Saturday, April 9, 2011

Oh 29 April!

Assalamualaikum

Peneraju utama KKP9!

29 April kian menghampiri. Tarikh yang dinanti-nantikan oleh kebanyakan ahli Papisma dari seluruh negara. Ya! Inilah masanya yang jauh datang berkumpul, yang renggang datang mengeratkan, yang terputus datang mengikat. Pertemuan antara sahabat dan sahabat, pertemuan kerana Allah...

Kami pihak Papisma Terengganu merasa amat berbesar hati diberi peluang menjadi penganjur untuk sebuah program yang amat bermakna ini. Saban hari kami menghitung hari. Sambutan di luar jangkaan sudah cukup membuatkan kami merasa begitu teruja! InsyaAllah seramai 136 ahli Papisma bersekutu dan tak bersekutu akan nanti berkumpul di Bukit Keluang Beach Resort. Keseronokannya telah dapat kami bayangkan...kita akan kembali mengumpulkan nostalgia!

Mungkin ada sahabat yang hanya pernah berjumpa Presiden Papisma, Dr Awisul di zaman terunanya tapi kini Presiden kita akan hadir bersama zaujah dan 5 heronya! Mungkin dulu ada yang pernah melihat mantan Presiden Papisma, Dr Suhazeli hanya di zaman muda belianya tapi kini kita akan berjumpa beliau dengan sebuah keluarga besar bersama anak terunanya yang mungkin lebih besar juga dari ayahnya. Kalau dulu ada yang mengenali Dr Roslan sebagai Amir yang bertubuh kurus kecil tapi kini Abang Lan akan datang dengan saiz tshirt double XLnya (nasib baik perut tak boroi lagi...hehe).

Sungguh terasa masa berjalan begitu lambat. Oh 29 April! Kami akan terus menghitung hari...

- Antara 7 golongan yang akan mendapat naungan Allah di hari akhirat kelak adalah dua orang yang berkasih sayang kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah untuk mendapat keredhaan Allah -



- sedikit catatan nukilan hati dari kami, penganjur KKP9-

No comments: