Wednesday, March 18, 2009

Biarlah Sesal Sungguh

(Insider)

Walaupun Ali Rustam yang kena 'cekup' setakat ni, tapi ia adalah sesuatu yang amat memalukan kepada seluruh bangsa Melayu dan umat Islam tentang bebasnya rasuah di dalam parti ini. Terlalu banyak lagi kes yang berlaku tetapi keputusan penyiasatan amat mendukacitakan. Mungkin tidak cukup bukti, atau orang yang nak beri buktipun kena rasuah atau takut untuk tampil, atau si pelaku rasuah cukup bijak menyembunyikan bukti.. Wallahu a'lam.

Sekadar renungan pagi ni, marilah kita lihat ayat Al-Quran dan hadis tentang rasuah:

" Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta orang-orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi RASUAH) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya)." (Al-Baqarah:188)

Dari Abdullah bin 'Amru, beliau berkata: “Bersabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: laknat Allah ke atas pemberi rasuah dan penerima rasuah.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Ali Rustam Sedia Letak Semua Jawatan

'' saya berasa malu yang teramat sangat kerana kesalahan yang telah saya lakukan..maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa akan meletakkan semua jawatan saya..demi menjaga nama baik UMNO." kata Ali Rustam dalam satu temubual

''memandangkan YB Elizabeth Wong telah menawarkan diri untuk meletakkan jawatan beliau hanya kerana gambar tidurnya tersebar dan ADUN Bukit Selembau sanggup meletakkan jawatan kerana masalah peribadi.Saya pula yang telah didapati bersalah kerana politik wang berasa amat malu kerana telah memburukkan nama parti UMNO...maka saya rela melepaskan semua jawatan saya.'' beliau membuat kenyataan itu dengan perasaan yang sedih dan bercampur geram.

'' Di sini saya juga menyeru kepada rakan2 saya yang telah dijatuhkan hukuman kerana kesalahan berpolitik wang..tak kira yang digantung keahliannya 3 tahun..1 tahun atau yang telah diberi amaran, agar mengikut jejak langkah saya bagi memulihkan nama baik parti kita UMNO..dan kemungkinan juga selepas ini SPRM akan mengejar kita untuk disoalsiasat..maka sebaiknya kita pakat2 letakkan jawatan dengan bermaruah..'' rayu Ali Rustam kepada teman2nya yang telah disabitkan kesalahan yang sama iaitu politik wang.


Alangkah bagusnya KALAU kenyataan media diatas terpapar di dada2 akhbar...rasanya Ali Rustam boleh dianggap orang yang bermaruah...itupun KALAU dia ada maruah la...tapi tak mustahil KALAU ianya benar2 akan berlaku...dan KALAU jenis yang takde akai...mungkin kenyataan akhbar yang 'KALAU' diatas depa pandang hujung mata aje...

wallahualam..doakan ia menjadi KENYATAAN.... (Klik untuk baca link asal)

No comments: