Kesihatan) yang dikendalikan oleh SMART PAPISMA di Kelab Fajar, kira-kira 2 km dari Pusat Bandaraya.

Kali ini 11 orang pegawai perubatan PAPISMA Terengganu telah menyinsing lengan memberikan khidmat termasuk beberapa orang Pakar Perubatan.

Seramai 80 orang pesakit yang berdaftar telah menerima rawatan dan pemeriksaan serta turut sama mendengar ceramah kesihatan yang bertajuk "Sayangi Jantung Anda". Selain itu sebanyak 33 buah rumah pesakit dan kurang upaya telah berjaya di lawati dengan seramai 43 orang penghuninya telah menerima rawatan dan pemeriksaan percuma.

Banner SMART PAPISMA yang ceria menyambut tetamu.

Dr. Md Arif Ibrahim, Pengerusi PAPISMA Terengganu sedang
mengumumkan sesuatu.

Dr. Suhazeli Abdullah, mantan Presiden PAPISMA Pusat juga turut
serta memberikan khidmat.
Kak Ummi yang setia bersama ubat-ubatannya bertugas sebagai pegawai
farmasi. Dr. Nor Haizi (kiri) turut sama membantu.
Dr. Tuan Norizan sedang memeriksa seorang pengunjung.
Dr. Nurul Huda (tudung gelap) juga turut serta.
"Kejap Mok Ku ye... kita tengok gula dalam darah pulak." Dr. Fadhilah
sedang melakukan ujian saringan gula.
"Pakcik ni ada COAD ni." Mungkin itu yang sedang difikirkan oleh
Dr. Wan Mohd Razin yang sedang memeriksa pesakitnya.
"Sikit je darah makcik naik. Tapi makcik kena pantang lah..." Kak Long
sedang menasihati pesakitnya.
"Dalam hidup ni, pasti ada yang kita sayangi. Jadi antara yang kita perlu
sayangi dalam tubuh kita ialah jantung." Kedengaran Dr. Azlin
Amat sedang menyampaikan ceramahnya.
Alhamdulillah, program kali ini telah berjaya mencapai sasarannya. Kira-kira pukul 12.15 tengahari semua petugas telah dijamu selera oleh tuan rumah. Mudah-mudahan usaha yang tidak seberapa ini akan diganjari Allah dengan ganjaran yang sebaik-baiknya di akhirat kelak.