Sunday, December 13, 2009

Program Berkhatan Papisma 2009 Menutup Tirai

(Biro IT)

Setelah 4 minggu berturut-turut dengan aktiviti hujung minggu (Jumaat) yang penuh, termasuk berkhatan dan korban, dua hari lalu (11/12/2009) merupakan hari terakhir program Berkhatan Papisma Terengganu untuk tahun 2009 ini. Oleh kerana kesibukan yang tidak dapat dielakkan, Buletin Papisma Terengganu kali ini memaparkan laporan bergambar dua program berkhatan sekaligus iaitu program di Madrasah Al-Ansar, Kg. Basong, Hulu Terengganu dan Madrasah Wan Esah, Kg. Panji Kuala Terengganu.

Alhamdulillah, meskipun dengan kesibukan on-call bagi para doktor kerajaan, dan lain-lain aktiviti pada cuti sekolah ini, namun sekalung tahniah diucapkan kepada mereka yang masih sanggup meringankan tulang untuk menjayakan aktiviti tetap hujung tahun bersama masyarakat ini.

Ada yang 'pasive call', ada yang 'post call', dan ada yang terpaksa membatalkan 'janji' bersama keluarga untuk bermain kolam renang, semata-mata kerja amal kerana Allah untuk membantu penduduk kampung dan memasyarakatkan Papisma.

Berikut adalah gambar-gambar sekitar Program Berkhatan di Madrasah Al-Ansar, Kg. Basong.

Para ibubapa peserta sedang mendaftarkan anak-anak mereka.


Meja pendaftaran juga dibuka.

Para petugas bantuan berkhatan terdiri dari penduduk kampung sedang bersedia untuk melakukan tugas.

Peralatan dan kelengkapan berkhatan sudah dibuka dan sedia untuk digunakan.

Doa dibaca oleh Tuan Imam sebelum berkhatan dimulakan.

Doa diaminkan... mudah-mudahan urusan berkhatan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.

Dr. Rosli sedang mengkhatankan seorang peserta secara solo... "Dorsal slit ke guillotine method tu Li?"

"Jaga-jaga! Jangan tersilap cucuk ye..." Dr. Faiz dibantu oleh Dr. Tuan Mohd. Fairuz, sedang mengkhatankan seorang peserta.

"Lepas ke tak lepas ni..." Dr. Roslan sedang mengkhatankan seorang peserta secara solo juga...

Para petugas sedang berehat sementara menunggu peralatan yang sudah digunakan untuk dibasuh.

"Makan dulu...!"Makananpun ada disediakan bagi para doktor dan petugas.


Seramai 15 orang telah berjaya dikhatankan, Alhamdulillah. Pada asalnya, pendaftaran kira-kira 30 orang, tetapi mereka terpaksa membatalkannya kerana banjir yang melanda daerah ini yang telah memutuskan lalulintas dari Kuala Berang ke sini. Jadi, petugas Papismapun dikurangkan last minute. Program selesai kira-kira pukul 12.30 tengahari dan para petugas Papisma Terengganu telah menunaikan solat Jumaat di Masjid Kg. Basong.

Berikut ini pula adalah gambar-gambar di sekitar program berkhatan di Madrasah Wan Esah, Kg. Panji.

Sebelum pukul 8 pagi lagi kanak-kanak ini telah sampai dengan begitu bersemangat untuk menyertai program berkhatan.

"Tak takut ke Dik?""Eh... Apa nak takut? Doktor-doktor Papisma buat tak sakit!" Hehe... barangkali itulah jawapan dari mulut anak-anak itu...

Pada pukul 8.30 pagi, bahagian pendaftaranpun dah boleh rileks... Semua dah siap mendaftar.

Sebelum perasmian, adik-adik dari Madrasah...(tak ingat) telah menghiburkan para peserta dan ibubapa dengan alunan nasyid-nasyid arab dan qasidah. Pada masa yang sama program berkhatan telahpun bermula di bahagian atas madrasah.

Para ibubapa dan peserta khusyu' menikmati alunan nasyid.

"Alamak! Awat rendah sangat meja ni! Sakit pinggang la..." Dr. Azmi, senior GP dalam Papisma yang cukup setia dengan program berkhatan, sedang mengkhatankan seorang peserta secara solo.

Dr. Yusof sedang membantu MA Muin.

"Cepat-cepat secure bleeding ni..." Dr. Faiz dan Dr. Tuan Mohd. Fairuz secara bergilir-gilir mengkhatankan peserta.

"Selesa jugak meja rendah ni ya.."Tenaga pengkhatan 'profesional' dari Ajil, En. Zukri dan En. Zainal yang menjadi tenaga tetap Program Berkhatan Papisma.

"Cucuk macam ni ya..." Jangan serious sangat Li.. hehe... Dr. Rosli (post call ni) dibantu oleh Dr. Hazizul Helmy.

"Sekali cucuk terus hilang sakit tau. Ready...!" En. Zumaini dan rakannya juga begitu setia dengan program berkhatan anjuran Papisma. Terima kasih ya...

Alhamdulillah, seramai 41 kanak-kanak telah berjaya dikhatankan. Sepanjang program berjalan, suasana dipenuhi dengan alunan ayat-ayat suci al-Quran dan nasyid yang berselang-seli sehingga menenggelamkan jeritan kanak-kanak yang menangis kerana ketakutan.

Program selesai kira-kira pukul 12.30 pm dan para petugas telah dijamu dengan nasi minyak oleh pihak penganjur sebelum pulang.

No comments: