.

PAPAN KENYATAAN



  • PROGRAM-PROGRAM PAPISMA TERENGGANU AKAN DIMAKLUMKAN TAK LAMA LAGI




    Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda;
    “Barangsiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah Taala, maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkah mu dan ambillah tempat tinggalmu di dalam syurga.” (HR At-Tirmizi)

    Dari Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda :
    " Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin, suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat."(HR Muslim)

  • JUALAN BUKU


    Hubungi
    Dr. Zaihan Salleh (012-9850123)


  • Hubungi
    Dr. Khatijah Musa (019-9222057)

Monday, August 29, 2011

Muhasabahlah Di Aidil Fitri

(PENGERUSI PAPISMA TERENGGANU)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, Selawat dan Salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, nabi akhir zaman yang membawa rahmat ke seluruh alam.

Pada penghujung bulan Ramadhan yang mulia ini, sudah tentulah telah banyak dan kerap juga kita mengengar ceramah, syarahan dan tazkirah sepanjang bulan, yang menerangkan kelebihan-kelebihan yang banyak yang dikurniakan Allah. Pendek kata bulan ini mungkin boleh kita ibaratkan seperti gedung membeli-belah yang sangat besar, yang menawarkan tawaran-tawaran yang sangat istimewa kepada pengunjung-pengunjungnya, maka sebagai pengunjung yang cerdik sudah tentulah kita akan menggunakan peluang keemasan ini untuk merebut sebanyak mungkin tawaran yang telah ditawarkan.

Saya sekali lagi mahu mengingatkan sahabat-sahabat sekalian akan hadith yang masyhur yang selalu diperkatakan: “Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan pengakhirannya adalah pelepasan dari api neraka”. Bahkan hadith juga menyebut bahawa dibulan ini para syaitan dirantai dan pintu kebaikan dibuka seluas-luasnya. Ringkasnya, jika diibaratkan sebagai laluan atau jalan, ianya seumpama suatu lebuhraya besar yang jalannya lurus tanpa ada gangguan dan sekatan yang akan membantutkan perjalanan ke destinasi yang hendak dituju. Maka dalam bulan ini, destinasi yang hendak dituju cukup jelas, iaitu TAKWA.

Marilah kita sama-sama melakukan muhasabah diri di akhir Ramadhan, sejauh manakah penghayatan kita pada peluang yang telah dijanjikan Allah ini. Adakah kita merasakan yang sudah cukup mujahadah kita di bulan yang para syaitan dirantai, untuk lebih giat beramal ibadah kepadaNya? Ataupun kita tidak merasa apa-apa perbezaan…maka sebenarnya apakah ada halangan lain yang membantutkan usaha untuk mencapai takwa itu. Ya…sebenarnya halangan terbesar adalah diri kita sendiri, yang masih dibelenggu oleh nafsu ammarah yang sentiasa menyediakan laluan mudah kearah kejahatan…

Maka kita seharusnya sentiasa memohon ampun daripadaNya diatas kelalaian diri yang sentiasa alpa sehingga terlalai dan lupa diri. Oleh yang demikian, kita juga mestilah sentiasa mengharapkan rahmat dari Allah, yang rahmatNya meliputi langit dan bumi, dari timur hingga ke barat, rahmatNya tidak terkira luasnya. Marilah kita sama-sama berdoa mudah-mudahan kita diberi peluang seterusnya untuk bertemu dengan Ramadhan yang akan datang dengan tekad untuk membaiki segala kelemahan yang berlaku. Apa yang jelas, harapan kita agar mujahadah sepanjang bulan yang mulia ini akan lebih melonjakkan semangat kita untuk terus melaksanakan misi dakwah melalui PAPISMA.

Akhirnya, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian. Saya juga bersama keluarga ingin memohon berbanyak kemaafan di atas apa saja kelemahan, kealpaan, serta kesalahan yang telah kami lakukan samada secara sengaja atau tidak, secara terang atau tersembunyi. Saya juga tidak sabar untuk menunggu perjumpaan seterusnya yang diadakan sempena hari raya ini..Insya Allah.

Thursday, August 25, 2011

SELAMAT PULANG WIRA KAMI DARI PALESTIN

(Presiden PAPISMA)

Assalamualaikum Wbt
Sahabat-sahabiah sekalian,

Tidak ada yang lebih menggembirakan kita pada hari ini selain menyambut ketibaan wira Palestin PAPISMA, Dr. Syed Abdul Khaliq b. Syed Abd Hamid. Sudah tentu kepulangan beliau juga sangat menggembirakan ahli keluarganya. Marilah kita pada hari ini mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah SWT di atas nikmat kurnia-Nya yang telah memberikan keselamatan dan kesihatan kepada beliau serta rombongan MAPIM dalam Misi Bantuan Gaza Kali ke-2 (Radig 2).

Kita semua berharap, segala penat lelah, pengorbanan masa dan tenaga serta keberaniannya akan diganjari oleh Allah dengan ganjaran jihad. Kita menyedari bukan suatu perkara yang mudah untuk meninggalkan keluarga dan orang yang tersayang untuk pergi ke Gaza, Palestin kerana pemergiannya belum tentu akan kembali lagi. Namun, ketaatan kepada keputusan kepimpinan PAPISMA untuk menjadi wakil kita ke sana sebagaimana yang telah ditunjukkan oleh beliau adalah satu contoh yang cukup luar biasa dan perlu diteladani. Hanya semangat, keyakinan dan kecintaan kepada ganjaran jihad dan syahid sahaja yang mampu meruntuhkan segala halangan sehingga mampu sampai ke bumi suci Palestin yang dihujani bedilan meriam dan peluru yang mampu meragut nyawa siapa saja.
Bagi mereka-mereka yang telah menaja dan membantu perjalanan beliau dalam apa sahaja bentuk bantuan, terutama kewangan, sokongan moral serta doa, mudah-mudahan semuanya akan turut sama mendapat ganjaran jihad itu. Bukankah Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Barangsiapa yang membekali seorang mujahid untuk berperang di jalan Allah maka sungguh ia telah ikut berperang, dan barangsiapa yang menjadi penanggungjawab yang baik (terhadap harta dan keluarga mujahid) maka sungguh ia telah ikut berperang" (Muttafaq 'alaih).

Hari ini saya merasakan bahawa suatu lembaran sejarah baru PAPISMA telah bermula. Kalau dahulu kita merasa negeri Palestin itu sangat jauh, kini kita merasa ianya cukup hampir dengan kita. Kalau dulu kita merasa mustahil boleh menghantar wakil untuk berbakti di Ardhul Muqaddasah itu, kini ia telah berjaya dipijak oleh wira kita. Kalau dahulu berita-berita serangan, kemusnahan dan kematian itu hanya melalui pihak-pihak ketiga, namun kini kita mendapat berita secara langsung dari sahabat kita sendiri melalui sms, email dan facebook. Kalau dahulu denyut nadi rakyat Palestin hanya kita rasai melalui berita di radio, TV dan akhbar, tetapi sepanjang minggu ini, kita merasai denyut itu di dalam nadi kita, kita merasai getaran perasaan itu di dalam sanubari kita dan setiap masa kita merasa seolah-olah berada di bumi Palestin bersama para mujahidin pilihan Allah yang sentiasa di ambang Syurga Firdaus. Subhanallah! Semuanya hasil daripada kita menghantar wakil dan wira kita ke sana.

Pada hari ini, saya menyeru seluruh ahli agar terus membantu untuk menghidupkan semangat perjuangan rakyat Palestin di bumi anbiya' itu dengan sumbangan kewangan dan doa yang berterusan. Seterusnya menjadikan teladan akan keberanian dan ketaatan wira kita yang tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan ini untuk membentuk momentum baru perjuangan kita. Kita merupakan gerakan profesional yang bersifat Islami dan nasional, sudah sampai masanya untuk kita mengubah `mindset’ kita agar berani ke depan, berani mencuba dan tidak takut akan kegagalan. Kesenangan yang kita cari seharusnya bukan kesenangan untuk diri sendiri, tetapi kesenangan untuk seluruh umat. Kebahagiaan yang kita cari seharusnya adalah kebahagiaan di Akhirat sana, iaitu dengan mengorbankan apa yang kita miliki demi membahagiakan seluruh umat. InsyaAllah, dengan semangat juang dan perubahan cara berfikir ini, tidak ada yang mampu menghalang kita untuk berjaya dalam apa jua bidang yang diceburi.

Mudah-mudahan selepas ini kita akan dapat melahirkan lebih ramai wira yang bukan sahaja sanggup berjihad ke bumi Palestin tetapi juga menjadi wira di tanahair kita sendiri dengan kejayaan-kejayaan yang menjadi kebanggaan umat dan kita semua. InsyaAllah.

Travelog Gaza - Siri 7

(Biro IT)

23 Ogos 2011

Hari ini adalah hari terakhir di bumi anbiya ini. Bumi Mesir yang disebut dalam Al-Qur'an "Ihbitu misran fainnalakum ma saaltum" (pergilah ke bumi Mesir, di sana terdapat apa yang kamu kehendakki). Bumi yang menghimpunkan sejuta sejarah yang penuh pengajaran. Dari zaman Firaun dan keagungannya, pengajaran dari Musa dan adiknya Harun. Kisah sekitar pemerintahan Salahuddin AlAyyubi dan kerajaan Mamalik, sejarah dan pengajaran dari peperangan Arab-Israel yang menonjolkan kehebatan dan keterlibatan Ulama dan tokoh Ikhwanul Muslimun dan Sheikh Al-Azhar sendiri (dulu Sheikh Al-Azhar dipilih dikalangan ulama paling hebat, kini ia adalah lantikan politik, ulama penyokong Parti Nasionalis Hizbul Watani pimpinan Hosni Mubarak) dan tidak dilupakan juga pengajaran dari Revolusi Rakyat Mesir dalam Tsauroh (Kebangkitan) Mesir awal tahun ini yang hingga kini, setiap hari Jumaat, muzohharot (demonstrasi) masih dijalankan di Dataran Tahrir (Dataran Merdeka).

3.00am - Sahur di cafe Hotel Cairo Khan, roti pita Arab, beserta hummous, cheddar cheese, cream cheese, tomato, laban (susu masam) menjadi menu sahur seperti hari2 lainnya. Orang Arab ni takde makanan lain ke?? Apa beza hari ini untuk rombongan Malaysia? Ada hamba Allah beli sekotak mi segera semalam, perasa ayam jenama Indomie.. Huhuhu rombongan Malaysia semua sekali belasah mi megi ni. Kat Malaysia x makan pun megi, kat mesir yang belasah megi..

4.00am- Subh di bilik komiti 801. Diimamkam oleh Ust Abd Khair, pengajar di Maahad Tahfiz Derang. Diikuti kuliah subuh ringkas.. X ingatla apa yg ustaz abul-khair cerita.. Kenapa ya?.. Hmmm...
Lepas subh terus cari peluang utk sambung rehat. Zzzzzz...

9.00am- bersama Ust Norazli Musa, Ust Husni Zaim dan Ust Ahmad Nazri Nawi, dibawa oleh pelajar Mesir menuju ke Rumah Pelajar Selangor di Kompleks Pelajar Malaysia, Hayyu 'Asyir (syeksyen 10). Program bicara politik anjuran Gerakan Suara Rakyat. Satu medan kepada pelajar Malaysia di Mesir untuk mendengar bicara dan diskusi politik, pentas yang dibuka pada semua, tanpa mengira fahaman dan ideologi politik, PAS, PKR, DAP atau UMNO semua boleh bersilat di sini. Nah, nak dengar doktor berbicara politik? Ambik! Hah, tak kurang hebat berbanding ustaz2 di kiri dan kananku ini. Suah tentu, isu yang dibangkitkan oleh ku adalah isu2 yang dekat dengan ku. Mula sikit dgn isu penjualan kerakyatan Malaysia, kemudian terus isu kebejatan gejala sosial muda-mudi Malaysia. "zhaharal-fasadu fil-barri wal-bahr bima kasabat aidinnas" (telah nyata kerosakan atas muka bumi dan di lautan atas sebab tangan2 manusia). Atas sebab tangan manusia yang memilih kepimpinan, tangan2 yg diberikan kuasa tidak menangani dengan baik, tidak menghidupkan agama dalam hidup masyarakat Malaysia. Mana mungkin akhlaq manusia terbina jika jiwa agama tidak disuburkan? Mana mungkin menyuburkan jiwa agama jika dalam masa yang sama jiwa hiburan yang melampau tanpa sempadan dibiar subur?

Program yang sepatutnya tamat jam 11, tamat hampir jam 12.30. Selesai program, masalah, kereta masih belum tiba. Kami solat zuhr dan asar dahulu. Bertolak keluar dari Rumah Selangor jam 12.50pm. Jem teruk bandar Kaherah. Jam 2pm masih tersangkut dalam traffic jam, hampir sejam masih berlegar di kawasan Ramses. Dapat panggilan bertalu2 dari sahabat peserta rombongan, Rosli sahaja call beberapa kali, Ust Hasbul Nizal dan Ustaz Abu Bakar (kedua2nya urusetia di kalangan student) juga menelefon. Akhirnya, terpaksa minta toking sahabat2 untuk mengangkatkan barang2 kami ke atas bas. Kami akan terus bertolak, menuju ke persimpangan berhampiran dengan Makam Anwar Sadat, menunggu bas di sana.

Bas tiba setelah hampir 45 minit menunggu. Bas juga tersangkut dalam traffic jam kota Kaherah tadi. Dalam bas, terus menuju ke Cairo Airport.

Di airport, ada lagi pelajar yang menunggu. Syafiq Hamdani dan Syafiq Makmur, dua pelajar perubatan di Mesir, menunggu kami di airport. Sempat berbincang mengenai keadaan pelajar Medic Malaysia di Mesir. Secara total, kini ada lebih kurang 5500 pelajar medic di Mesir!! Jauh melebihi total pelajar medic di tanahair Malaysia! Ada beberapa permasalahan yang diminta bantuan dan buah fikiran pimpinan PAPISMA yang akan dibawa.

6.30pm- kami berbuka di perkarangan airport bersama students.

7.15pm terus masuk check-in. Usai urusan imigresen, etc terus masuk ke perut tha'irah (kapal terbang). Flight lewat berlepas hampir 30 minit kerana ada penumpang lain yg bermasalah.

Kami tiba di Amman, Jordan hampir jam 11.30pm. Bersolat terawih diimamkan oleh Ust NorAzli Musa.

2.00am dengan penerbangan RJ180 bertolak ke KLIA dgn transit sebentar di Bangkok. Makanan di hidang hampir jam 3am. Roti saja dgn air.. Huhu..

Solat subh di atas perut kapal. Cepat sahaja masa berlalu. Tak lama masuk pula zuhr. Solat berjemaah zuhr jama' dgn asar bersama Ust Husni Zaim yang duduk di sebelah, Ust Nazri yang duduk belakang menjadi imam. Solat membelakangi kerusi, kiblat berada di belakang kami.

24 Ogos 2011

7.16pm touchdown di KLIA. berbuka dalam perut kapal terbang sebelum dibenarkan keluar. Sampai di KLIA, Dr Jamnul Azhar, Cikgu Azmi, Datuk Dr Sheikh Muszaphar, bersama Nizal Mohamad dan Arif Budiman meninggalkan kami dahulu untuk press conference. Kami yang lain (yang tak glamer ni, hehe) terus menunggu dan collect cargo baggage. Keluarga sudah menunggu di luar.

Ahhhh.... Tamat sudah perjalanan 10 hari yang penuh pengajaran. Banyak maklumat yang perlu di proses, banyak tenaga yang perlu diperah, banyak tugas yang perlu diselesaikan, banyak tenaga yang perlu digembleng.

Ya Allah, berikan kami kekuatan untuk terus tsabat dalam jalan ini. Kuatkan hati2 kami, peliharalah keluarga2 kami. Berikan bantuan kepada pejuang2 agamamu di seluruh dunia, pada para mujahidin di Palestin. Hancurkan Zionist dan Yahudi yang memusuhi hamba2Mu yang beriman, yang memusuhi agamaMu Ya Allah.

Selepas ini; Sambungan catatan terakhir dalam siri Travelog Gaza - nantikan dapatan dan pengajaran serta catatan akhir..

Monday, August 22, 2011

Travelog Gaza - Siri 6

(Biro IT)

Hari ini adalah hari safar lil-bina', perjalanan untuk pembinaan. Sungguh, berangkatnya saya ke bumi anbiya' adalah atas dasar perjuangan dan jihad. Gaza, palestin adalah tempat tujuan, berbakti pada ikhwah filistiniyyuun adalah tujuan, berjumpa dan bekerja untuk pembinaan pelajar2 kita adalah matlamat, melahirkan pelajar perubatan yang merealisasikan jihad kesihatan, yang faham tentang fikah perubatan, yang cakna ibadah, itulah matlamat. Tiada masa untuk firaun, tiada masa untuk beli belah di Khan Khalili.

Hari bermula awal pagi. Selepas solat subh bersolat ghaib untuk Allahyarham Azizi Abdullah.

Sebahagian besar dari rombongan bertolak bersama urusetia pelajar, pergi jaulah, ziarah ke tempat2 bersejarah di Mesir. Mereka pergi ke Giza melihat peninggalan sejarah Firaun. Pergi ke kota Salahuddin Al Ayyubi melihat peninggalan kegemilangan kerajaan Mamalik. Kemudian singgah shopping di Khan Khalili.

Ana? Maaf, aku tiada masa untukmu Firaun. Aku datang untuk kerja jihad, bukan jaulah. PAPISMA menghantar aku ke Palestin untuk amal Islami, bukan sightseeing.

Sepanjang pagi hingga tengahari, bersama Ustaz Husni Zaim, bersama dengan para pelajar di Tanta. Berbicara berkaitan dengan perjuangan. Bidang kesihatan sbg medan jihad dan da'wah.

Lewat petang pulang ke Kaherah. Terus ke Rumah Pelajar Malaysia Perak. Berbuka makan nasi ayam. Perghh.. Dah lama x rasa masakan Malaysia. Jayyid jiddan.

Selepas maghrib, bersama dgn Dr Jamnul Azhar, beramah mesra dgn pelajar2 Perak. Mengingatkan pelajar akan betapa hebatnya warga Gaza dlm jihad mereka dan besar tanggubgjawab yg mereka pegang dalam membela Al Aqsa.

Selepas Isya' sebahagian delegasi kami dipanggil ke Rumah Pelajar Kelantan. Berterawih bersama pelajar. Selepas terawih, memberi tawjihat sekali lagi, kali ini digandingkan dengan Ust Norazli Musa dan Hj Abd Shakur.

Sementara itu di rumah Perak, pelajar bersama sesi beramah mesra dan motivasi bersama angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor.

Program kami di Rumah Kelantan habis lebih kurang 11.45pm. Lps minum ringan dgn penganjur, berangkat pulang.

Ek.. Sebelum pulang, kami singgah pula di Restoran AlBukhari di Hayyu Sabi'. Sahur dengan Nasi Mandi..

Sampai bilik hotel hampir jam 2 pagi.. Tinggal kurang dua jam untuk subuh...

Salam Akhir Ramadhan: Hidupkan Perjuangan, Muhasabah Diri Mendekatkan Kejayaan

(Biro IT)

Dipetik dari KPP:16

Salam akhir Ramadhan kepada sidang PAPISMA yang dihormati,
Sedar tak sedar kita telah berada di penghujung Ramadhan 1432H. Rasanya seperti baru sebulan kita meninggalkan Ramadhan yang lalu, kini Ramadhan hampir meninggalkan kita lagi. Sayunya hati, pilunya kalbu dan menyesalnya akan diri yang mensesiakan masa pada Ramadhan kali ini tidak dapat digantikan dengan apa juapun, melainkan rahmat dan keampunan Allah yang kita harapkan. Marilah kita pertingkatkan amalan dan terus berusaha mencari malam yang lebih baik dari seribu bulan yang dijanjikan Allah, Lailatulqadar.

Sebelum itu izinkan saya mengimbas kembali seruan saya pada Syawal tahun lalu iaitu melalui KPP-6 (Kolum Presiden Ke-6) yang masih jelas di ingatan saya. Apakah seruan itu tidak bersambut dan tidak dipedulikan? Tepuk dada tanyalah iman. Saya melihat hanya koperasi sahaja yang bertungkus-lumus merealisasikan kutipan dananya meskipun ahli-ahli PAPISMA terus membiarkan mereka (AJK Koperasi) sepi seolah-olah kita semua tidak ada kena-mengena dengannya. Keahlian Koperasi pun hanya beberapa orang saja bertambah! Seruan saya berhubung Hospital Islam dan pengorbanan juga masih terbiar sepi tanpa jawapan...

AQIDAH ADALAH ASAS KOMITMEN

Saya merasakan bahawa ahli-ahli PAPISMA semua masih belum memberikan komitmen yang sebenarnya. Tanpa komitmen, apalah ada pada matlamat yang ingin kita capai. Saya yakin ahli-ahli PAPISMA mampu memberikan momentum yang besar kerana kita semua adalah orang-orang yang faham erti perjuangan dan pengorbanan dalam Islam. Sebagai individu yang beriman, matlamat utama yang ingin kita capai ialah syurga Allah yang maha nikmat dan indah, untuk kehidupan kita selama-lamanya. Tidak ada orang yang percaya akan perkara ini kecuali orang yang beriman seperti kita. Ya, itulah asas komitmen. Iaitu aqidah kita kepada janji-janji Allah. Syurga adalah benar dan neraka adalah benar. Bukankah salah satu amalan yang tidak akan putus pahalanya sehingga hari kiamat ialah amal jariah? (Maksud hadis). Oleh itu, apa lagi yang kita tunggu?

Selama lebih setahun saya menerajui PAPISMA, Alhamdulillah telah banyak perkara yang kita lakukan. Berbagai perkara yang kita telah rancangkan dan kita laksanakan. Banyak yang berjaya meskipun masih ada lagi yang masih belum berjaya. Namun kita pasti akan meneruskan perjuangan ini dengan segala kemampuan yang kita ada. Persoalannya, adakah kita berpuas hati dengan sumbangan kita terhadap PAPISMA? Sesungguhnya Allah SWT tidak bertanya kenapa kamu tidak berjaya tetapi Allah bertanya apakah kamu telah berusaha melakukannya? Jika kita melihat kejayaan PAPISMA, tanyakan diri kita di manakah aku? Begitu juga apabila kita melihat kegagalan PAPISMA, tanyakan diri kita di manakah aku? Apakah aku terlibat dengan kejayaan PAPISMA itu atau sebaliknya? Apakah aku akan terlepas dari persoalan Allah di akhirat nanti sebagai ahli yang telah melaksanakan amanah dan janji? Firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang-orang yang beriman! Sempurnakanlah janji-janjimu". (Al-Maidah: 1)

KOMITMEN ADALAH AMANAH

Saya suka mengingatkan kepada diri saya dan sahabat sidang PAPISMA sekalian. Sesungguhnya kita semua akan ditanya akan amanah dan janji kita di akhirat nanti. Oleh itu marilah kita ungkap kembali apakah amanah dan janji kita kepada PAPISMA. Pertama ialah membayar yuran sama ada sekaligus ataupun setiap tahun. Masih adakah yang gagal pada peringkat ini? Kedua taat akan arahan kepimpinan. Di sini kita semua perlu mempersoalkan diri kita tentangnya. Setakat manakah aku melaksanakan arahan kepimpinan? Setakat manakah aku mengorbankan masa dan tenagaku dalam melakukan aktiviti sebagaimana yang diputuskan? Setakat manakah aku melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan kepadaku?

KETAATAN ADALAH KOMITMEN

Sahabat yang dikasihi semua, kalau masalah pertama masih berlaku, saya percaya bukan masalah komitmen semata-mata kerana apalah sangat RM20 yuran pendaftaran dan RM60 yuran tahunan sedangkan apabila tiba 'masa menderma', berpuluh ribu dapat dikutip dalam 'sekelip mata'. Saya percaya mungkin masih ada kelemahan dari sudut perhubungan yang perlu diperbaiki. Oleh itu, berikanlah alternatif yang terbaik untuk kita mengatasi masalah ini. Pasti kecanggihan teknologi masa kini mampu membantu kita semua dalam menyelesaikan masalah perhubungan yang agak kritikal ini.

Masalah kedua pula adalah masalah yang perlu diberi perhatian segera oleh semua ahli. Ia bukan sahaja berlaku di peringkat cawangan, malah di peringkat pusat pun demikian. Buktinya ialah hanya beberapa orang sahaja dari kalangan ahli-ahli yang terlibat dengan aktiviti PAPISMA. Orang kata "asyik muka yang sama saja". Perkara ini perlu diselesaikan segera dengan bantuan dari seluruh jentera kepimpinan. Jika perlu, brainstorming adalah jalan terbaik untuk membincangkan masalah pokok ini. Ia adalah masalah ketaatan, ia adalah masalah aqidah perjuangan.

Masalah inilah yang akan membantutkan perjalanan kita untuk mencapai matlamat yang kita gariskan. Kerja kita terlalu banyak di hadapan dan harapan Islam di Malaysia kepada kita sangat besar. Kita mempunyai Koperasi Amalmedik yang perlu diperkasakan, kita mempunyai agenda Hospital Islam yang masih jauh dari jangkauan, kita ingin membina ikon kebangsaan yang masih belum direalitikan, kita akan membina Pusat Perlindungan Wanita yang akan kita usahakan, di samping kerja-kerja amal berkala kita dalam membantu masyarakat yang dhaif dan memerlukan serta banyak lagi perkara yang tidak tersebut di sini. Semuanya menuntut pengorbanan tenaga dan masa yang besar dari ahli PAPISMA. Kita adalah satu-satunya yang mampu memikul tugas dan tanggungjawab ini. Oleh itu, menegakkan sudut ini adalah tugas, amanah dan kefardhuan kita. Untuk menegakkannya memerlukan sokongan dan dokongan dari semua ahli. Sokongan perlukan ketaatan. Tanpanya, PAPISMA tidak akan dapat mewujudkan satu kumpulan yang dapat memberi manfaat yang optimum kepada masyarakat. Ketaatan kepada kepimpinan PAPISMA sama pentingnya dengan ketaatan kepada kepimpinan jamaah yang lebih besar. Ia bukan perkara main-main jika kita ingin melihat kejayaan dan kesyumulan Islam. Mudah-mudahan di akhirnya nanti kita dapat melihat tempat yang indah di syurga hasil gerakerja melalui PAPISMA ini.

MUHASABAH

Perlu ditekankan bahawa ketaatan kepada kepimpinan PAPISMA bukan bererti ketaatan kepada saya secara peribadi, tetapi adalah ketaatan kepada pertubuhan NGO Islam yang saya diamanahkan memimpinnya. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin, bila mereka dipanggil kepada Allah dan rasul-Nya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan, “kami dengar, dan kami taat”, dan mereka itulah orang-orang yang beruntung”. (An-Nur: 51).

Lihatlah seruan As-Syahid Hassan Al-Banna kepada ahli-ahli Ikhwanul Muslimin:
"Wahai ikhwan yang tulus! Rukun bai'at kita ada sepuluh, hafalkanlah: fahm (pemahaman), ikhlas,amal (aktiviti), jihad, tadhiyah (pengorbanan), taat (kepatuhan), tsabat (keteguhan), tajarrud (kemurnian), ukhuwah, dan tsiqah (kepercayaan)."

Oleh itu sahabatku sidang PAPISMA sekalian, sempena akhir Ramadhan dan Syawal yang akan menjelang ini kita perlu bermuhasabah. Setiap pemimpin perlu bermuhasabah akan keberkesanan amanah kepimpinan yang dipikulnya. Manakala setiap ahli perlu bermuhasabah akan ketaatan mereka kepada kepimpinan. Kita juga perlu bermuhasabah setakat mana ikhlasnya kita dalam memikul perjuangan melalui PAPISMA ini. Saya sendiri adalah pemimpin dan saya juga adalah ahli. Saya perlu taat kepada keputusan mesyuarat dan saya perlu ikhlas membawa PAPISMA pada jalan yang ditentukan oleh kita semua. Kita adalah di kalangan profesional yang seharusnya hadam akan akidah perjuangan agar ketaatan kita kepada pertubuhan Islam ini tidak berbelah bahagi. Ia adalah ketaatan kepada yang satu, iaitu jamaah yang satu dan perjuangan yang satu bagi mendaulatkan Islam di atas muka bumi ini. Itulah harapan saya dan saya percaya harapan kita semua juga. Sesungguhnya ketaatan adalah komitmen yang dituntut oleh Allah bagi menjayakan perjuangan Islam ini.

‘HANGATKAN KEMBALI KEDINGINAN TARBIYYAH’
Al faqir Ilallah
Awisul Islah Ghazali, Presiden 2010-12

Sunday, August 21, 2011

Travelog Gaza - Siri 5

(Biro IT)

"We want you all to go back to Malaysia safely, so that you can tell the people in Malaysia what you have seen here. We do not want you to get injured"..

Assalamualaikum wbt..

Statement di atas adalah ucapan peribadi yang di utarakan oleh salah seorang warga Palestin yang mengiringi kami.. It sums up everything about today....

Sepanjang malam kedengaran bunyi letupan di sana sini.. Sayup2 kedengaran bunyinya, jauh rasanya, tiada kepulan asap yg kelihatan mengesahkan yang ia jauh, dan kedudukan kami di 'safe area' (kawasan peranginan yang jarang berlaku serangan)..

Selepas subh kami dikejutkan dengan siri letupan yang lebih kuat. Satu letupan kedengaran, diikuti letupan kedua yang kami yakini (dan disahkan oleh penduduk Gaza) serangan balas, pelancaran roket oleh sayap military HAMAS, briged Al-Qassam.

Lantaran letupan kuat baru2 ini menandakan serangan semakin hampir.

1 am

Panglima Al-Qassam mengisytiharkan tamat kepada gencatan senjata. Mereka akan serang balas Israel, Israel sblm itu lagi sudah isytihar mereka akan serang, laporan Al-Jazeera juga menyatakan bahawa Mesir akan mengambil tindakan susulan akibat kematian tentera Mesir di Rafah. Rakyat Mesir mahu kerajaan bertindak, tentera Mesir disayangi rakyat, masakan tidak, tentera membantu dan bersama rakyat dalam tsauroh (revolusi/kebangkitan) rakyat Mesir dalam menjatuhkan regim Hosni Mubarak, dan tentera juga menjaga keselamatan rakyat ketika muzohharat (demonstrasi).

Rakyat Mesir mengepung dan menyerang kedutaan Israel di Kaherah. Menuntut segala hubungan dengan Israel diputuskan. Adakah ini detik sejarah perjanjian Camp David dimansuhkan? Ini juga soalan hangat dalam berita Al-Jazeera..

Pihak urusetia mengarahkan semua bersiap sedia, terus menunggu di lobi hotel dgn beg, walaupun bas hanya akan bertolak lagi 2 jam..

Kami menunggu di lobi dgn setia. Bunyi letupan semakin kurang bila siang tiba. Intermittently heard.

Menteri Hal Ehwal Wanita tiba utk membuat siri diskusi. Maaf, tiada laporan boleh disediakan memandangkan ana syahid dalam mimpi di lobi hotel.

Sedikit cerita yg kami dimaklumi. Skrg mereka dlm keadaan gawat ekonomi. Ramai kakitangan kerajaan tidak menerima gaji sejak bulan lepas. Malah seluruh anggota kabinet juga tidak menerima sebarang gaji mahupun elaun. MasyaAllah. Pihak polis yang mengiringi kami juga membenarkan fakta tersebut. Tiada gaji sejak bulan lepas, dan biasanya tiada gaji sewaktu perang. Mereka semua mengulangi yang sama; mahu kami pulang ke tanah air tanpa cedera, dan menceritakan kepada semua akan apa yang kami lihat di sini kepada mata dunia...

9.15 am

Bas tiba. Tapi kami masih belum diberi kelepasan untuk boarding, menunggu laporan keselamatan dari pihak keselamatan kerajaan. Maklumat dari kedutaan Malaysia di Kaherah memaklumkan bahawa border Rafah dibuka hari ini. Pihak kerajaan Mesir juga sudah dimaklumkan.

Bas bertolak dengan lancar. Pihak polis Palestin mengiringi kami sebahagian di dalam bas bersama kami dan dgn kenderaan escort, hingga ke kompleks imigresen Gaza. Semua sudah sedia menunggu, kami diminta kekal dalam bas, sementara passport di'cop'. Terus dgn bas menyeberangi sempadan Mesir, dan masuk ke kompleks imigresen Mesir. Kami turun bas, urusan di Mesir juga agak cepat. Bas yang disewa, diuruskan oleh pelajar Mesir juga telah tiba, menunggu kami di luar bangunan kompleks.. Lega hati berjaya keluar dari Gaza in one piece. Sedih kerana terpaksa keluar sehari awal dari jangkaan, sedih mengingatkan sahabat2 warga Palestin yang mana dgn mereka ukhuwwah telah terbina, kami terpaksa tinggalkan dalam keadaan mereka berperang dan mungkin syahid. Mereka melihat syahid sebagai sesuatu yang sangat positif, tiada ketakutan. Tiada ketakutan mereka akan keluarga yang ditinggalkan. Walaupun dhaif, tetapi menjaga kebajikan keluarga yang ditinggalkan syuhada adalah sangat penting dlm budaya mereka.

Kami masuk ke bumi Rafah dengan heavy military presence. Askar dengan kereta kebal abundantly seen sehingga ke Arish. Bas kami diiringi oleh escort polis dan tentera bersenjata.

Alhamdulillah, perjalanan selamat dan lancar. Kami diiringi terus sehingga ke Kaherah. Kami selamat tiba di kota Kaherah bertepatan dgn waktu berbuka puasa, sedikit shj kurma yg ada, kurma dalam simpanan ana cuma 10 biji itu dikongsi oleh semua 33 dari kami, beserta sebotol air yang ana bawa. Allah menggerakkan hati ana utk bersedia dgn bekalan spt itu.

Kami kemudian terus ke Rumah Pelajar Malaysia Kedah di Haei Sabi' (seksen 7) Kaherah. Kami dijamu nasi mandi. Sedap. Lapar sampai lupa nak ambil gambar makanan. Hehe.

Berjumpa dgn pimpinan pelajar di sini. Sempat berbincang mengenai pertemuan dgn pelajar. Program umumi sudah ada bersama pihak rombongan, malah ada sesi ceramah oleh Dr Jamnul, ceramah oleh Dr Sheikh Muszaphar, forum bersama Cikgu Azmi dan Dr Jamnul, bersama Dr Sheikh Muszaphar.

Usai solat Maghrib, Isya dan Terawih. Sempat menziarahi seorang lagi ahli rombongan yang sakit. Kami beberapa orang, ana bersama Ust Husni Zaim, Ust Nazri, Ust Abd Khair (Maahad Tahfiz Derang), Termizi, Ir Abdullah dan Nizal Mohamed (wartawan). Kami pergi menaiki teksi bersama pelajar Mesir. Ke mana? Makan la brother.. Pekena kebab, kuftah, tawut dan apa lagi entah.. Di restoan Abu Mazin. Sedap sampai lupa nak ambil gambar... Hehe

Balik kekenyangan, terus tidur. Hari yang sibuk esok..

Saturday, August 20, 2011

Travelog Gaza - Siri 4

(Biro IT)

Assalamualaikum..

Suka saya mulakan, bahawa walaupun kedengaran bunyi2 'mercun' yg dilempar yahudi melalui apa alat yg mereka ada, dengar bingit bunyi enjin burung besi F18, keadaan kami selamat, walaupun sedikit anxious, risau, tapi kami ok, masih boleh tido. Mereka di Palestin menganggap ia biasa. Mereka meneruskan kehidupan spt biasa. Rakyat Malaysia pun apa kurangnya, masih boleh tidur nyenyak di balik bunyi mercun Israel. Lps hotel bergegar pun, cuak sekejap aje, pastu tido balik...

Ada yang x faham apa yg berlaku? Kesian..

Semalam sy dah cerita kerisauan kami bila Israel mula attack bangunan berdekatan kami.. Suspense..

Rewind... Sebenarnya, bermula pada sehari sebelum kami bergerak dari Malaysia 14 Ogos, sudah kedengaran berita serangan kecil Israel ke atas bumi Gaza. Bila kami tiba pada pagi 16 Ogos, maklumat diterima, Israel sekali lagi serang Gaza. Sudah dijangka Hamas akan balas dan kemudian Israel retaliate balik, etc.

19 Ogos 2011, Gaza City -
2.30am - masing2 ahli rombongan bercerita pengalaman masing2 pertama kali mendengar bunyi letupan, merasa gegaran akibat letupan itu, serta kuatnya bunyi enjin jet. Semua excited dan anxious and worried at the same time. Tapi more of worried gak.. Apa ni? Kata "asy-Syahid fi sabilillah asma'amanina"?? Subh diimami oleh Ust Husni Zaim. Qunut nazilah dibaca. Seram sejuk, mengalirkan airmata, mengenangkan betapa lemahnya iman dan kekuatan diri, hinanya diri berbanding dgn mereka yg kuat mujahadah di sini, betapa gentarnya hati ini bila memikirkan kemungkinan syahid.. Allahu rabbi.. Betapa kecilnya perjuangan dan pengorbanan kita di Malaysia berbanding dgn perjuangan dan pengorbanan warga Gaza, serta besarnya tanggungjawab mereka menjaga Baitul Maqdis, kiblat pertama umat Islam...
Kuliah subh diberikan oleh Ust Abd Khair.. Apa ya? X ingat...

10.15am - kami dibawa melawat ke tapak tempat yg di bom semlm. Walaupun bangunan kosong yg kena direct impact, tapi bangunan bersebelahan juga mengalami kerosakan. Di antara yg rosak teruk adalah Masjid Sheikh Zaid.

10.45am - pergi ke NGO yg terbesar di Gaza, Jam'iyyah Rawafed Lil-Ighatsah wat-Tamniyyah (Rawafed Association for Relief and Development).
Pengerusinya Ir. Dr. Ahmad Abu Foul mengiktiraf hubungan di antara Malaysia dan Palestin. Mengalu2kan kedatangan Malaysia ke tanah air kedua Palestin.

12.10pm - Tiba di Masjid Dr Abdullah Azzam. Utk Solat Jumaat.

1.30pm - Lawat Masjid Jamiah di mana tempat Sheikh Ahmad Yasin syahid dibunuh Israel. Kami kemudian dibawa melihat rumah Sheikh Ahmad Yasin. Ditunjukkan kerusi yg sedang dia duduk ketika ditembak apache Israel.

2.00pm - Pergi ke bangunan Kementerian Waqf dan Urusan Agama. Disambut oleh Menteri Ustaz Sheikh Dr Salih Husin. Beliau mengalu2kan kedatangan ke bangunan Kementerian Waqf. Mereka merasai perasaan kita dan susah payah kita. Kedatangan rakyat Malaysia menepati hadis nabi yg menceritakan bahawa umat Islam spt satu badan, bila satu disakiti yg lain merasai sakit juga. Mereka terus tetap, tsabat di bumi Gaza, generasi org mudanya tetap kuat pertahan bumi ini. Kita dari Malaysia juga sbg murabitun, kerana dtg ke sini dgn banyak tentangan. Mereka berhadapan dgn ujian ini, dgn serangan Israel, pembunuhan ke atas para amilin, letupan pd masjid dan bangunan, tapi kami tsabat dgn pjuangan ini. Kementerian ini sepatutnya utk seluruh Palestin, tapi kesudahan terdpt pembahagian kuasa dgn separate govt governing Gaza and West Bank...

3.15pm - kami dibawa ke bangunan Jabaliyyah Municipality. Berjumpa dgn Datuk Bandar.

Kemudian kami terus ke Beit Hannoun, bandar paling utara Gaza, nampak tembok Israel dari sini. Bangunan di sini masih kelihatan tanda2 kemusnahan sejak peperangan 2 tahun lepas. Singgah di Masjid An-Nasr yang dibina semula oleh rakyat Malaysia. Masjid ini asalnya dibina di zaman Salahuddin al Ayubi.

Kemudian melihat tapak rumah Sheikh Salih pemimpin Briged Al Qassam yang diletupkan Israel.

Kami pergi ke satu lagi bangunan NGO utk berbuka puasa.
Slps berbuka terus balik ke hotel utk solat Maghrib/Isya dan Terawih.

Sepanjang hari dari pagi hingga malam kedengaran sayup2 bunyi roket dan bom. Bergegar bumi.

Jam 1 am Hamas mengisytihar tamat gencatan senjata sejak dua tahun lepas. Akan bermula full scale war.

Di Mesir, rakyat berdemo minta kerajaan bekerja untuk menyerang balas Israel yg menyerang Rafah dan menbunuh 7 kolonel Mesir. Bandar Rafah menjadi medan perang hingga Arish. Border ditutup. Tapi Rafah adalah SATU2nya jalan keluar dari Gaza. Kedutaan Malaysia dah ambil perhatian keadaan kami..

Tak tau boleh pulang atau tak. Tinggal lebih lama di sini bukan pilihan yang baik, walau hati mendambakan syahid, ingin sekali merawat para mujahidin, tetapi keselamatan lebih penting. Perlu dibawa keluar. Esok pagi bermula evacuation...

Sepanjang malam bunyi bom terus kedengaran...


Friday, August 19, 2011

Travelog Gaza - Siri 3

(Biro IT)

Sebelum ana mulakan cerita mengenai aktiviti kami semlm 18/8/2011, suka ana nak menceritakan sedikit apa yg berlaku awal pagi tadi (dlm sejam dari skrg akan ada report live dari IKiM).

Jam 1am Gaza (6am Malaysia), 2 bunyi bom kuat kedengaran, bom!bom! In quick succession. Dua roket dilancarkan dari pesawat F18 Israel. Bergegar hotel yang kami duduki. Swoosh! Bunyi pesawat lalu berhampiran hotel kami. Kelihatan asap dari bangunan kurang 500m dari hotel kami. Kami tidak dibenarkan keluar. Serangan Israel juga ditujukan di Rafah, Mesir. Di sempadan Palestin-Mesir, satu2nya pintu keluar masuk Gaza. Kami masih menunggu safety/risk assessment dari keselamatan Palestin.

18 Ogos 2011, Gaza City, Palestin.

Hari kami dimulakan jam 8am dengan taklimat dari ketua rombongan Cikgu Azmi. Kami kemudian berpecah kepada kumpulan kecil untuk berbincang dan bersedia dgn diskusi yg akan dibuat dgn pihak Palestin. Ana Dr Syed, Datuk Dr Sheikh Muszafar Shukor, serta Dr Shahrizan, serta Ir Zakiyuddin menjadi medical team yang akan lead diskusi mengenai Maternity and Paediatric Hospital Gaza yang akan dibiaya oleh rakyat Malaysia.

Jam 9.30am kami terus bertolak menuju ke bangunan Kementerian Pendidikan. Disambut dengan hangat oleh Menteri Pendidikan sendiri, Sheikh Dr Usamah. (Semua menteri di Palestin mempunyai PhD!!!).

Sheikh melahirkan rasa gembira dgn kedatangan rombongan Malaysia ke Gaza. Beliau meraikan hubungan baik yang terbina di antara Malaysia dan Palestin. Sangat berterima kasih dengan bantuan kewangan dan kemanusiaan yang diberikan oleh rakyat Malaysia. Beliau sangat menghargai usaha rakyat Malaysia datang dengan penuh susah payah dari jauh, ketika banyak dunia Arab sendiri lupa pada Palestin. Beliau mengira lawatan ini di antara usaha dan sokongan untuk meruntuhkan siege pada Gaza, dan menguatkan usaha retaliation dan mengeratkan hubungan Umat Islam di Malaysia dan Palestin. Malaysia tiba di Palestin ketika ramai org Arab dan dunia Arab sendiri yang belum pernah tiba di Palestin.

Dalam sesi diskusi beliau bercerita bahawa masalah utama di Gaza ialah:
1. Overcrowding di sekolah. Setiap kelas mempunyai 50-60 pelajar, itupun dalam keadaan di mana sekolah di buat dalam dua sesi, sesi pagi utk sebahagian pelajar, dan sesi petang utk sebahagian lain.
2. Kurangnya perpustakaan dan makmal. Dari 300 sekolah di Gaza, hanya 50 yang ada makmal komputer.
3. Kurangnya musalla di sekolah2. Sehingga sukar untuk menjaga spiritual pelajar. Hanya 20 sekolah yang ada musalla. Pelajar muslim solat di kaki lima, tapi sukar utk pelajar muslimat.
4. Tiada biasiswa/tajaan utk melanjutkan pelajaran. Kerajaan hanya mampu menaja 100 pelajar.
Mengapa masalah ini berlaku? Serangan Israel pd 2008-2009 telah memusnahkan banyak facility. Seige/kepungan dari Israel menghalang banyak perkakasan/peralatan dari sampai ke Gaza utk usaha pembaikan/pembinaan. Mereka juga mempunyai masalah untuk melatih guru2 terutamanya dalam bidang teknikal. Rombongan Malaysia, membawa pledge dari USM untuk menaja 5 pelajar dari Palestin utk belajar di USM.

Sekretaria Cakna Palestin kerajaan negeri kelantan menyampaikan salam dari TGNA serta memberi pledge utk menaja pelajar dari Palestin untuk belajar di Malaysia..

11.20 am. Tiba di Kementerian Kesihatan. Disambut oleh Menteri Kesihatan Dr Basem sendiri, dengan berpuluh wartawan dan media. Dr Basem menghargai usaha rakyat Malaysia utk datang ke Palestin, meninggalkan keluarga dan tanahair terutamanya dalam bulan Ramadhan ketika musim perayaan. Ketika ramai masyarakat dunia lupa pada Gaza dan Palestin, hati dan perhatian rakyat Malaysia tetap pada bumi Palestin. Menghargai usaha rakyat Malaysia utk membina Malaysian-Palestinian Maternity and Children Hospital. Gaza Palestin adalah high fertility population. There is a dire need to expand in maternity and child care. The existing hospital is dozens of years old and is derelict. There are serious overcrowding. 17,000 normal deliveries per year. This hospital will provide specialised care for mothers and children. It is a direct support of Malaysian towards the resistance and independance of palestinian. Israeli said that there are no more siege after the 2008-2009 war. But it is a blatant lie. And Israel are so used to lying. But the world sadly believed them. The birders are still sieged. Palestinian are unable to cross Rafah border. Siege also of political and financial nature. They are seriously lacking in essential medicines. Gravely lacking in spare parts to repair machines and medical equipments. There are fuel shortage, electricity shortage. Hospitals run on generators with limited supply of fuel. This, affects the health system greatly. They experienced power outage of 8-10 hours daily. There are not enough generators. They have lost families and friends due to power shortage. A surgeon recently died as they have to operate on him without electrical supply. The miniser appealed to Malaysia and all Arab and Muslim not to forget about Palestin. The compass of muslim people should be towards Palestine.

In a separate meeting with him. He told us that after the egyption revolution, it is more difficult for Palestinian to cross Rafah border. They have to send application which will take from 2-3 months to be approved. They have now restricted Palestinian crossing to Egypt to only people seeking medical treatment, student studying overseas..

Hampir jam 1pm 18/8/2011 keluar dari bangunan kementerian kesihatan. Solat Zuhr di Masjid berdekatan.

Jam 2pm. Tiba di bangunan Rabitah Ulama Palestine (Persatuan Ulama Palestin) Disambut oleh Sheikh Dr Marwan Abu Ra's, ketua Rabitah Ulama Palestin, bersama Dr Said ketua Rabitah cawangan Gaza.

Beliau melahirkan rasa gembira dgn kedatangan rakyat Malaysia. Beliau sendiri pernah datang ke Malaysia, berjumpa dgn pimpinan dan ahli PAS, merasai sendiri kehangatan dan cinta rakyat Malaysia pada bumi Palestin.

Rabitah ditubuhkan tahun 1992 di bawah naungan Masjid Al-Aqsa Syarif. Program rabitah utk menyatukan semua ulama di Palestin. Sehingga kini masih berlaku pimpinan rabitah yang ditangkap dan dibunuh regim Israel. Di antara aktiviti rabitah, isu utama adalah pembebasan Al Aqsa. Menulis buku dan bentang kertas kerja supaya umat Islam sedar bahawa pembebasan Aqsa adalah isu utama muslim. Rabitah juga masuk pada masyarakat. Terlibat dalam kegiatan membela warga Palestin. Rabitah mempunyai sayap dan cawangan serta jawatankuasa yang bertanggungjawab dalam seluruh aspek kehidupan di Palestin. Mereka mengeluarkan risalah utk disebarkan di sekitar palestin, diletak di Masjid, mewujudkan suasana, supaya warga Palestin sentiasa terdidik jiwanya dengan rohani, dekat pada Allah dan basah lidah dengan zikr. Rabitah turun padang, ajak masyarakat utk dtg ke masjid, membri tazkirah, anjur iftar. Memberi sumbangan pada yang memerlukan. Berjumpa dengan peniaga, mengingatkan pada peniaga akan tanggungjawab financial mereka pada kerja Islami. mengingatkan para doktor akan tanggungjawab Islami mereka.

Rabitah juga mengajar agama pada masyarakat yang buta dan tuli. Di Gaza shj hampir 10000 orang buta. Ajar mereka untuk mengguna bahasa isyarat hingga mereka mampu utk mengajar org lain pula bahasa isyarat dan mengajar agama dlm bhs tersebut.

Rabita juga menghampiri pihak polis supaya mereka faham syariat. Contohnya mengeluarkan buku dan mengajar pihak polis bhw torture adalah cara terakhir dalam siasatan sehingga polis Palestin kini mengharamkan torture.

Rabita mewujudkan papan tanda, iklan di bandar Gaza, meletakkan maw'izah supaya masyarakt menjadi baik. Rabitah juga menjaringkan ikatan dengan Rabitah lain di luar..

Laporan disambung kemudian... Baru dengar satu lagi bunyi letupan!!...

Jam 3pm.. Tiba pula di bangunan Kementerian Kesenian. Menteri di luar. Kami disambut oleh wakilnya, Director General Kementerian. Beliau juga melahirkan rasa gembira atas kedatangan Rakyat Malaysia yg dtg dgn banyak rombongan ke Palestin. Beliau menegaskan bahawa Allah menjadikan pembebasan Aqsa sebagai kewajiban semua unat Islam. Majlis diakhiri dengan persembahan nasyid oleh Azhan Atan.

Jam 4pm. Kami singgah di satu kawasan lapang, di mana pada 2009 mereka berjaya membakar satu kereta kebal Israel. Nampak satu khemah hijau, penuh orang seperti satu keraian. Mereka meraikan Musa Yunus Isytaweh yang baru syahid 2 hari lepas ditembak oleh pilotless drone Israel. Musa adalah anggota briged Al Qassam. Baru pulang dari Ribat di border Israel. Beliau ditembak ketika hampir sampai di rumahnya, di tapak khemah kami. Mereka menyambut syahidnya Musa dengan penuh bangga. Terpancar kebanggan di raut wajah ayahnya, anaknya syahid, syurga menanti. Tiada kesedihan dimukanya, tiada kesdihan di muka anaknya yang masih berumur 3-4 tahun. Musa baru berumur 31 tahun, meninggalkan balu bersama 5 org anak. Menitis airmata kami melihat suasana ini. Apa sangatlah perjuangan kita di Malaysia berbanding mereka. Palestin bergembira anaknya syahid!!!

Kami singgah di hotel sebentar dan terus ke dewan besar di Gaza utk berbuka bersama Perdana Menteri Dr Ismael Haniyyeh.

Di dewan itu penuh dgn warga Palestin, lebih 500 orang, siap dgn heavy presence of press. Ada perayaan di sini. Mereka meraikan para huffaz. Warga Palestin yang menghafal qur'an baru2 ini di raikan. Subhanallah, kebanyakan mereka hanya perlu 2 bulan utk hafal qur'an. Hadir bersama ialah Menteri Waqaf dan Ehwal Agama, Menteri Perundangan, serta Perdana Menteri Palestin Dr Ismail Haniyyeh. Hebat Ismail Haniyyeh ni. Ucapan dia penuh dengan nasihat, penuh dengan memuji Allah, penuh dengan ayat Alquran dan hadits. Habis dia berucap, dia serah sijil pada para huffaz. Bila habis awal, ada masa dalam 10 minit sblm berbuka, dia minta microfon. Dia mengajak semua mengambil peluang untuk mengingati Allah. Dia sendiri membacakan doa!! Hebat!

Rombongan kemudian terus ke pinggir Gaza City, di kawasan khemah pelarian. Di sinilah rumah Ismail Haniyyeh. Rumah yang kecil shj, dia tinggal bersama para pelarian. Kami solat maghrib. Ismail Haniyyah tiba hampir isya. Beliau sendiri mengimamkan isya dan terawih. Hebat bacaannya. Seorang yang hafiz, pandai ketujuh2 qiraat.

Ana? Ana terpaksa ke Syia Hospital sekali lagi. Seorang ahli rombongan sakit perut teramat sangat, renal colic!! Dari hospital, pg ke masjid semula. Sempat berjumpa dan bergambar dgn Ismail Haniyyeh.

Sampai hotel terus tidur. Hari yang penat..

Jam 1 pagi dikejutkan dengan 2 letupan kuat berturut2. Bergegar hotel!
Kami diminta bersiap sedia. Pack barang siap2.. Tunggu arahan selanjutnya...

Tamat laporan hari ke empat...

Thursday, August 18, 2011

Travelog Gaza - Siri 2

(Biro IT)

Kini rombongan MAPIM yang dianggotai oleh ahli PAPISMA, Dr. Syed Khaliq telah memasuki Gaza melalui jalan darat dengan selamat. Mereka sedang menginap di Commodore Hotel, Gaza City. Diescort seperti tetamu kerajaan. Namun, terdapat juga detik-detik cemas yang dilalui. Berikut adalah detik-detik perjalanan beliau serta rombongannya.

Lebih kurang 1130 hrs:
Baru melepasi Terusan Suez.. Checkpoint kerajaan Mesir sblm cross Suez td, kena tahan kejap, askar tu sibuk nak tengok list nama peserta...

Checkpoint di Baluzhoh, dpn pd Sinai.. Ditahan di checkpoint lebih 30 minit dah ni.. Harap tiada masalah.. Ni baru askar/polis mesir.. Belum lagi Arish, Rafah..

12.45pm, lepas dari checkpoint Baluzhoh, Sinai, dgn police escort. akan terus ke Rafah dgn polis escort. Alhamdulillah

2.36pm tiba di Arish, Sinai, Mesir

3.43pm. Masih lagi di pinggir Arish.. Atas faktor keselamatan dan serangan terbaru Israel, terpaksa tukar escort polis kepada escort tentera..

4.27pm tiba di bandar Rafah, Mesir.. Penuh dgn askar dan kereta kebal.. Tidak dibenar ambil gambar disini..

4.41pm. Tiba di chekpoint terakhir, border Rafah-Gaza. Pejabat imigresen.. Sebentar lg akan masuk ke bumi Quds insyaAllah

4.53pm. Alhamdulillah bas dibenarkn masuk sehingga ke kompleks imigresen

6.10pm.. Melangkah masuk ke bumi Gaza, Palestin.. Ardhulmuqaddasah

17 Ogos 2011 / 17 Ramadhan.

2.30am - Bermula dengan sahur di Hotel Cairo Khan, Cairo, Egypt. Sahur makanan Arab; roti arab, fuul, telur dan salad. Alamak, ana G6PD deficient, tak bleh makan fuul yg di buat dgn fava beans. Tapi, ok la makanan dia..

3.00am - Qiamullail di bilik komiti 801.. Sembahyang berjemaah diimamkan oleh Ust Abd Khair.
Selepas subh terus diberikan taklimat keselamatan oleh Komander kami utk perjalanan ke Gaza, Ustaz Azli Musa. Kami diajar apa yang perlu dibuat jika berlaku pengeboman atau serangan udara Israel, kod2 serta panggilan keselamatan. Cara pergerakan dalam keadaan serangan. Huhuhu, mendebarkan hati. Kemudian ana memberikan sedikit taklimat kesihatan dan kecemasan. Crash course in onsite emergency response, and CPR.

Kemudian wasiat semua ahli diberikan/diwakilkan oleh pengarah Ust Termizi. Kami diikatkan sebagai saudara, jika apa2 berlaku, masing2 akan menjaga kebajikan yg lain.. Saling maaf memaafi. Di akhiri sesi pagi dengan bersalaman dan berpelukan sesama sendiri. Masing2 mengalir airmata.

Azhan Atan yang kelewatan disebabkan hilang passport, tiba di Cairo jam 6 pagi. Allahu akbar.

7.05am - bas bertolak. Singgah sebentar di Haey Sab'ah (Seksyen 7), di Rumah Pelajar Kedah utk meninggalkan barang2 yang ditinggalkan. Bas terus menuju ke Rafah.

10.00am - melepasi Terusan Suez. Berhenti di checkpoint pertama betul2 lepas terusan, lama bas ditahan, hanya utk cek list nama.

10.30am - Memasuki bumi Sinai (kawasan Kan'an lama).

11.00am - Berhenti di checkpoint di Baluzhoh. Menunggu security clearance. Lebih sejam setengah menunggu.

12.45pm - Bertolak dari Baluzhoh, diiringi oleh Police escort untuk keselamatan. Beberapa checkpoint slps ini mudah dilalui dengan kehadiran escort polis ni.

1.15pm - bas berhenti sebentar di Rob'ah. Isi petrol dan buang air. Buang air tu org la bukan bas hehe.. Petrol di Mesir murah berbanding Malaysia walaupun mereka bukan pengeluar petrol. 1 liter petrol kurang RM1 nilaiannya..

2.35pm- melalui Arish, Sinai, Mesir. Sebuah bandar peranginan yang cantik di tepi laut mediterranean. Resort2 tepi pantai yang cantik.

3.11pm - berhenti di pinggir bandar Arish. Terpaksa tukar escort kepada tentera disebabkan faktor keselamatan, disebabkan serangan Israel yang makin teruk dua hari ini.

4.23pm - melalui sebuah Pekan di Rafah. Penuh dengan kehadiran tentera dan kereta kebal.

4.53pm - tiba di border Rafah-Gaza, di komplek imigresen. Just on time, kompleks imigresen tutup jam 5.30. Rezeki kami, bas dibenarkan mampir hingga betul2 di tepi bangunan kompleks. Solat zuhr dan asar jama' ta'khir. Urusan imigresen berjalan lancar dengan pertolongan ilahi. Sempat melihat beberapa kakitangan imigresen yang mengadu sakit.

6.15pm - hati berdebar dan sayu ketika melangkah masuk ke Gaza, Palestin, bumi para Anbiya', tempat lahir dan makamnya ramai para Rasul, ardhulmuqaddasah, ardhulbarakah. Diiringi oleh laungan Allahu Akbar oleh ahli rombongan. Sebelum ini risau jika tidak dibenarkan masuk seperti banyak keadaan sebelum ni. Rombongan kami disambut oleh warga Palestin, wakil kerajaan, di antaranya ada yang sedang menyambung pelajaran di peringkat PhD di USM Kubang Kerian!

6.32pm - berbuka puasa di atas bas dengan kurma dan air kosong. Bas terus meluncur laju ke tengah2 Gaza City, polis escourt di hadapan, mengarahkan semua kenderaan utk memberikan laluan, kami disambut sebagai tetamu kerajaan.

7.15pm - Tiba di Commodore Hotel, Gaza City. Hotel untuk tetamu kerajaan Palestin. Permintaan kami unuk menginap di hotel murah atas biaya sendiri ditolak oleh kerajaan Palestin, mereka mahu tetamu dilayan sebagai tetamu! kami disambut oleh Director General Ministry of Foreign Affairs sendiri Sheikh Mahmud. Terus iftar. Makan malam makanan arab, nasi beriani (rasanya la), roti arab dgn ayam panggang beserta salad, x lupa dgn susu masam dan yoghurt.
Slps makan masing2 masuk bilik utk bersiap dan solat secara jemaah.

Saya, tugas sudah menanti.
"Dr Syed, tolong tengok sahabat kita ni" ini request ke berapa ana x ingat. Ahli rombongan seorang yang berasa dizzy, rasa macam nak pitam. Ana lihat, periksa dan beri nasihat yang sepatutnya.
Pergi pulak ke bilik seorang lagi sahabat yang demam dari pagi tadi, yang ana sudah lihat dia kurang sihat sejak petang tadi. MasyaAllah, panas badannya (ana x bawa thermometer nak cek), tachypnoeic (laju pernafasan) serta audible wheeze. Allahu rabbi, inhaler salbutamol ada satu saja yang ana punya sendiri. Ana ajar dia guna, dan suruh dia guna dulu. Ana pergi ke bilik Dr Jamnul Azhar, mengharapkan ada oral salbutamol, dan tepat, beliau ada membawa. Tablet salbutamol, salbutamol inhaler dah hampir 10 puff, sahabat ana masih lagi wheezing. Susah hati, takut kita pula yang menyusahkan warga palestin. Tapi terpaksa. Ana cari Cikgu Azmi, dan minta diuruskan perjalanan ke hospital. Kami tiba di Syifa Hospital, Gaza, hospital terbesar di Gaza City, referral center bersama Dr Sheikh Muszafar Shukor yang pernah bersama membantu merawat pesakit di sana sewaktu tahun 2009 dulu.

Terus dapat masuk ke casualty. Sahabat Palestin yabg mengiringi terus hubungi Pengarah Jabatan Kecemasan. Tak sampai 10 minit Pengarah Dr Ayman tiba. Alhamdulillah keadaan beliau baik, dan dibenarkan pulang. Bagaimana keadaan dan rupa Hospital Syifa? Ha, yang tu ana akan detailkan bila pulang ke Malaysia insyaAllah... :-)

Sampai kembali ke hotel jam 11.30pm. Penat, mengantuk... Terus solat maghrib, isya'. Dan terus tidur..

Bangun sahur jam 2.30am.. Sekali lagi makan roti da.. Roti, dengan daging salami, serta buah zaitun, tomato dan telur...

Subuh jam 4am.. Tazkirah ringkas oleh Ust Abd Khair. Kepentingan menjaga lidah, serta menjaga diri dari berbuat dosa dalam misi yang bahaya. Kami dimaklumkan di Gaza, hampir setiap hari ada serangan bom Israel, sewaktu ketibaan kami pun ada helicopter Apache yang cuba menggentarkan hati..

Cikgu Azmi kemudian memberikan taklimat. Hari ni akan ada banyak mesyuarat. Mungkin 20 hb baru akan bersama dgn Perdana Menteri Dr Ismael Haniyeh.

InsyaAllah, banyak kerja perlu dilakukan. Kami disini 5 hari sehingga 21ogos...

...bersambung.

Wednesday, August 17, 2011

Travelog Gaza - Siri 1

(Biro IT)

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang dapat diterjemahkan apa yang sedang diperjuangkan oleh wakil PAPISMA ke Gaza, Dr. Syed Abdul Khaliq. Beliau terpaksa meninggalkan pekerjaannya buat sementara, keluarga, isteri dan anak-anak yang tercinta demi membantu rakyat Palestin yang menderita. Jika tidak kerana terlalu besar cintanya kepada keamanan di bumi anbiya' malah kepada ganjaran syahid itu sendiri, sudah tentu beliau tidak mengambil keputusan yang begini besar.

Berikut adalah catatan perjalanan beliau ke sana sebagaimana yang dihantarkan ke email yahoogroup dan facebook. InsyaAllah, sekiranya ada bahan berita, blog ini akan terus memaparkan travelog beliau agar kita semua maklum dan dapat merasai apa yang beliau rasakan malah yang lebih penting ialah dapat mendoakannya serta kumpulannya serta dapat memberikan manfaat yang optimum kepada rakyat Palestin yang tertindas.

15 Ogos 2011, Kuala Lumpur.

Dikejutkan jam 3 pagi oleh sudden acute asthma exacerbation. Sudah dua hari having acute pharyngitis, malam sebelum tidur ada wheezing sikit, dah amik salbutamol inhaler 2 puff sblm tidur, dada masih rasa kurang selesa. Lepas jam 3 pagi tiba2 terbangun sesak nafas.. Adus, terasa sungguh bila Allah tarik nikmat bernafas.. Mana inhaler??? Melilau mencari di tengah malam bersama isteri tercinta Dr Jazmin.. Baru teringat, semua dah disimpan dalam beg di tingkat bawah. Ku gagahkan diri, turun. Lega sikit lepas 4 puff (400mcg) MDI Salbutamol, chest still rasa tight, wheeze still audible. Hampir 12 puff terpaksa ambil sebelum subh.

Bertolak ke KLIA bersama isteri Dr Jazmin, anak2 Muhammad, Sarah dan Umar, Ibu Sharifah Kamariah, Ayah Syed Abd Hamid, Adik2 Sharifah Aminah, Khadijah dan Abd Hakim, beserta dgn tiga anak sedara Eiffa Hazeeqa, Eirfan Haziq dan Hanna Hazeeqa. Tiba di KLIA hampir 5.15, dan kami di antara yang terawal tiba.

Sahabat PAPISMA ada yang mengiring, Dr Azrin dan Dr Fuad Aman tiba jam 5.30 dan 6pm masing2. Berkumpul di hadapan Bilik Khas, sementara pimpinan MAPIM membuat Press statement. Kami berbuka beramai2 di KLIA.

Bermula cabaran pertama. Azhan Atan, Juara Akademi nasyid, yang juga ahli bersekutu PAPISMA, ditimpa musibah. Passport beliau keciciran. Sudah berjaya buat passport sementara, tapi visa belum selesai. Azhan Atan terpaksa kami tinggalkan dahulu, beliau akan menyusul hari esoknya.

Jam 8mlm kami masuk ke dewan berlepas. Terus masuk ke dalam kapal terbang jam 9mlm. Jam 11pm, kapal transit sebentar di bangkok, sejam berhenti di Bangkok. Kami tidak dibenarkan keluar dari kapal, walaupun cuba di pujuk oleh Dr Sheikh Muszafar Shukor, Angkasawan Malaysia. Sejam kemudian kapal bertolak semula.
Tiba di Amman, Jordan jam 4.45am 16 Ogos, ontime untuk subuh. Selepas subh, baca qur'an dan sambung bacaan ringan, sementara menunngu connecting flight ke Cairo jam 8.45am.

16 Ogos 2011, Amman, Jordan
Check in flight ke Cairo jam 8.15 am, jam 8.45 take off. Perjalanan ke Cairo memakan masa sejam.

Masalah di airport Cairo. 4 orang dari kami, termasuk ana di arah oleh pihak imigresen untuk keluar barisan dan menunggu di tepi, passport dipegang imigresen Mesir. Apa masalahnya? Lepas 30 minit menunggu nama kami dipanggil, terus passport diserahkan tanpa penerangan, apa yang menjadi masalah.

Ketibaan kami di sambut oleh wakil pelajar Mesir yg menjadi urusetia disini. Kami terus dibawa ke hotel menaiki bas. Dalam bas, pelajar Mesir menceritakan suasana di Mesir skrg.. Tiba di Hotel Cairo khan hampir jam 11 lebih. Check in.

Sempat berjumpa dan berbincang bersama Presiden Perubatan Mesir. InsyaAllah, sesi diskusi, bersama pelajar di Mesir akan di uruskan.

Zuhr jam 12.15. Sebahagian dari kami pergi ke Kedutaan untuk perbincangan mengenai misi. Hanya 10 org yg pg atas permintaan kedutaan, yg lain, tido..

Selepas Asar taklimat diberikan. Duit2 sumbangan dikumpulkan. Total wang yang dibawa melebihi RM500,000.. berbuka puasa makanan Malaysia yg dibungkus oleh pelajar. Terawih bersama. Sblm tido, sempat berjalan sebentar mencari shawarma dan عصير (jus)..

Tido... Esok akan bermula dgn sahur jam 2. Subh di sini jam 3.49am, dan akan bertolak ke Rafah, Gaza selewatnya jam 12 tghari.. Sblm tido teringat berita yg disampaikn oleh pelajar Mesir dan pihak kedutaan, Gaza bergolak dalam beberapa hari ini. Dibedil serangan udara Israel. Ramai terkorban.. Esok pagi, kami akan ke sana...