Saturday, September 15, 2012

SMART PAPISMA KEMBALI - PROGRAM DI BUKIT PAYONG BERJAYA

Biro IT

Bukit Payong, Jumaat 24 Sep. 2012 - PAPISMA Terengganu melalui SMART PAPISMA telah berjaya mengadakan kempen 2K di Kg. Binjai Bongkok di sini setelah berhenti rehat kerana menyambut Ramadhan sebulan yang lalu. Program kali ini telah diadakan di perkarangan Masjid Kg. Binjai Bongkok dengan dihadiri lebih 120 orang pengunjung yang ingin mendapatkan khidmat kaunseling, pemeriksaan saringan darah tinggi dan gula serta rawatan kesihatan percuma.

Ceramah 2K telah disampaikan oleh Mr. Husain Mohamad, Pakar Bedah Payudara HSNZ dengan tajuk, Kanser Payudara.

Seramai 7 orang petugas SMART PAPISMA telah menyumbangkan tenaga pada program yang bermula seawal 8.30 pagi sehingga 1.45 pagi itu.

Selesai program semua petugas telah dijamu dengan hidangan tengahari.

Kelihatan semua petugas SMART PAPISMA sedang bertugas.
Dr. Md Arif sedang mempengerusikan majlis.




Wakil penduduk kampung sedang menyampaikan kata-kata aluan.




Mr. Husain sedang menyampaikan ceramah kesedaran kesihatan.
Bahagian pendaftaran terus diserbu penduduk.
As-Sifa' juga turut menyumbangkan bakti khidmatnya.
Dua meja pendaftaran dibuka bagi melancarkan program.
Kelihatan Dr. Nor Haizi sedang melayan penduduk. Beliau bertugas di bahagian
ubat.
Dr. Md Arif sedang memeriksa seorang penduduk.
Dr. Tuan Mohd Fairuz sedang memberikan kaunseling kepada seorang pesakit.
"Makcik ni kena mula makan ubat ni..."Dr. Hazizul Helmy sedang mencatatkan
hasil pemeriksaannya.
Dr. Zaihan (Kak Han) - tudung hijau dan Dr. Fadhilah - tudung biru sedang sibuk
memeriksa pesakit.

Alhamdulillah, program SMART PAPISMA kali ini telah berjaya mencapai sasaran dan objektifnya. Mudah-mudahan sedikit sumbangan yang dihulurkan oleh ahli-ahli PAPISMA Terengganu ini akan memberikan manfaat untuk para penduduk kampung ini dalam usaha meningkatkan tahap kesedaran kesihatan mereka.

2 comments:

PAPISMA Johor said...

tahniah papisma terengganu. khidmat utk masyarakat

PAPISMA Johor said...

tahniah papisma terengganu. khidmat utk masyarakat