Sunday, March 8, 2009

Himpunan PPSMI - Kebiadapan Polis Melambangkan Akhlak Kerajaan

(Dari Emel)

Aku tidak dapat pergi ke Perhimpunan PPSMI ini kerana urusan kerja. Namun, dari ihsan sahabat, aku ingin memaparkan sedikit gambar-gambar untuk sekurang-kurangnya menjadi album kenangan walaupun mungkin kenangan hitam dalam perhimpunan untuk memartabatkan bahasa ibunda di bumi sendiri ini.Kelihatan Datuk A. Samad Said (tengah) yang dikenali sebagai Pak Samad menutup mulut dan hidungnya akibat kesan asap yang pedih. Perlukah seorang Sasterawan Negara ini menerima tembakan gas pemedih mata hanya semata-mata memperjuangkan Bahasa Melayu di bumi Malaysia?
Kelihatan gas-gas pemedih mata sedang ditembakkan ke arah orang ramai secara serentak oleh lebih sepuluh anggota FRU. Perlukah semua ini dilakukan bagi menghadapi suatu perhimpunan aman? Kenapa perlu menyuraikan mereka dengan secara paksa seperti ini sedangkan para pejuang bahasa semuanya tahu bila mereka perlu bersurai dan sedikitpun tidak mengganggu warga kota? Kalau kalian tahu pedihnya gas ini, dalam kepekatan yang hampir-hampir tidak kelihatan asapnyapun menyebabkan mata kalian tak boleh nak buka!
Peluru-peluru gas tersebut jatuh betul-betul di tengah-tengah orang ramai. Ini menyebabkan mereka lari bertempiaran.
Bagi Pak Samad, inilah kali pertama beliau terkena gas pemedih mata hasil layanan kerajaan BN yang menunjukkan akhlak sebenar terhadap pejuang bahasa. Beliau berkata; ""Saya kena dekat hidung, mata dan juga kena tolak. Rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa".

"Ini merupakan kali pertama saya terkena gas pemedih mata dan ia mungkin akan berlaku lagi kerana saya akan terus memperjuangkan misi membantah PPSMI selagi kerajaan tidak memansuhkannya," kata penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) itu.

Tidak cukup dengan gas pemedih mata, tembakan dengan water canon juga digunakan.
Apakah mereka ini membawa senjata? Apakah ini kelihatannya samseng-samseng yang patut dilayan sebegitu?
Apa perlunya menggunakan kekerasan sebegitu terhadap orang awam yang tidak membawa sebarang senjata walaupun sebatang jarum sekalipun? Kalian ingin menunjukkan kekuatan? Bukankah kalian semua dibayar gaji dan elaun menggunakan duit rakyat yang kalian aniayai?
Barangkali mereka inilah yang puak-puak pemerintah dan pihak polis takrifkan sebagai samseng?
...mereka yang sudah berjanggut putih dan kulit berkedut seribu?
...dan mereka ini?

...juga mereka ini?

No comments: