.

PAPAN KENYATAAN



  • PROGRAM-PROGRAM PAPISMA TERENGGANU AKAN DIMAKLUMKAN TAK LAMA LAGI




    Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda;
    “Barangsiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah Taala, maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkah mu dan ambillah tempat tinggalmu di dalam syurga.” (HR At-Tirmizi)

    Dari Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda :
    " Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin, suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat."(HR Muslim)

  • JUALAN BUKU


    Hubungi
    Dr. Zaihan Salleh (012-9850123)


  • Hubungi
    Dr. Khatijah Musa (019-9222057)

Sunday, April 8, 2012

PAPISMA Terengganu Menyantuni Masyarakat Cina

(Biro IT)

Kuala Terengganu, Jumaat 6 Apr 2012 - Meskipun dalam keadaan hujan yang turun sangat lebat, namun 9 orang petugas SMART PAPISMA telah berkhidmat dengan gigih memberikan khidmat pemeriksaan dan rawatan kesihatan percuma di Kg. Cina dan Jalan Banggol, yang berada di tengah-tengah Bandaraya Kuala Terengganu.

Poster SMART yang megah terpampang.

Ia menjadi suatu kenangan yang sangat manis kerana program terpaksa dilakukan di dalam air yang mengalir deras menenggelamkan kaki para doktor yang bertugas termasuk penceramah SMART PAPISMA pagi ini iaitu Dr. Nor Higrayati. Sebahagian petugas PAPISMA pula terpaksa bermandi hujan kerana berulang-alik ke kereta untuk mengambil peralatan yang terpaksa diparkir di seberang jalan.

Di Kg. Cina pula, suasana agak kelam-kabut kerana pasar pagi yang turut berlangsung itu menyebabkan petugas di bahagian pendaftaran tidak sempat untuk mencatatkan kehadiran semua. Oleh kerana mengejar masa, para sukarelawan PAPISMA terus melakukan pemeriksaan meskipun tanpa borang pemeriksaan.

Seramai 83 orang telah mendapatkan perkhidmatan termasuk 47 orang Melayu dan 36 orang Cina manakala 17 buah rumah (Cina) berjaya dilawati oleh 4 kumpulan petugas PAPISMA. Rata-rata yang ditemui merasa cukup berpuas hati dengan program yang diadakan apatah lagi para petugas PAPISMA tidak kekok berada dalam suasana perkampungan Cina dan melakukan pemeriksaan dengan cekap meskipun meja yang digunakan berdebu dan usang serta keadaan yang becak dan bau yang kurang menyenangkan.

Program berakhir kira-kira pukul 12.20 tengahari.

Di Kg. Banggol, Para pengunjung terus sabar menanti giliran untuk menjalani pemeriksaan.

Suasana di dalam khemah semasa sesi pemeriksaan kesihatan. Kelihatan air yang sudah menggenangi tapak khemah, namun tidak dihiraukan oleh para petugas PAPISMA.

Kelihatan Dr. Hashimah (tudung merah jambu), Dr. Fadhilah (tudung ungu) dan Dr. Nor Haizi (vest hitam) terus melakukan pemeriksaan dalam suasana hujan yang mencurah.

Kak Han (tudung biru) sedang melayani seorang Tionghua yang ingin mendapatkan ubat.

Dr. Norhigrayati sempat memeriksa pesakit sebelum sesi ceramah bermula.

Dr. Nor Aisyah sedang melakukan ujian saringan gula dalam darah.

Dr. Md Arif mempengerusikan sesi Ceramah 2K SMART PAPISMA.

Dr. Norhigrayati sedang menyampaikan ceramah yang betajuk Kesihatan Mata dan Diabetes.

Suasana di Pasar Kg. Cina yang sempat dirakam pada pagi itu. Kelihatan Dr. Roslan sedang melakukan pemeriksaan bersama Dr. Md Arif.

Meskipun terpaksa bertugas dalam suasana yang kurang selesa, namun nikmat dan pengalaman yang dirasai oleh semua petugas SMART PAPISMA sukar digambarkan. Kejayaan melaksanakan khidmat pada pagi itu memberikan suntikan semangat yang berbeza di mana cubaan dan ujian yang lain itu tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan hari itu. Mudah-mudahan PAPISMA Terengganu akan terus istiqamah dalam melaksanakan tanggungjawab sosial kepada masyarakat demi melihat nikmat kesihatan itu dapat dirasai bersama.