.

PAPAN KENYATAAN



  • PROGRAM-PROGRAM PAPISMA TERENGGANU




    Daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah S.A.W. bersabda;
    “Barangsiapa yang menziarahi orang sakit atau menziarahi saudaranya kerana Allah Taala, maka terdengarlah suara yang memanggil dan mengatakan bagus dan bagus langkah mu dan ambillah tempat tinggalmu di dalam syurga.” (HR At-Tirmizi)

    Dari Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda :
    " Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin, suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat."(HR Muslim)

  • JUALAN BUKU


    Hubungi
    Dr. Zaihan Salleh (012-9850123)


  • Hubungi
    Dr. Khatijah Musa (019-9222057)

Sunday, May 24, 2009

Pendirian Ulama Mengenai Lantikan Sebagai Qadhi/Hakim

(Al-Qasam)

Sejak kebelakangan ini, pelbagai konflik dan percaturan politik yang bercelaru berlaku. Takutlah Allah, wahai saudara-saudaraku akan tiba masanya segala amalan kita akan dihisab di akhirat kelak.

Berhadapan dengan etika sesuatu jawatan dan kehendak peribadi amatlah rumit untuk dileraikan melainkan jika seseorang itu mempunyai amanah dan integriti dan jika dia Muslim, dia takut pada Allah.

Qadhi Dalam Islam

Qadhi dalam Islam merupakan satu jawatan tertinggi dalam pemerintaham perundangan dan perlembagaan.

Disebabkan isu-isu terbaru tersebut, kedengaran pelbagai pihak yang menyuarakan ketidakpuasan di atas keputusan hakim yang dikatakan tidak adil dan sebagainya. Maka hendaklah kita sebagai rakyat marhaen, para hakim juga pihak penguasa negara bersikap adil dan saksama dalam melaksanakan tanggungjawab dan amanah masing-masing. Sesungguhnya tanggungjawab seorang hakim atau dipanggil Qadhi dalam kitab-kitab fekah merupakan tanggungjawab besar lagi berat galasannya.

Sekalipun kita berpendidikan barat, malah berpangkat tinggi lagi terhormat kedudukannya maka jika hendak mencari ke arah mana hala tuju diri di kala zaman penuh fitnah dan kepelbagaiaan ideologi, hendaklah melihat contoh dari para Salaf yang lampau. Sangat sedikit Fuqaha’ dan Ulama’ yang mahu menerima lantikan daripada kerajaan untuk menjadi Qadhi walau hakikatnya mereka layak untuk memegang jawatan sebagai Qadhi ataupun hakim.
Mereka berpegangan sedemikan demi untuk memelihara diri mereka kerana berpandangan jalan tersebut lebih selamat selain merasakan pada diri mereka mempunyai beberapa kelemahan tertentu dan takut ianya menghalang mereka daripada beribadah dan mencari ilmu. [1]

Imam Abu Hanifah r.a Dipenjara
Salah seorang fuqaha’ yang tersohor yang terkenal dalam kitab-kitab perbahasan bab Wilayah Qadhi (Perlantikan Qadhi/Hakim) yang menolak dilantik sebagai hakim ialah Imam Abu Hanifah r.a Diceritakan oleh Abi Ja’far Ibn Jarir At-Tobari[2], Abu Na’em Al-Asbahani[3] dan Khatib Hafiz Abu Bakar Al-Baghdadi[4].

Khatib Baghdadi menyebut selain dari Abu Mansur Yazid bin Amru ingin melantik Imam Abu Hanifah r.a sebagai Qadhi di Kufah maka Abu Hanifah enggan dan kemudian beliau disebat 100 sebatan dan setiap hari Abu Hanifah r.a menerima 10 kali sebatan namun Abu Hanifah Rohimahullah tetap tidak menerima.[5]

Selain itu Imam Syafie Rohimahullah juga diceritakan oleh Abu At-Tib At-Tobari bahawa Khalifah Ma’mun [6] menulis surat kepada Imam Syafie Rohimahullah untuk menjemput beliau menjadi Qadhi di wilayah selatan dan barat, tetapi Imam Syafie menolak pelawaan Khalifah.

Perbincangan
Ini menunjukkan sikap wara’ dan zuhudnya Imam-Imam besar kita akan jawatan sebagai Qadhi besar negara sekalipun mereka mempunyai ilmu yang tinggi dan lebih dari layak memegang jawatan sebagai Qadhi. Malah mereka merupakan Mujtahid Mutlaq yang telah cukup syarat-syarat menjadi mujtahid mutlaq dan membina mazhab masing-masing hasil kajian dan pembelajaran yang lama dan dalam.

Mereka lebih gemar bebas berdakwah dan mengajar di masjid-masjid dalam menyampaikan amanah ilmu daripada terikat dengan lantikan sebagai Qadhi/Hakim kerajaan. Ini kerana beratnya jawatan Hakim atau Qadhi tersebut.

Walaupun negara kita tidak melaksanakan hukum Islam secara menyeluruh dan malah memisahkan penghakiman antara undang-undang Syarie dan undang-undang British namun hendaklah mereka yang bergelar Muslim berhati-hati dan bertaqwa pada Allah kerana di akhirat kelak jawatan hakim ini akan menjadi penyesalan bagi mereka kerana menerimanya di dunia dahulu.

Wallahua’lam
alQasam
23 Mei 09
____________________
[1] Adab Fuqaha’, Liibnu Abi Dam, m/s: 25.
[2] Tobari, Tarikh Kabir.
[3] Ashfahani, Hilliyatul Awliya’ Watobaqot Al-Ashfiya’.
[4] Abu Bakar Baghdadi, Khatib Hafiz Tarikh Baghdad.
[5] Adab Fuqaha’ Ibnu Abi Dam, m/s 28.
[6] Khalifah Abu Jafar al-Ma’mun ibn Harun (14 September 786 - 9 Ogos 833), sering dikenali sebagai Al-Ma’mun atau Al-Makmun (المأمون) merupakan seorang khalifah Kerajaan Bani Abbasiyyah dari 813 sehingga 833 Masihi. Baginda merupakan anakanda Khalifah Harun Al-Rasyid, dan menjadi khalifah selepas menggantikan adiknya, Al-Amin. Sumber: Wikipedia.

Saturday, May 23, 2009

Cinta: Lupa Dan Ingat

(Al-Qasam)

Saya masih ingat mengapa saya menulis tulisan di bawah. Masih segar malah.

Ketika itu[1] saya mengajar di salah sebuah sekolah antarabangsa. Di hari yang tidak disangka kami mendapat berita beberapa murid kami melakukan sesuatu yang diluar duga.

“You won’t believe what happen Sumayyah!”

Sahabat susah senang dan teman seperjuangan Sister Rahimah merapati saya. Saya tahu kekanda saya ini akan mengkhabarkan apa-apa yang penting dan kami berkongsi hampir segalanya. Sahabat yang tiada duanya lagi.

“Oh, why?”

Dada saya berdebar kencang. Setelah diberitahu, saya masih tidak percaya!

Hampir pitam saya. Malah, ada yang berada dalam usrah saya sendiri. Sedih juga kesal namun saya tahu ini ujian. Buat saya. Buat mereka. Sebelum saya berhenti dan juga selepas peristiwa tersebut saya mengajak setiap seorang dari mereka duduk-duduk santai bersama saya. Berbual dari hati ke hati. Remaja. Bukan senang. Kita kasih dan kasihankan mereka. Jika mereka tersalah, pimpin mereka. Jika mereka silap, selami jiwa mereka.[2]

Tulisan ini lahir dari hati tunduk akur bahawa kita; tiada apa-apa. Jika kita ada sedikit sifat Ihsan, ia tidak dapat dikira sebagai apa-apa kerna Allah Maha Hebat lagi!

Dunia oh dunia

” Dan kalaulah tidak kerana kemurahan Allah dan kasihsayangNya kepada kamu, tiadalah seorang pun di antara kamu yang bersih buat selama-lamanya, tetapi Allah mensucikan orang-orang yang dikehendakiNYA; dan Allah itu Maha Mendengar dan Maha Tahu “An-Nur: 2

Allah mengampuni hamba-hambaNYA selagi mana tidak mencapai batasan Syirik. Jelas bila hari ini mereka yang dekat dan akrab di hati serta anak didik setiap hari telah mebuatkan kami terduduk, longlai dengan hentakan peristiwa natijah tersungkurnya mereka dengan nafsu. Tidak mampu memandang mata, bukan benci namun gementar tubuh mengingatkan hebatnya percikan dosa mereka, bukan mengabaikan namun risau andai pandangan mata berbaur zhon yang tidak baik dan dua yang tidak ikhlas pula atau syuur (perasaan) yg tidak baik juga.

Ibnu Masud telah meriwayatkan ” Orang Mu’min melihat ia akan dirinya dari dosa-dosa seolah-olah ia duduk di bawah bukit di mana ia takut kalau-kalau bukit-bukit itu jatuh ke atasnya. Dan orang munafiq melihat ia akan dosa-dosanya laksana lalat-lalat yang menghinggap pada hidungnya, mudah untuk menghalaunya dengan jari telunjuknya saja.”

Antara Kasih Allah Dan Sayang Manusia

Betapa hebatnya panahan dunia, sehingga manusia mampu tersungkur di dalamnya. Sedarlah kita, bahawa sehebat mana cinta, kasih sayang manusia pada manusia tidak mampu menandingi kasihsayang Allah yang Maha Hebat dan luas terhadap hambaNYA. Sedalam mana juga sifat ihsan dan belas kasihan dalam nubari kita masih tidak mampu juga menandingi pengampunan dan Maghfirah Allah. Kerana Allah, luasnya kasihsayangNya akan mengampunkan sekian dosa makhlukNYA. Sedang kita, sukar untuk melupakan walau boleh memaafkan kerana di situ membuktikan akan sifat kita selaku manusia yang terbatas sifat dan kasihnya.

Berkata Nabi Allah Isa r.a kepada sahabat-sahabatnya: “Di manakah tumbuhan biji-bijian itu? Menjawab sahabat Isa: Dalam bumi. Maka Isa r.a berkata: Nah demikianlah hikmah Allah tidak akan timbul kecuali dalam hati yang laksana bumi”.

Kasih Allah Tidak Terbatas

Jika kamu ingin hitung nikmat-nikmat Allah pastilah kamu tidak akan mungkin menghitungnya ( meliputinya ),” Ibrahim: 34

Sebagai manusia bagi kita segalanya terbatas samada kasih pada keluarga, teman-teman, pasangan hidup atau binatang. Luahkanlah, sayangilah sehebat mana jua masih sedikit andai ingin dibandingkan dengan kasihsayang Allah yang MAHA LUAS dan TIDAK TERBATAS. Hanya dengan tajalliyat dari sifat RAHMAH dan RAHIM Allah, maka merasalah dan milikilah kita rasa sayang untuk diaplikasikan kepada yang hak,untuk yang hak dan demi menunaikan hak di alam ini.

Love without boundaries hanya ada pada Allah dan hanya dimiliki Allah. Kita tidak akan ada rasa sebegitu walau kita mengakuinya kerana kita MANUSIA. Kalau anda mengimpikan memiliki cinta daripada manusia yang eternal dan everlasting maka ibarat bermimpi di siang hari. Sehebat mana kuasa cinta yang diperolehi dari manusia tidak terbanding dengan luar biasanya kasih sayang Allah. Tidak terbanding pasti.

Istimewa Kasih Ibu

Memadailah andai kita menyedari kasih ibu yang telah Allah beri hanyas sedikit dibandingkan dengan Kasihsayang Allah, maka ibu jugalah peranan utama lagi objek pertama yang harus menggunapakai perasaan itu untuk mendidik anak-anakNYA mengenal pencipta, kerana IBUlah pendidik utama yang diberi rasa sayang oleh ALLAH untuk mengenal pencipta. Maka duhai ibu-ibu jalankanlah peranan anda. Ramai manusia ketinggalalan di belakang kasih Tuhan kerana leka ibu mendidik sejak dari rumah.

Percayalah, bagaimana jua kita merasa telah melakukan kerja, maka perlu sedar amat dunia sebenar lebih mencabar, lebih memerlukan segala kasih sayang untuk merealisasikannya, lebih dari jerih perih, ianya lebih dari kata-kata, ianya lebih dari tulisan, ianya lebih dari usaha-usaha didikan sesama kita, lebih dari seminar, lebih dari kertas, lebih dari usrah.

Tuntasnya, kerana ianya bermula dari sebelum ibu mengandung malah lebih mujur lagi ianya bermula sebelum wanita-wanita bergelar ibu, dari didikan nafsu, hati dan diri dalam berjalan menuju mengenal Allah.

Maka sahaja Allah beri secubit kasihNya untuk si ibu mendidik anaknya dan menekankan kasih ibu itu juga hanya sedikit dibandingkan dengan kasih Allah menjadi indikator yang menunjukkan peranan ibu merupakan momentum utama dalam pendidikan seorang manusia.

Love is all about forgiving and forgot

Syeikh Ahmad Semait telah menulis.

Jika Engkau menjanjikan apineraka kepada sesiapa yang berdosa.Namun janjiMu akan pengampunan tiada terbatas dan tertara. Jika Engkau punya kuasa dapat membalas dan menyiksa. Namun sifatMu belaskasihan juga Pelembut PengurniaKami semua memang berdosa namun tabirMu menutup sentiasaDan tiada apapun yang Engkau tutupi akan didedah dan dibukaKalaulah kami tidak bersalah dan Engkau Pemurah hati Pengampunkan, Siapa lagi selain kami yang bersalah dan siapa selainMu PemaafkanMoga kita berdoa supaya kita diberi Allah selamat dan afiat daripada dosa dan maksiat, dan dari segala keingkaran dan munkaratm dan daripada keaiban diri dan api neraka, Amin.”

Love is all about forgiving and forgot. Allah jua yang maha sempurna. Maka perlu sahaja kita belajar dari sifat Allah yang Maha pengampun dan penyayang untuk kita sedar siapalah kita untuk merasa terlalu besar sesuatu kesilapan dan kesalahan untuk dimaafkan. Sedang Allah Pencipta dan Pemberi segala Kurnia sifat PengampanuNya sahaja melebihi dari dosa-dosa makhluk-makhlukNya. Maka siapalah kita untuk tidak memaafkan!

Jalaluddin Ar-Rumi telah bersyair.

Be grateful for whatever it comes, Because each has been sent, As a guide from beyond


[1] Tulisan di bawah saya tulis lebih dua tahun lepas di blog lama

[2] Saya cenderung pendekatan berbentuk kreatif juga rapat seperti kawan namun masih menjaga batas anak murid dan guru. Dari jauh, saya sentiasa doakan mereka. Dari jauh, saya sentiasa mengkagumi sahabat saya dan guru-guru lain yang sabar dan tekun mendidik mereka, anak-anak murid saya. Terima kasih.

Sunday, May 17, 2009

Kenapa Tiada Hari Doktor?

(Ibnul Munzir)

Sudah lama saya tertanya-tanya kenapa Hari Guru disambut tetapi tiada sambutan Hari Doktor? Meskipun sambutan Hari Guru tidaklah sampai cuti sekolah, tetapi dengan adanya hari kenangan seumpama itu akan menaikkan martabat sesuatu profesion. Sebagaimana Hari Ibu, Hari Bapa dan berbagai hari lagi yang disambut untuk menjadi kenangan sambil menaikan martabat mereka.

Saya tidak bermaksud mempertikaikan profesion guru... masyaAllah... kerana saya juga dididik dan dibimbing oleh para guru. Para gurulah yang menerangi kegelapan lantaran kegelapan itu adalah akibat kejahilan. Saya hanya bermaksud mencambah minda agar kita bertambah kritikal dan tidak hanya menerima dengan seadanya tanpa berusaha menilai dan membuat perubahan.

Di Malaysia, guru merupakan satu profesion dan jawatan. Dengan profesion itu mahu atau tak mahu mereka memang bertugas mendidik para pelajar yang datang ke sekolah. Sebagai satu profesion yang dibayar gaji, maka tugas mereka telah ditetapkan secara hakiki untuk mengajar subjek-subjek tertentu. Kalau di sekolah rendah, maka 5 subjek itulah yang menjadi subjek pengajaran mereka. Kalau di sekolah menengah peringkat PMR, maka 8 subjek itulah yang menjadi subjek pengajaran mereka dan begitulah seterusnya di peringkat SPM dan STPM. Apakah subjek-subjek itu menjadikan murid-murid tersebut boleh berdikari dan menjadi warga berguna boleh fikir-fikirkan sendiri. Tetapi, itulah profesion guru yang melayakkan ia disambut setiap tahun. Setakat mana pula title guru itu sayapun tak pasti. Cuma setahu saya pensyarah universiti tidak pernah menyambut hari guru lantaran mereka bukan lagi guru tetapi pensyarah.

Oleh itulah saya mengutarakan pandangan mengapa tiada sambutan Hari Doktor? Doktor juga merupakan salah satu profesion di Malaysia. Doktor bertugas dalam suasana yang kritikal sepanjang masa bagi mereka yang bertugas di bahagian klinikal. Mereka menyelamatkan nyawa dengan mengorbankan kesenangan diri. Doktor tiada hari cuti yang panjang seperti guru dan kadangkala cutinya yang hanya dua hari seminggu itu diragut dek kerana on-call.

Sememangnya mereka dibayar atas kerja-kerja yang dilakukan lantaran ia merupakan profesion pekerjaan, tetapi tugasnya yang kritikal dan tidak mengenal masa itu masih tidak melayakkan ianya disambut dengan Hari Doktor. Saya terfikir, kadangkala doktor bukan hanya bertugas sebagai merawat pesakit, tetapi juga sebagai guru apabila mendidik setiap pesakit agar mengamalkan cara hidup sihat dan menjauhi perkara-perkara yang membahayakan kesihatan. Bagi mereka yang muslim pula seringkali mengingatkan agar mengerjakan solat ketika sakit dan mengajar bagaimana bertayammum dan bagaimana mengerjakan solat ketika sakit dan ketika mengalami berbagai-bagai masalah kesihatan. Dari baru lahir sehingga menghembuskan nafas terakhir, kadangkala doktorlah yang bersusah payah menguruskan mereka.

Jadi, barangkali dengan beberapa sentuhan mengenai tugas-tugas doktor itu, ia juga layak disambut dengan Hari Doktor, bukan kerana mengharapkan apa-apa, lantaran memang tiada apa-apapun 'sambutan' pada hari itu... tetapi agar masyarakat memaklumi bahawa tugas-tugas doktor itu merupakan satu tugas yang sepatutnya dikenang. Sama-samalah kita fikirkannya...

Di Luar Kotak Seorang Doktor

(Doktormuslim)

Hari ini, sekali lagi diri saya di bawa berfikir. Berfikir tentang peranan . Bekerja di Jabatan Kecemasan ini menyebabkan saya turut terlibat dengan kes medicolegal (kes dalam siasatan polis) seperti kes rogol yang kebanyakannya suka sama suka, kes penyalahgunaan dadah, pengambilan darah untuk pengesahan DNA penjenayah dan macam-macam lagi perkara yang menyesakkan dada melihatkan kroniknya penyakit masyarakat yang jauh dari nilai agama.

Memang tugas doktor cuma sekadar memeriksa mereka kemudian memberikan ubat berdasarkan penyakit mereka, tapi tugas sebagai seorang islam seakan terabai bila membiarkan mereka berlalu tanpa berkata sesuatu. Kita sekadar melakukan rutin seorang doktor tanpa berusaha untuk mengubah penyakit yang lebih kronik di dalam jiwa mereka iaitu penyakit Ghaflah.

Lupa pada Allah Taala, lupa kepada tujuan Allah Taala meletakkan mereka sebagai Khalifah di muka bumi ini dan yang lebih besar, mereka lupa kepada pengakhiran hidup mereka. Mereka bukan sengaja melupakan perkara tersebut, tapi bagi golongan ini, persoalan asas ini tidak pernah di fikirkan oleh mereka. Masyarakat sekeliling sekadar mencemuh perbuatan mereka tanpa usaha untuk membantu mereka menyelesaikan persoalan ini menyebabkan mereka semakin jauh tersesat di alam nafsu sendiri.

" Siapa kita, Dari mana dan Ke mana?" merupakan persoalan asas bagi segala tujuan. Bagi menyelesaikan persoalan inilah, Allah Taala menurunkan panduan di dalam kitab sucinya dan di terjemahkan oleh Rasul utusan Allah, supaya manusia dapat menemui cahaya kehidupan setelah teraba-raba mencari arah di dalam kegelapan jahil dan kufur.

Hidup ini terlalu murah jika sekadar untuk di habiskan bagi memenuhi tuntutan jasmani semata-mata. Apakah beza kita sebagai manusia dengan binatang sekiranya tujuan hidup adalah untuk makan , berehat , melepaskan nafsu seksual dan mencari duit hanya untuk meneruskan perkara tersebut. Sebab itu Allah Taala mencetuskan persoalan ini di dalam ayatNya:

قال الله تعالي : افحسبتم انما خلقناكم عبثا وانكم الينا لا ترجعون
Maksud: Adakah kamu menyangka (wahai manusia) yang kamu ini di ciptakan dengan sia-sia dan kamu tidak di kembalikan kepada kami (tidak sekali-kali)

Allah Taala juga menempelak golongan yang sekadar hidup untuk memenuhi tuntutan hawa nafsu dan melupakan tujuan hidup yang utama iaitu mengenal Allah Taala dan menjadikan seluruh kehidupan sebagai ibadahNya.

قال الله تعالي : والذين كفروا يتمتعون وياكلون كما تاكل الانعام والنار مثوا لهم
Maksud : Dan orang-orang yang kufur (kepada Allah Taala) , mereka berseronok dan makan sebagaimana binatang ternak, nerakalah kesudahan bagi mereka.

Seorang muslim mestilah menyukai bagi saudaranya apa yang di sukai bagi dirinya. Mafhum dari hadith ini meluas pemahamannya dan bukan sekadar menganjurkan kita untuk berkongsi kebaikan dengan saudara seislam kita dari segi material. Kebaikan yang paling besar dan wajib di kongsi bersama adalah hidayah Allah dan kefahaman islam yang di berikan oleh Allah Taala kepada kita.Bantulah untuk menggapai tangan saudara seislammu yang sedang lemas di lautan nafsu dan pimpinlah mereka di atas jalan menuju Allah Taala.

‏ ‏حدثنا ‏ ‏مسدد ‏ ‏حدثنا ‏ ‏معتمر ‏ ‏عن ‏ ‏حميد ‏ ‏عن ‏ ‏أنس ‏ ‏رضي الله عنه ‏ ‏قال ‏
‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏انصر أخاك ظالما أو مظلوما قالوا يا رسول الله هذا ننصره مظلوما فكيف ننصره ظالما قال تأخذ فوق يديه

Sabda Rasulullah s.a.w : Bantulah saudaramu yang berlaku zalim atau yang menzalimi. Sahabat berkata: Ya Rasulallah,kami membantu orang yang di zalimi,tetapi bagaimana kami membantu orang yang zalim. Sabda Rasullullah: Halangilah kezaliman yang di lakukan oleh mereka (Hadith riwayat Al-Bukhari)

Saturday, May 16, 2009

H1N1: Kes Kedua Dikesan, Dua Lagi Dikuarantin

(Biro IT)

Berita terbaru yang diambil dari Mstar Online petang ini yang semakin menggemparkan dan mencemaskan. Apakah ini merupakan bala Allah akibat dari kelemahan pihak-pihak berwajib dalam menjalankan langkah pencegahan? Sama-sama fikirkannya. Akibat terlalu longgar dalam mengawal 'pintu masuk' kepada virus H1N1 itu menyebabkan dalam sekelip mata virus ini telah merentasi Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Semalam di Ibu Negara, hari ini di Pulau Pinang.

Sebagai umat Islam, kita perlu menjaga akidah kita. Kita tidak boleh terikut dengan jeritan dan laungan orang lain dalam melihat isu jangkitan ini. Meskipun kita diminta berjaga-jaga seoptima mungkin, tetapi jangkitan hanya akan berlaku mengikut kehendak Allah SWT. Klik sini untuk artikel tersebut. Marilah kita sama-sama berdoa semoga kita dan orang-orang yang kita sayangi dapat terhindar dari ujian ini.

Berikut adalah berita tersebut:


TAHAP KESELAMATAN DIPERKETATKAN....Beberapa kakitangan Hospital Pulau Pinang mengawal pintu masuk ward 16 yang menempatkan mangsa kedua yang dijangkiti virus Influenza A, H1N1. Foto THE STAR Oleh: ZAINUDIN AHAD.


PUTRAJAYA: Kes kedua influenza A (H1N1) dikesan di Pulau Pinang dan disahkan pagi ini, yang melibatkan rakan kepada pesakit pertama yang dikesan semalam, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Ramlee Rahmat hari ini.

"Pesakit ini adalah rakan kepada pesakit pertama dan sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang. Beliau kini berada dalam keadaan stabil dan tidak lagi demam," katanya dalam sidang akhbar di sini.

Katanya anggota keluarga pesakit berkenaan juga telah dikuarantin di kediaman mereka untuk tempoh tujuh hari bagi memastikan mereka bebas daripada jangkitan virus tersebut.

"Setakat ini mereka dilaporkan berada dalam keadaan stabil," katanya. Mengulas lanjut, Dr Ramlee berkata kementerian telah mengenal pasti kesemua kontak yang berada dalam penerbangan yang sama dengan pesakit pertama dan kedua. Penerbangan MH091 yang merupakan destinasi terakhir pesawat terlibat, membawa 192 penumpang dan 15 anak kapal pada tarikh berkenaan, katanya.

"Daripada 192 penumpang, seramai 119 masih berada di negara ini, melibatkan 81 warganegara Malaysia dan 38 bukan warganenegara. Baki 73 penumpang lagi telah meneruskan penerbangan masing-masing ke luar negara pada tarikh yang sama, 13 Mei," katanya.

Kementerian juga, katanya telah menerima panggilan daripada 35 penumpang yang menaiki penerbangan tersebut untuk tujuan pengesahan.

"Selain menerima panggilan terus, kami juga edarkan senarai penumpang yang masih berada di negara ini kepada semua Jabatan Kesihatan negeri bagi tindakan segera," katanya.

Di bawah langkah yang sama, Dr Ramlee berkata tiga penumpang yang transit di negara ini pada 13 Mei lepas sebelum menaiki penerbangan seterusnya ke destinasi mereka semalam telah dikuarantin di Hospital Sungai Buloh untuk tujuan pemerhatian.

"Mereka akan dikuarantin sehingga 20 Mei ini dan kita akan aturkan penerbangan mereka selepas itu," katanya.

Sementara itu, Dr Ramlee berkata kementerian juga akan mengeluarkan laporan harian berhubung penularan wabak meningitis yang dilaporkan berlaku di Negeri Sembilan dan Melaka serta wabak leptospirosis di Pulau Pinang.

"Orang ramai tidak perlu panik kerana apabila ada wabak baru yang dikesan, ini menunjukkan sistem kesihatan negara kita berada pada tahap yang sangat baik.

Kementerian akan memastikan semua langkah-langkah yang perlu dilaksanakan dengan serius untuk menangani perkara ini," katanya.

Di ALOR SETAR, Jabatan Kesihatan Kedah meminta dua individu dari negeri ini yang menaiki pesawat Penerbangan Malaysia MH091 dari New York yang tiba di KLIA pada 7.15 pagi 13 Mei lepas, segera menghubungi Kementerian Kesihatan atau terus membuat pemeriksaan kesihatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Hasnah Ismail dalam satu kenyataan hari ini berkata tiga individu itu yang berasal dari negeri ini disenaraikan menaiki pesawat tersebut.

Beliau berkata salah seorang daripada mereka iaitu lelaki berusia 33 tahun, telah datang ke Bahagian Kecemasan HSB pada 6 petang semalam dan selepas menjalani pemeriksaan, dia didapati sihat dan diarahkan menjalani kuarantin di rumah.

Difahamkan dua lagi individu tidak dapat dihubungi kerana alamat mereka kurang jelas.

Dalam pada itu, di Kangar pula, seorang lelaki berusia 43 tahun dan seorang kanak-kanak berumur empat tahun yang dikesan mempunyai simptom Influenza A (H1NI) dikuarantin di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini semalam dan awal hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kesihatan Perlis Ahmad Bakri Ali berkata lelaki yang berasal dari Padang Besar itu adalah seorang peniaga yang kerap berulang alik ke Thailand kerana urusan perniagaan tetapi beliau tidak dapat menyatakan jantina kanakkanak berusia empat tahun yang berasal dari Mata Ayer dekat sini.

Ahmad Bakri berkata lelaki itu dikuarantin sejak semalam manakala kanakkanak itu pukul 1 pagi tadi dan mereka akan dikuarantin sehingga memperoleh keputusan ujian darah.

"Sampel darah mereka telah dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan di Kuala Lumpur dan difahamkan keputusannya akan diketahui dalam tempoh dua hari," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Cabaran Eko Paintball Malaysia (MEPC) di Gua Kelam dekat sini hari ini.

Beliau berkata lelaki itu yang mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Padang Besar kerana masalah kesihatan telah dirujuk kesnya ke HTF selepas terdapat simptom penyakit itu.

Ahmad Bakri berharap penduduk Perlis tidak panik dengan perkara itu kerana tindakan kuarantin berkenaan adalah prosedur biasa apabila terdapat kes yang mempunyai simptom itu. BERNAMA

Friday, May 15, 2009

Mangsa Pertama Influenza H1N1 Stabil

(Biro IT)

Berita ini diambil dari Mstar Online hari ini. Satu berita yang cukup menggemparkan setakat ini. Kita sebagai rakyat Malaysia, telahpun terdedah dengan virus yang sangat cepat merebak dan berupaya membunuh (dengan izin Allah). Sudah tentulah orang yang sangat terdedah kepada virus ini ialah mereka yang ada direct contact dengan mangsa jangkitan, iaitu para doktor dan petugas-petugas kesihatan. Kita berharap agar Allah SWT akan melindungi sahabat-sahabat kita di seluruh Malaysia khasnya dan seluruh dunia amnya. Berikut disertakan doa pencegah wabak yang sangat sesuai diamalkan oleh kita semua. Mudah-mudahan kita terhindar dari musibah yang tidak diingini. Menurut bekas Mufti Kerajaan Negeri Sembilan Dato Hj Mohd Murtadza Hj Ahmad, bacalah doa ini sebanyak 3 kali waktu pagi dan petang.

"Kami berlindung dengan-Mu ya Allah, Tuhan yang memiliki keagungan dan kekuasaan, kami berpaut pada-Mu ya Allah, Tuhan pemilik sekelian alam yang ghaib dan kami bertawakal kepada-Mu ya Allah, Tuhan yang Hidup lagi tidak Mati. Wahai Tuhan kami, jauhkanlah kami daripada wabak ini, lindungilah kami dari kebinasaan yang dahsyat dan peliharalah kami dari segala penyakit berjangkit, taun dan bala bencana, dengan Ihsan-Mu wahai Tuhan yang Maha Lembut lagi Maha Mengetahui. Sesungguhnya Engkau ya Allah yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Selawat dan salam ke atas junjungan penghulu kami nabi Muhammad SAW, ahli keluarganya serta sahabat-sahabatnya. Segala pujian bagi-Mu ya Allah Tuhan Pemilik sekalian alam."

Berikut adalah beritanya:


LANGKAH BERJAGA-JAGA..Pegawai Kesihatan di Hospital Sungai Buloh mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai topeng apabila seorang pelajar berusia 21 tahun yang dirawat di hospital berkenaan dijangkiti virus Influenza H1N1.

KUALA LUMPUR: Mangsa pertama kes influenza A(H1N1) di Malaysia kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil di Hospital Sungai Buloh dekat sini.

Pelajar lelaki berusia 21 tahun itu, yang pulang dari Amerika Syarikat dua hari lepas, kini dikuarantin di wad khas, yang terletak di tingkat empat hospital berkenaan.

Para pegawai hospital berkata pemerhatian menyeluruh akan dilakukan sepanjang masa di wad pesakit itu.

Sekatan diletakkan di tingkat empat iaitu lokasi wad berkenaan, dengan anggota polis dan kakitangan keselamatan hospital turut mengadakan pengawasan rapi.

Tiada siapa pun melainkan pihak berkuasa hospital dibenarkan berada berhampiran wad itu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata pesakit terbabit mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan semalam, dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh pada 6.45 petang hari yang sama.

Ismail juga berkata mangsa telah pun diberikan rawatan antiviral.

Di perkarangan hospital, tiga buah khemah didirikan untuk mengendalikan saringan dan ujian ke atas penumpang pesawat MH091, yang menaiki penerbangan yang sama dengan pesakit terbabit dari Newark, Amerika Syarikat.

Setakat 6 petang ini, tiada tandatanda penumpang dari pesawat MH091 itu yang tampil untuk menjalani saringan.

Kumpulan media tempatan dan asing, yang lengkap memakai topeng muka, berkumpul di Hospital Sungai Buloh sejak 3 petang bagi mendapatkan maklumat terkini berhubung pesakit berkenaan.

Pegawai hospital berkata anggota keluarga pesakit dikuarantin di rumah mereka.Pihak berkuasa hospital mungkin "menahan" mereka tidak lama lagi untuk menjalani beberapa ujian.

BERITA TERDAHULU

Malaysia rekod kes pertama H1N1

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan kes pertama wabak influenza H1N1 di negara ini melibatkan seorang pelajar yang baru pulang dari Amerika Syarikat.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican berkata, pelajar berusia 21 tahun itu kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.

Katanya, pelajar yang pulang ke tanah air pada 13 Mei lalu itu mula mengalami demam, sakit tekak dan sakit badan pada keesokan harinya dan dibawa ke hospital pada hari yang sama kira-kira pukul 6.45 petang.

"Beliau telah pun diberi rawatan antiviral dan berada dalam keadaan stabil," katanya.

Dr Ismail berkata, pihaknya telah mengambil tindakan pencegahan dan kawalan termasuk penyiasatan kontak ke atas kes.

"Ini termasuklah menghubungi ahli keluarga beliau yang ada sejarah kontak dengan beliau dan penumpang serta anak kapal yang menaiki kapal terbang yang sama," katanya.

Beliau berkata, kementerian juga menasihatkan semua penumpang penerbangan MH 091 dari Newark, USA dan tiba di KLIApada 13 Mei 2009 jam 7.15 pagi supaya menghubungi talian 03-88810200/03-88810300 untuk tindakan susulan.




Tuesday, May 12, 2009

Tahniah Hakim, Peguam Dan YAB Ir. Nizar!

(Pengerusi Papisma Terengganu)

Saya mengucapkan syukur di atas keputusan Mahkamah Tinggi dan syabas kepada Hakim Abdul Aziz b. Abdul Rahim yang telah membuat keputusan berdasarkan perlembagaan dan undang-undang Malaysia. Dengan keputusan tersebut, keyakinan rakyat Malaysia terhadap institusi kehakiman sedikit sebanyak berjaya ditingkatkan.

Tahniah juga diucapkan kepada para peguam yang berjaya mempertahankan kedaulatan undang-undang dalam kes ini yang diketuai oleh Tuan Haji Sulaiman b. Abdullah. Para peguam ini sesungguhnya telah memberikan jasa yang besar dan kes ini akan dicatat di dalam sejarah dan menjadi rujukan undang-undang pada masa akan datang. Kejayaan mereka dalam memperjuangkan hak ini InsyaAllah mempunyai nilai yang amat besar di sisi Allah SWT.

Papisma Terengganu akan sentiasa berdiri teguh di belakang keadilan walau siapapun yang menegakkannya dan akan berjuang sedaya mungkin bagi menumbangkan kezaliman walau siapapun yang menegakkannya. Sebagai badan NGO Profesional, kami mendapat maklumat yang jelas dari pelbagai sumber dan tidak terikat kepada hanya satu-satu sumber. Setiap sumber itu pula akan kami teliti kesahihannya. Hari ini, rakyat semakin medapat maklumat yang menyeluruh dan pantas. Adalah tidak munasabah rakyat Malaysia yang bermaklumat dapat ditipu dengan mudah oleh sesiapa sahaja.

Oleh itu, Papisma Terengganu menyarankan agar setiap rakyat Malaysia dapat mencari dan mendapatkan sumber maklumat terkini daripada mana-mana media kerana rakyat yang bermaklumat sangat penting sebagai aset bagi sebuah negara yang semakin maju seperti Malaysia.

Sunday, May 10, 2009

Papisma Terengganu Mengutuk Perlanggaran Perlembagaan

(Pengerusi)

Papisma Terengganu mengutuk sekeras-kerasnya pihak yang melanggar perlembagaan negeri atau negara tidak kira ia dari mana-mana parti politik. Dalam isu yang berlaku di Dewan Undangan Negeri Perak Darul Ridhwan tiga hari lepas, Papisma merasakan ia merupakan satu pencabulan perlembagaan tubuh negeri Perak sendiri dan pelakunya perlu diseret ke mahkamah yang lebih adil iaitu mahkamah rakyat.

Papisma Terengganu berpendirian sedemikian atas sebab-sebab berikut:
1. Berikutan perintah perisytiharan yang dikeluarkan Mahkamah Persekutuan pada 15 April lalu bahawa penggantungan YB Dr. Zambry dan enam exconya oleh Speaker Perak dibatalkan, menyebabkan mereka menghadiri sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu, adalah bertentangan dengan prinsip undang-undang di Malaysia kerana perintah tersebut merupakan satu deklarasi semata-mata yang tidak memberikan apa-apa lesen untuk mereka termasuk Dr. Zambry untuk menghadirkan diri dalam sidang DUN itu.

Berikut adalah kenyataan pakar undang-undang Pentadbiran, Prof M.P. Jain secara jelas menyatakan:

"A declaration merely declares what the legal rights of the concerned parties are. A declaratory order has no coercive force as such nor does it quash any decision which may have been taken by an administrative authority."

(Perintah deklarasi hanya sekadar satu perisytiharan hak pihak-pihak yang terbabit dari segi perundangan. Perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaan (memaksa seseorang mengikut perintah tersebut). Rujuk Harakahdaily di sini.

2. Sehubungan dengan itu, Dr. Zambry dan 6 orang rakannya telah memasuki Dewan Undangan Negeri Perak secara haram di sisi perlembagaan negeri Perak.

3. Kekecohan telah berlaku di Dewan Undangan Negeri Perak adalah ekoran dari YB Dr. Zambry, 6 orang ADUN UMNO/BN yang telah digantung dan 3 orang ADUN yang telah meletak jawatan (kesemuanya dipanggil Kumpulan 10) tidak mematuhi arahan Speaker, YB Datuk Sivakumar agar meninggalkan dewan.

4. Tindakan pihak polis memenuhi Dewan Undangan Negeri Perak meskipun telah diarahkan keluar oleh speaker adalah perbuatan tidak bermoral, menginjak-injak perlembagaan dan biadap terhadap undang-undang di Malaysia.

5. Tindakan orang yang tidak dikenali menyeret Speaker, YB Sivakumar secara kasar dengan kerusi speakernya sekali keluar dewan dan 'dikurung' merupakan perbuatan yang sangat hina dan mencemar kemuliaan Dewan Undangan Negeri, satu Institusi Perlembagaan tertinggi di negeri Perak.

6. Perlantikan Speaker baru A. Ganesan adalah di luar persidangan dewan kerana Speaker masih belum memulakan sidang ketika itu. Apatah lagi usul perlantikan itu yang dikemukakan oleh YB Dr. Zambry dan disokong oleh YB Hee Yit Foong adalah melanggar perlembagaan dan undang-undang kerana kedua-duanya adalah secara haram berada di dalam Dewan Undangan Negeri.

5. Kerana kekecohan dan tragedi yang dimainkan oleh Kumpulan 10 ini telah menyebabkan Raja Nazrin, terpaksa menunggu lebih 5 jam untuk merasmikan dewan dan ini merupakan perbuatan yang sangat biadap kepada Institusi Istana Perak.

6. Kerajaan UMNO/BN yang memerintah Malaysia dengan tanpa usul periksa telah membenarkan tindakan Kumpulan 10 ini adalah sangat tidak bermaruah dan dikesali kerana secara jelas ianya telah melanggar dan menghina kemuliaan dan status Dewan Undangan Negeri Perak, mahkamah dan Perlembagaan Malaysia sekaligus.

Oleh itu, sebagai sebuah badan NGO Profesional, Papisma Terengganu sekali lagi menyatakan kutukan terhadap perlanggaran perlembagaan dan memberikan sokongan agar langkah-langkah perlu diambil segera bagi menyelesaikan krisis perlembagaan di negeri Perak melalui pembubaran Dewan Undangan Negeri dan mengadakan pilihanraya semula.

Saturday, May 9, 2009

National Student Conference Dan Bakti Papisma

(Biro IT)

Mungkin ini satu nama yang baru diperkenalkan atas cita-cita Setiausaha Agung untuk melihat para pelajar Malaysia yang mengambil jurusan perubatan di universiti seluruh dunia kelak dapat disatukan di bawah bumbung Papisma, kemudian membuat bakti kepada masyarakat sebagai suatu cara untuk menyumbangkan idea dan tenaga yang mereka ada sebagai individu yang diberikan oleh Allah nikmat otak yang cemerlang dan iman.

Pada tahun lepas, National Student Conference For Future Doctors ini telah diadakan buat julung-julung kalinya di ibu negara. Kali ini Kuala Terengganu telah diberi keistimewaan bagi merealisasikan cita-cita itu.

Barangkali Kuala Terengganu bukanlah tempat yang paling sesuai untuk diadakan program yang agak besar itu, namun mungkin kerana belanjanya yang agak berpatutan dan tenaga yang sedia menyumbang, menyebabkan ianya dipilih oleh Jawatankuasa Tertinggi Papisma.

Mesyuarat rasmi kali pertama Papisma Terengganu bagi mengendalikan program ini telah diadakan dan beberapa keputusan telah dicapai. Seterusnya pihak luar yang akan turut sama mengendalikan program yang berkaitan dengan Bakti Papisma ini telah dimaklumkan dan pada dasarnya telah bersetuju untuk bersama Papisma mengendalikan program ini.

Antara target pengisian yang akan diselitkan di dalam program ini ialah tentang bahaya merokok dan seks bebas yang merupakan ancaman kepada agama, generasi masa depan dan negara yang akan dikupas dari sudut kesihatan dan Islam. Oleh itu, bagi mencapai target ini, Papisma Terengganu perlu memikirkan bagaimana caranya untuk menarik penyertaan kumpulan sasaran agar mendapat manfaat dari program yang disediakan itu.

Oleh itu, beberapa program telah disusun. InsyaAllah, dengan kerjasama semua pihak yang terlibat dan dengan doa mereka yang ikhlas walaupun tidak dapat melibatkan diri, mudah-mudahan program ini akan berjaya diadakan.

Wednesday, May 6, 2009

Prinsip Islam Berkenaan Penyakit Berjangkit : Membincangkan Drama Selsema Babi

(Biro IT)

Petikan Majalah Time 27hb April 2009:

"Bagaimana untuk berhadapan dengan selesema babi: Memerhatikan kesilapan 1976. Pada Februari 1976, wabak selesema babi meletus di Kem Tentera Fort Dix di New Jersey, membunuh seorang askar prebet yang berusia 19 tahun dan menjangkiti berates-ratus orang askar. Menyedari Amerika di ambang wabak yang merbahaya, Presiden Gerald Ford telah mengarahkan program vaksinasi di seluruh negara yang mana telah menelan belanja sebanyak $135 juta (lebih kurang $500 juta nilai duit sekarang). Di dalam masa beberapa minggu, timbul laporan-laporan di mana rakyat Amerika mengalami sindrom Guillain-Barre, sejenis penyakit saraf yang menyebabkan lumpuh, yang berpunca daripada vaksin itu. Menjelang April, lebih daripada 30 orang disahkan meninggal disebabkan keadaan itu. Berhadapan dengan protes, pegawai persekutuan membatalkan serta-merta program vaksinasi itu pada 16hb Disember. Pencegahan wabak itu tidak berhasil."

Segala pujian hanya bagi Allah, doa dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w yang tercinta.
Insya Allah, artikel kali ini akan mengupas prinsip-prinsip Islam dengan panjang lebar, yang mana kita sebagai Muslim boleh mendapatkan perspektif yang lebih jelas mengenai hal ini secara amnya dan berkenaan isu selesema babi khususnya.

Perkara berkenaan al-adwaa (jangkitan, penyakit berjangkit) mungkin mengelirukan apabila mula memahaminya. Oleh itu, apa yang kita akan lakukan di sini ialah dengan mula mengasingkan pelbagai prinsip-prinsip dan mencantumkannya satu demi satu di dalam artikel kali ini, Insya Allah..

Prinsip/dasar asas: Para ulama’ menerangkan bahawa kepercayaan di mana al-adwaa (jangkitan, “penyakit berjangkit”) adalah berjangkit dengan sendirinya, secara semulajadi (bit-tab’), berjangkit di luar kawalan atau kehendak Allah (Mashee’ah), Keizinan-Nya (al-Idhn) dan Ketentuan-Nya (Qadr), adalah bersumberkan daripada kepercayaan orang-orang yang tidak beriman dan jahil.

Pertamanya, kita perhatikan petikan daripada Ibn Hajar al-Asqalaanee (rahimahullah) di dalam bukunya "Badhl ul-Maa'oon Fee Fadl it-Taa'oon" (Dar ul-Kutub al-Athariyyah, 1993) yang membincangkan khususnya berkenaan wabak. Beliau hidup di waktu wabak tercetus di Mesir dan mengupas isu berkenaan jangkitan ini di dalam Sunnah Nabi s.a.w. Pada muka surat 212 di dalam bukunya, selepas perbincangan yang panjang lebar sebelumnya, beliau menyimpulkan beberapa pandangan yang berbeza mengenai jangkitan (dirujuk sebagai penyakit berjangkit).

Beliau menulis:
Pertamanya: Pendapat yang mengatakan bahawa sesuatu penyakit itu berjangkit dengan sendirinya, secara semulajadi (bi tab’ihi) adalah pendapat oleh orang-orang yang tidak beriman.
Kita akan kembali kepada petikan penuhnya di dalam bahagian lain siri ini. Buat masa ini, kita hanya mahu membuktikan apa yang menjadi pegangan di dalam masyarakat sekular yang tiada pegangan agama, berhubung jangkitan (“penyakit berjangkit”).

Seterusnya, kita mempunyai petikan Shaykh al-Albaanee (rahimahullaah) yang berkata di dalam bukunya Silsilah as-Saheeah (no. 971) membincangkan isu al-adwaa (jangkitan) ini:
..ketahuilah bahawa tiada bertentangan antara 2 hadis ini, dan antara hadis yang mengatakan “di sana tiada jangkitan (“penyakit berjangkit”)…” yang dibincangkan sebelum ini (no. 781-789), memandangkan apa yang dimaksudkan oleh mereka ialah untuk mengesahkan jangkitan.

Tujuan di sebalik hadis-hadis ini ialah untuk menyangkal kenyataan oleh orang-orang Jahiliyyah bahawa sesuatu penyakit itu berjangkit dengan sendirinya, tanpa melihat ketentuan oleh kehendak Allah di dalam perkara ini.. Alangkah serupanya keadaan ini pada masa lalu dan sekarang! Doktor-doktor di Eropah sangat mengabaikan Tuhan, kerana kesyirikan (menyekutukan Allah dengan sesuatu) dan kesesatan mereka, serta kepercayaan mereka mengenai jangkitan (“penyakit berjangkit”) yang mengikuti orang-orang Jahiliyyah..

Kita perlu menyedari di sini apabila membaca petikan-petikan ulama’ di dalam perkara ini, mereka mengesahkan berkenaan jangkitan, dan dalam pada masa yang sama mereka turut menafikannya. Sebenarnya mereka merujuk kepada 2 perkara yang berbeza. Apabila mereka mengesahkan hal ini, mereka memaksudkan jangkitan penyakit adalah melalui keizinan dan kehendak Allah. Apabila mereka menyangkal dan mengatakan jangkitan sebagai fakta yang tidak benar, mereka merujuk kepada kepercayaan orang-orang Jahiliyyah, masyarakat sekular yang tiada pegangan agama, doktor-doktor di Eropah dan yang seumpamanya, bahawa sesuatu penyakit itu berjangkit dengan sendirinya, secara semulajadi, di luar kawalan, kehendak, keizinan dan arahan daripada Allah S.W.T.

Menurut Shaykh Ibn Baaz (rahimahullaah) di dalam karangannya "al-Qawaadih fil-Aqeedah wa Wasaa'il as-Salaamah Minhaa":
Dan barangsiapa yang mendakwa bahawa terdapat al-adwaa (jangkitan, penyakit berjangkit), maka ianya adalah salah (baatil), namun Allah telah menjadikan bersama dengan sebahagian penyakit itu yang kadang-kala menjadi punca (sabab) penyakit yang berlaku kepada kita, namun ianya bukanlah menjangkiti (tersebar) dengan sendirinya, secara semulajadi..

Dan Shaykh Saalih Aal us-Shaykh di dalam menerangkan Kitaab ut-Tawheed, berkata di dalam perkara ini:
Dan orang-orang Jahiliyyah mempercayai bahawa jangkitan itu tersebar dengan sendirinya (daripada individu kepada individu, atau tempat ke tempat), oleh itu Allah Yang Maha Berkuasa dan Maha Agung telah menampakkan kepalsuan dan pembohongan kepercayaan itu, di mana Rasulullah S.A.W bersabda – “Di sana tiada jangkitan (“penyakit berjangkit”)”, bermakna: yang memberi kesan, mempengaruhi unsur alam dengan sendirinya.

Sekarang, kita boleh membawa lebih banyak petikan dari ulama’, tetapi di sini kita hanya mahu menegaskan prinsip bahawa kepercayaan sesuatu penyakit itu berjangkit dengan sendirinya, secara semulajadi adalah merupakan pegangan orang-orang Jahiliyyah dan orang-orang yang tidak beriman.

Kita boleh mengambil petikan ucapan Shaykh Saalih al-Fawzaan, untuk memberikan perspektif yang lebih luas sebelum menutup artikel ini, dan supaya tidak mengelirukan. Beliau berkata di dalam ucapannya "I'aanat ul-Mustafeed" (Vol 2/7-8):
Nabi S.A.W bersabda, “Di sana tiada jangkitan (“penyakit berjangkit”)”: Apa yang dimaksudkan dengan jangkitan (al-adwaa) ialah: Penyebaran sesuatu penyakit daripada individu kepada individu yang lain, atau daripada binatang kepada binatang yang lain, atau dari tempat ke tempat yang lain. Dan penyakit boleh tersebar dari sesuatu tempat ke tempat yang lain dan tersebar daripada orang yang sakit kepada orang yang sihat dan daripada binatang yang sakit kepada yang sihat. Ini adalah sesuatu yang wujud.

Namun Nabi S.A.W bukanlah menafikan perkara ini, sebenarnya baginda S.A.W menyangkal pendapat mengenai jangkitan (“penyakit berjangkit”) oleh orang-orang Jahiliyyah yang mendakwa sesuatu penyakit itu tersebar dengan sendirinya tanpa arahan daripada Allah, Yang Maha Mulia dan Maha Tinggi.

Oleh itu, al-adwaa (jangkitan) adalah: Penyebaran sesuatu penyakit daripada satu tempat ke tempat yang lain kerana dekatnya orang yang sihat kepada yang sakit, dan Allah jualah yang mengarahkan ianya berlaku. Seseorang yang sihat yang mendekati orang yang sakit, boleh sahaja tidak dijangkiti, atau kadangkala boleh dijangkiti (dengan penyakit itu). Oleh itu, puncanya kembali kepada Allah, jika Dia Yang Maha Mulia dan Maha Tinggi menghendaki, penyakit itu akan tersebar (kepada orang yang lain) dan juga jika Dia menghendaki sebaliknya, penyakit itu tidak akan tersebar.

Oleh itu, situasi di mana hampirnya orang yang sakit dan orang yang sihat, atau pemergian ke sesuatu tempat di mana berlakunya wabak, ini semua adalah jalan atau cara (sabab). Manakala kesannya (ta’atthur), terletak pada tangan Allah, Yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi. Seseorang yang memasuki kawasan berlakunya wabak, boleh sahaja tidak dijangkiti penyakit itu, dan seseorang yang sihat yang menghampiri seorang yang sakit, boleh sahaja tidak dijangkiti. Jika seseorang yang sakit tidur bersebelahan dengan seorang yang sihat sekalipun, boleh sahaja tiada sebarang jangkitan berlaku. Walaupun kadangkala, jangkitan boleh berlaku. Namun, apakah perkara yang memisahkan dua situasi berbeza ini?

Bahawa ianya kembali kepada Allah, kehendak Yang Maha Tinggi (Mashee’ah).
Manakala bagi orang-orang jahiliyyah, mereka tidak membezakan perkara ini. Bagi mereka, sesiapa jua yang mendekati penyakit, atau orang yang sakit – mereka akan terkena, atau dijangkiti. Mereka juga tidak menyandarkan kepada ketentuan (qadaa) dan kejadian (qadar) oleh Allah S.W.T, malahan tidak juga mereka menyandarkan pergantungan kepada Allah, Yang Maha Mulia lagi Maha Tinggi. Sebaliknya mereka memperbesarkan tanda-tanda yang ada (at-tashaa’um dan at-tiyarah) di dalam penyebaran penyakit berjangkit, dan melakukan usaha yang kadangkala boleh ditertawakan.

Jadi, apa yang boleh kita dapati di sini ialah fenomena penyebaran penyakit merupakan sesuatu yang boleh diperhati dan disaksikan. Jelas sekali, fenomena yang boleh disaksikan ini tidak boleh dinafikan kerana ianya betul-betul berlaku. Walau bagaimanapun, ianya bukanlah kerana “kebolehjangkitan” penyakit itu atau ia menjadi sifat semulajadinya (bi tab’ihi). Selain itu, percampuran antara manusia kadangkala boleh menjadi satu sabab, atau cara. Faktor penentu penyebaran penyakit itu sebenarnya kehendak Allah, keizinan dan arahan Nya. Di sinilah permasalahan ini kembali. Daripada pemahaman ini, Insya-Allah isu-isu lain yang bercabang darinya akan dikupas di dalam artikel seterusnya.

Apa yang perlu kita perhatikan di sini, terdapat beberapa pandangan di kalangan Salaf
• Ada yang berpendapat bahawa di sana tiada langsung perkara seperti jangkitan (“penyakit berjangkit”), dan bahawa sebarang penyebaran penyakit adalah kerana Allah ciptakan penyakit itu bermula dalam setiap individu. Kita akan melihat pandangan ini kemudian, Insya Allah. Buat masa ini, kita hanya akan menyatakan apa yang telah disimpulkan oleh Ibn Hajar al-Asqalaanee di dalam buku yang dinyatakan sebelum ini (p.213), dan merupakan pandangan yang paling tepat pada pendapatnya.

Keempatnya: Bahawa penyakit itu bukanlah berjangkit secara sifat semulajadinya (aslan, asasnya). Sebaliknya, sesiapa jua yang terkena penyakit itu, ianya adalah kerana Allah S.W.T, Yang Maha Mulia dan Maha Tinggi yang menjadikan penyakit itu bermula di dalam dirinya. Kerana sebab ini, dapat diperhatikan bahawa sekalipun seseorang itu mempunyai penyakit, yang dikatakan boleh berjangkit, namun adakalanya orang lain yang sihat yang bergaul dengannya tidak pula dijangkiti penyakit itu. Manakala banyak pula yang berlaku di mana orang-orang yang tidak bergaul atau menghampiri orang yang sakit pula yang terkena penyakit itu. Dan semua ini berlaku kerana arahan (taqdeer) daripada Allah S.W.T jua…

Jadi, di sini dapat diterangkan dengan melihat situasi di mana orang yang langsung tidak menghampiri atau bergaul dengan orang yang sakit, masih juga boleh mendapat penyakit itu. Ini menunjukkan bahawa pergaulan antara yang sakit dan yang sihat itu sendiri bukanlah satu jalan atau cara (sabab), sebaliknya ia adalah daripada ketentuan dan kehendak Allah S.W.T, memandangkan orang yang tidak bergaul dengan orang yang sakit sekalipun masih boleh mendapat penyakit itu.

• Dan ada juga pendapat dari Salaf yang mengatakan Allah menjadikan percampuran antara yang sakit dan yang sihat itu kadang-kadang sebagai jalan atau cara (sabab), tetapi kesan yang sebenarnya adalah tertakluk pada kehendak, keizinan dan arahan daripada Allah S.W.T. Dan ini juga merupakan satu pendapat yang kuat dan bagus.

Pendapat-pendapat ini timbul sebagai memenuhi keperluan untuk menjelaskan pertentangan antara hadis-hadis yang menafikan kewujudan jangkitan (seperti “di sana tiada jangkitan”) dan yang kelihatan seperti mengesahkannya (seperti “jauhilah daripada pesakit kusta”). Jadi, anda mempunyai cara yang berbeza untuk menyesuaikannya. Kita akan melihatnya dengan lebih terperinci Insya Allah di dalam artikel seterusnya.

Kesimpulan
• Orang-orang Jahiliyyah, tiada pegangan agama, dan masyarakat sekular mempercayai bahawa sesuatu penyakit boleh berjangkit dengan sendirinya, secara semulajadi (bi tab’ihi), dan penyebaran penyakit itu berlaku di luar kehendak, keizinan dan arahan Allah S.W.T. Apabila anda membaca dokumen saintifik, di dalam laporan dan liputan am mengenai “penyakit berjangkit”, dan di dalam risalah kesihatan berkenaan hal ini, terutamanya bila berhadapan dengan wabak (samada kecil atau besar), anda akan menemui banyak petikan-petikan yang seumpama dengan yang di bawah ini.

Di sini ialah contoh petikan dari suratkhabar Washington Post bertarikh 2hb Mei 2009:
Pegawai-pegawai rasmi Mexico mengatakan keupayaan selesema itu untuk merebak mungkin rendah. Pegawai kesihatan Mexico yang menjalankan kajian mengenai virus selesema baru itu berkata semalam bahawa mereka telah mendapati keupayaannya untuk merebak daripada satu individu kepada individu yang lain mungkin rendah, dan mengharapkan langkah-langkah keselamatan yang ketat diambil di sini -- seperti penutupan operasi kegiatan ekonomi dan jabatan kerajaan yang tidak penting – boleh menyebabkannya tersebar… di sebuah bangunan kerajaan yang lokasinya dirahsiakan di selatan bandar ini, berpuluh-puluh pakar kesihatan berkumpul di dalam “bilik perang” melihat paparan skrin komputer, untuk memantau penyebaran wabak selesema babi di seluruh negara. Walaupun masih terlalu awal untuk menjawab dengan pasti, namun persoalan yang timbul adalah – bagaimanakah keupayaan jangkitannya dan keupayaan membunuh virus itu? – mereka telah menawarkan beberapa ujian saringan

Satu lagi contoh ialah:
..mereka telah mengenalpasti bahawa virus itu berupaya untuk berjangkit melalui manusia..
Dan satu lagi contoh daripada suratkhabar LA Times, bertarikh 30hb April 2009:
Virus selesema babi ini dilihat berupaya untuk tersebar dengan mudah di kalangan manusia, yang mana ini telah menyebabkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) meningkatkan tahap berjaga-jaga wabak selesema ini ke tahap 5, menunjukkan kemungkinan merebaknya wabak ini ke seluruh dunia.

Kebolehan dan keupayaan di dalam penyebaran, disifatkan kepada virus itu, jika dilihat daripada gaya bahasa yang digunakan.

Oleh itu, perkara yang dapat dilihat di sini, ialah gaya bahasa yang digunakan di dalam masyarakat yang tiada pegangan agama dan sekular ini (dan seumpamanya di dalam pertubuhan pendidikan dan perubatan), penyakit-penyakit adalah kewujudan-kewujudan melalui kata nama yang “menyebabkan penyakit”, dan ia kemudiannya dikatakan mempunyai ciri-ciri dan keupayaan sendiri dan semulajadi, seperti “kebolehjangkitan”, “kebolehan penyebaran” dan sebagainya. Dan gaya bahasa ini tersebar dengan luas – lalu mempengaruhi cara manusia berfikir dan melihat situasi itu. Ianya berkaitan dengan peringatan oleh Shaykh al-Albaanee (rahimahullaah) :
… Alangkah serupanya keadaan ini pada masa lalu dan sekarang! Doktor-doktor di Eropah sangat mengabaikan Tuhan, kerana kesyirikan (menyekutukan Allah dengan sesuatu) dan kesesatan mereka, serta kepercayaan mereka mengenai jangkitan (“penyakit berjangkit”) yang mengikuti orang-orang Jahiliyyah..

• Penyebaran penyakit itu walaubagaimanapun, adalah fenomena yang dapat disaksikan. Pergaulan antara manusia boleh menjadi jalan atau cara (sabab), tetapi kawalan dan kuasa ke atas kesannya bergantung hanya kepada Allah S.W.T. Kerana Allah adalah pencipta asbaab (jalan dan cara) dan musabbabaat (kesan) itu. Walaubagaimanapun, oleh kerana Allah adalah pencipta, Allah juga boleh menghalang asbaab (cara) daripada terikat dengan musabbabaat (kesan). Mengulas lanjut mengenal hal ini, kita boleh perhatikan sebahagian jalan dan cara adalah terikat kuat dan tidak terpisah daripada kesannya, oleh itu sabab (contohnya meminum air) selalu membawa kepada kesannya (menghilangkan dahaga). Manakala, sebahagian jalan dan cara kurang terikat dengan kesannya (contohnya menyemai benih tanaman tidak selalunya menumbuhkan pokok dan buahnya, atau hubungan sulit suami dan isteri tidak selalunya membawa kepada mengandung) –kerana di sana terdapat asbaab (cara) tambahan yang turut diperlukan, dan juga ketiadaan faktor penghalang untuk musabbabaat (kesan) berlaku. Oleh itu, kemuncaknya, Allah jualah yang Maha Berkuasa ke atas setiap sesuatu.

Di atas ialah penerangan, berkenaan pergaulan antara manusia sebagai satu sabab (cara) yang berada di bawah kawalan Allah, dan boleh membawa kepada penyebaran penyakit di antara manusia, namun hakikatnya tetap dengan kehendak dan arahan Allah S.W.T.
Satu lagi penerangan oleh Salaf ialah di sana tiada langsung perkara seperti “penyakit berjangkit” ( al-adwaa), dan Allah menciptakan penyakit itu bermula di dalam setiap individu. Ini akan dibincangkan dengan lebih terperinci di dalam artikel seterusnya, Insya Allah.

• Kita dibenarkan untuk menjauhi atau mengelakkan diri daripada menghampiri seseorang yang sakit bagi mengelakkan kemungkinan bahaya, dan kita juga dibenarkan untuk menghampiri orang yang sakit dengan menyandarkan pergantungan kepada Allah (tawakkul), di atas kepercayaan bahawa Allah S.W.T jualah yang menguasai segalanya. Kedua-dua perbuatan ini ada dinyatakan di dalam Sunnah Nabi S.A.W, dan diterangkan oleh para ulama’.

http://www.healthymuslim.com/articles/hcvho-principles-concerning-infectious-disease-al-adwaa-in-light-of-the-swine-flu-drama---part-1.cfm

Saturday, May 2, 2009

Meneliti Konsep Kerajaan Perpaduan

(Insider)

Aku tahu ramai di kalangan kita tidak berminat lagi dengan isu ini. Isu ini dianggap menimbulkan perpecahan di kalangan rakyat dan penyokong setia parti-parti. Isu ini telah ditarik oleh si pencadangnya. Namun, aku rasa tak puas hati kerana ada lagi kawan-kawan yang masih menyanggah Kerajaan Perpaduan yang dicanangkan sebagai Kerajaan Campuran.

Jadi, sebagai usaha kecil yang mungkin sudah tidak membawa makna apa-apa, aku copy dan paste artikel bawah tu dari sini.

Unity Government (Kerajaan Perpaduan/Rakyat):

01. Speaker mengatasi kehakiman kerna beliau adalah Ketua Badan Perundangan yg menggubal undang-undang samada di dalamState Assembly" (Dewan Undangan Negeri) maupun di dalam Parliament (Dewan Rakyat) seperti yang dijamin di dalam perlembagaan.

02. 'Unity Government" bermakna Satu Kerajaan Tiada Pembangkang. Semua parliamentarians adalah anggota kerajaan kerna elaun merekadibayar oleh kerajaan (Rakyat) bukan parti yang diwakili. Namun status dan identiti kekal seperti sedia ada. Tiada sebarang perubahan dari segi konsep dan prinsip perjuangan parti masing-masing dan ianya bukannya menjadi 'Coalition Government" (Kerajaan Campuran) maupun 'National Front" BN atau Pakatan Rakyat. Konsepnya berlainan sama sekali sebab 'Unity Government" sebenarnya pada hakikatnya gugur BN, gugur Pakatan tegak RAKYAT.

03. Tiada lagi wakil BN atau Pakatan. Semuanya adalah wakil rakyat Malaysia bukan lagi wakil parti. 'Mind-set " parliamentarians kena berubah kernatatkala mengangkat sumpah sebagai parliamentarians gugur habis pengaruh dan kongkongan kepartaian kerana semua anggota parliament dalam Dewan Rakyat yang mulia ini adalah bertaraf sama sahaja; yakni ANGGOTA KERAJAAN (PILIHAN RAKYAT) yakni, selaku WAKIL RAKYAT BUKAN LAGI WAKIL PARTI. Justeru kerana, rakyatlah sebenarnya yang membayar elaun mereka dan yang pasti bukannya daripada sumber parti. Justeru itu, yang ada hanyalah Kerajaan Perpaduan ( Rakyat ) bukannya kerajaan Parti BN atau Pakatan.

04. Bukan parti yang bayar elaun parliamentarians tetapi kerajaan Malaysia (WANG RAKYAT). Justeru itu, di dalam parliament; tiada parti pemerintah dan tiada parti pembangkang. Semua parti gugur dan ahli parliament semua parti tiada lagi terikat dengan parti masing-masing, BEBAS daripada sebarangikatan dan kongkongan parti (parti hanya diguna pakai sewaktu pilihanraya sahaja). Bila menang dan angkat sumpah selaku anggota parliament Malaysia; automatis gugur parti dan element kepartaian dalam parliament justeru kerna semua sudah menjadi angota kerajaan perpaduan belaka, satu negara, satu warga. Sudah bersumpah berkhidmat untuk rakyat tanpa mengira parti lagi. Bahkan bukan lagi boleh dianggap sebagai wakil parti kerna persidangan di Parliament bukan lagi mesyuarat Bahagian atau Kawasn parti masing-masing. Tenyata di dalam Parliament; parti bukanlah kerajaan dan kerajaan bukanlah parti; tetapi kesemua parliamentarians adalah anggota kerajaan Perpaduan (Rakyat) bukan lagi boleh dinisbahkan sebagai wakil parti lagi.

05. Justeru itu, tiada perlu lagi ISA untuk tangkap pembangkang tanpa bicara, Akta Percetakan sekat akbar pembangkang, Akta Universit/Kolej sekat pelajarsokong pembangkang (Di Kedah, Perak, Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang amalan konsep guna pakai sekarang Umno/BN adalah pembangkang). Kesemua akta draconion ini dimansuhkan kerna di dalam dewan mengikut Konsep 'Unity Government" sudah tiada lagi parti pembangkang tetapi kesemua ahli parliament pada hakikatnya datang dari rakyat, kepada rakyat, untuk rakyat; yakni untuk semua rakyat malaysia, mana ada parti lagi mengikut konsep dan sumpah selaku wakil rakyat.

06. SEMUA PARLIAMENTARIANS ADALAH ANGGOTA KERAJAAN YAND DIPILIH RAKYAT SATU KERAJAAN (KERAJAAN PERPADUAN /RAKYAT) THE PEOPLE'S GOVERNMENT NO MORE BN OR PAKATAN; Satu Negara, Satu Kerajaan dan Satu Rakyat ( Warga ) yang SAMA.

07. 'Wakil Rakyat BN' atau ' Pakatan' boleh kritik parliamentarians dari parti masing-masing dlm berhujjah kerna pada hakikat dan konsepnya tiada lagi wujud parti di dalam Dewan Rakyat yang mulia ini. Justeru, nama pun DEWAN RAKYAT bukannya Dewan BN atau Dewan Pakatan.

08. PM bukanlah Presiden Parti di dalam Dewan Rakyat, tetapi PM rakyat Malaysia. Tiada lagi parti dan gugur-mansuh kepentingan parti dan element-element kepartaian kerna yang ada hanyalah KEPENTINGAN RAKYAT,AGAMA DAN BANGSA: MENEGAKKAN NAFIDEENILLAHU DAN MEMERINTAH DUNIA DENGANNYA; Nescaya bisa tertegaknya Insya Allah Hu Negara Baidatun Thoiyibatun Warobbun Ghafur ( " Negara yang makmur , aman damai dan mendapat keredhaan Allah Hu Ta'ala.

09. PDRM, SPR, Jabatan Pendafaran Negara, IGP, Peguam Negara, Hakim Negara, Pengarah Penjara, Audit Negara, Akauntan Negara, Ketua Turus Tentera, dalam 'Unity Government" bebas lepas daripada "Ketiak" atau sebarang pengaruh PM sebaliknya diletakkan seratus peratusdibawah kuasa Parliament (DYMM Agong). Justuru, ruang lingkup sistem pemerintahan negara dalam "Uniy Government" Insya Alla Hu Ta'ala, dengan petunjuknya bisa menjadi telus, berwibawa dan berintegrity tinggi kerna tiada amalan-amalan "Bias" dan berkepentingan Kroni bisa bertapak kerna PM , Peguam Negara, Hakim serta pegawai tertinggi kerajaan sendiri bisa di bawa ke muka pengadilan (Mahkamah) jika berlaku korupsi, salahguna kuasa dan penyelewengan tanpa sebarang imunity atau perlindungan politik. Rakyat bisa bicara bebas tanpa budaya takut ISA yag dipaksakan utkmenyambung talian hayat 'parti pemerintah' dan negara akan berkembang maju dan makmur insya Alla hu tanpa rasuah politik dan budaya kronisma. Jika ada element yg mengancam negara bawa sahaja ke mahkamah terbuka atau dakwa bawah Akta Hasutan yg boleh bela-diri bukannay di cekup bawah ISA yang ternyata zalim, primitif , tiada bertamadun dan ketinggalan zaman.

10. "Unity Government" juga bererti; Tiada lagi campur tangan PM ke atas kehakiman(Judisciary) atau kehakiman ke atas badan perundangan/Legislatif (Speaker). Tetapi berlakumnya '"Separation of Powers" secara teori dan praktis ke atas tiga cabang Pemisahan Kuasa iaitu:

i] Judiciary (badan Kehakiman )

ii) Badan Eksekutif dan iii) Legislative (Badan Perundangan ) 3 IN 1 yang kembali kepada yang maha ESA yakni KITABULLAH dan ASUNNAH. THE ABSOLUTE LAW GIVER dan parliamen membolehkan AKta Hudud di perundangkan supaya HUDUD KISOS TA'AZIR boleh terlaksa kerana "la ikro hafideen" (Tidak ada paksaan dalam agama / There's No Compulsion In Religion). Hudud just meant for the muslims only n non-muslim could be a abide to the presentcivil Law.

Nash Ar-Rawy / 23.04.05( http://www.nashsisepuluh.spaces.live.com)/

SEMANGAT ' UNITY GOVERNMENT '
01. Nas : i) Ani'budullah wajtanibut thoghut (Beriman dgn Allah dan menjauhi thoghut)... Al Qur'anii) Amal ma'ruf nahi mungkar (Menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran) asas perpaduan ... sumber Al Qur'aniii) Tegakkan agama (Ad-deen) dan memerintah dunia dengannya kerna Islamu yaklu wala yakla alaiah.

02. Pembelajaran mata pelajaran matematik dan sains menggunakan Bahasa Pengantar Bahasa Malaysia ( Bahasa Melayu )sebagaimana peruntukan yang sediada dalam perlembagaan di samping memberikan kebebasan kepada Bahasa lain digunapakai.

03. 'Air Time' yang relevent dan sekukupnya diberikan kepada semua parti politik yang bertanding pilihanraya di dalam RTM melalui Ketua-Ketua parti menyatakan dasar, agenda dan manifesto parti masing-masing secara adil dan saksama kerna RTM bukan milik mana-mana parti dan pembayar cukai kepadakerajaan berhak untuk mendapat maklumat daripada semua pihak dengan maklumat yang jelas, betul dan tepat daripada mulut ketua-ketuaparti yang bertanding bukan daripada mulut parti lawan yang disogokkan dan yang dipaksakan.dengan fakta fitnah dan pembohongan.

04. 'Air Time' yang releven dan adil untuk semua ketua-ketua kerajaan negeri iaitu MB dan Ketua Menteri untuk menyatakan dasar-dasarkerajaan Negeri masing-masing untuk di nilai dan di justifikasi oleh rakyat kemudian secara adil melalui peti undi.

05. Siaran langsung keseluruhan sidang Parliamen dan Dewan Undangan Negeri dan siaran ulangan sepenuhnya tanpa sebarang'censorship'supaya rakyat bisa saksi siapa yang tidur, siapa yang bekerja dan layak sebagai wakil rakyat mereka.

06. Untuk menghapuskan sebarang keraguan ke atas SPR dan ketelusan serta ketulusan semua pihak; CHAP JARI (DAKWAT) digunapakai,semasa mengundi jika semua pihak jujur untuk hapuskan 'Pengundi Hantu" dan pendaftaran pengundi yang cukup umur dan layak secara "ON-LINE".

07. Majlis Syura Ulamak Negara yang bebas dariapada belenggu mana-mana parti politik yang terdiri daripada golongan ulama', profesyenal dan pakar-pakar seperti jurutera, hakim, doktor, peguam, intelektual, professor, saintis, researcher dsb yang diketuai oleh Mursyidul Am yang bertindak sebagai ketua AL HISBAH yang bertanggungjawab langsung kepada Parliamen (DYMM AGONG) bukan kepada PM atau Kabinet selaku PENGAWAL SELIA NEGARA ke atas perjalanan pemerintahan berjalan secara telus, tiada salahgunakan kuasa, nepotisma, kronisma, korupsi dan penyelewengan dengan menerapkan nilai-nilai sejagat dan universal sebagai mana yang dituntut dan diperintahkan di dalam KITABULLAH DAN ASSUNNAH sebagai ASASFUNDAMENTAL yang ternyata cukup sesuai dengan FITRAH semulajadi kejadian manusia. ISLAM UNTUK SEMUA (RAHMATAN LIL ALAMIN) tanpa mengira kaum, ras, etnik, agama, ideologi dan pegangan; JUSTICE 4 ALL insya Allah by HIS GRACE.