.

PAPAN KENYATAAN



  • PROGRAM-PROGRAM PAPISMA TERENGGANU




    Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda;
    “Barangsiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah Taala, maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkah mu dan ambillah tempat tinggalmu di dalam syurga.” (HR At-Tirmizi)

    Dari Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda :
    " Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin, suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat."(HR Muslim)

  • JUALAN BUKU


    Hubungi
    Dr. Zaihan Salleh (012-9850123)


  • Hubungi
    Dr. Khatijah Musa (019-9222057)

Saturday, May 29, 2010

Perpisahan Yang Menyentuh Perasaan

(Biro IT)

Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan. Ia adalah sunnatullah yang telah dilumrahi sejak berzaman. Sudah tentu di dalamnya mengandungi erti yang besar bagi mematangkan emosi dan menguatkan keyakinan seorang mukmin bahawa di dunia ini tidak ada yang kekal.

Petang ini, 29 Mei 2010 satu kenangan telah diukirkan oleh PAPISMA Terengganu apabila ia akan ditinggalkan oleh tenaga-tenaga utamanya untuk jangkawaktu yang hanya Allah saja yang tahu. Bukan seorang tetapi 5 orang secara serentak. Satu majlis perpisahan telah diatur oleh kepimpinan yang tinggal bagi meraikan pemergian mereka di restoran Paradise Deluxe, Jln. Pasir Panjang dalam suasana tenang dan sederhana.

Sementara menunggu ketibaan para jemputan, masing-masing pun buatlah kerja sendiri bagi memenuhi masa yang terluang...
(Dari kiri: Dr. Roslan, Dr. Hazizul Helmy, Dr. Ahmad dan En. Hasbi. Berdiri: Dr. Arif dan Dr. Razin)

Para isteri juga memenuhkan masa dengan perkara yang bermanfaat... bersembang...
(Kelihatan dari kiri isteri Dr. Wazi, Dr. Ummi dan Dr. Nor Haizi (membelakangkan kamera) dan anak-anak).

"Haa... posing depan kamerapun perkara bermanfaat jugak yer..."
Dr. Norhaizi (isteri Pengerusi PAPISMA Terengganu, Dr. Md. Arif) dengan anak-anaknya. Meskipun masih dalam pantang, namun kerana ukhuwah dan persahabatan, tetap bersama kerana mungkin inilah saat terkahir dapat bertemu.

Bertanding lawan SMS nampak gayanya ni... Begitulah bila bertemu, penat berbual, main SMS...
(Dari kiri: Dr. Norhashimah, Dr. Che Faridah, Ust. Alias (suami Dr. Che Faridah) dan anak mereka).

Salah seorang yang diraikan, Dr. Shafinaz Salehen (kanan) dan suaminya. Seorang yang cukup komited dengan PAPISMA sejak sebelum penubuhan organisasinya di Terengganu. Beliaulah yang turun naik pejabat untuk menguruskan khidmat kesihatan dan sekali-sekala ke Kuala Lumpur untuk bermesyuarat mewakili PAPISMA. Setelah penubuhan organisasi PAPISMA, beliau telah dipilih menjadi Setiausaha selama dua tahun (satu penggal) sebelum terpaksa menolak jawatan kerana melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana dalam bidang Internal Medicine dan bertukar ke Pulau Pinang tak lama lagi. Mudah-mudahan beliau akan terus sukses membina karier dan terus istiqamah bersama PAPISMA di sana.

Majlis dimulakan dengan dipengerusikan oleh Dr. Wan Mohd. Razin.

Dr. Ahmad Wazi, salah seorang yang diraikan sedang menyampaikan ucapan. Beliau adalah Pakar Perubatan yang baru sahaja bertukar ke Kuala Terengganu dan telah sempat memegang jawatan Pengerusi SPR PAPISMA Terengganu. Hasil kreativitinya, AGM PAPISMA Terengganu telah berjalan dengan lancar dan cukup menarik. Beliau telah ditukarkan ke Kemaman, sebuah daerah meskipun masih di dalam negeri Terengganu, namun kedudukannya yang lebih kurang sama jauhnya dengan Kota Baru itu menyukarkannya untuk terus menabur bakti berkhidmat untuk PAPISMA Terengganu. Mudah-mudahan beliau akan terus istiqamah bersama PAPISMA di Kemaman nanti.

Mendengar ucapan yang disampaikan oleh yang diraikan. Sambil-sambil tu posing ye... Adik nak ambik gambar ni... Background tu abaikan ye. Ini bukan Majlis Hari Guru. Dewan yang sama. Majlis tu barangkali bermula malam ini.

Seterusnya Dr. Shafinaz menyampaikan ucapannya dengan perasaan sayu dan syahdu. Hampir mengalirkan air mata. Namun, kerana perpisahan itu suatu yang pasti bagi manusia, kita perlu tabah dalam menghadapinya.

Khusyuk mendengar ucapan... "Koho-koholah isi nasi ni..." Dr. Md. Arif sedang menceduk nasi ke dalam pinggan. Sebelah kiri sekali ialah Ust. Ismail Dagang, Naqib Usrah PAPISMA Terengganu.

"Lambat wei... makan dululah..." Anak sulung Dr. Md. Arif tak sabar-sabar nak makan nampaknya. Hehe..

Patutlah tak sabar. Ni haa menunya. Kerapu masak masam manis (ke masak apa tu?), daging masak kicap, tom yam, telur bungkus, ayam goreng kerabu (hehe... saja bagi nama ni) dan kailan goreng pedas.

"Terimalah cenderahati dari kami ni." Hilanglah sedikit rasa sedih bila terima cenderahati... Dr. Ahmad Wazi sedang menerima cenderahati dari PAPISMA Terengganu yang disampaikan oleh Ust. Ismail Dagang.

"Ingat-ingatlah kami di sini ye..". Dr. Shafinaz menerima cenderahati yang juga disampaikan oleh Ust. Ismail Dagang.

"Seronok jugak dapat cenderahati ye!" Ustazah Sumayah (isteri Dr. Salman), kiri dan isteri Dr. Ahmad Wazi.

"Kalau nak jadi Pengerusi PAPISMA Terengganu, kena pandai bersilat.." Hehe... seriusnya Dr. Arif berbincang dengan Dr. Salman sebelum menjamu selera.

Tidak kelihatan dalam gambar meskipun hadir ialah Presiden PAPISMA Pusat, Dr. Suhazeli dan isteri, Dr. Khatijah Musa. Beliau sampai lewat kerana kesesakan jalanraya. Biro IT tak sempat (tak ingat sebenarnya) nak snap gambar beliau kerana tanganpun dah pegang lauk, perutpun dah kenyang...

Tiga orang lagi yang diraikan tidak dapat hadir ialah Dr. Ahmad Faizal Shamsuddin, Pengerusi SMART Papisma dan isteri Dr. Zafferina Abdul Ghaffar kerana telah berada di Selangor, serta Pn. Siti Nurul Ain yang bertugas pada sukan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) yang sedang berlangsung.

Dr. Ahmad Faizal merupakan orang yang bertanggungjawab mengideakan penubuhan SMART PAPISMA sebagai ganti kepada Biro Khidmat Kesihatan. Oleh kerana beliau adalah ketua biro tersebut, maka beliau telah dilantik sebagai ketua SMART PAPISMA. Beliau seorang yang sangat ringan tulang dan sentiasa berada bersama masyarakat pada hujung minggu jika tidak on-call. Isterinya pula seorang yang sangat komited berjuang bersama PAPISMA Terengganu.


Pn. Nurul Ain pula adalah bekas Bendahari PAPISMA Terengganu selama dua tahun (satu penggal). Meskipun beliau seorang Pegawai Pemakanan, namun beliau tidak kekok untuk bersama-sama berkhidmat dalam khidmat kesihatan yang dianjurkan. Beliau sentiasa berada bersama-sama dengan pegawai-pegawai perubatan dan banyak kerja-kerja yang dapat dilakukan bagi membantu kelancaran khidmat kesihatan yang dilaksanakan. Oleh kerana kebolehannya dalam hal pengurusan, beliau telah dipilih sebagai Setiausaha PAPISMA Terengganu dalam AGM yang lalu. Namun Allah menentukan yang lepas dan akan datang. Beliau telah ditukarkan ke Negeri Sembilan untuk menyambung tugas dan khidmat kepada masyarakat di sana.

Ada beberapa orang lagi ahli PAPISMA yang pihak PAPISMA tidak sempat mengadakan apa-apa majlis untuk mereka, kami pohon maaf atas kelemahan dan kami juga sentiasa mengingati mereka sebagai orang yang sangat berjasa kepada pertubuhan dan Islam. Mudah-mudahan mereka akan kekal bersama-sama perjuangan PAPISMA walau di mana mereka ditugaskan. Kalau rindu-rindu, jenguklah blog Buletin Papisma ni iaitu media informasi PAPISMA Terengganu yang sama-sama kita bangunkan.


2 comments:

Zeen said...

Pengkesahan majlis yang sungguh berkesan dan bertapak di memori. Insyaallah kekal di ingatan. Thanks Biro IT & utk semua yg terpisah, Thanks for ALL, Sorry for EVERYTHING. Ilal liqa'

Biro IT said...

Alhamdulillah Zeen.. moga simpanan kisah dan memori lalu di buletin maya ini akan dijadikan sebahagian dari album kenangan yang dapat dinikmati oleh sahabat-sahabiat semua dari mana mereka berada.