Friday, July 11, 2008

Perutusan Bendahari Papisma Pusat

(Dr. Zaihan bt. Salleh)

Assalamualaikum Wrh Wbt ;

Adik-adik & Sahabat-Sahabiah Seperjuangan,

Setelah hampir seminggu Kak Han, as Bendahari Papisma Pusat, melancarkan Kempen Potongan Bulanan Yuran & Infaq melalui sms, baru hari ini berkesempatan untuk meneruskan kempen ini melalui email.

Kak Han percaya masih ramai adik-adik & sahabat-sahabiah yang belum mendapat maklumat ini memandangkan rekod nombor telefon terkini yang tersimpan dalam Database Papisma, kebanyakannya nombor lama...masa pendaftaran dulu-dulu lagi..! Apa nak buat..?//...

Jadi, untuk yang masih belum ke-tahu-an tu..di sini suka Kak Han maklumkan bahawa, bagi memudahkan urusan pembayaran yuran SERTA bagi memberi peluang untuk ahli mengumpulkan pahala infaq secara konsisten... maka dengan ini Papisma Pusat telah melancarkan Kempen Potongan Bulanan Yuran & Infaq Melalui Bank Peribadi.

Kaedahnya cukup mudah. Adik-adik & Sahabat-sahabiah hanya perlu:

(1) Memaklumkan kepada Kak Han Bank mana yang akan digunakan untuk dibuat potongan nanti..Maybank ke, Bank Islam ke, Bank Muamalat ke...janji kat dalam bank tu ada duit simpanan udah le....jangan bank kosong...

(2) Maklumkan Jumlah Potongan Bulanan yang dipersetujui..untuk di isi di dalam borang dan rekod kami.

(3) Maklumkan Address Terkini untuk Kak Han poskan borang berkaitan.

Semua maklumat tu...SMS Kak Han ke No.Tel: 019-9822951..Ini adalah Nombor Tel Rasmi Bendahari Pusat.

Mudah aja, kan?

TERKINI:

Jumlah yang bersetuju membuat potongan Yuran & Infaq : 49 orang.

Jumlah Potongan Bulanan Terkumpul : RM2,155.00 sebulan.

Daripada 49 nama, 9 daripadanya adalah merupakan Penyumbang Bulanan Untuk Infaq Sepenuhnya (kerana bayaran untuk yuran seumur hidup telahpun selesai).

ALLAHUAKBAR!

PENGUMUMAN PENTING!

SESIAPA YANG TIDAK MENERIMA SMS DARI KAK HAN sepanjang minggu ini berkaitan Kempen Potongan Yuran & Infaq tersebut, SILA SMS KAK HAN SEMULA DI TALIAN 019-9822951.

Kenapa?

Kerana jika anda tidak menerima sms tersebut, ini bermakna nombor tel anda yang berada di dalam database terkini tu dah OUTDATED!

Nak SMS APA?

Tak payah ulas panjang-panjang (kalau malas nak tulis) - maklumkan aja Nama Penuh & Tempat Bekerja..nanti Kak Han akan savekan nombor tu...dan database papisma akan di'updated'kan.

Kak Han mohon sangat-sangat kerjasama dari semua ahli yang tidak menerima sms dari Kak Han sepanjang minggu ini untuk membantu Kak Han meng'update' kan Database Papisma..mudah- mudahan usaha yang sedikit itu (walaupun hanya sekadar sms) akan diberi ganjaran oleh Allah SWT

dan...

Kak Han mohon juga SOKONGAN dari SEMUA AHLI untuk menjayakan Kempen Potongan Bulanan Yuran & Infaq ini..kerana daripada dana yang terkumpul hasil sumbangan yuran & infaq itulah yang akan kita pergunakan untuk JIHAD FISABILILLAH. ..

Semoga Allah meredhai setiap usaha yang kita lakukan...

BENDAHARI PAPISMA PUSAT
(Kak Han)

No comments: