.

.

PAPAN KENYATAAN


  • PROGRAM-PROGRAM PAPISMA TERENGGANU AKAN DIMAKLUMKAN DI SINI

    1. PAPISMA Terengganu akan menghantar seramai 8 orang wakil ke AGM PAPISMA Malaysia pada 14/7/2017 (Sabtu).

    2. Trip ke Kenyir akan diadakan pada: 20-21 Julai 2018 (Jumaat - Sabtu)
    Hubungi: Sdr. Johari (019-9859593)
  • Monday, October 29, 2012

    PAPISMA Terengganu Menyambut Ahli Baru

    (Biro IT)

    23 Okt. 2012, Kuala Terengganu - PAPISMA Terengganu berjaya mengadakan sambutan ahli-ahli baru yang baru mendaftarkan diri di Hospital Sultanah Nur Zahirah, hari ini yang diadakan di Dewan Mesyuarat Klinik Ummi, Cabang Tiga Kuala Terengganu.

    Program yang dilaksanakan dalam suasana santai dan mahabbah ini dimulakan dengan sesi taaruf. Seterusnya taklimat aktiviti yang disampaikan oleh Pengerusi PAPISMA Terengganu sendiri dan akhirnya sesi soal-jawab.

    Sedikit cenderahati telah disampaikan oleh Setiausaha PAPISMA Terengganu sebagai penghargaan kepada adik-adik dan sebelum bersurai, mereka menjamu selera dengan sedikit jamuan yang disediakan.

    Dr. Md Arif Ibrahim (kanan), Pengerusi PAPISMA Terengganu sedang
    berucap memulakan majlis.


    Kelihatan  dua orang ahli baru yang sempat hadir iaitu dari kiri
    Dr. Sobri dan Dr. Mohd Hilmi. Manakala Mr. Husain sedang khusyuk
    mencatatkan sesuatu di handphone-nya.

    Di barisan belakang juga kelihatan ahli-ahli muslimat yang hadir dari kiri
    Dr. Amirah (baru), Dr. Fatin Hazirah (baru) kelihatan turut serta serta Dr. Fadhilah
    Abd. Halim, Setiausaha PAPISMA Terengganu, Dr. Zaihan Salleh (Kak Han),
    dan Dr. Tuan Norizan (duduk).
    Barisan hadapan sebelah kiri kelihatan Dr. Wan Mohd Ashraf, Dr. Tengku
    Abd Kadir (berkopiah) dan Dr. Faizal (baru).

    Kelihatan Dari kanan Dr. Wan Mohd Razin, Timbalan Pemgerusi PAPISMA
    Terengganu dan Dr. Tuan Mohd Fairuz, Pengerusi Kedai Buku Amalmedik,
    Malaysia.

    Tetap hadir... meskipun terpaksa membawa anak kecil, Dr. Tuan Norizan dan
    Dr. Wan Mohd Razin tetap hadir bagi meraikan adik-adik PAPISMA.

    Dr. Wan Mohd Razin sedang memperrkenalkan diri dalam sesi taaruf.
    Mudah-mudahan pertemuan pertama ini akan disusuli oleh pertemuan-pertemuan berikutnya dengan lebih mesra kerana masing-masing telahpun kenal-mengenali atnara satu sama lain. PAPISMA Terengganu mengharapkan adik-adik ini akan menjadi tenaga kepada pelbagai aktiviti yang dianjurkan dan seterusnya akan menjadi pelapis kepada kepimpinan PAPISMA akan datang.

    Program ini diakhiri dengan kaffaratul majlis pada kira-kira pukul 11.15 malam.

    Sunday, October 21, 2012

    SMART PAPISMA DI PENGKALAN BERANGAN

    (Biro IT)

    12 Oktober 2012, Pengkalan Berangan, Marang - Pasukan SMART PAPISMA berjaya mengadakan program Kempen 2k di Kg. Bukit Parit di sini kira-kira 30 km dari Bandaraya Kuala Terengganu. Seramai lima orang petugas PAPISMA Terengganu telah bertungkus lumus menjayakannya demi khidmat kepada masyarakat untuk memberikan kesedaran kepada mereka.

