Sunday, October 18, 2009

Jamuan Aidil Fitri Papisma Trg

(Biro IT)

Meskipun dengan sambutan yang cukup sederhana, Aidilfitri 1430H/2009 tetap meninggalkan kenangan.

Entah kenapa, sepanjang Syawal ini sahabat-sahabat pimpinan Papisma Terengganu cukup sibuk. Majlis Aidilfitri yang dirancang lebih awal itu telah bertembung dengan pelbagai program sehingga akhirnya keputusan terpaksa dilakukan untuk tetap mengadakan sambutan ini di saat-saat akhir. Alhamdulillah berikut dipaparkan sebahagian gambar-gambar yang sempat diambil oleh Biro IT yang ketika ini terpaksa meninggalkan majlis lebih awal kerana bekerja.
More...

Lokasi: Pantai Batu Buruk, betul-betul di belakang Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).
Tarikh : 18/10/2009
Masa : 1 - 3 petang.
Menu: tengok sendiri naa...

Menunya Nasi goreng campur, ayam goreng Kentucky, keropok, rojak buah 'tersohor' Cabang Tiga, puding, buah tembikai dan airnya sirap pisang. Keluar air liur pulak eh...bila teringat kelazatannya.Haa... ini nasinya yang dah tinggal separuh...

Hidangan yang menunggu disantap!

Kelihatan juga antara jemputan yang turut serta ialah Al-Fadhil Ustaz Abu Bakar Abdullah, pengendali bahagian Kebajikan Negeri Terengganu. Di sebelahnya ialah Dr. Tuan Mohd. Fairuz (UK) yang baru 2 bulan posting di HSNZ.

Kelihatan Dr. Razin, Timbalan Pengerusi Papisma Terengganu merangkap Pengarah Sambutan Aidilfitri kali ini. Beliau tiba paling awal dan pulang paling lewat...

Lawan sapa menang minum air.... Presiden Papisma Pusat, Dr. Suhazeli Abdullah (kiri) yang merupakan DIF Kehormat turut hadir bagi memeriahkan sambutan ini. Beliau yang cukup prihatin dengan setiap program Papisma akan berada di mana-mana di seluruh Malaysia. Beliau baru saja sampai dari Kuala Lumpur kerana menghadiri Majlis Sambutan Papisma Pusat di sana. Syabas Presiden! Di sebelahnya Dr. Termizy, ahli dua negeri (ahlul baladain)... hehe... dan Dr. Ahmad Faizal Shamsuddin.

Wah... ni macam kenal ni... Bendahari Papisma Pusatpun adalah... DIF Kehormat jugaklah kira ni ye... Kak Han datang sekeluarga untuk memeriahkan majlis ini.

Suasana di tepi pantai yang cukup nyaman dengan desiran angin yang mendamaikan dan pukulan ombak yang sayup-sayup kedengaran. Ditambah pula dengan alunan lagu-lagu aidilfitri yang cukup menggamit memori.

Kelihatan Dr. Tuan Norizan Tuan Mahmud (isteri Dr. Razin) yang menjadi penyambut tetamu tak rasmi sedang menyambut kedatangan Dr. Azlin Amat. Sedang mendokong anak siapa tu? Itulah anak pasangan Dr. Ahmad Faizal dan Dr. Zafferina.

Kelihatan Tn. Hj. Sabri (Pengarah KWSP Negeri) suami kepada Dr. Azlin (berdiri berkopiah).

Mr. Husin Mohamad baru tiba bersama keluarga.

Pengerusi Papisma Terengganu, Dr. Roslan dan Dr. Razin sedang melayan tetamu.





Haa... yang ini bukan ahli atau AJK Papisma Terengganu naa... ni anak-anak Kak Han 'ngekor' mak dia... hehee...

Sempat lagi posing berlatarbelakangkan laut di Pantai Batu Buruk.


Anak Kak Han bersama anak Mr. Husin.

Lepas Biro IT balik, tak dapatlah menangkap-nangkap gambor meskipun majlis masih berlangsung... Bagi yang tak termasuk dalam gambar tu, mohon maaf banyaklah ye... Anda semua penting, cuma tak tertangkap je gambarnya...

Sempena Syawal 1430H ini, bagi mewakili Papisma Terengganu, kami mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Minal 'Aidin Wal Faizin, kullu 'aam wa antum bikhoir. Taqabbalallahu minnaa waminkum.

Semoga berjumpa lagi pada Aidilfitri tahun hadapan.

No comments: