Sunday, July 6, 2008

Salam Ukhuwwah

Oleh: Pengerusi Papisma Terengganu 08-10

Syukur Alhamdulillah, 6 Jun 2008 telah mencatatkan sejarah. Pertama kali sahabat-sahabat Papisma Terengganu telah bermesyuarat membentuk Jawatankuasa Papisma Cawangan Terengganu kali pertama secara rasmi setelah kira-kira 4 tahun Papisma beroperasi.

Sebelum ini Papisma Terengganu telah dipimpin oleh wakil Papisma Pusat. Meskipun tidak mempunyai organisasi secara rasmi, tetapi aktivitinya tetap berjalan dengan aktif membantu masyarakat dalam hal-hal berkaitan kesihatan dari sudut rawatan dan pengetahuan. Maklumlah, pertubuhan yang baru, sudah tentu mempunyai berbagai limitasi di sana sini. Namun kesungguhan para penggeraknya sangat-sangat dikagumi. Hanya Allah sajalah yang akan membalasi segala usaha yang dilakukan.

Hari ini, setelah organisasi ini diperkemaskan lagi, kita telah merancang beberapa aktiviti ukhuwah dengan tujuan memperkasakan dalaman persatuan melalui aktiviti kekeluargaan seperti sukan, usrah dan kebajikan. Kita juga berusaha bersungguh-sungguh untuk mengesan ahli-ahli yang baru dengan tujuan memperkemaskini database bagi memudahkan perhubungan bagi melancarkan aktiviti yang dirancang.

Selain itu, kita juga merancang untuk mengadakan seminar feqah perubatan untuk memberikan kefahaman kepada ahli dan masyarakat sekaligus tentang isu-isu feqah dalam perubatan.

Dalam pada itu, khidmat kesihatan dan pendidikan kesihatan yang merupakan aktiviti 'asas' bagi pertubuhan ini akan terus dijalankan.

No comments: