Saturday, September 29, 2012

SMART BERKHIDMAT DI PEDALAMAN MANIR

Biro IT

28 Sept. 2012 , Jumaat - PAPISMA Terengganu melalui SMART PAPISMA telah berjaya menganjurkan Program 2K dengan kerjasama AJK Surau Padang Tengir, Manir,. Kuala Terengganu , kira-kira 15 km dari Bandaraya Kuala Terengganu.

Program yang bermula pada pukul 8.30 pagi itu telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari penduduk kampung. Seramai 9 orang petugas SMART PAPISMA telah meringankan tulang menabur khidmat bakti pada hari yang mulia penghulu segala hari itu.

Seramai 104 orang telah didaftarkan untuk menerima rawatan termasuk lawatan ke rumah seorang yang uzur kerana penyakit kencing manis dan stroke.

Kali ini ceramah 2K telah disampaikan oleh Pengerusi PAPISMA Terengganu sendiri iaitu Dr. Md Arif Ibrahim yang bertajuk Gejala Sosial.

Sebaik tamat program pada pukul 11.35 pagi semua petugas telah dijamu nasi minyak gulai kawah istimewa Kg. Padang Tengir.

Sebelum program... Dr. Md Arif (kiri) dan Dr. Mohd Ilham sibuk
meninjau persiapan yang disediakan.
Lama tak posing... Kak Han di hadapan baner Kempen 2K
SMART PAPISMA yang baru.
Dr. Md Arif sedang memberi taklimat sebelum program bermula.

Sebaik kaunter dibuka pendaftaran terus dilakukan.

Dr. Md Arif dan Dr. Wan Mohd Razin yang sinonim dengan
Program 2K sedang berbincang tentang persiapan ceramah.

Dua orang serikandi PAPISMA Terengganu yang jarang terlepas
baktinya untuk masyarakat... Kak Han (depan) dan Kak Zi.

"Apa khabar pakcik?" Mungkin itulah sapaan Dr. Ilham kepada
seorang penduduk yang akan diperiksanya.

"Adik ni sihat... InsyaAllah belajar rajin-rajin ye..." Sambil merawat
sambil menasihat. Ituah kelebihan seorang doktor.

"Kejap makcik ye. saya ambik sekali lagi." Dr. Fadzilah, Setiausaha
PAPISMA Terengganu sedang memeriksa pesakitnya.

Serius... Mr. Husin sedang memeriksa seorang pesakit.

MA Mohd Johari, suami Dr. Fadhillah turut bersama buat kali pertama.

Dr. Wan Mohd Razin bertindak sebagai Pengerusi Majlis.

Alhamdulillah, akhirnya Program 2K berjaya juga dilakukan di kampung ini hasil dari usaha dan kerjasama semua. Bagi pihak penganjur, PAPISMA Terengganu mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan kesyukuran atas kejayaan perjalanan program ini. Apa yang penting ialah objektif untuk memberi kesedaran kesihatan kepada penduduk berjaya dilaksanakan.


No comments: