Tuesday, April 26, 2011

Detik-Detik Persiapan KKP9...

Assalamualaikum.

Suka duka, pahit getir dalam membuat persiapan Konvensyen Kebangsaan Papisma Kali Ke-9 ini akan berakhir tidak lama lagi...

Tidak dinafikan, kelelahan berkejar ke sana kemari, kepenatan melayan kerenah ahli, kebingungan menyelesaikan kelumit permasalahan, hampir membuatkan diri rebah tak bermaya. Namun apabila ianya hampir berakhir, terasa indahnya saat kerja berjamaah terlaksana.

Sebelum bertemunya kita di konvensyen nanti, penulis ingin memanfaatkan gambar-gambar kenangan di sepanjang persiapan yang berlangsung semenjak 4 bulan yang lalu.

Bermula dengan mesyuarat perancangan aktiviti.....

Segala idea dan fikiran dikerah...

Segala yang terbuku dicurah...

Pokoknya, kita akan pastikan KKP9 ini benar-benar mencapai misi dan visi, InsyaAllah...

Di sebalik keseriusan, terkadang perbincangan bertukar menjadi hilai ketawa...

Dek kerana usikan ahli yang sememangnya lucu tapi bermutu...

Bermula langkah, resort diterjah...akhirnya BKBR menjadi pilihan.

Ruang yang selesa, penuh seni...

Suasana nyaman, penginapan aman, hati berkenan....

Anjung Bahtera menjadi pilihan untuk Gala Dinner...

Mesyuarat berulang, sampai larut malam...

Siang malam bertungkus lumus demi memastikan kejayaan KKP...

Ceruk bilikpun dah jadi gudang...

Menunggu hari untuk diangkut pergi...

Kerja teragih sempurna, ringan beban dirasa...

Bilalah button badge ini akan bertemu tuannya?

Sijilpun dah beres...

Agihan barangan yang terakhir, menunggu untuk dibawa ke BKBR.

Mesyuarat tergempar pula!

Ujian melanda, persahabatan teruji...tidak mudah mengambil keputusan yang terbaik. Namun InsyaAllah selagi kita berpegang kepada keputusan musyawarah, selagi itulah Allah akan memberikan pertolonganNya buat kita

Apapun yang kita laksanakan, jangan kita lari dari pergantungan kepada Allah. Kita hanya mampu merancang, Allah jualah yang menentukan segalanya. Bersama kita mohon dari Allah agar KKP9 ini berjalan dengan lancar dibawah rahmat dan keberkatanNya.

Bertemu kita di Bukit Keluang Beach Resort! Kami iringi perjalanan kalian dengan doa semoga selamat dan diberkati...

No comments: