Sunday, April 10, 2011

Siri 1 : Menggamit Memori Lalu

Assalamualaikum.

Hebatnya ukhuwwah! Bermula dari perkenalan pertama, usrah bersama, makan setalam, tamrin berulang...ikatan persahabatan bertambah erat. Dari zaman teruna sehingga ke jinjang pelamin. Dari zaman dara sehingga beranak-pinak. Ke mana sahaja sahabat kembara, ke situlah juga kami menjejak. Ibarat kata, air yang dicincang tak akan putus...betapa berertinya sebuah persahabatan.

Tulisan ini tidak mengambil masa yang lama untuk ditatapi. Cukuplah sekeping dua gambar lama menggamit kembali memori persahabatan...

Kak Han & Abang Lan bersama mantan Presiden, Dr Suhazeli & Dr Khatijah.

Saat ini, kami sama-sama dikurniakan zuriat yang pertama. Meskipun alam kampus telah ditinggalkan dan kami masing-masing terpisah tempat kerja, namun ziarah-menziarahi tetap menjadi amalan. Itulah hasil ikatan ukhuwwah yang terbina dari pembentukan tarbiyyah.

Sekarang, anak sulung kami dahpun berusia 16 tahun dan masing-masing telahpun ada 4 orang adik. Cepatnya masa berlalu.

Kak Han & Abang Lan bersama Dr Shaharuddin Mohd Yusof & Dr Norlisa Ismail.

Mungkin ramai yang tidak mengenalinya tetapi mereka juga adalah sahabat akrab kami. Saat ini Kak Han & Abang Lan dahpun ada 2 orang anak. Kami di Terengganu, mereka di Johor. Lantaran ikatan ukhuwwah yang terjalin, jarak tempat tinggal tidak menjadi masalah untuk saling ziarah menziarahi. Rindunya kami untuk kembali bersama...

"Cha'a & Lis! Datanglah ke konvensyen nanti...!!!"

Sekian, babak pertama dalam siri 'Menggamit Memori Lalu'....nantikan kemunculan foto lama anda di sini! Hehehe.....


No comments: