Friday, November 20, 2009

Program Berkhatan Papisma Terengganu 2009

(Biro IT)

20 Nov. 2009, Jumaat - Papisma sekali lagi terlibat dalam program berkhatan sempena cuti sekolah kali ini dengan menganjurkan program bersama Skuad Waja Kuala Terengganu. Program berkhatan itu telah diadakan di Rumah Rehat Al-Ansar bersebelahan Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu. Papisma telah disertai oleh 6 orang doktor iaitu Dr. Roslan, Dr. Rosli (Ketua), Dr. Tuan Mohd. Fairuz, Dr. Faiz, Dr. Hafiz dan Dr. Yusof. Mr. Husin juga hadir tetapi sebagai pemerhati sahaja. Wakil-wakil Medical Assistant yang terlibat adalah dari Hulu Terengganu seramai 8 orang yang diketuai oleh En. Wan Azmi.

Banner yang digantung di beberapa tempat sebagai iklan dan promosi untuk program berkhatan kali ini.

More...
Seramai 38 kanak-kanak telah berjaya dikhatankan meskipun pendaftaran yang telah dilakukan adalah seramai lebih-kurang 70 orang. Mungkin keadaan hujan yang berterusan dari pagi hingga tengahari telah menyukarkan mereka untuk hadir hari ini. Program yang dimulakan seawal 8.30 pagi itu telah berakhir kira-kira pukul 12 tengahari.Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar.

Wakil-wakil Papisma yang terdiri, dari kiri; Dr. Faiz, Dr. Hafiz, Dr. Tuan Mohd. Fairuz, Dr. Rosli dan Dr. Yusof.

Pendaftaran berkhatan sedang dilakukan oleh adik-adik dari Skuad Waja
.
Bahagian kaunter penerangan dan ubat di sebelah dalam. Kelihatan di dalam singlet bag berwarna kuning itu adalah panduan selepas berkhatan dan ubat-ubatan.

Adik-adik memakai baju rasmi yang tertulis "Skuad Waja Negeri Terengganu".

Ahli-ahli Skuad Waja yang lain juga tidak melepaskan peluang untuk turut memeriahkan program kali ini.

Termasuklah Setiausaha Skuad Waja, Ust. Fizol (kiri) dan Pengerusi, Ust. Al-Ghazali (kanan).

Dr. Rosli sedang mengkatankan seorang peserta sambil dibantu oleh Dr. Faiz.

Wah... rileks nampak! Dr. Fairuz sempat berehat seketika sementara menunggu peserta seterusnya. Sebelah kiri adalah Dr. Yusof.

Tn. Hj. Anwar sedang membius seorang peserta berkhatan sambil diperhatikan oleh En. Muin.

En. Zukri sedang mengkhatankan seorang peserta dengan dibantu oleh En. Zainal.

En. Zumaini sedang mengkhatankan peserta termuda program berkhatan kali ini yang baru berusia 6 tahun.

AJK yang paling sibuk hari ini iaitu adik Hakim dar Skuad Waja yang mengurus dan mengatur jadual agar program berjalan dengan lancar.

Program berkhatan kali ini cukup special kerana jamuan juga disediakan oleh pihak urusetia untuk para petugas dan semua yang hadir.

Meskipun hanya nasi minyak dan 'gulai kawah', namun rasanya cukup istimewa dan menyelerakan.

En. Wan Azmi dan pembantu setianya sedang menikmati nasi minyak gulai kawah semasa berehat setelah penat mengkhatankan peserta.

Team berkhatan Medical Assistant dari Hulu Terengganu sedang berehat setelah menikmati jamuan sambil menunggu peserta seterusnya.

InsyaAllah ada dua lagi program Papisma yang akan berlangsung semasa cuti sekolah ini iaitu pada 4 dan 11 Disember Nantikan berita bergambar seterusnya...

No comments: