Friday, May 28, 2010

SMART PAPISMA Terus Melangkah

(Biro IT)

Alhamdulillah, hari ini Jumaat, 28 Mei 2010 Kempen Kesedaran Kesihatan (Kempen 2K) oleh SMART PAPISMA telah berlangsung di Dewan Serbaguna Kondo Rakyat, Kuala Ibai dari pukul 8.20 hingga 11.30 pagi. Kempen 2K ini telah dihadiri oleh kira-kira 85 orang penduduk bagi mendapatkan rawatan saringan dan kaunseling kesihatan.

Seramai 8 orang pegawai perubatan dan pergigian PAPISMA telah berkhidmat dengan dibantu oleh 2 orang pegawai pemasaran dari syarikat ubat Servier yang juga bertindak sebagai penaja. Kempen 2K kali ini diadakan dengan ringkas tetapi padat yang dimulakan dengan tazkirah ringkas dan seterusnya Ceramah Kesedaran Kesihatan oleh Dr. Md. Arif Ibrahim yang juga merupakan Pengerusi Papisma Terengganu.

Poster Kempen 2K yang digantung di luar dewan.

Dr. Md. Arif sedang menyampaikan tazkirah dan ceramah 2K.

Kelihatan sebahagian peserta yang hadir di awal pagi bagi mendengar tazkirah dan ceramah 2K.

Khusyuk... Tanpa melepaskan peluang, Dr. Zaihan (Ummi) dan Dr. Nor Husna turut mendengar ceramah yang disampaikan.

"Mana orang ni?" Barangkali itulah yang sedang diperkatakan oleh dua orang doktor ni.

Dr. Roslan sedang mempengerusikan majlis sambil menjemput Pengerusi Rukun Tetangga.

Pengerusi Rukun Tetangga, En. Mohd. Nor Botok yang bertindak membuat jemputan dan menyediakan tempat Kempen 2K kali ini sedang menerima cenderahati.

Majlis diteruskan dengan program saringan kesihatan bagi darah tinggi, kencing manis dan kaunseling kesihatan bagi yang memerlukan. Penduduk Kondo Rakyat ini tidak hadir serentak pada kali ini barangkali kerana waktu pagi hujung minggu (Jumaat), kebanyakan penduduk selalunya melakukan rutin harian agak lewat.

Dr. Norhashimah, Penolong Setiausaha Papisma Terengganu sedang melakukan pemeriksaan.

"Kalau nak makan ubat ni, kena telah elok-elok ye kak. Nanti tercekik!" Hehe... sampai terpegun kakak tu mendengar nasihat Dr. Nor Husna.

"Tunggu kak ye... ni nak baiki glucometer tak tubek nombor ni.." Dr. Rosniza sedang memberikan kaunseling kepada dua orang pengunjung.

"Gula 9 mmol/L, ubat jangan tinggal ye. Banyakkan makan sayur..." Mungkin itulah yang diperkatakan oleh Dr. Che Faridah, antara ahli senior yang cukup komited dengan program.

"Lepas cek gula ni kena cek mata pulak ye..." Hehe... Pakar mata HSNZ, Dr. Nor Higrayati juga turut sama terlibat kali ini.

Sesudah pemeriksaan selesai para petugas PAPISMA dijamu dengan nasi lemak, mee goreng dan air kopi bagi menghilangkan lelah.

"Next program Servier kena sponsor la lagi. Barulah ringan sikit beban kami..." Dr. Che Faridah dan Dr. Nor Higrayati sedang berbincang dengan wakil Servier sambil menikmati juadah yang disediakan.

Dr. Roslan sedang berbual-bual dengan Pengerusi Rukun Tetangga Kondo Rakyat.

Pos istimewa para petugas Kempen 2K kali ini. Kombinasi antara pegawai perubatan kerajaan dan swasta, senior dan junior serta pakar-pakar di dalam PAPISMA menghasilkan gerakerja yang tersusun dan mantap.

"Dah habis yer... tunggulah kalau ada rezeki, kami sponsor lagi..." Wajah ceria dua orang pegawai pemasaran Servier yang banyak memberikan perkhidmatan kepada klinik-klinik swasta.


No comments: