Wednesday, July 9, 2008

Berita Buletin Papisma

Kuala Terengganu, 9 Julai 2008 - Beberapa orang pegawai perubatan baru telah mendaftar untuk bertugas di Hospital Sultanah Nor Zahirah (HSNZ) sejak awal bulan ini. Sekurang-kurangnya 5 orang daripada mereka telah berjaya dihubungi sendiri oleh Bendahari Papisma Pusat yang terus melaporkannya ke bilik berita. Mereka bertugas di beberapa unit yang berlainan. Dalam temubual melalui SMS semalam mereka begitu bersemangat untuk bergerak di dalam Papisma dan seterusnya memberikan komitmen untuk infaq bulanan melalui potongan bank yang sebahagian besarnya akan diuruskan oleh Papisma Pusat.

Dalam usaha Papisma Terengganu untuk mengemaskinikan database ahli, mesyuarat Papisma yang lalu telah memutuskan agar semua ahli berusaha untuk mencari dan mengenalpasti rakan-rakan baru yang mendaftar di negeri Terengganu melalui network yang ada. Papisma Terengganu juga sedang merancang untuk merapatkan ukhuwah ahli melalui aktiviti sukan badminton atau bowling. Tempat telahpun dikenalpasti iaitu di Terengganu Equestrian Resort (TER) dan setakat ini Biro Perhubungan sedang berusaha mendapatkan penyertaan dari sahabat-sahabat. Manakala aktiviti perjumpaan bulanannya masih kekal pada tarikh yang ditetapkan iaitu 31 Julai 2008.

Dalam perkembangan terbaru, Papisma Pusat melalui Bendahari Agongnya sedang berusaha mendapatkan komitmen ahli-ahlinya di seluruh negara melalui pembayaran yuran dan infaq bulanan melalui potongan bank. Ahli-ahli Papisma diseru untuk berbuat demikian ke arah memperkasakan dana Papisma di samping memberi peluang untuk sedekah fi sabilillah melalui saluran Papisma. Setakat ini, sambutan yang sangat menggalakkan telah diterima dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

No comments: