Friday, July 11, 2008

Perutusan Presiden Papisma

(Dr. Suhazeli b. Abdullah)


Saya mengucapkan tahniah kepada Biro IT yang juga merangkap Pengerusi Papisma Terengganu kerana mengorak langkah yang berani dalam mengeluarkan buletin maya PAPISMA Terengganu. Semoga usaha biro dan sahabat semua akan mendapat ganjaran yang setimbal disisi Allah.

Dalam kesempatan diberikan ini suka saya memperingatkan diri dan sahabat sekalian bahawa ada empat perkara penting dalam kehidupan yang mendatangkan barakah.

Pertama: jaga solat kita, anak isteri kita, kerana solatlah amalan yang pertama akan ditanya diakhirat nanti. Di zaman yang serba canggih ini ramai yang telah tertipu dengan hasutan syaitan sehingga mempermudah-mudahkan soal sembahyang ini. Marilah kita sama-sama mendoakan agar kita semua berkekalan dalam jalan iman dan berterusan mengerjakan solat.

Kedua: memperbanyakkan baca Alquran. Ia adalah imam dan penolong kita semasa kita berada dalam alam barzakh. Orang yang sentiasa berdampingan dengan Al-Quran akan berbahagia di hari akhirat nanti dimana Al-Quran akan menjadi syafaat kepada beliau. Sesibuk manapun kita setidak-tidaknya marilah kita membaca Al-Quran lima ayat sehari kerana nuzul Quran kepada Nabi SAW adalah berperingkat lima ayat sekali turun.

Ketiga: memperbanyakkan doa. Di antara yang perlu dalam hidup adalah doa Nabi Adam, doa kepada ibu bapa dan doa istiqomah.

Terakhir sekali adalah kita hendaklah menjaga makan minum kita. Jangan sesekali menyentuh benda yang haram. Ulasan lanjut boleh sahabat dengar sendiri dari Ustaz Sulaiman Maiden Klik Sini

Sekian terima kasih

No comments: