Saturday, March 17, 2012

Mesyuarat Agung PAPISMA Terengganu

(Biro IT)

PAPISMA Terengganu telah berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Pemilihan Dwi-Tahunan Ke-2 pada 1 Mac 2012 yang lalu di Pusat Bimbingan Insan, Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Mesyuarat agung yang dihadiri sebahagian ahli dan ahli jawatankuasa itu bermula pada pukul 9 pagi dengan dirasmikan oleh ADUN kawasan itu iaitu YB Dato' Tengku Hassan b. Tengku Omar dan berakhir kira-kira pukul 12 tengahari.

Khusyuk. Ahli-ahli PAPISMA begitu asyik mendengar dan menghayati pandangan dan nasihat perasmi yang juga meupakan aktivis masyarakat yang sentiasa dekat di hati-hati mereka.

Dr. Md Arif Ibrahim, Pengerusi PAPISMA Terengganu sedang menyampaikan cenderahati kepada perasmi sebelum mengakhiri Majlis Perasmian tersebut.

Selesai majlis perasmian, para hadirin semua telah dijamu dengan Nasi Ayam terkenal di kawasan ini.

Sekejap lagi kita makan ye! Dr. Tuan Norizan (kiri) dan Dr. Nor Haizi sedang membuat persiapan sambil mendengar ucapan perasmian.

Sebaik sahaja selesai menjamu selera, mesyuarat agung dimulakan dengan dipengerusikan oleh oleh Pengerusi Tetap iaitu Dr. Roslan Yusof. Kehadiran yang tidak ramai tidak merencatkan perbahasan yang terus rancak di mana para pimpinan terpaksa menjawab berbagai-bagai persoalan dari ahli-ahli yang hadir. Malah terdapat juga persoalan yang terpaksa dibawa balik untuk dijawab pada masa yang lain.

Barisan pimpinan tertinggi PAPISMA Terengganu sesi lepas. Dua dari kiri Dr. Norhasimah Ismail (Setiausaha), Dr. Hazizul Helmy Hamad (Bendahari), Dr. Md Arif Ibrahim (Pengerusi) dan Dr. Wan Mohd Razin Wan Hasan (Timbalan). Manakala kiri sekali ialah Pengerusi Tetap, Dr. Roslan Yusof.

Undian sedang dikira oleh wakil-wakil SPR.

Akhirnya setelah bermesyuarat kira-kira sejam setengah, maka terbentuklah saf kepimpinan baru yang sebahagiannya merupakan kepimpinan lama yang dipilih semula kerana kecemerlangan tugas mereka.

Marilah kita berdoa agar PAPISMA Terengganu terus cemerlang dalam berdepan dengan cabaran yang semakin rumit dalam melaksanakan misi Memasyarakatkan Mesihatan dan Menyihatkan Masyarakat melalui penekanan Islam adalah sumber kesejahteraan kepada semua. Kembali kepada Islam nescaya semua akan selamat.