    Seramai lebih dari 90 orang penduduk telah mendapatkan khidmat kaunseling, pemeriksaan kesihatan dan ubat-ubatan percuma yang dibekalkan oleh PAPISMA Terengganu.

    Ceramah 2K telah disampaikan oleh Mr. Husain Mohamad, Pakar Bedah Hospital Sultanah Nur Zahirah.

    Program telah berakhir kira-kira pukul 11.30 pagi.

    Mr. Husain sedang menyampaikan ceramah 2K yang
    bertajuk Kanser Payudara.

    Sebahagian dari pengunjung sedang menumpukan
    perhatian kepada ceramah 2K yang disampaikan.

    Kelihatan sebahagian pengunjung yang hadir.

    Kaum wanita yang memenuhi khemah cukup
    bersemangat dan memberi tumpuan.

    Kelihatan MA Johari (suami Dr. Fadhilah) turut hadir
    bagi membantu pasukan SMART PAPISMA kali ini.

    Dr. Ramzi (t-shirt putih berkacamata - KK Ajil) juga turut
    bersama kali ini.

    Dr. Nor Haizi (tudung biru di hujung sana) yang sentiasa
    bersama bersama beg-beg ubatnya sebagai pharmacy doctor.

    Kaunter pendaftaran yang terus dikunjungi...

    "Saya nak tanya risiko bedah tulang belakang doktor..."
    Seorang pengunjung sedang bertanya dalam sesi
    soal-jawab.
    Mudah-mudahan program yang julung-julung kali diadakan di kawasan ini akan memberikan sedikit kesedaran betapa perlunya menjaga kesihatan kerana dengan sikap proaktif mereka dari sekarang, bukan sahaja mereka akan dapat menjimatkan kos sara hidup pada masa akan datang, malah kerajaan juga dapat menjimatkan perbelanjaannya. Dengan penjagaan kesihatan dan amalan kesihatan yang betul mereka akan dapat menikmati kehidupan dengan lebih optimun dan meningkatkan ibadat kepada Allah SWT.

    Sunday, October 7, 2012

    LIQA' PAPISMA TERENGGANU DI MANIR

    Biro IT

    Alhamdulillah... Liqa' Bulanan PAPISMA berjaya diadakan pada 4 Oktober 2012 bersamaan 18 Zulkaedah 1433H setelah kali terakhir diadakan sebelum bulan Ramadhan 1433H, kira-kira 2 bulan yang lalu. Kali ini ia diadakan di Manir iaitu tempat kediaman Dr. Roslan / Dr. Zaihan.

    Kehadiran seramai 14 orang termasuk tuan rumah dan dua orang ahli baru yang bertugas di Jabatan Ophthalmology HSNZ, Kuala Terengganu. Seperti biasa, naqib pada malam itu adalah Al-Fadhil Ust. Ismail Dagang yang membentangkan buku teks usrah yang baru iaitu Fiqh Awlawiyat karangan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi.

    Dr. Md Arif Ibrahim, Pengerusi PAPISMA Terengganu sedang
    membuat beberapa makluman sementara menunggu kehadiran
    naqib. Kelihatan Dr. Wan Mohd Razin dan dua orang anak
    Dr. Roslan yang sedang bercuti dari pengajiannya di Cairo.

    Al-Fadhil Ust. Ismail Dagang sedang menyampaikan
    pembentangan buku teks usrah.

    Kelihatan Mr. Husin, Dr. Ahmad Fadhlil (kiri) dan sebahagian
    muslimat (belakang) yang turut serta.

    Khusyuk... Dari kiri: Dr. Mohd Hazwani Firdaus dan Dr. Mohd Ilham
    turut hadir.
    Dari kiri: Dr. Ahmad Fardi, Dr. Hazizul Helmy dan Dr. Wan Mohd
    Asyraf sedang memberikan tumpuan.

    Bulan hadapan, liqa' akan diteruskan lagi di tempat yang akan ditentukan semula dengan sambungan tajuk yang sedang hangat diperbincangkan itu, insyaAllah.